Rabu, November 01, 2006

Taktik cari duit..Boleh pakai lagi?

Objek di langit satu pembohongan

Oleh Nasron Sira Rahim
Kejadian misteri menyebabkan ramai umat Islam di negara ini bingung, takut


LAPORAN akhbar pada 11 Oktober 1992 sememangnya menggemparkan penduduk negara ini. Malah, kejadian misteri yang dilaporkan itu menyebabkan ramai umat Islam ketika itu kebingungan dan ketakutan.

Dilaporkan, pada 26 Julai sebelum itu, ketika jarum jam mula menganjak menghampiri tengah malam, sekumpulan 200 pelajar sebuah sekolah agama di Klang, Selangor; mendakwa melihat 26 objek aneh yang secara tiba-tiba muncul di langit.

Kumpulan pelajar terbabit melihat objek itu ketika mereka dalam perjalanan pulang ke asrama selepas menghadiri kelas mengulang kaji pelajaran. Objek itu jelas kelihatan dengan berlatarbelakangkan merah walaupun ketika itu langit gelap tanpa bulan dan bintang.

Ia muncul secara berturutan hampir empat jam bermula 11.30 malam sehingga membuatkan pelajar itu kebingungan dan ketakutan berhari lamanya.

Ketika kebingungan pelajar sekolah yang melihat objek itu masih belum reda, kejadian itu muncul sekali lagi seminggu kemudian dan disaksikan guru dan pelajar sekolah agama di Jeram. Seminggu selepas itu, ia muncul untuk kali ketiga disaksikan guru dan pelajar sekolah agama di Kuala Langat.

Objek yang muncul di dada langit itu adalah kalimah Allah, manusia berkepala anjing,

batu nisan, janin, manusia, mayat dibungkus, sebiji mata warna merah (seperti orang ketika marah), lidah panjang, lidah dipotong dan disambung semula (ditayangkan tiga kali).

Rambut perempuan yang sedang berlari ditarik, sayap burung berkibar, perempuan berwajah babi, kala jengking, dua orang bergaduh kemudian bersalaman, lelaki berserban sujud ke arah Kaabah dan yang lain membelakangi Kaabah dan sujud ke arah belakang Kaabah.

Peta Malaysia terbalik, Singapura terletak sebelah atas, botol arak, salib bertukar menjadi kubah, ayam, seekor ikan, peta negara Arab, mayat berkapan, burung, orang berdoa dan tangan ingin mencapai sesuatu tetapi gagal dan di tapak tangannya ada tanda bulat.

Kejadian aneh itu mula meninggalkan kesan psikologi yang mendalam terhadap kumpulan pelajar berkenaan. Mereka ketakutan sehingga tiada lagi selera makan, asyik menangis dan beribadat dengan membaca al-Quran, berpuasa dan solat.

Peristiwa itu akhirnya sampai ke pengetahuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan mula melakukan siasatan. Mereka mengumpul maklumat dengan menemubual 11 pelajar serta empat guru dalam kejadian pertama dan mendapati keterangan semua saksi adalah sama serta tidak bercanggah.

Sehubungan itu, Jais pada sidang media 10 Oktober 1991 mengumumkan bahawa dakwaan kemunculan 26 objek aneh di langit seperti disaksikan 200 pelajar dan beberapa guru itu adalah benar dan bukannya rekaan.

Pengumuman menggemparkan itu bagaimanapun menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan penduduk. Kalangan ahli agama berpendapat bahawa kejadian objek di langit itu tidak mustahil berlaku dengan kekuasaan Allah.

Malah, Allah sudah menurunkan peringatan kepada umat Islam sejak dulu lagi seperti menurunkan bala di zaman nabi malah banyak perkara ghaib yang tidak dapat dijelaskan logik, boleh berlaku.

Objek di langit itu juga dikatakan berupa amaran daripada Tuhan supaya umat Islam kembali mengamalkan ajaran agama yang sebelum ini semakin diabaikan sebahagian penduduk negara ini.

Objek berkenaan yang disaksikan guru dan pelajar dari sekolah agama, menambahkan lagi keyakinan masyarakat.

Selain itu, terdapat juga pihak yang skeptikal dengan kejadian itu dan mengandaikan bahawa ia mungkin ciptaan manusia. Mereka berpandangan bahawa semua objek di langit itu tidak mustahil dihasil menggunakan kemajuan sains dan teknologi sedia ada.

Memberi contoh beberapa kes sebelum ini, pihak skeptikal mengandaikan bahawa persepsi masyarakat yang gemar membuat spekulasi menyebabkan mereka gemar mempercayai pelbagai perkara pelik.

Malah, dakwaan ada ayat al-Quran yang hilang daripada muka suratnya beberapa tahun sebelum itu juga sebenarnya tidak berasas apabila ia didapati berpunca daripada kesilapan cetakan yang tidak sempurna.

Mereka mengandaikan bahawa objek di langit itu kemungkinan dihasil menggunakan pancaran leser yang sememangnya mampu memberi kesan sama.

Mereka juga tidak bersetuju dengan pandangan masyarakat yang mengandaikan bahawa objek di langit itu adalah tanda kiamat semakin hampir sebaliknya menegaskan bahawa tanda kecil kiamat seperti disabdakan Nabi Muhammad SAW iaitu manusia semakin lalai daripada perintah Allah, sememangnya sudah berlaku.

Pihak skeptikal turut berhujah bahawa Nabi Muhammad SAW pernah mengingatkan sahabat dalam kejadian seperti itu dalam peristiwa mengebumikan anak Baginda. Sewaktu pengebumian dijalankan, berlaku kejadian gerhana matahari dan beberapa sahabat mengaitkan kejadian itu sebagai tanda bahawa alam berduka cita terhadap kematian anak Baginda.

Bagaimanapun, Baginda menafikan perkara itu dengan mengingatkan sahabat supaya tidak mengaitkan sesuatu kejadian mempunyai hubungan dengan peristiwa lain.

Ketika pelbagai hujah antara kalangan skeptikal dan mereka yang mempercayai kejadian itu berterusan, kira-kira seminggu selepas pengesahan Jais itu dilaporkan akhbar, 120 pelajar serta warden sekolah agama lelaki di Arau, Perlis mendakwa objek aneh itu kembali terpapar di langit di kawasan itu.

Malah objek yang disaksikan pelajar di Arau itu lebih banyak iaitu 133 objek berbanding 26 objek dalam kejadian di Klang. Antara objek tambahan adalah termasuk dua kalimah syahadat, kubah masjid terbalik, peta Arab Saudi, perempuan berambut panjang, anjing, zirafah dan kala jengking.

Peristiwa yang berlaku pada awal pagi di antara jam 2.15 dan 5.50 pagi dan hilang sebelum azan Subuh iaitu kira-kira jam 5.55 pagi dengan objek terakhir yang terpampang adalah kalimah Allah.

Guru ambil kesempatan untuk kepentingan diri

KETIKA isu objek di langit masih dalam siasatan, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengenal pasti kumpulan tertentu yang mengambil kesempatan daripada peristiwa

terbabit untuk kepentingan mereka.

Jais menerima dua kes membabitkan peristiwa itu iaitu kegiatan mengutip derma bagi membina kapal besar serta kegiatan menjual gambar objek di langit.

Dalam kegiatan pertama, kumpulan tertentu mengutip derma kononnya untuk membiayai projek membina kapal bagi kegunaan ketika banjir yang dijangka melanda bandar Klang berikutan andaian bahawa Hari Kiamat bakal tiba berdasarkan petunjuk objek di langit.

Kumpulan itu membuat tafsiran bahawa bandar Klang akan dilanda banjir besar dan umat Islam memerlukan sebuah kapal untuk menyelamatkan diri menyebabkan ada antara penduduk terpengaruh dan mempercayai kumpulan itu.

Penduduk menderma antara RM50 dan lebih RM100 bagi membolehkan mereka menaiki kapal itu untuk menyelamatkan diri jika dilanda banjir. Derma juga diberi sebagai penebus dosa seperti didakwa kumpulan itu.

Bagaimanapun, kegiatan itu dijalankan secara senyap di kalangan kenalan rapat kumpulan itu saja.

Kumpulan terbabit bercadang membina tiga kapal layar besar dan sempat menyiapkan satu daripadanya berdasarkan kutipan derma mencecah ribuan ringgit daripada penduduk yang terpengaruh.

Sehubungan itu, polis dan Jais menyiasat mengenai pembinaan kapal berkenaan kerana ia membabitkan perkara negatif yang boleh memesongkan akidah umat Islam.

Selain pembinaan kapal itu, ada juga pihak yang mengambil kesempatan menjual gambar objek yang dilihat kumpulan pelajar agama di Klang. Pada mulanya, gambar itu dijual kumpulan pelajar yang membuat lakaran objek dan difotostat. Lakaran itu dijual kepada orang ramai dengan bayaran antara 10 sen dan 20 sen sehelai.

Selain pelajar, kegiatan menjual gambar lakaran objek dan memungut derma turut didalangi dua guru dari dua sekolah agama di Klang yang dikatakan mewakili kumpulan tertentu.

Seorang daripada guru itu menjual gambar dengan harga RM1 sekeping dan didakwa pernah menawarkan pelajar sebuah sekolah agama komisen RM300 bagi setiap seribu keping gambar yang berjaya dijual.

Gambar dijual guru terbabit dikatakan disalin daripada gambar dalam majalah dengan berlatarbelakangkan langit menggunakan teknik fotografi yang canggih.

Seorang lagi guru dikatakan menjalankan kegiatan memungut derma, kononnya untuk membiayai projek pembinaan kapal berkenaan.

Selain untuk kegunaan ketika banjir besar menjelang kiamat, kapal yang akan dibina itu juga kononnya akan digunakan untuk mengimport berlian dari Arab Saudi agar mereka sama-sama dapat memanfaatkan kekayaan sementara masa masih ada.

Di samping itu, guru berkenaan juga dikatakan meminta $2,000 daripada orang ramai yang ingin menyertai kumpulannya, kononnya boleh terselamat daripada banjir besar itu nanti.

Bahagian Hal-Ehwal Agama Islam, Jabatan Perdana Menteri (BHEAI-JPM) yang mencurigai kegiatan dua guru itu mula menjalankan siasatan terhadap mereka.

Hasil siasatan mendapati guru yang mendakwa melihat 26 objek di langit itu juga adalah orang yang sama mencetuskan kegelisahan masyarakat beberapa tahun sebelum itu dengan dakwaannya bahawa ada ayat al-Quran yang ghaib daripada muka suratnya.

Malah, kumpulan dianggotai guru berkenaan juga mendakwa satu daripada 26 objek yang tertera di langit itu adalah gambaran wajah pemimpin mereka yang akan muncul tidak lama lagi. Mereka juga mengatakan bahawa gambar wajah pemimpin itu bagaimanapun tidak dilukis dengan betul ketika disiarkan dalam akhbar.

Akhirnya, selepas menjalankan siasatan terperinci, BHEAI-JPM pada 30 Oktober mengesahkan bahawa dakwaan kemunculan objek di langit yang disaksikan 200 pelajar dan beberapa guru serta menggemparkan masyarakat hanyalah satu penipuan.

Hasil siasatan jabatan itu juga mendapati guru berusia kira-kira 50 tahun yang terbabit dalam kejadian itu adalah ahli kumpulan ajaran sesat dan objek yang dilihat pelajar hanyalah khayalan hasil pendewaan pelajar terhadap guru itu.

Siasatan menunjukkan pemikiran pelajar itu dipengaruhi menerusi pendekatan pendewaan supaya apa saja diperkatakan guru itu dianggap benar. Malah, guru itu bukan saja melakukan kesalahan menyebar ajaran sesat, malah menyalahi undang-undang sivil kerana mengutip derma

tanpa kebenaran.

Laporan sebuah akhbar lain pula memetik seorang rakan kepada guru itu mendakwa guru lelaki itu yakin objek di langit itu muncul atas kerahmatan seorang wali iaitu guru agama kumpulannya.

Selain menjual gambar dan mengutip derma, guru itu juga dikatakan cuba menjual minyak wangi yang didakwa berbau syurga kepada pelajar.

Rakannya dilaporkan berkata, sikap guru itu mula berubah selepas dia menceburi bidang perniagaan ala skim cepat kaya pada 1998 yang memerlukan setiap ahli membayar antara RM3,000 hingga RM5,000 sebagai yuran keahlian.

Jumaat, Oktober 20, 2006

Bebas rasuah untuk tingkatkan martabat

Bebas rasuah untuk tingkatkan martabat

Oleh MUHAMMAD SHABRI ABD. MAJID

GORDON Tullock (1976), seorang penyokong Teori Suara Rakyat (Public Choice Theory) dalam bukunya, The Vote Motive pernah berkata bahawa para birokrat itu sama seperti manusia lain.

Jika para birokrat adalah manusia biasa, maka mereka akan membuat kebanyakan (bukan semua) keputusan untuk keuntungan mereka, bukan untuk keuntungan rakyat secara keseluruhan.

Rasa-rasanya, apa yang diperkatakan Tullock di atas sudah pun berlaku di pelbagai dunia Islam. Perkara ini selari dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika memberikan ucaptama pada acara perasmian Forum Antirasuah dan Meningkatkan Integriti, Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) 2006 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) tidak lama dahulu.

Menurut beliau, analisis Transparency International mengenai CPI terhadap 158 negara tahun lalu, menunjukkan negara Islam yang mempunyai rekod terbaik hanya menduduki tempat ke-29. Lebih separuh daripada 10 tempat terbawah adalah negara Islam dan jika diambil purata bagi negara Islam secara keseluruhannya, mata yang diperoleh adalah 3.06 daripada 10 mata penuh yang meletakkan negara Islam pada tempat ke-89. Fakta ini sungguh memilukan. Umat Islam yang dikenal amat bermoral dan beretika, ternyata hidup kita dipenuhi dengan rasuah.

Keazaman Perdana Menteri untuk membanteras rasuah, sungguh suatu usaha yang patut dihormati. Berjaya dalam membanteras rasuah memerlukan usaha bersepadu. Selebihnya, penguatkuasaan undang-undang rasuah perlu dipertingkatkan.

Hal ini seperti diperakui seorang tokoh besar yang gigih membanteras rasuah di China, Wang An Shih (1021-1086M). Menurut beliau, rasuah itu berlaku akibat lemahnya penguatkuasaan undang-undang dan jahilnya manusia.

