Akal adalah anugerah tuhan kepada manusia yang tidak ternilai harganya.Akal membezakan kita dgn haiwan, akal manusia adalah suatu keajaiban. Anda ternampak sebuah gelas, anda pegang gelas itu dan mula memikirkannya. Ia dibuat dari kaca, kaca dibuat dari pasir, pasir dibuat dari apa? Dari sini akal memainkan peranannya, kita mencari dan terus mencari jawapannya berdasarkan pemerhatian dan akal fikiran. Pada ketika inilah panduan menjadi elemen yg penting agar kita tidak terpesong jauh dari matlamat asal.
Bagi orang yang menganggap akal sebagai ultimate device, pemikiran mereka ini menjurus kepada asal usul kejadian yang akhirnya menafikan kewujudan tuhan sebagai pencipta alam semesta. Dari sebuah gelas tadi, mereka tahu ia diperbuat daripada kaca, kaca dibuat dari pasir, pasir terjadi daripada perlanggaran batu batu, batu terjadi dari gabungan beberapa unsur, unsur tersebut terjadi dgn sendirinya semasa bumi ini terbentuk.Ini yang dinamakan Theory of origin.Pemikiran seperti ini tanpa panduan dari agama telah melahirkan golongan cerdik pandai yang mengagungkan akal fikiran sekaligus menafikan kewujudan tuhan, mereka ini adalah golongan2 freethinker dan atheist.
Manusia ibarat sebuah mesin, mesin itu dicipta oleh jurutera, jurutera itu telas menulis sebuah manual agar pengguna itu tahu cara menggunakan mesin itu dgn betul. Batasan mesin itu, dan cara utk menyelenggara mesin itu. Manusia didatangkan dgn sebuah manual, iaitu kitab suci Al-Quran. Manual tersebut telah menceritakan bagaimana manusia harus dioperasikan. Apa yang boleh merosakkan manusia, cara utk menyelengara manusia dan segalanya. Manual itu juga yang menceritakan perkara-perkara yang tak mampu di fikir atau dikesan oleh deria manusia seperti perkara-perkara ghaib. Manual itu telah mencatatkan batasan manusia dan jika manusia melanggar batasan tersebut, ia akan memudaratkan. Jika sebuah kereta dicipta utk dipandu selaju 180KMH pada 10K RPM, tetapi kita degil utk melanggar batas tersebut seperti yang diarahkan dalam manual, bukankah ia akan merosakkan kereta tersebut? Perkara yang sama juga berlaku kepada manusia.
Seperti kisah gelas tadi, ia diperbuat daripada kaca, kaca berasal dari pasir, pasir berasal dari batu, batu terjadi dari gabungan beberapa unsur, unsur2 tersebut dicipta oleh Tuhan. Pernahkah anda melihat kejadian sebuah peti televisyen tanpa pencipta? Sesungguhnya akal kita ada batasnya,