Kerana itu, An Shih yakin bahawa untuk membanteras rasuah dengan jayanya diperlukan penguasa yang bermoral tinggi dan undang-undang yang efisien serta rasional. Usaha penguatkuasaan undang-undang itu tidaklah semudah membalik telapak tangan.

Berusaha

Namun, ia bukan mustahil diubah. Pepatah Arab mengatakan: “Langit tidak pernah menurunkan hujan emas dan perak”, kita mesti berusaha untuk berjaya.

Sebenarnya, yang sukar itu bukanlah penguatkuasaan undang-undang, tetapi yang susah itu adalah untuk memiliki keazaman yang kuat, usaha yang serius dan profesionalisme dalam membanteras rusuah.

Penguatkuasaan undang-undang tidak boleh dilakukan setengah hati, sebab ia adalah sebuah keyakinan. Kerana itu, kepura-puraan atau sekadar mencuba pasti akan tidak menghasilkan apa-apa.

Penguatkuasaan undang-undang memerlukan kejujuran. Tanpa kejujuran, penguatkuasaan undang-undang hanya menjadi peragaan sahaja, bahkan akan berfungsi sebagai topeng untuk menutupi kejahatan mereka. Inilah yang membuat rasuah sukar dibendung.

Apa sebenarnya yang menghalang kita dalam membanteras rasuah? Dalam bukunya, Corrupt Cities, A Practical Guide to Cure and Prevention, Robert Klitgaard et.al (2000) menegaskan bahawa “kegagalan usaha-usaha untuk membanteras rasuah adalah semata-mata disebabkan oleh pendekatan undang-undang yang terlalu eksklusif dan dilakukan setengah hati.”

Dalam membanteras rasuah tidak boleh adanya diskriminasi hukum. Sama ada rakyat jelata mahupun kakitangan kerajaan yang melakukan rasuah, kedua-duanya harus diberi hukuman setimpal.

Untuk menangkap pelaku rasuah, kita juga boleh mengambil iktibar daripada labah-labah.

Dalam menjerat mangsanya untuk dimakan, labah-labah sentiasa merangkai/menjahit “jaringan perangkap” atau dikenal dengan sarang labah-labah. Sebagai pembuat jaringan perangkap, sudah tentu si pemiliknya, labah-labah tidak akan pernah terjerat dan tersangkut, walaupun bermain-main di atasnya.

Hanya binatang kecil sahaja yang terjerat. Sedangkan, binatang besar, sebagai contoh, tikus akan terlepas dari jeratan labah-labah itu dan bahkan akan memutuskan jaringan perangkap.

Untuk menghindari agar pembuat jaringan (pembuat/penegak hukum) terbebas dari hukuman, maka jerat/hukum itu hendaklah dirangkai dari “jeruji besi”.

Pembuat dan penegak hukum haruslah terdiri daripada mereka yang amanah dan tidak membuat hukum hanya untuk menjerat “pemakan rasuah kelas rendah”, bukannya untuk menjerat siapa sahaja yang bersalah tanpa memandang bulu.

Strategi membanteras rasuah di atas sesuai dengan pepatah Cina yang bermaksud untuk menangkap seekor ular, tangkaplah kepalanya. Jika kita menangkap badannya, ular itu pasti akan mematuk kita.

Begitu juga untuk membersihkan laman kita dari “sampah rasuah”, hendaklah kita menggunakan penyapu yang bersih. Kerana penyapu yang kotor, malah akan lebih mengotorkan halaman kita dari “sampah rasuah.”

Demikian juga, tentunya dengan usaha pembanterasan rasuah. Usaha ini, harus diperkuatkan oleh usaha-usaha penguatkuasaan undang-undang yang adil, efisien, rasional dan tidak pilih kasih.

Sebagai penganut Islam yang kuat, kita harus sedar dan patuh bahawa; “Sesungguhnya si pemberi rasuah dan si penerima rasuah kedua-duanya berada dalam neraka” (al-Hadis) dan rasuah adalah musuh yang nyata yang sentiasa mengancam kehidupan masyarakat kita.

Itulah beberapa strategi dalam membanteras rasuah. Mudah-mudahan dengan adanya usaha serius semua pihak dan diikuti oleh pengawasan sosial yang bersepadu terhadap ‘virus’ rasuah yang menghantui dunia Islam, insya-Allah umat Islam akan bebas dari rasuah.

- DR. MUHAMMAD SHABRI ABD. MAJID ialah Pensyarah Jabatan Ekonomi, Kuliyah Ekonomi

dan Sains Pengurusan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Jumaat, September 22, 2006

Menyanggah sekularisme sebagai pandangan hidup

Menyanggah sekularisme sebagai pandangan hidup

Oleh MD. ASHAM AHMAD


TIDAKLAH mengejutkan apabila jawapan balas kepada artikel saya (Debunking Multiculturalism, dalam akhbar berbahasa Inggeris baru-baru ini) datang daripada seorang ahli teologi Kristian, Ng Kam Weng, dari Kairos Research Centre.

Dan tiada apa yang mengejutkan bagi seorang ahli teologi Kristian masa kini mempertahankan sekularisme. Ia hanya mengingatkan kita kepada nama-nama seperti Harvey Cox, Paul Tillich, Karl Barth, Reinhold Niebuhr, dan ramai lagi.

Kam Weng dalam jawapan balasnya tanpa berselindung menyatakan bahawa pandangan hidup sekular sepatutnya menjadi dasar perpaduan kebangsaan, bertentangan dengan pandangan saya, pandangan hidup agama. Pada pandangan beliau, pandangan saya itu mengandaikan wujudnya suatu agama yang dominan, yakni Islam, sesuatu yang dianggap ‘tidak perlu’ dan ‘langkah mundur.

Kam Weng tidak bersetuju kerana beliau enggan menerima ketuanan Islam dalam negara ini. Sebaliknya beliau mencadangkan kita semua menganuti sekularisme, yakni satu ideologi yang bukan sahaja asing bahkan bertentangan dengan Islam.

Pada dasarnya saya dan Kam Weng menyeru ke arah perpaduan kebangsaan tetapi di bawah sepanduk yang berbeza: Saya, pandangan hidup agama; Kam Weng, pandangan hidup sekular. Kam Weng fikir beliau benar kerana sejarah kita, bagi beliau, bermula pada 1957; dan saya fikir beliau salah kerana sejarah kita, bagi saya, bermula ratusan tahun sebelum itu lagi.

Pada hemat saya, dengan menyebut 1957 Kam Weng telah memberikan jawapan kepada soalan saya: “...sejak bila pandangan hidup sekular menjadi pandangan hidup kita semua?” Bagaimanapun beliau tidak menyatakan dengan jelas jawapan kepada pertanyaan: “...siapa kata?” Namun, bagi pembaca yang bijaksana, jawapannya amat jelas sekali.

Kam Weng menyarankan saya mengambil sikap merendah diri dan belajar daripada pengalaman sejarah, bukannya menghukum dengan sinis. Bagi beliau konflik-konflik yang sedang berlangsung di Asia dan Afrika menuntut kepada suatu bentuk penyelesaian seperti yang dicapai oleh Perdamaian Westphalia.

Bagi saya inilah yang dinamakan eurocentrism: Suatu bacaan songsang terhadap peristiwa-peristiwa semasa daripada seseorang yang percaya bahawa masyarakat Barat adalah yang paling maju dan murni daripada segala masyarakat manusia. Yang lain-lain sentiasa tertinggal di belakang dalam suatu proses evolusi yang telah ditentukan kesudahannya. Mereka tidak dapat mengelakkan mengalami apa yang Barat telah alami sebelum ini. Oleh itu segala kesimpulan yang telah mereka buat juga tidak boleh kita nafikan kebenarannya.

Teras kepada hujah saya ialah apa yang saya anggap fakta sejarah bahawa ‘sekularisme’ sebagai suatu ideologi, dan ‘sekularisasi’ sebagai suatu proses adalah suatu fenomena yang berkenaan dengan budaya dan tamadun Barat, yang mana agama Kristian adalah salah satu unsur utama.

Perdamaian Westphalia yang ditandatangani pada 24 Oktober 1648 sebenarnya merupakan persempadanan semula peta Eropah berdasarkan prinsip-prinsip yang dipersetujui sebelumnya dalam Perdamaian Augsburg, di mana agama seseorang itu ditentukan oleh wilayah yang didiaminya.

Selama 30 tahun, gerombolan tentera dari seluruh pelosok Eropah menjarah bumi Jerman, membunuh, merogol, membakar, merampas, menyebabkan kebuluran dan penyakit. Menjelang 1640 bandar-bandar di Jerman musnah binasa, kampung dan ladang ditinggalkan, dan jalan-jalan musnah. Para penduduk yang kelaparan terpaksa memakan anjing dan kuda, bahkan mayat manusia.

Itulah keadaannya apabila pihak-pihak yang bertelagah memulakan perundingan untuk menghentikan peperangan, yang akhirnya membawa kepada perdamaian. Apa yang dicapai itu bukanlah sebenarnya ‘tolak-ansur’, kerana hakikatnya pihak-pihak yang berperang pada sudah tidak mampu lagi meneruskan peperangan agama yang tidak nampak kesudahannya.

Hanya pada 1962, pada persidangan Majlis Vatican Kedua, golongan bukan Katolik dapat melihat dokumen-dokumen yang menyatakan penamatan permusuhan gereja Roman Katolik terhadap agama-agama dan kepercayaan-kepercayaan lain.

Apakah sebenarnya pengajaran yang kita peroleh daripada reformasi, perang agama, dan Perdamaian Westphalia? Jawabnya, semua itu adalah masalah Kristian Barat dan masyarakat Barat. Daripada pengalaman mereka ‘agama’ bererti ‘penindasan’, dan pengalaman mereka langsung tiada kena-mengena dengan kita.

Bagi orang Barat, Reformasi adalah peristiwa yang paling besar yang berlaku sebelum kemunculan zaman moden. Reformasi telah membinasakan ketuanan kasta tertentu terhadap institusi kepaderian dan memindahkan fungsinya kepada individu. Gereja, walaupun tidak binasa sepenuhnya, mula kehilangan pengaruh terhadap orang ramai.

Hari ini gereja terpaksa membuktikan dirinya bagi terima oleh manusia moden sekular. Demi untuk memuaskan kehendak manusia hari ini dogma-dogma agama yang selama ini diterima benar kini perlu difikirkan semula atau diberikan rupa baru. Para ahli teologi Kristian kini mengakui tugas utama mereka pada hari ini ialah memberikan justifikasi terhadap agama Kristian, kerana paksi pemikiran manusia telah berubah daripada soal kesejahteraan akhirat (syurga dan neraka) kepada soal keperluan dan kegunaan agama dalam kehidupan dunia.

Bagi ramai ahli teologi dan pemimpin gereja penyebaran sekularisasi bukanlah perkara baru, dan ia tidak semestinya buruk. Justeru, peristiwa-peristiwa yang membawa kepada keruntuhan institusi agama dan idea-idea yang berkaitan dengannya kini ditafsirkan sebagai perbuatan Tuhan sendiri dalam sejarah. Sekularisasi, oleh itu, bukanlah ancaman kepada agama Kristian, sebaliknya pemberian Tuhan kepada manusia kerana ia berakar umbikan ajaran Injil sendiri.

Semua ini dinyatakan bagi memperbetulkan kekeliruan

Selasa, September 19, 2006

Apakah "end game" bagi Majlis Tertinggi Umno?

Apakah "end game" bagi Majlis Tertinggi Umno?

Oleh Ibnu Hakeem

Hari ini kita akan tulis secebis warkah untuk tatapan ahli Majlis Tertinggi Umno atau Ahli MT. Kian hari kian goblok kenyataan pemimpin Umno. Sekarang pimpinan Bahagian Kubang Pasu sungguh seronok mengaku bahawa mereka telah melanggar peraturan Umno yang melarang berkempen semasa pilihan parti apabila mereka menganjurkan perjumpaan bersama perwakilan pada 8 September yang tujuannya adalah untuk berkempen menentang Tun Dr Mahathir. Laporan media (Malaysiakini) menyebut Setiausaha Bahagian Samsudin Ahmad berkata dengan jelas: "The preferred candidates list was distributed to delegates on Friday night. We didn't see it as something wrong as it is a normal practice in all Umno contests, including the supreme council elections." Bukan saja pimpinan Bahagian tetapi ahli jawatankuasa disiplin parti pun bersama berkempen menentang Tun Dr Mahathir pada malam itu!

Umno sekarang sudah rasa tidak malu lagi. Mengikut Tun Dr Mahathir, "Nothing can embarrass them". Inilah budaya Umno sekarang. Maka janganlah harapkan sebarang tindakan disiplin diambil oleh Umno. Baik kita cakap tentang 'end game' atau penghabisan pertarungan ini. Saudara/i Ahli MT tidak perlu membuang terlalu banyak masa membuat ramalan siapa akan menang atau kalah antara Abdullah Badawi dan Tun Dr Mahathir. Siapa akan menang atau kalah akan ditentukan orang seperti kami juga – iaitu orang biasa yang sokong kebenaran dan yang menyokong kebaikan bagi orang Melayu, rakyat Malaysia dan Negara kita. There are many of us who are involved in this - percayalah. Malang sekali Perdana Menteri Abdullah Badawi terkecuali daripada perjuangan untuk menegakkan kebenaran dan kebaikan untuk rakyat kita. This is unfortunate but true. The man is an incompetent.

Saudara saudari Ahli MT akan lebih arif tentang kelemahan atau incompetence Pak Lah. Saudara/i lebih tahu tabiat Pak Lah yang selalu terlena semasa mesyuarat. (We have video). Begitu juga saudara/i tahu Pak Lah tidak suka membaca laporan yang kerap disebutnya itu.

Pak Lah pernah membuat temujanji untuk hadir di tiga majlis pada waktu yang sama dan di dalam bangunan yang sama iaitu KL Convention Centre. Dua daripadanya adalah majlis rasmi kerajaan (satu daripada ini pula melibatkan Rafidah Aziz) dan yang ketiga ialah konsert Lionel Richie (Ingat lagi tak lagu Lionel Richie Let the music play on?). Cuba teka majlis manakah yang akhir sekali dipilih oleh Pak Lah untuk dia menghadirinya? Jawapannya adalah: Konsert Lionel Richie. This man is totally incompetent.

Yang merumitkan keadaan bagi saudara/i Ahli MT semua, bukan saja Pak Lah incompetent tetapi beliau juga tidak cakap benar dan tidak peduli apa yang bakal berlaku pada masa depan Negara selagi keluarga dan anaknya jadi kaya. Maka akan menjadi bertambah rumit dan memalukan bagi anda Ahli MT untuk terus membela Pak Lah. Memang pun 'mana titah patik junjung' merujuk kepada saudara/i Ahli MT. He is abusing your support and making fools out of you. You are becoming the laughing stock of the nation.

Wawancara Pak Lah di TV3 sekarang sudah jadi bencana teruk. Pak Lah telah berbohong. Akibat bencana TV3 itu, Annuar Zaini sekarang sudah dipecat daripada Kitchen Cabinet yang berjumpa di rumah Pak Lah. Sekarang Kitchen Cabinet Pak Lah tinggal Kamal, Khairy, Nori dan Pak Lah saja. Kitchen cabinet betullah tu - ahli keluarga saja.

Pak Lah tidak tahu apa yang sedang berlaku. Tun Dr Mahathir telah pun dedahkan bahawa Khairy sekarang ada kepentingan dalam syarikat Air Asia. Maka begitu mudah sekali lebih RM300 juta dibelanjakan untuk membina Low Cost Carrier Terminal (LCCT) di KLIA. Wang pembayar cukai atau wang rakyat digunakan untuk bantu Menantu. Tetapi inilah cara Umno buat kerja - kita pun sudah biasa. Kalau Menantu mahu kaya atau Azalina mahu kaya, itu sudah jadi amalan Umno yang biasa, tetapi bukan mengambil kesempatan atas rakyat negara ini. Bukan dengan cara menggadai maruah dan masa depan rakyat dan negara kita.

Sekarang mari kita lihat kemasukan percaturan Singapura. Agen Singapura sekarang jadi penasihat pelaburan di Khazanah Nasional Bhd. 'Khazanah negara' maksudnya 'national treasures'. Tetapi 'national treasures' kita diletak dibawah kawalan agen Singapura pula. Sepatutnya khazanah negara digunakan untuk mewujudkan industri teknoloji tinggi di Malaysia dan membuka peluang pekerjaan dalam industri teknoloji tinggi bagi anak watan Malaysia. Inilah antara penyataan misi Khazanah Nasional Bhd.

Tetapi Pengurus Pelaburan Khazanah Nasional Bhd yang berasal dari Singapura itu (Oxford juga), membawa Khazanah melabur dalam Apollo Hospital di India pula! Kemudian dia bawa Khazanah melabur di Mobile One Cellular di Singapura pula. Dan juga Lippo Bank di Indonesia. Dia ikut saja corak pelaburan Temasik Holdings. Berapa banyakkah peluang pekerjaan berteknologi tinggi yang telah Khazanah wujudkan dengan melaburkan khazanah negara di India, Singapura dan Indonesia? Dan selepas dua tahun melabur dalam Apollo Hospital di India, apakah pulangan pelaburan yang telah kita perolehi? Takkan mahu dirahsiakan bawah Akta Rahsia Rasmi pula?

Masalahnya Pak Lah tidak boleh faham semua ini. Semua ini, menjangkau kapasiti kefahamannya. Mari kita balik kepada cerita Air Asia. Setelah Terminal Udara LCCT dibina di KLIA, penerbangan domestik MAS diberi kepada Air Asia. Sebuah syarikat penerbangan baru FAX juga diberi lesen di mana pemegang sahamnya adalah orang yang sama juga yang control Air Asia. Sekali lagi Menantu turut terlibat.

Sejurus selepas Air Asia ambil alih penerbangan domestik, tambang tiket Air Asia naik - sebagai contoh saja sekarang hampir tidak ada beza antara tiket MAS dulu dan tambang tiket Air Asia sekarang dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu. Penerbangan MAS ke Senai di Johor dihentikan dan diambil alih oleh Air Asia. Maka hancurlah perancangan dan perbelanjaan beratus juta Ringit untuk menjadikan Senai dan Johor Selatan hab logistik dan sebagainya bagi rantau ini.

Cadangan hab kargo udara dan logistik juga diremehkan dengan soalan bodoh seperti 'Why do you need so much land for air cargo hub?' (1500 ekar?). Maka syarikat Jerman yang bercadang untuk memindahkan ibu pejabat rantau ini daripada Singapura ke Johor terpaksa tunda rancangan mereka. Tidak ada cukup tanah untuk tujuan mereka. Siapa yang rugi? Kita rugi! Siapa untung? Singapura untung!

Sekarang mari kita lihat 'checkmate' Singapura. Apabila MAS hentikan penerbangan ke Senai, dan penerbangan diambil alih oleh Air Asia, Singapura mengejutkan semua orang dengan terus memberi Air Asia hak mendarat di Singapura. Wow hebatnya! The KL - Singapore sector is the jackpot. Inilah peluang keemasan yang dinantikan oleh Air Asia dan Menantu. Harga saham Air Asia melonjak. Immediately Tony Fernandez's networth also increased many folds..

Tetapi kenapa pula Singapura dengan tiba-tiba begitu bodoh memberi hak mendarat kepada Air Asia? Adakah mereka begitu bodoh? Sebabnya ialah Air Asia akan melepasi Lapangan Terbang Senai dan terbang terus ke Singapura dari Kuala Lumpur. Inilah sektor yang paling lumayan. Senai akan menjadi satu lagi perhentian yang tidak signifikan bagi Air Asia - sama seperti Alor Star atau Pulau Pinang. Mungkin satu atau dua penerbangan Air Asia saja akan mendarat di Senai selepas ini.

Maka akan terkubur semua perancangan kita untuk menjadikan Senai dan Johor Selatan hab kargo udara, hab transhipment, hab logistik dan sebagainya bagi rantau ini. Air Asia akan membawa kargo udaranya terus dari KLIA ke Singapura untuk penerbangan sambungan ke seluruh dunia dari Changi. Dengan satu percaturan 'check mate' yang licik (dan Menantu yang begitu tamak haloba) Singapura sudah memusnahkan daya saing Johor Selatan dan daya saing negara kita.

Jadi saudara/i ahli MT Umno, semua ini adalah di luar sangkaan dan jangkaan Pak Lah. Beliau tidak mampu memahami semua ini. Mungkin ramai di antara saudara/i ahli MT pun tidak akan faham semua ini. Kalau mahu buat bisnes boleh, tetapi bukan dengan menjual negara sendiri.

Senario Ngeri

Tetapi apakah yang akan berlaku jika Pak Lah terus menjadi Perdana Menteri dan Menantu pula terus menghantu beliau? Jawapannya senang saja. Kita tiba di Senario Ngeri. Tun Dr Mahathir akan terus mengkritik Kerajaan tanpa habis. Parti BN akan mengalami kekalahan teruk di pilihan raya 2007 ke atau 2008. Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Sabah dan mungkin Selangor akan jatuh ke tangan Pembangkang. Di Parlimen pula sudah tentu BN akan kehilangan majoriti dua pertiga. Keputusannya akan sedikit serupa macam keadaan pada 1969.

Negara kita akan bergolak. Mungkin kekacauan akan tercetus. Jika ini berlaku Mat Rempit dan Tiga Line (Tiga Calit) akan dipanggil berempit dan bercalit. Why do you think Menantu is spending so much time and money on the Mat Rempit dan Tiga Line? Dia bukan menghabiskan masanya. Mesti ada sebabnya. Menantu ada perancangan lain bagi Mat Rempit dan Tiga Line. Mereka adalah Storm Trooper Menantu sama seperti Storm Trooper zaman Adolf Hitler. Tetapi percayalah sudah tentu pada masa itu saudara/i juga akan kehilangan jawatan, hilang status jutawan dan mungkin juga hilang jam tangan. Watch out.

Jadi keputusannya di tangan kamu, wahai Ahli MT. 'End game' yang bakal jadi nyata terletak dalam tangan anda Ahli Majlis Tertinggi Umno. Jika Senario Ngeri ini berlaku (ia mempunyai kebarangkalian yang tinggi) semuanya adalah untuk apa? Supaya Menantu akan jadi kaya? Supaya 'First Family' boleh terus amalkan dasar 'Family First'? Fikir baik-baik.

Saudara/i semua juga perlu sedar bahawa corak politik Negara akan berubah sama sekali sama ada Abdullah Badawi dilucutkan dari jawatan - InsyaAllah pada penghujung tahun ini ataupun tidak. Kalau Pak Lah tidak dilucutkan, Senario Ngeri tadi boleh jadi kenyataan.

Tetapi negara kita tidak mampu dan masyarakat berbilang kaum kita tidak sanggup lagi melihat Umno bergolak setiap 10 tahun. Pada 1970, Mahathir lawan Tunku, 1975 Palestin lawan Hussein Onn, 1987 Ku Li lawan Mahathir, 1998 Anwar lawan Mahathir, 2006 Mahathir lawan Badawi. Setiap kali berlaku pertembungan antara pemimpin, seluruh Negara turut bergolak. Politik tidak stabil, ekonomi tidak berjalan, pelabur asing tidak 'datang', ahli perniagaan kurang yakin dan semua orang jadi resah. Inilah yang sedang berlaku sekarang ini.

Senario Kurang Ngeri.

JAdi semua ini mesti dihentikan. Bagi mereka yang sedang giat berjuang untuk membawa perubahan yang tulen, melucutkan Abdullah Badawi hanyalah Langkah 1 sahaja. Abdullah Badawi mesti berundur dan letak jawatan sebagai presiden parti dan Perdana Menteri secepat mungkin. Lebih cepat lebih bagus. Jika dia berundur maka kita akan tiba di Senario Kurang Ngeri. Setelah Abdullah Badawi berundur, beberapa pertukaran besar mesti dilaksanakan yang akan menghentikan pergolakan yang berulang setiap sepuluh tahun itu, secara permanent.

Pertama sekali, jawatan Perdana Menteri mesti dihadkan tempohnya selama dua penggal saja. Jawatan presiden Umno juga mesti disekatkan tempohnya tidak melebihi 10 tahun (contohnya). Pilihan dalam parti Umno tidak boleh ditangguhkan atas apa sebab pun. Syarat seperti keperluan minimum 30 pencalonan daripada Bahagian untuk bertanding jawatan presiden mesti dihapuskan dan diganti dengan satu pencalonan sahaja (misalnya) dari sebarang cawangan – tidak perlu kepada pencalonan Bahagian. Pilihan raya Umum mesti diadakan pada satu tarikh yang tetap (misalnya 1hb Jun) setiap lima tahun tanpa perlu budibicara Perdana Menteri atau sesiapa pun untuk menentukan tarikh Pilihan raya. Pilihan presiden parti mesti dilakukan oleh semua ahli parti secara serentak menerusi alat pengundian berkomputer. Ini akan sekaligus hapuskan peranan luar biasa Bahagian pada Perhimpunan Agong.

Kemudian kita mesti hapuskan semua sekatan keperluan 'lesen' untuk mencetak akhbar harian. Maksudnya tidak perlu lagi KDN untuk mencetak akhbar harian. Begitu juga sebarang sekatan ke atas 'lesen' tv dan radio mesti dihapuskan. Ini bermakna, rakyat kita tidak boleh dikawal pemikiran mereka oleh media yang dikawal ketat oleh parti politik yang kaya. Dan banyak lagi.

Jika kita semua setuju membuat perubahan seperti ini, maka kemungkinan besar saudara/i Ahli MT tidak akan kehilangan jawatan atau jam tangan. BN tidak akan kalah dengan begitu teruk pada pilihan raya yang akan 'datang'. Inilah Senario Kurang Ngeri.

Tun Dr Mahathir telah seronok bercuti pencen. Dua tahun lebih – sampai bulan April 2006 – beliau berlayar di Laut Aegean, menunggang kuda di China dan Argentina dan melawat ke merata dunia. Tetapi apabila beliau mendengar dan melihat sendiri begitu banyak sekali comot, lendut (lembik), tipu dan bohong maka beliau batalkan cuti, tinggalkan sahabat dan keluarga dan kembali kepada kita – pada usia 82 tahun – untuk menyelamatkan bangsa dan Negara. Ini adalah seorang pemimpin yang sebenar.

Berbanding dengan pengorbanan Dr Mahathir ini siapakah yang saudara/i Ahli MT perjuangkan buat masa ini? Perjuangan Kalimullah tukang kelentong, yang sudah jadi jutawan beratus juta? Atau perjuangan agen Singapura lain? Perjuangan Menantu? Wahai ahli MT Umno, siapa dan apakah yang kamu perjuangkan? Apakah saudara/i telah lupa akan bangsa dan rakyat negara sendiri? Tidakkah Umno mara lagi untuk semua rakyat Malaysia? Fikirlah baik baik.

Sama ada this is the end of the beginning of the end for UMNO dalam sejarah Malaysia, berada dalam tangan sdra/i Ahli MT UMNO. Apabila kotaraya Rom hangus terbakar, Maharajanya Nero berkata: 'Let Rome burn. I want to play my violin'. Akhir sekali Maharaja sendiri yang mengkhianati bangsa Rom. Apabila rakyat Perancis memberontak kerana ramai mati kebuluran, Maharani Marie Antoinette berkata kepada kaum aristocrat Perancis: 'Let them eat cake'. Akibatnya, kepala Marie Antoinete dipancung dalam peristiwa French Revolution. Lagu Lionel Richie pula berkata: 'Everybody sing, everybody dance. Let the music play on'.

Jadi saudara/i Ahli MT Umno, pilihlah sendiri. Adakah anda mahu menjadi seperti Nero, Marie Antoinette atau mungkin anda mahu "let the music play on and dance the night away"?

Apakah maksudnya semua ini kepada Ahli MT? Pertama, jika Abdullah Badawi tidak dilucutkan daripada jawatan, Senario Ngeri boleh berlaku. Sebenarnya, percayalah ia memang akan berlaku. Jika Abdullah Badawi dilucutkan pula, Senario Kurang Ngeri pasti akan berlaku. Maksudnya, apa juga cara, cara hidup korup yang sudah menjadi kebiasaan anda semua, akan pastinya berakhir. Memangpun inilah matlamat Wawasan 2020 yang sebenarnya. Bagaimana cara jua, pasti akan berlaku perubahan besar.

Maka itulah 'end game' untuk saudara/i semua wahai Ahli Majlis Tertinggi Umno. Kalau anda semua pilih untuk menyokong Abdullah Badawi (mana titah, patik junjung) sejarah akan mencemuh anda. Sejarah Melayu terutamanya akan meludah anda semua sebagai pengkhianat jika anda terus menyokong Abdullah Badawi.

"Jika dompet anda adalah lebih penting daripada maruah bangsa dan Negara, then history will judge you poorly. Tetapi mengikut Tun Dr Mahathir sdra/i semua memang adalah manusia yang langsung tidak rasa malu. Tun Dr Mahathir kata: you all cannot suffer embarrassment. Tak tahu apa itu malu. Orang seperti Rafidah, can perform lying on her back, and she can perform in public too. Incapable of feeling or showing embarrassment.

Tetapi jika saudara/i Ahli MT Umno mengambil pendekatan yang lebih baik dan bijak iaitu menjauhkan diri anda daripada incompetence, tamak, berdusta dan kebebalan Pak Lah dan geng, dan memberi sokongan penuh kepada Tun Dr Mahathir – secara senyap pun tidak mengapa, you don't have to be a suicidal hero yet, tetapi mesti efektif – maka sejarah akan menghargai sumbangan saudara/i sebagai Ahli MT yang amat prihatin yang telah 'rise to the occasion' untuk menyelamatkan bangsa Melayu. Kemudian, pada satu hari apabila kita mendirikan statues bagi Dr Mahathir, mungkin gambar saudara/i pun akan terukir di celah batu atau di celah besi. Jadi, fikirkanlah. Fikirlah baik-baik.

'End Game' ini sebenarnya terletak dalam tangan anda Ahli MT UMNO. Sama seperti 2 September 1998, 3 November 2006 boleh jadi tarikh keramat dalam sejarah negara kita.

Isnin, September 11, 2006

IFC: Apa yang patut anda tahu?

Bantah Penubuhan IFC

PENUBUHAN INTERFAITH COMMISSION

1. Apakah Interfaith Commission (IFC)?

IFC yang nama asalnya ialah IRC – Inter Religious Council (IRC) adalah sebuah suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya seperti sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama (baca: agama Islam) akibat desakan penganut agama lain. Badan ini berfungsi mirip sebuah mahkamah dan segala keputusannya adalah muktamad ke atas agama yang bersabit. IFC juga akan berfungsi seperti SUHAKAM yang menerima dan melayan aduan-aduan berkaitan dengan agama.

2. Siapakah yang mencadangkan penubuhan IFC?

IFC digagaskan penubuhannya oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism (MCCBCHS) ataupun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandumnya kepada Majlis Peguam bertarikh 21 Ogos 2001. Presiden MCCBCHS ialah V. Harcharan Singh.

3. Siapakah yang paling bersemangat sekali menyokong penubuhan IFC?

Majlis Peguam terutamanya Jawatankuasa Kecil Hak Asasi Manusia amat kuat menyokong penubuhan IFC dan amat berharap ia akan berjaya. Kronologinya seperti berikut:


Pada 8 Ogos 2001, Majlis Peguam telah menerima satu memorandum daripada MCCBCHS mengenai perkara ini dan selepas itu idea penubuhan IRC berjalan dengan lancar.

Pada 8 Disember 2001 satu perayaan 'Festival of Rights' diadakan dengan tema 'Kebebasan Beragama'.

Pada 10 Disember 2001, Majlis Peguam menganjurkan forum mengenai 'Kebebasan Beragama' dan menerbitkan satu artikel dalam jurnal INSAF.

Pada 17 Mac 2003 bengkel untuk menimbang keperluan wujudnya IRC diadakan. Bengkel ini gagal apabila kesemua NGO Islam menarik diri daripada terlibat dengan penubuhan suruhanjaya ini iaitu ABIM, ACCIN, JUST dan Sisters In Islam termasuk Dr. Chandra Muzaffar yang menjadi antara orang awal yang mencadangkan dialog antara kepercayaan. Bagaimanapun Sisters In Islam kemudian menyertai semula dan menyokong penubuhan suruhanjaya ini.

Pada pertengahan tahun 2004, satu persidangan mengenai penubuhan IRC diadakan. Bagi menunjukkan wujudnya sokongan, penganjur seminar telah melantik kesemua ahli Jawatankuasa Kecil Syariah Majlis Peguam sebagai ahli jawatankuasa penganjur tanpa pengetahuan mereka.

Mengemukakan deraf ketiga undang-undang penubuhan IFC bertarikh Januari 2005 kepada persidangan cadangan penubuhan IFC. Persidangan ini di anjurkan oleh suatu badan yayasan Kristian yang beribupejabat di Negara Jerman, iaitu Konrad Adeneuer Foundation (KAF).

4. Apakah matlamat penubuhan IFC?

Matlamat IFC ialah untuk meminda beberapa ajaran asas Islam yang akan merosakkan akidah orang Islam dan berpihak kepada kepentingan orang-orang bukan Islam.

5. Apakah tuntutan orang-orang bukan Islam yang dibuat melalui IFC?


i. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

ii. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

iii. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.

iv. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan sesorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

v. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

vi. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.

vii. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

viii. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

ix. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

x. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

xi. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

xii. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

xiii. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

xiv. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

6. Apakah bahayanya penubuhan IFC terhadap Islam?

Berdasarkan deraf undang-undang penubuhan IFC, suruhanjaya ini jika ditubuhkan amat berbahaya kepada Islam dari sudut:

i. Membuka ruang seluas-luasnya untuk orang bukan Islam mencampuri hal ehwal agama Islam

IFC jelas sebuah suruhanjaya anti Islam. Ini adalah campurtangan orang bukan Islam dalam hal ehwal agama Islam secara terang (tanpa berselindung). Hak perlembagaan bagi mengamalkan agama sendiri (Artikel 11(1) Perlembagaan Persekutuan – Freedom of Religion (Kebebasan beragama) tidak berlanjutan kepada mempersoalkan agama lain dan tidak sampai menuntut ajaran agama orang lain dipinda semata-mata untuk disesuaikan dengan kepentingan sendiri. Orang-orang bukan Islam berhak untuk menuntut hak mereka mengamalkan agama sendiri tetapi tidak sampai mempersoalkan dan campurtangan dalam urusan agama Islam. Campurtangan ini amat bahaya. Perkara yang berkaitan dengan agama Islam hendaklah diselesaikan oleh mereka yang berkelayakan di dalam Islam sendiri.

ii. Menjadikan undang-undang Allah mesti tunduk kepada norma-norma antarabangsa yang dicipta oleh manusia yang menjejaskan aqidah

Norma-norma antarabangsa tersebut ialah:


Deklarasi Hak Asasi Sejagat 1948,

Konvensyen untuk menghapuskan semua jenis diskriminasi terhadap wanita (disahkan oleh Malaysia pada 5 Julai 1995),

Konvensyen mengenai hak kanak-kanak,

Deklarasi untuk menghapuskan semua bentuk ketidaktoleransi dan diskriminasi berasaskan agama,

Deklarasi mengenai hak-hak orang untuk mempunyai kewarga negaraan, sukukaum, agama dan bahasa minoriti,

Deklarasi Vienna dan pelan tindakan.

Kesemua norma antarabangsa tersebut belum disahkan oleh Malaysia kecuali yang dinyatakan sebaliknya. IFC menuntut supaya agama mestilah mengikut ketentuan norma antarabangsa di atas. Norma antarabangsa tersebut tidak membezakan antara orang Islam dan bukan Islam. Bagi orang Islam, peraturan untuk kehidupan mereka bukan lagi Islam tetapi norma-norma antarabangsa tersebut yang dicipta oleh manusia. Apa sahaja ajaran Islam yang bertentangan dengan norma antarabangsa hendaklah dihapuskan. Ini bermaksud, Allah mesti tunduk kepada norma antarabangsa. Ini menjejaskan aqidah seorang Muslim.

iii. Orang Islam bebas melakukan apa sahaja

Manusia adalah bebas. Begitu juga orang Islam adalah bebas. Mereka bebas melakukan apa sahaja termasuk mengamalkan ajaran agama lain tetapi masih boleh mengaku sebagai seorang Muslim atas nama kebebasan beragama. Kebebasan agama ini dijamin oleh norma antarabangsa di atas.

iv. Orang Islam bebas untuk murtad

Deklarasi sejagat mengenai hak asasi manusia menyatakan 'setiap orang mempunyai hak untuk bebas berfikir, suara hati dan agama. Ini termasuk kebebasan menukar agama... (Artikel 18)'. Ini bermaksud status sebagai seorang Muslim bukan ditentukan oleh Tuhan tetapi ditentukan oleh manusia. Berdasarkan norma antarabangsa, Islam tidak berhak menghalang penganutnya keluar daripada Islam kerana itu dibenarkan oleh norma antarabangsa.

v. IFC berhak menentukan status agama seseorang

Seseorang yang ingin murtad boleh mengemukakan permohonannya kepada IFC. Permohonannya akan ditentukan oleh ahli-ahli IFC yang di antaranya adalah orang bukan Islam. Ini adalah campurtangan yang amat nyata dalam hal ehwal Agama Islam. Jabatan Pendaftaran Negara tidak berhak menolak permohonan seseorang untuk menukar nama daripada Islam kepada bukan Islam dengan alasan suatu percubaan untuk murtad. Jika permohonan ditolak ini menjejaskan keharmonian dan kebebasan beragama. Perkara ini terkandung di dalam seksyen 19(3) deraf undang-undang IFC.

Tiada sebarang agama yang sanggup menerima campurtangan oleh mereka yang bukan penganutnya. Oleh yang demikian tidak pernah wujud badan seumpama IFC di mana-mana sahaja dalam dunia ini.

7. Apakah sikap kita sebagai Muslim?

Menentang sekeras-kerasnya penubuhan IFC. Kerajaan awal tahun ini telah mengumumkan penangguhan penubuhan IFC. Semua saluran perlu digunakan untuk menghalang penubuhan IFC. Para pelopor IFC ini tidak akan berdiam diri dengan penangguhan ini dan akan terus melobi semua pihak untuk menerima cadangan mereka. Ini terbukti apabila mereka menyokong sepenuhnya pengikut-pengikut Ayah Pin yang ingin murtad dan menyediakan khidmat guaman untuk menyaman pihak berkuasa dan membawa kes ini ke peringkat tertinggi.

Orang Islam perlu berwaspada dan jangan terpedaya dengan diayah bahawa tindakan mereka ini hanya satu dialog antara agama.

KAMI HARGAI KEPUTUSAN KERAJAAN MENANGGUHKAN SEBARANG TINDAKAN DALAM HAL INI. MALAH KAMI HARAP PENUBUHAN IFC DI TOLAK SAMA SEKALI. KAMI BERPENDAPAT PENUBUHAN IFC INI BOLEH MENIMBULKAN KETEGANGAN ANTARA AGAMA DAN MENGGUGAT KESELAMATAN NEGARA.

JIKA ANDA MENCINTAI ISLAM DAN BERHASRAT MEMELIHARA HAK-HAK MUSLIM, ANDA SEPATUTNYA MENYEBARKAN RISALAH INI. ANDA JUGA DIMINTA MENYUARAKAN PROTES INI KEPADA WAKIL RAKYAT ANDA.

ORANG ISLAM WAJIB SEDAR TENTANG ANCAMAN PENUBUHAN IFC.

Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN) merakamkan jutaan terima kasih atas sokongan dan sumbangan dari YADIM dan ahli-ahli individu yang prihatin.

Ahli-ahli ACCIN terdiri dari:

Al-Hidayah, Belia PERKIM, GEPIMA, Islamic Information and Services, Islamic Outreach ABIM, JIM, MACMA, Persatuan Al-Hunafa, Persatuan Darul Fitrah Malaysia, Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darus Syifa), Persatuan Seruan Islam Wilayah Persekutuan dan Selangor (Jam’iyah), Persatuan Ulamak Malaysia, RICOI, WAMY

Untuk maklumat lanjutan sila rujuk:

http://www.geocities.com/bantah_IFC/

atau e-mail:

jimhq@po.jaring.my
zaidun@pc.jaring.my
jkdakwah@jim.org.my

atau hubungi:

Secretariat ACCIN:
Alamat: c/o Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia
Lot 300.3, Lorong Selangor
Pusat Bandar Melawati
51200 Kuala Lumpur
Malaysia
Fax: (603) 4107-1754

Selasa, Ogos 29, 2006

Sonic Cosmic: Music from outer space

You are invited to

Sonic Cosmic: Music from outer space



An experimental-improvised music performance

By Kamal Sabran

Artist-in-residence program

National Space Agency Malaysia.



26.8.2006

Saturday

10:30am

National Planetarium

53, Jln Perdana, 50480

Kuala Lumpur.



Free Admission.



Info: 03 22735484 Pn Hapipah/Cik Rozani

016 5533391 Kamal Sabran

kamalsabran@gmail.com

http://kamalsabran.blogspot.com/









Look at the stars. Can you hear them?



For centuries astronomers have been looking at the stars. But can our ears tell us something that our eyes can't? ... Is it possible that there is more to learn by listening to the stars?



As the artist in residence of Agensi Angkasa Negara (National Space Agency) whereby I was granted a research fund to produce an artwork that combines both space science and art.



My sound art entitled Sonic Cosmic is a scientific research is based on real signals which came from outer space. My aim is to develop a musical composition base on galactic radio noise. The final composition will be on stage along with visual projection on electromagnetic wave.



In search of space sound, I used a radio telescope located at the National Satellite Station, Sg Lang Banting, Selangor. The radio telescope receives radio signals from the Sun, the planet Jupiter, and the galaxy. Relativistic electrons spiraling in the galactic magnetic field generate radio noise that is easily detected using the radio telescope.



Using this Radio telescope I am able to receive the natural radio emission such as, Solar Burst, Jupiter Radio Noise Storm and Galactic Background Noise. The signals are recorded, displayed, analyzed and archived using special software.



My musical compositions process started with observing the close analogy between galactic radiation and musical notes -- both of which are decoded by intensity and frequency (or wavelength).


I used galactic noise as a musical instrument by breaking them into fragment using computer software. I tried to find the sound association between galactic noise and musical instruments by doing experimentation using various methods, techniques and styles. I also used both traditional and electronic instrument to create an organic harmonious composition.



My music portrays an eerie, chaotic and meditative feeling of space. My art is an uncommon fusion of science and art: astronomy and music.





-Kamal Sabran

Jun 2006 Ipoh.




Kamal Sabran is an artist worked on experimental-improvised visual music, performance art and electronic installation. His passion in art and science leads him to receive a residency program funded by National Space Agency, Malaysia.



Sonic Cosmic is a 20-minute, 4-movement experimental-improvised music and visual composition performed by Kamal Sabran and guest artist such as Amirul Fakir (Poet), Electroprimitive (experimental musician), and Nurhanim Khairuddin (writer, artist).

Rabu, Ogos 23, 2006

Telefon Bimbit Hilang? Apa Yang Boleh Lakukan

Telefon Bimbit Hilang? Apa Yang Boleh Lakukan
Jangan berikan peluang kepada mereka yang mencuri telefon bimbit anda
daripada menggunakannya. Jadikan ia tidak berguna supaya ia tidak lagi
boleh dijual kepada orang lain.
Caranya mudah. Setiap telefon bimbit mempunyai nombor siri IMEI yang
tersendiri. Anda hanya perlu mengetahuinya dan menyimpan catatannya.
Untuk memeriksa nombor siri IMEI ini, tekan simbol dan nombor berikut :-
* # 0 6 #
tanpa ruang kosong. (star hash kosong enam hash)
Nombor yang ditayangkan adalah 15 digit nombor yang unik bagi setiap
telepon bimbit. Catatkan dan simpan ditempat yang boleh didapatkan semula.
Sekiranya telefon bimbit anda hilang, anda boleh melaporkan kehilangan
telefon bimbit anda kepada pemberi khidmat telefon bimbit seperti TM,
Maxis atau Digi. Berikan nombor ini kepada mereka supaya ia boleh
disenarai hitamkan. Sekiranya pencuri menukarkan kad SIM, ia masih
tidak dapat digunakan kerana telefon bimbit sudah dihalang penggunaan.
Walaupun anda mungkin tidak lagi mendapat telefon bimbit anda, dengan
menjadikan ia tidak berguna sudah cukup memuaskan hati. sekiranya
setiap daripada kita mencatatkan nombor siri IMEI dan melaporkan
nombor siri ini apabila kehilangan telefon bimbit. Kes-kes kehilangan
dapat dikurangkan kerana tiada guna mencuri telefon bimbit jika tidak
boleh dijual dan digunakan.
Lakukan sekarang dan sebarkan kepada orang lain.
Artikel ini di Internet
http://www.wanita.us/lost-handphone.php
http://tipswanitasihat.blogspot.com/2006/08/tips-telefon-hilang.html
Dapatkan Ringtone di sini
http://www.wanita.us/ringtones.php
Rujukan tentang no siri IMEI
http://en.wikipedia.org/wiki/IMEI
http://groups.google.com.my/group/tipswanita?hl=en

p/s: Hilang? beli baru

Ahad, Ogos 13, 2006

Artikel Pilihan : IFC dan Proses membinatangkan umat Islam

IFC dan Proses membinatangkan umat Islam
Oleh Encik Roy - Dipetik dari Laman M@RHAEN

--------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum w.b.t.
Binatang apa itu? Ikan? Kucing? Kura-kura? Lelabah?

Saya kira, kita sedang memasuki satu fasa kehidupan dunia, di mana kebanyakan manusia di seluruh dunia seakan gembira atau teruja atau seperti melihat sesuatu yang magik dalam memperkatakan atau mengulas atau mempersoal atau cuba mencari sesuatu jalan di dalam agama Islam. Dan saya lihat, agama Islam ini teramatlah istimewa sehingga ianya menjadi subjek khusus yang menarik untuk diperkatakan apa sahaja oleh umat manusia. Seperti mata manusia yang melekat kepada sekuntum bunga, seperti itu agama Islam hari ini. Ia menjadi tumpuan setiap orang sama ada untuk diperbahaskan, di kaji, dirungkai dalam apa jua bentuk disiplin hidup, sama ada dalam bidang sains, matematik, falsafah, kaji bintang, arkiologi, ketuhanan, sejarah, tamadun, pembangunan sains sosial, ilmu politik, ketenteraan, ilmu kematian, dunia selepas kematian, ilmu kebatinan, kimia, petroleum, proses penciptaan makhluk, cuaca, bencana, perubatan, mantik, tasauf, ilmu tafsir, faraid, kira-ukur tanah, sastera, seni dan apa sahaja.

Sehingga setiap inci peristiwa yang diperkatakan hari ini pasti tidak lepas dari dihubungkan dengan urusan Agama Islam. Sama ada sengaja dihubungkan untuk kepentingan peribadi atau tidak. Sebut apa sahaja peristiwa, keganasan, 9/11, tsunami, Iran, Iraq, Syiah, Sunnah, HAMAS, Palestine, Anwar Ibrahim, Islam Hadori, Nordin Mat Top, Mawi, Nuklear, tudung di Peranchis, Tak Bai, Kepulauan Sulu, Syeih Ahmad Yassin, Tebing Barat, minyak...etcetera.. etcetera.. Sesetengah orang melihat seakan-akan agama Islam ini sebagai suatu ancaman. Sesetengah orang pula melihat agama Islam ini tidak lebih sebagai alat untuk perut sendiri. Ada pula yang melihat Islam ini penuh dengan rahsia dan jawapan untuk setiap persoalan. Dan Alhamdulillah, ada pula sesetengah orang itu mendapat hidayah dalam perjalanannya.

Dan seperti juga bunga, kadangkala mata-mata liar ingin cuba merosakkannya. Setidak-tidaknya membencinya atau menghinanya, memetik atau cuba untuk memusnahkannya.

Saya akui yang saya tidak memiliki intelek yang tinggi dalam bidang agama. Keupayaan fikrah saya terhadap disiplin-disiplin ilmu agama Islam amatlah cetek sekali. Hendak dibandingkan antara saya dengan Saudara Nik Aziz Nik Mat ibarat membandingkan di antara serumpun kangkung dan sepohon meranti. Tetapi ini tidak bermakna saya seorang yang pasif. Setiap inci peristiwa yang berlaku ke atas saudara-saudara seagama saya, tetap saya perhatikan. Saya perhalusi dan saya konklusikan. Kemudian saya terjemahkan ianya melalui apa-apa sahaja tindakan yang saya mampu. Jika saya mampu berdemonstrasi, saya demonstrasi, jika saya hanya mampu menulis, saya akan tuliskan sahaja.

Dan yang paling menakutkan, apabila kita berhadapan dengan manusia-manusia yang zahirnya faham benar tentang agama Islam, tetapi tangan-tangan mereka penuh dengan kudis-kudis yang cuba mengotori keluhuran agama Islam itu sendiri. "Mereka ini memang cilaka", kata Rahman Seman.

Orang-orang ini cuba membinatangkan umat Islam. Ya, saya sebut binatang. Apa? Kamu tak tahu eja binatang? Baiklah saya ejakan. B.I.N.A.T.A.N.G.

Kenapa saya tergamak menukilkan tindakan mereka seolah-olah membinatangkan umat Islam? Adakah saya kepingin menjadi seekor beruk? Atau ikan patin? Adakah saya mahu menjadikan blog saya ini sarang maki hamun? Ya, saya ada jawapan untuk semua ini.

Secara zahirnya mereka ini sungguh intelek. Mereka mampu bersyarah selama 2 jam setengah di dalam bahasa Inggeris dan pandai pula mengira duit gaji. Tetapi jika kita fikirkan balik, beruk jika dilatih menaip, lama-lama dia pun pandai juga menaip. IFC adalah menifestasi terhadap tindakan mereka untuk membinatangkan umat Islam. Kebanyakan manusia-manusia yang menganggotai IFC adalah manusia-manusia yang liberal. Apa itu liberal? Ah, pergi jahanam dengan definisi. Mereka-mereka yang liberal ini meletakkan logik mengatasi segala-galanya. Ya, sebagai manusia, kadangkala kita perlu juga memerlukan logik akal untuk menilai sesuatu perkara. Contohnya "Saya lapar. Logik untuk lapar ialah tidak makan" atau "Saya ngantuk. Logik untuk ngantuk adalah kurang tidur".

Tetapi tidak semua perkara yang kita buat di dunia ini harus dilogikkan. Dan di sini hujah saya kenapa orang-orang IFC ini sebenarnya cuba untuk membinatangkan umat Islam walaupun mereka tidak sedari. Mereka cuba melogikkan akidah atas nama Hak Asasi Manusia.

IFC membenarkan semua manusia bebas untuk memilih agama sendiri walaupun ibu bapa mereka Islam. Dan pada saya logik mereka adalah logik yang mudah, agama adalah nonsense. Agama adalah tools, agama adalah subject yang pasif seperti juga perayaan menyambut Tahun Baru atau 31 Ogos. Tanpa agama manusia masih boleh hidup dengan syarat manusia mampu membina piagam undang-undang sendiri. Jadi hujah saya, tanpa agama apa beza manusia dengan binatang?

Islam memagari umatnya dari berkelakuan binatang dengan mengangkat akidah dan kepercayaan kepada Allah di tempat teratas. Mengangkat wanita di tahap yang tinggi. Jika ada yang berhujah, tanpa agama manusia masih mampu mencipta undang-undang, hujah saya pula, binatang juga mampu membina undang-undangnya. Lihat sahaja National Geography. Di rimba, si karnivor adalah pemegang status quo undang-undang. Mereka ada kawasan-kawasan mereka sendiri yang ditandai dengan air kencing. Binatang seperti kuda, seladang atau rusa ada kumpulannya untuk saling berinteraksi dan berjaga-jaga dari dibaham si karnivor. Mereka mesti menjaga hak asasi mereka sendiri untuk melindungi hak-hak sesama kumpulan. Burung-burung melata di udara dan undang-undang bagi burung, mereka tidak digalakkan melata di darat kerana jika mereka melata di darat, mereka dikira mencabul Hak Asasi si zirafah, ayam atau itik yang tidak boleh terbang.

Pada saya, membenarkan agama Islam dibuka adalah satu tindakan meletakkan logik akal semata-mata di peringkat teratas. Alasan hak asasi dan kebebasan beragama tidak mampu untuk menutup kehendak segolongan pihak tertentu dalam usaha menelanjangkan kesucian agama Islam supaya senang diperlakukan oleh semua manusia. Mereka menyerang Islam menggunakan logik.

Saya berasa sangat terjentik apabila mengetahui matlamat IFC ini antaranya anak-anak Muslim tidak wajar ikut menjadi seorang Muslim seperti ibu bapanya. Terlintas di fikiran saya, apa jenis Hak Asasi yang mereka guna? Ya, saya berasa sangat emosi apabila diberitakan akan hal itu. Mereka seolah-olah sedang berusaha sedaya upaya dengan tangan-tangan mereka untuk meroboh dinding akidah Islam melalui perspektif kabur mereka. Dengan kata lain, mereka sedang dalam perjalanan untuk meliberalkan Islam itu sendiri. Mungkin mereka tidak sedari, tapi saya cukup faham akan hal ini melalui pandangan fikrah saya.

Baiklah, saya cuba kaitkan hal-hal majmuk yang sedang kita hadapi hari ini dengan cerita IFC ini. Hari ini rata-rata agama telah pun berjaya diperkosa dan ditelanjangkan. Agama bukan lagi satu manifestasi atau kayu ukur dalam menentukan mana hak, mana bathil, mana haram, mana halal. Dan unsur yang menggantikan agama adalah hak asasi manusia. Disokong pula oleh logik akal semata-mata.

Contohnya begini, jika si Robert berzina dengan seorang gadis, agama (sama ada agama dari Injil, Al-Quran atau Talmud) meletakkan hukum berzina ini adalah sangat hina dan kotor. Berzina adalah perlakuan yang buruk dan keji. Tetapi, jika Robert adalah pemegang mazhab hak asasi manusia yang meletakkan logik akal di peringkat tertinggi, mungkin baginya apa salahnya berzina? Jika Robert dan si gadis itu saling mencintai, hubungan seks sebegitu adalah contoh luahan rasa sayang yang sepatutnya terjadi di kalangan manusia. Kenapa perlu diharamkan? Berzina tidak menyebabkan ekonomi negara runtuh? Berzina tidak menyebabkan jiran Robert mati terkejut. Berzina juga tidak ada kena mengena dengan kebuluran di Sudan. "Jadi apa salahnya saya meluahkan kasih sayang dengan melakukan hubungan seks bersama kekasih saya?", kata Robert.

Dan memang sukar untuk menjawab akan hal ini menggunakan logik akal juga. Tapi bagi mereka yang "celik", di situ letaknya peranan akidah yang ada dalam Islam. Berzina adalah haram walaupun hak asasi manusia tidak menyatakan ianya haram. Bagi logik manusia "Apa salahnya berzina kerana berzina tidak ada kena mengena dengan ekonomi negara". Mungkin begitu. Tetapi pada pendapat saya, peranan akidah di dalam Islam dalam meletakkan sesuatu hukum itu sebenarnya akan membezakan kita, manusia dengan makhluk-makhluk lain. Jika berzina hanya kerana ingin meluahkan rasa cinta dan sayang, jadi apa bezanya kita dengan binatang? Lihatlah si lembu yang beromen di tengah-tengah padang ragut, atau si anjing yang melakukan hubungan kelamin di tepi jalan. Jika kita menarik agama dari memagari kehidupan manusia, akhirnya akan menyebabkan kita tidak ada bezanya dengan binatang. Dan akidah sebenarnya yang mengangkat martabat manusia ini jauh dari binatang. Dan ini yang tidak difahami IFC.

Oh, ya mungkin ada yang bertanya. "Encik Roy, cuba engkau tengok ahli-ahli IFC itu. Mereka-mereka juga penganut macam-macam agama. Jadi tentu sekali mereka memahami agama mereka sebelum mereka menjalankan IFC. Tentu sekali mereka akan berkata bahawa mereka ada akidah dan mereka tentu berbeza dengan binatang". Ya, benar. IFC itu hasil buah fikiran gabungan-gabungan agama-agama Kristian, Buddha, Hindu. Tetapi apa yang mereka atau ketua-ketua mereka lakukan terhadap agama mereka. Lihat agama Kristian (agama Nabi Isa) yang telah lama dibinatangkan sehingga tidak jelas disiplin-disiplin hidup dalam agama mereka. Mana halal? Mana haram? Dalam keadaan tertentu mereka menekankan berzina itu sebagai sesuatu yang haram, tetapi ianya diletakkan dengan maksud yang kabur kerana nafsu dan logik mereka membenarkan zina. Bila sesuatu itu kabur, mudah bagi mereka untuk meletakkan sesuatu perkara dalam keadaan yang boleh dipersoalkan.

Kitab-kitab mereka menekankan bahawa melindungi hak-hak wanita itu adalah wajib tetapi mereka pisahkan akan hal itu dengan kehidupan mereka sehingga kita dapat lihat hari ini hak-hak perempuan-perempuan mereka adalah cuma sehelai coli dan seluar dalam sahaja. Sains fesyen, ujikaji seks dan hiburan berjaya membinatangkan wanita-wanita mereka. Mereka menjadikan wanita-wanita mereka alat dalam melariskan barang, filem atau memuaskan nafsu. Jika agama mereka cuma sekadar di dalam kitab, dan hak-hak wanita mereka cuma sekadar sehelai coli dan seluar dalam sahaja, mana mungkin otak ahli-ahli IFC boleh mengaitkan antara akidah dan kebebasan beragama yang mereka war-warkan.

Jika seorang nyonya parti pembangkang yang rela dirinya dicium di khalayak, apa beza kelakuan nyonya ini dengan kelakuan binatang jantan-betina di zoo yang saling beromatika sambil disaksikan orang-orang yang membuat lawatan sambil belajar.

Dan dalam cerita IFC, mereka melihat pagar akidah umat Islam itu mencabar agama Hak Asasi Manusia mereka. Anak-anak Muslim yang lahir dari keluarga Muslim membuatkan otak mereka semakin serabut. Logik mereka segera bergetar-getar. "Apa salahnya anak-anak ini memilih agama mereka sendiri? Apa bezanya jika anak-anak ini berlainan agama? Perbezaan agama tak akan mengganggu ekonomi negara. Perbezaan agama tidak akan menukar warna kulit seseorang". Itu barangkali hujah mereka. Sebab mereka tidak faham fungsi akidah dalam sendi-sendi kehidupan. Dan mereka juga telah lama menyalah tafsirkan kebebasan berakidah dan bagaimana akidah dalam Islam berjalan.

Islam adalah agama yang bukan sekadar agama. Sebab Islam itu sendiri mengajar pengikutnya tidak meletak logik dan hak asasi manusia mengikut akal semata-mata di tempat teratas. Benar, Islam membenarkan wanita bekerja. Jika ikut logik dalam Hak Asasi Manusia, apa salahnya wanita bekerja tanpa memakai tudung. Apa salahnya wanita bekerja di pusat-pusat hiburan selagi dia tidak dicabul dan hak asasinya di bawah deklarasi hak asasi manusia PBB? Tetapi dalam Islam lain. Islam tidak meletakkan akal mengatasi akidah dan disiplin Syariah. Sebab itu, protokol Islam mewajibkan wanita bekerja menutup aurat. Diharam bekerja di pusat-pusat hiburan. Kerana apa? Kerana dalam Islam wanita itu jauh lebih mulia dari haiwan. Tubuhnya jauh lebih suci dari haiwan. Ruangnya jauh lebih tinggi dari haiwan. Pakaiannya, jauh lebih labuh dah tertutup dari sekadar coli dan seluar dalam. Dan itu sebenarnya protokol dalam Islam yang pada pendapat orang-orang liberal dan sosialis ini, Islam cuba menafikan hak wanita. Menafikan wanita bekerja. Menafikan wanita berfesyen. Nampak? Islam cuba meletakkan wanita jauh lebih mulia dari binatang.

Saya cuma mengulas aspek IFC dari segi anak-anak orang Islam wajar diberikan kebebasan beragama. Aspek-aspek lain jika diulas dan diperhalusi, akan menghasilkan konklusi yang sama bagi saya iaitu pagar-pagar akidah Islam sedang diusahakan untuk dirobohkan supaya tangan-tangan ini mampu melakukan apa sahaja atas dasar hak asasi manusia. Saya ulangi balik penyata saya di atas, usaha IFC ini sebenarnya adalah satu usaha untuk membinatangkan umat Islam walaupun mereka tidak sedari. Dalam Islam, anak-anak yang lahir Muslim wajib didik dengan ilmu-ilmu Islam agar mereka ini terus menjadi Muslim. Kerana apa? Kerana dengan menjadi Muslim, akidah mereka akan memandu mereka ke arah menjadi manusia. Bukan binatang. Dengan akidah mereka dapat bezakan antara arak dan susu. Zina dan kahwin. Mencari rezeki dan mencuri. Mereka dapat ilmu bahawa riba' itu haram. Mendedahkan aurat itu haram. Mencarut itu haram. Meninggalkan solat itu berdosa.

Jika IFC berjaya mengambil alih akidah dalam kehidupan anak-anak ini, pasti mereka akan menjadi bodoh dalam menentukan mana satu susu mana satu arak. Mana satu zina mana satu kahwin. Judi itu haram atau halal. Riba' itu haram atau halal. Solat itu ibadat atau ritual. Kerana apa? Kerana hak asasi tidak pernah berjaya meletakkan akidah sebagai sesuatu yang logik. Logik gagal menerangkan kenapa kita kena berwuduk sebelum sembahyang. Logik gagal menerangkan kenapa berzina itu haram walaupun atas dasar cinta. Logik itu gagal menerangkan kenapa orang Islam wajib sembahyang lima waktu.

Jadi kenapa kita menolak IFC? Kerana IFC meletakkan Hak Asasi Manusia jauh di atas berbanding akidah. Dan Hak Asasi Manusia ini cuma hasil kerja manusia atas dasar logik semata-mata. Menggunakan logik akal, membuatkan kita umat manusia (umat Islam khasnya) tak ubah seperti binatang.

Jangan sampai satu hari nanti jika orang tanya anak-anak kita "Kenapa ekau berzina ni?". Dan dia akan jawab "Kambing Tok saya selamba beromen, takkan saya tak bole?"

Pertahankan akidah kita jika anda yakin anda ada akidah.

Jumaat, Ogos 04, 2006

Rencana Pilihan: Kemunculan Semula Bani Israel

dipetik dari Utusan Malaysia

Kemunculan semula Bani Israel
Oleh WAN MOHD HAFIZ WAN HAMZAH



HARI Jumaat, 14 Mei 1948, adalah tarikh bersejarah bagi kaum Yahudi di seluruh dunia kerana wujudnya sebuah negara yang dinamakan Israel - kemuncak cita-cita kaum Yahudi sejak beribu-ribu tahun dahulu.

Setelah melalui beberapa peringkat rundingan, termasuk Perjanjian Belfour yang amat penting sebagai satu tanda mendeklarasikan kewujudan negara Israel, maka muncullah sebuah negara baru di peta dunia, iaitu Israel.

Mungkin ramai yang tidak menyedari, malah termasuk umat Islam sendiri, bahawa kini Bani Israel seperti yang disebut-sebut di dalam al-Quran kembali mempunyai negara. Dengan tertubuhnya negara tersebut, setelah beribu-ribu tahun bertaburan di muka bumi, kaum ini kembali bertaut dan bersatu di bawah panji-panji Israel.

Ketika di zaman para nabi, kaum Yahudi juga dikenali sebagai golongan dari Bani Israel. Ini berdasarkan susur galur sejarah terdahulu kaum Yahudi, mereka adalah daripada golongan yang digelar oleh al-Quran sebagai Bani Israel.

Daripada susur galur golongan ini jugalah, banyak munculnya nabi-nabi dan rasul kecuali Nabi Muhammad s.a.w., Nabi akhir zaman yang muncul di kalangan keturunan Arab.

Di dalam al-Quran sendiri, banyak ayat yang menceritakan kisah dan riwayat Bani Israel semenjak dari zaman Nabi Musa a.s. Ketika di zaman Firaun, Bani Israel adalah kategori rakyat bergelar hamba dan tidak layak untuk menikmati kehidupan yang bebas sempurna. Firaun yang berbangsa Qibti, benar-benar zalim terhadap golongan Bani Israel pada waktu itu.

Mungkin kezaliman yang dilakukan tidak jauh bezanya dengan kekejaman Adolf Hitler terhadap golongan ini semasa dunia di era Perang Dunia Kedua.

Setelah datangnya pertolongan Allah s.w.t membebaskan Bani Israel daripada kekejaman Firaun, melalui kemunculan Nabi Musa a.s., Bani Israel mula lupa perjanjian taat setia untuk patuh kepada perintah Nabi Musa a.s.

Perintah

Kedegilan dan keangkuhan kaum Bani Israel ketika di zaman Nabi Musa dan seterusnya, termasuk di zaman Nabi Isa a.s secara jelas dinyatakan Allah s.w.t melalui firman-Nya di kebanyakan surah.

Sebagai contoh di dalam Surah al-Baqarah Ayat 83, Allah s.w.t telah menerangkan kepada Bani Israel beberapa perintah-Nya untuk dipatuhi oleh golongan tersebut. Perintah ini dikenali sebagai The Ten Comandment seperti mana yang tersebut di dalam kitab Taurat. Malah, kisah Bani Israel ini turut difilemkan pada sekitar tahun 1956 yang berjudul The Ten Commandment arahan Cecil B. DeMille.

Jelas terbukti, pada hari ini lebih ramai di antara golongan Bani Israel ingkar terhadap apa yang diperintahkan kepada mereka. Apa yang al-Quran jelaskan 1,400 tahun lalu mengenai perlakuan Bani Israel seakan-akan sama dengan sikap yang diperlihatkan oleh negara Israel pada hari ini.

Sikap mereka yang suka bermusuhan dan kejam terhadap orang lain terutama melibatkan isu Palestin dan kini Lebanon adalah sama seperti mana yang difirmankan Allah s.w.t. dalam surah al-Baqarah, ayat 85.

Sesungguhnya, golongan Bani Israel ini adalah satu kaum yang dimuliakan Allah s.w.t satu ketika dulu. Kebanyakan daripada keturunan Bani Israel atau kaum Yahudi, mempunyai kebijaksanaan dan kelebihan yang tidak diberikan terhadap kaum lain.

Ini jelas apabila hampir semua di kalangan nabi dan rasul diturunkan melalui keturunan mereka. Malah Nabi Isa .a.s. sendiri termasuk di kalangan keturunan Bani Israel.

Dengan kemuliaan yang diberikan Allah s.w.t. kepada mereka, golongan ini menjadi sombong dan bongkak serta memandang hina ke atas pihak lain. Apa yang berlaku terhadap keganasan dan kezaliman yang tidak sudah-sudah ke atas rakyat Palestin dan Lebanon, menjadi satu bukti yang nyata.

Namun Allah s.w.t. telah memperingatkan golongan ini bahkan firman tersebut amat relevan pada hari ini berdasarkan situasi dan konflik di Asia Barat yang tercetus akibat tindakan rejim Israel. Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Baqarah ayat 122 yang bermaksud :

“Wahai Bani Israil, kenanglah akan limpah kurnia nikmatKu yang telah Kuberikan kepada kamu dan Aku telah melebihkan (datuk nenek) kamu (yang taat dahulu) atas umat-umat yang lain (yang ada pada zamannya)’’

Namun, pastinya, ramai yang lupa daripada beringat. Itu adalah fitrah manusia yang diciptakan sedia kala lemah. Begitulah hakikatnya pada Bani Israel dan kini, rejim Israel yang kembali melakukan kerosakan di bumi Palestin dan Lebanon. Israel dan sekutunya, AS dan Britain, ternyata melaksanakan kekejaman berselindung di sebalik kata-kata retorik kedamaian dan demokrasi.

Golongan ini menggelarkan orang lain, khususnya umat Islam sebagai pengganas, namun penglibatan golongan ini dalam pembunuhan rakyat Palestin dan tragedi Shabra Satilla dan Deir Yassin tidak pula dianggap sebagai satu keganasan? Kini tragedi yang sama kembali berulang.

Di dada-dada akhbar terpampang mayat kanak-kanak comel yang tidak berdosa terkulai layu tidak mengerti, akibat sifat serakah rejim Israel.

Tidakkah jelas, seperti yang diberitahu al- Quran terhadap sikap dan pendirian sesetengah golongan ini yang suka melakukan kerosakan. Ini hanya sebahagian. Bukan semua golongan Yahudi yang menyokong dasar luar pentadbiran Israel.

Malah kaum Yahudi yang beriman, beramai-ramai keluar mengadakan demonstrasi bermula sejak tragedi Shabra Satilla. Deir Yassin, penaklukan Palestin dan berterusan hinggalah yang terbaru, apabila Lebanon pula dicerobohi.

Namun sebahagian besar daripada golongan ini adalah terdiri daripada golongan yang lalai dan lupa. Sikap Bani Israel yang diceritakan al-Quran saling tak tumpah seperti sikap rejim Israel seperti yang wujud dengan rasminya di peta dunia pada hari ini. Firman Allah s.w.t. dalam surah al- Maidah ayat 32 yang bermaksud :

“Dengan sebab (kisah pembunuhan kejam) yang demikian itu kami tetapkan atas Bani Israel, bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya dan demi sesungguhnya, telah datang kepada mereka rasul-rasul kami dengan membawa keterangan yang cukup terang; kemudian, sesungguhnya kebanyakan daripada mereka sesudah itu, sungguh-sungguh menjadi orang-orang yang melampaui batas (melakukan kerosakan) di muka bumi.”

Sesungguhnya kini, sebahagian daripada golongan yang menderhaka dari Bani Israel, secara rasminya wujud kembali sebagai para pemimpin bagi Israel, dan terus melakukan kekejaman dan kezaliman, sama seperti yang pernah sebahagian daripada mereka lakukan satu ketika dulu.

p/s: huhuhuh

Rabu, Ogos 02, 2006

Remote Control

Petikan Utusan Malaysia:

Kerajaan pantau laman web, SMS

KUALA TERENGGANU 1 Ogos – Kerajaan akan memantau dengan dekat laman-laman web, blog dan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang menyebarkan perkara tidak benar sehingga boleh menjejaskan keselamatan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan tidak boleh membiarkan Internet menjadi alat menyebarkan perkara tidak betul berhubung sesuatu perkara atau menjadi medan untuk membuat tuduhan melulu kepada mana-mana pihak.

‘‘Kita tidak boleh membiarkan penyebaran berita tidak betul ini kerana ia mampu menimbulkan keadaan kacau bilau, kehilangan pekerjaan dalam bidang ekonomi misalnya dan menyebarkan khabar angin,’’ katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mendengar taklimat dan melawat tapak projek Tamadun Islam, di Pulau Wan Man, di sini, hari ini.

Semalam, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr.Jamaluddin Jarjis berkata, kerajaan akan mengambil tindakan terhadap laman web dan blog yang didapati boleh mengancam perkembangan ekonomi, perpaduan, kesejahteraan dan keselamatan negara.

Mengulas lanjut, Abdullah berkata, jika seseorang itu didapati menggunakan Internet atau SMS untuk menyebarkan perkara yang tidak betul pihak berkuasa berhak menahannya untuk disoal siasat bagi mengetahui kenapa ia dilakukan.

‘‘Kita tidak boleh menjadikan (kemudahan) Internet atau SMS sebagai satu peluang untuk menyebarkan apa-apa (termasuklah) mengatakan kat orang, tuduh kat orang.

‘‘Kita tidak boleh membiarkan perbuatan ini sebagai satu kebebasan yang di luar kebebasan yang diberikan kepada media di negara ini,’’ katanya.

Perdana Menteri menegaskan, tidak ada negara yang membenarkan sesuatu kebebasan itu diberikan secara mutlak sehingga membolehkan mana-mana pihak mengatakan apa sahaja yang mereka suka.

Ditanya adakah beliau sebagai Menteri Keselamatan Dalam Negeri akan meminta polis menjalankan siasatan ke atas laman-laman web yang terlibat, Abdullah berkata, ‘‘Terserah kepada pihak yang boleh menyiasat.’’


p/s: yehaaaaa

Ahad, Julai 23, 2006

Anda terasa? Tahniah Usmang Awang

Ini adalah karya Usmang Awang (sasterawan negara)

Usman Awang
Melayu

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak

Melayu di Tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu ?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

p/s: err..speechless

Why?? Dedicated to smokers

Why people smoke. A look at why people start and continue to smoke
Nowadays it would be unheard of for people not to smoke. Smoking is a part of everyday life, although, believe it or not, it has only recently become so.
All content on this page is

There are over one thousand million smokers throughout the world, which is an astonishing number, considering the harm smoking does to your body, which we are all well aware of.

With this in mind, the question "why do people smoke?" is a really complicated one, that is now being explored much more in depth by many of the world's doctors and scientists.

It has only recently been proved that smoking causes lung cancer amongst other serious diseases and that passive smoking is also harmful for those that do not smoke.

Thus, more and more governments are trying to make people aware of the health risks and consequences of smoking. Some governments have even banned smoking in all indoor public places.

Cigarettes are widely available and in many countries fairly inexpensive to buy. For this reason, buying cigarettes is no longer a luxury only for those who can afford to buy them, but a product that is widely attainable by most people.


Why do people start to smoke?
There are not many smokers about who started smoking after the age of eighteen. In fact, the majority of smokers took up the habit in their early or mid teens.

At such a young age, you don't really think about the health risks of smoking and you certainly do not realise how addictive smoking can be. As a teenager you probably think that you can try smoking a few times and then take it or leave it.

However, the reality is that it doesn't take long to become addicted to nicotine and smoking. Within a short period of time, children can experience the same cravings and withdrawal symptoms as an adult, as well as smoke as many cigarettes or more.

There are several reasons as to why children or teenagers start smoking.

Peer pressure plays an important part. Many children start smoking because their friends have tried it or smoke themselves.

Those children may have started as they have grown up in an environment where their parents, grandparents and older siblings smoke, and so they smoke in order to look and act like them.

Other children start smoking as an act of rebellion or defiance against their parents or people of authority.



Some children may also begin to smoke if they have low self-esteem. Smoking may get them in with the "in crowd" and help them to make friends. If they smoke, then they will be accepted by their peers.

Some children have said that they smoke to appear older and more grown up, especially if they are surrounded by young adults who smoke.

A number of children are only experimenting with smoking and just want to try it so see what all the fuss is about. As it is prohibited to smoke until the age of sixteen or even eighteen in some countries, children who smoke and get away with it without being caught, can get a thrill or feeling of excitement out of flaunting the law and doing what grown up adults do all the time.

Whatever the reason that a teenager has for starting to smoke, it is apparent that no matter how much you try to tell them that smoking is bad for you, a great number of them are going to try it anyway.

At that age, a teenager is more likely to be influenced by what their friends are doing rather than doing what their parents would like them to do.

Some teenagers may take up smoking because their favourite film star or pop star smokes. They may think that if they smoke just like their favourite idol does, then they will appear more glamorous, attractive or sexy, like them.

The manner in which some tobacco companies advertise their cigarette brands also has a major influence on young people. Some adverts give the impression that smoking is sociable. You can make new friends by smoking or you can attract your ideal partner by looking sexy, sultry and smoky!

Cigarette advertising is being banned in some countries and tobacco companies are becoming limited in where they are allowed to advertise. In some countries they are not permitted to advertise on billboards, television, radio, in magazines or newspapers or on buses or trains.


Why people continue to smoke
Apart from the fact that nicotine is highly addictive (see effects of nicotine), which makes it really difficult to give up, many adults have their own reasons for continuing to smoke.

A lot of people think that they need cigarettes in order to cope with stress or nerves. However, nicotine is a stimulant; it makes your heart beat faster and raises your blood pressure, so in fact, smoking does not really relax you at all or help you cope with unpleasant situations.

Other smokers say that their habit relaxes them. This is also erroneous because if you think about it, in a lot of the situations where you would light up a cigarette, you are actually carrying out relaxing and enjoyable activities such as sitting down and having a coffee with friends, watching television or having a break from working.

People probably think that smoking relaxes them, when in reality, smoking a cigarette, just stops the withdrawal symptoms that have begun to kick in after not having one for a while.

If you live with a family member or partner who smokes, then obviously it is going to be much harder to quit, even though you may really want to.

Many women are afraid of giving up smoking as they think that they will gain a huge amount of weight when they stop. Once you stop smoking though, you will be much fitter and have much more energy, which could motivate you into taking up some form of exercise or joining a gym.

A lot of people are so used to smoking that they do it out of habit and they don't even really want a cigarette some of the time. For example, you may light up a cigarette when you do certain activities in particular, such as talking on the phone, reading the paper or watching television. If you are not allowed to smoke at work, you may therefore have a cigarette before you start, during a break, before lunch, after lunch and as soon as you leave etc.

As with the younger generation, smoking may be a way of talking to different people and making new friends. Asking someone for a light or a cigarette may be a way of starting a conversation or an ice breaker.

Finally, some people smoke if they are bored and have nothing to do or if they are feeling lonely. Trying to keep busy would perhaps be a more satisfactory solution to this problem.

Whatever the reasons people have to start smoking in the first place, the majority of them quickly become addicted and continue to smoke for a long period of time.

Some manage to quit, probably after many unsuccessful attempts, whilst others will smoke for the rest of their lives, however long or short that may be.

It is a fact however, that over 50% of smokers wish that they didn't smoke and that they could give up tomorrow.

Therefore, it should be apparent that most people smoke because they are addicted to nicotine. For them, not to smoke would need an immense amount of willpower, a huge amount of support from family and friends and for some, expert medical advice and help.

p/s: heheh.. i'm also use nicotine delivery device..

Rabu, Julai 19, 2006

Parody: The Apprentince Version

Aku terjumpa pic ni dalam internet



p/s: ISA?

Jumaat, Julai 14, 2006

Bengkang atau bengkok?

depetik dari BERNAMA:

14 Julai, 2006 16:08 PM

Kenyataan Media JPM Mengenai Isu Pembatalan Jambatan Bengkok


KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Berikut ialah kenyataan penuh Jabatan Perdana Menteri berhubung pengklasifikasian semula dokumen rahsia berhubung isu jambatan bengkok:

KENYATAAN MEDIA MENGENAI PENGKLASIFIKASIAN SEMULA DOKUMEN RAHSIA BERHUBUNG ISU JAMBATAN BENGKOK

Kerajaan telah mengklasifikasikan semula beberapa dokumen rahsia yang relevan dan petikan darinya, bagi membolehkan rakyat Malaysia memahami mengapa Kerajaan mengambil keputusan untuk membatalkan projek jambatan bagi menggantikan Tambak Johor.

Dengan berbuat demikian, ia telah menjawab dengan sebenarnya beberapa dakwaan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri, YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad, iaitu:

1. Kerajaan Singapura menerima cadangan Malaysia untuk membina sebuah jambatan bengkok.

2. Jambatan berkenaan bukan sebahagian daripada pakej tertunggak isu dua hala.

3. Malaysia adalah negara lemah dan tidak mempunyai keberanian (half past six with no guts) dengan tidak meneruskan projek jambatan bengkok.

4. Ketika di meja rundingan, Malaysia yang mengemukakan isu penjualan pasir dan kebenaran untuk Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) menggunakan ruang udara negara ini.

5. Ini adalah kali kedua dalam sejarah negara di mana maklumat yang dilindungi di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 telah diklasifikasikan semula dan diluluskan untuk tatapan masyarakat awam.

6. Langkah ini merupakan satu bukti jelas betapa seriusnya Kerajaan ingin memberi fakta yang lengkap kepada rakyat agar mereka dapat memahami mengapa Kerajaan membuat keputusan untuk membatalkan projek jambatan berkenaan.

Di dalam pakej dokumen yang dikeluarkan ini adalah segala surat-menyurat yang dibuat antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan dua bekas Perdana Menteri Singapura, Encik Lee Kuan Yew dan Encik Goh Chok Tong.

Petikan daripada rekod mesyuarat di antara Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan Encik Goh Chok Tong di Kuala Lumpur pada Mac 2005, juga akan dikeluarkan untuk tatapan umum.

Kandungan bagi dokumen ini mempunyai tiga fakta utama:

1. Perbincangan bersama Singapura mengenai isu ruang udara bukanlah satu perkara baru yang disyorkan oleh Kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri telah memasukkan isu ruang udara sebagai satu pertukaran (trade off) dan menjadi sebahagian daripada isu berpakej yang ingin diselesaikan bersama Singapura ketika mengadakan beberapa rundingan daripada 1998 sehingga 2002.

Ini terbukti dalam kandungan surat Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Menteri Kanan Encik Lee Kuan Yew pada 4 Mac 2002.

Isu yang sama inilah yang dibangkitkan oleh Menteri Kanan Encik Goh Chok Tong semasa satu mesyuarat bersama Dato' Seri Abdullah pada 1 Mac 2005.

Fakta ini menangkis dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa kerajaan sekarang yang menawarkan penggunaan ruang udara Malaysia oleh jet-jet pejuang RSAF.

2. Penjualan pasir kepada Singapura dibangkitkan oleh Republik tersebut semasa mesyuarat di antara Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Encik Goh Chok Tong pada 1 Mac 2005.

Ini menangkis dakwaan bahawa Kerajaan sekarang yang membangkitkan isu pasir di meja rundingan.

3. Pendapat Undang-undang dari Jabatan Peguam Negara menunjukkan bahawa Malaysia tidak boleh meneruskan usaha membina jambatan secara bersendirian (unilateral) tanpa mematuhi tuntutan undang-undang. Khususnya, Malaysia mempunyai tanggungjawab yang terkandung di bawah Perjanjian Air Johor - Singapura 1961 dan 1962, Perjanjian Wayleave dan Perjanjian Pemisahan 1965.

Rintangan utama yang dihadapi Malaysia dalam soal ini adalah jika pembinaan jambatan bengkok diteruskan, ia akan melibatkan perobohan Tambak Johor sebelah Malaysia. Perobohan ini secara langsung menjejaskan paip-paip air yang dibina dalam Tambak Johor dan paip-paip air yang dibina di kiri dan kanan Tambak Johor.

Mengikut Perjanjian Air Johor - Singapura 1961 dan 1962, hak milik paip-paip tersebut diberikan kepada Lembaga Kemudahan Awam Singapura (Public Utilities Board atau PUB).

Jabatan Peguam Negara telah memberi pendapat undang-undang bahawa di bawah Perjanjian Air Johor - Singapura 1961 dan 1962, "Malaysia perlu mendapatkan kebenaran dari PUB bagi mengubah kedudukan paip-paip untuk pembinaan jambatan lurus sepenuhnya atau jambatan bengkok".

Di bawah Perjanjian Pemisahan Malaysia - Singapura 1965, Malaysia menjamin obligasinya yang terkandung dalam Perjanjian Air Johor - Singapura 1961 dan 1962.

Paip-paip air yang terletak di dalam Tambak Johor adalah tertakluk di bawah Perjanjian Air Johor - Singapura 1961. Justeru, peruntukan Perjanjian Wayleave yang boleh digunapakai ke atas paip-paip air yang terletak di kiri dan kanan Tambak Johor tidak boleh digunapakai ke atas paip-paip air yang terletak di dalam Tambak Johor.

Oleh itu, dakwaan bahawa paip-paip air yang terletak di dalam Tambak Johor boleh dialihkan secara bersendirian (unilateral) selepas memberi notis enam bulan kepada Singapura adalah tidak benar.

Dengan mengambilkira fakta ini, Kerajaan sekarang perlu membuat keputusan tegas untuk menolak cadangan timbang balas (quid-pro-quo) Singapura untuk memperoleh pasir dan ruang udara.

Keputusan ini dibuat memandangkan ianya akan menjejaskan kedaulatan Negara. Kerajaan perlu membuat keputusan politik untuk menghentikan projek jambatan ini memandangkan ianya selaras dengan sentimen Rakyat dan kepentingan Negara.

Kesimpulannya, keseluruhan isu ini berkisar pada satu fakta yang mudah - Malaysia mahukan jambatan tersebut dan Singapura tidak.

Jambatan lurus sepenuhnya yang dicadangkan oleh Malaysia sepatutnya menjadi simbol persahabatan dan seharusnya memberikan manfaat kepada kedua-dua Negara. Walau bagaimanapun, tanggungjawab untuk mencapai matlamat ini tidak hanya terletak kepada Malaysia semata-mata.

Nota: Keterangan lanjut mengenai isu ini terkandung dalam Lampiran A yang disertakan bersama.

Lampiran A:

Bekas Perdana Menteri, YABhg Tun Dr. Mahathir telah membuat pelbagai dakwaan berkenaan dengan keputusan Kerajaan untuk tidak meneruskan pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor.

Kerajaan kini ingin membentangkan fakta-fakta dan menjelaskan rentetan sejarah mengenai keputusan yang telah diambil.

Dakwaan: Bahawa Kerajaan Singapura telah menerima cadangan Malaysia untuk membina sebuah jambaan bengkok untuk menggantikan Tambak Johor sebelah Malaysia.

Fakta: Pada 4 Mac 2002, Tun Dr. Mahathir telah menulis kepada Menteri Kanan Lee Kuan Yew mengenai cadangan Malaysia berkenaan pakej isu dua-hala yang tertunggak.

Antara lainnya, beliau telah mencadangkan pembinaan jambatan di sebelah Malaysia manakala Singapura akan membina jambatan di sebelah Singapura dengan masing-masing menanggung kos sendiri.

Selepas jambatan tersebut siap, Tambak Johor akan dirobohkan. Tun Dr Mahathir seterusnya mencadangkan bahawa sekiranya Singapura tidak mahu membina jambatan di sebelahnya, Malaysia bercadang untuk membina jambatan di kawasannya sendiri.

Sebaik sahaja jambatan itu siap, Tambak Johor sebelah Malaysia akan dirobohkan.

Pada 11 April 2002, Perdana Menteri Goh Chok Tong membalas surat tersebut dan menyatakan persetujuannya, walaupun beliau lebih gemar kepada cadangan jambatan penuh.

Bagaimanapun, cadangan ini telah dibuat dalam konteks pendekatan berpakej untuk isu-isu dua hala yang tertunggak, yang akan dibincangkan dengan lebih lanjut lagi di peringkat Menteri dan Pegawai Kanan.

Pada 7 Oktober 2002, Tun Dr. Mahathir memberitahu Perdana Menteri Goh Chok Tong bahawa Malaysia telah membuat keputusan untuk tidak meneruskan perbincangan isu-isu tertunggak secara berpakej dan hendak memberi tumpuan kepada penyelesaian isu air yang sudah lama tertangguh, terutamanya isu penyemakan semula harga air mentah yang dibekalkan kepada Singapura.

Pendekatan ini diambil kerana tiada kemungkinan dapat dicapai persetujuan dalam menyelesaikan isu-isu ini secara berpakej.

Pada 14 Oktober 2002, Perdana Menteri Goh Chok Tong bersetuju untuk tidak meneruskan perbincangan mengenai isu-isu tertunggak ini secara berpakej. Singapura menarikbalik persetujuan yang diberikan untuk pembinaan jambatan bengkok yang dilakukan dalam konteks penyelesaian secara berpakej dan menyatakan persetujuan yang telah diberikan terlebih dahulu untuk projek jambatan kini tidak boleh dipakai lagi.

Perdana Menteri Goh Chok Tong menulis: ".... Saya sebenarnya telah bersedia untuk memberi konsensi (concessions) dengan mengubahsuai Points of Agreement (POA) dengan beberapa bidang tanah tambahan, membenarkan pengeluaran awal bagi caruman Central Provident Fund (CPF) dan untuk membina jambatan di kawasan kami untuk menggantikan Tambak Johor dengan kos yang ditanggung oleh kami sendiri, sebagai pertukaran (trade off), supaya anda boleh memberi kepada kami ruang udara dan air di masa hadapan pada harga yang berpatutan .. Oleh kerana anda kini mahu membincangkan isu air secara berasingan dan tidak meneruskan pendekatan berpakej, pertukaran-pertukaran (trade offs) kini tidak boleh dilakukan."

Kesannya, surat ini menunjukkan bahawa kedua-dua pihak kini kembali kepada status quo. Kenyataan Perdana Menteri Goh tidak disangkal oleh Tun Dr. Mahathir. Malah, Tun Dr Mahathir tidak menjawab surat Perdana Menteri Goh.

Singapura kemudiannya mengulangi pendiriannya dalam Nota Diplomatik pada 29 November 2004, ketika Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bukit Chagar sedang dibina. Ia menyatakan: "..... rundingan-rundingan yang berdasarkan pakej ini telah secara unilateral dihentikan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 7 Oktober 2002." Dengan terhentinya perundingan isu-isu berpakej ini, persetujuan Singapura untuk jambatan bengkok tidak lagi wujud.

Kesimpulan: Adalah tidak benar untuk menyatakan bahawa Singapura menerima cadangan Malaysia untuk membina jambatan bengkok dalam wilayahnya. Persetujuan Singapura bagi Malaysia membina jambatan bengkok adalah sebaik-baiknya, suatu persetujuan yang diberikan secara tidak rela hati sepenuhnya dan dilakukan semata-mata berdasarkan pendekatan berpakej.

Dakwaan: Bahawa surat daripada Perdana Menteri Goh Chok Tong pada 11 April 2002 adalah komitmen muktamad Republik tersebut untuk cadangan pembinaan jambatan oleh Malaysia.

Fakta: Semasa rundingan di antara kedua negara, telah wujud persefahaman bahawa sebarang cadangan tidak akan dianggap muktamad selagi ia tidak dimeterai dalam satu perjanjian yang ditandatangani oleh kedua-dua pemimpin Malaysia dan Singapura. Ini adalah seperti yang dijelaskan dalam surat Menteri Kanan Lee Kuan Yew kepada Menteri Tugas-Tugas Khas dan bekas Menteri Kewangan dahulu, Tun Daim Zainuddin pada 24 Ogos 2000.

Antara lain, surat itu menyatakan; "Untuk memudahkan kita menulis antara satu sama lain, untuk mencuba pelbagai pilihan, segala nota atau surat yang saya hantarkan kepada anda atau Mahathir, dan sebaliknya, perlu dilihat sebagai Tanpa Prasangka (Without Prejudice): bahawa tiada persetujuan melainkan semua perkara dipersetujui dan ditandatangani oleh kedua-dua PM."

Kesimpulan: Adalah tidak tepat untuk dikatakan bahawa En Goh Chok Tong telah memberikan komitmen terhadap jambatan ini di dalam suratnya pada 11 April 2002. Tidak ada sebarang perjanjian yang ditandatangani oleh kedua-dua Perdana Menteri Malaysia dan Singapura berhubung pembinaan jambatan ini.

Dakwaan: Bahawa jambatan ini tidak termasuk sebagai sebahagian daripada isu-isu berpakej dua hala.

Fakta: Pada mulanya, isu-isu berpakej tertunggak hanya meliputi empat perkara - air, Central Provident Fund (CPF), ruang udara dan menempatkan semula Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin KTM di Singapura. Ini telah disepakati oleh kedua-dua Negara di Hanoi pada 27 Disember 1998.

Namun demikian, projek jambatan itu telah dimasukkan kemudiannya ke dalam isu-isu berpakej melalui surat Tun Dr Mahathir kepada Menteri Kanan Lee Kuan Yew pada 4 Mac 2002 dan isu jambatan telah menjadi salah satu daripada lima isu di dalam pakej bertajuk "PAKEJ LIMA ISU MALAYSIA-SINGAPURA-CADANGAN MALAYSIA"

Kesimpulan: Isu jambatan ini menjadi sebahagian daripada isu-isu berpakej dua hala yang belum selesai disebabkan surat Tun Dr Mahathir telah memasukkannya dalam isu berpakej.

Dakwaan: Bahawa keputusan Kerajaan untuk membatalkan projek jambatan ini akan mengakibatkan kerugian berbillion ringgit.

Fakta: Jumlah kos pembinaan CIQ, jambatan bengkok dan landasan KTM yang baru merentasi Selat Johor adalah RM2.379 billion.

Buat masa ini, Kerajaan masih lagi mempertimbangkan bayaran pampasan kepada Gerbang Perdana Sdn Bhd. Namun begitu, perlu ditekankan bahawa keputusan untuk membatalkan projek jambatan ini bukanlah satu keputusan ekonomi. Setelah berpuas hati bahawa Malaysia tidak boleh membina jambatan secara unilateral atau tunduk kepada tuntutan Singapura, pembatalan rancangan pembinaan jambatan ini adalah keputusan kewangan yang paling bertanggungjawab dan tepat.

Kesimpulan: Bukanlah satu keputusan yang wajar untuk membelanjakan RM1.13 billion untuk struktur pembangunan yang akhirnya menemui jalan buntu.

Dakwaan: Bahawa Malaysia adalah negara yang lemah dan dayus (half past six) kerana membatalkan projek jambatan tersebut.

Fakta: Jelasnya, Kerajaan perlu membuat keputusan yang tepat dengan mengambilkira kepentingan rakyat. Kerajaan telah menimbang semula keputusan unilateral yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir untuk membina jambatan bengkok tetapi yang akhirnya tidak menghasilkan penyelesaian yang terbaik.

Jambatan bengkok bukanlah satu warisan yang harus dan wajar ditinggalkan kepada generasi mendatang Malaysia. Sebelum mengambil keputusan untuk membatalkan projek jambatan ini, Kerajaan telah mengkaji bukan sahaja Perjanjian Wayleave tetapi juga Perjanjian Air Johor - Singapura 1961 dan 1962, Perjanjian Pemisahan Malaysia - Singapura (Separation Agreement) 1965 dan turut mengambilkira pandangan daripada Jabatan Peguam Negara.

Berikut adalah Pendapat Undang-Undang dari Jabatan Peguam Negara: "...pembinaan jambatan bengkok untuk menggantikan Tambak Johor sebelah Malaysia perlu dikaji secara menyeluruh dengan mengambil kira implikasi undang-undang antarabangsa khususnya kesan alam sekitar terhadap Singapura dalam dan di sekitar kawasan Selat Johor.

"Selain daripada itu, pembinaan jambatan bengkok ini akan melibatkan perobohan Tambak Johor sebelah Malaysia. Perobohan ini akan secara langsung menjejaskan paip-paip air yang terletak di dalam Tambak Johor dan paip-paip air yang terletak di kiri dan kanan Tambak Johor. Dalam konteks ini, implikasi undang-undang perlu dikaji berdasarkan Perjanjian Air Johor - Singapura 1961 dan 1962, Perjanjian Wayleave dan Perjanjian Pemisahan Malaysia - Singapura (Separation Agreement) 1965.

"Malaysia sebagai sebuah Negara berdaulat dan bebas mempunyai kuasa mutlak terhadap kawasannya dan di dalam melaksanakan kuasa tersebut, tidak ada Negara lain yang berhak campur tangan. Walau bagaimanapun, Malaysia tidak boleh mengambil tindakan unilateral tanpa mengambil kira prinsip dan tuntutan undang-undang antarabangsa, yang turut menyentuh serta mengambil kira hak dan kepentingan Negara-negara jirannya."

Kesimpulan: Dengan timbulnya pelbagai kekeliruan, adalah penting bagi Kerajaan untuk mengkaji keputusannya dan melakukan tindakan yang betul. Untuk mentadbir Kerajaan, ianya tidak seharusnya didorong oleh kemahuan mengejar populariti ataupun untuk menimbulkan sebarang konflik. Pengurusan Kerajaan adalah mengenai pertimbangan baik dan buruknya sesuatu tindakan, dan seterusnya membuat satu keputusan yang terbaik untuk Malaysia.

Dakwaan: Malaysia menawarkan ruang udara dan pasir kepada Singapura.

Fakta: Isu berkaitan penggunaan ruang udara Malaysia sudahpun dibawa ke meja rundingan antara tahun 1998 dan 2002. Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri memasukkannya di dalam surat kepada Menteri Kanan Lee Kuan Yew pada 4 Mac 2002. Beliau menawarkan kemudahan tersebut sebagai satu pertukaran (trade off) semasa rundingan berpakej diadakan. Oleh kerana isu-isu dua hala tidak dibincangkan secara berpakej, dakwaan yang dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad tidak lagi relevan.

Sebelum ini, Singapura pernah menikmati lima jenis kemudahan penerbangan sebelum ditarik balik pada tahun 1998. Semasa perundingan, Singapura telah meminta agar Malaysia membenarkan semula kesemua kemudahan tersebut tetapi Kerajaan sekarang hanya bersedia menawarkan dua daripada lima kemudahan berkenaan, iaitu Mencari dan Menyelamat (Search and Rescue) dan Transit Koridor Utara (Northern Transit Corridor) dengan terma dan syarat yang perlu dipersetujui oleh kedua belah pihak.

Kemudahan Mencari dan Menyelamat ditawarkan berdasarkan prinsip timbal balas (reciprocity) dan ia adalah selaras dengan amalan antarabangsa. Kemudahan Laluan Koridor Utara pula hanyalah bagi tujuan transit ke Laut China Selatan. Pesawat tentera udara Singapura tidak dibenarkan berlegar di ruang udara Malaysia.

Kesimpulan: Penggunaan ruang udara Malaysia dibangkitkan oleh Perdana Menteri Goh Chok Tong semasa mesyuarat dengan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 1 Mac 2005 di Putrajaya. Singapura menyatakan bahawa isu ini adalah penting bagi mereka dan ianya akan memudahkan untuk pembinaan jambatan diterima oleh Singapura.

Penutup: Perlu ditegaskan, bagi Singapura, mereka tidak menganggap ada keperluan untuk menggantikan Tambak Johor dengan jambatan. Justeru itu, Singapura inginkan timbang balas bagi mereka apabila bersetuju dengan jambatan. Merekalah yang meminta pasir serta penggunaan ruang udara sebagai balasan.

Namun begitu, apabila jelas yang rakyat Malaysia tidak mahukan penjualan pasir atau membenarkan penggunaan ruang udara oleh jet pejuang RSAF, Kerajaan bertindak tegas dan membuat keputusan yang boleh diterima - iaitu tidak meneruskan dengan rancangan membina sebuah jambatan.

Sekiranya Kerajaan menerima dua syarat Singapura bermakna Kerajaan membelakangkan kehendak sebilangan besar rakyat Malaysia. Kerajaan sentiasa menegaskan bahawa sebarang keputusan dibuat adalah keputusan politik, yang mana ia berdasarkan sentimen, kedaulatan dan maruah rakyat Malaysia.

Dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri

Putrajaya
14 Julai 2006

-- BERNAMA


p/s: buat je jambatan dari batang kelapa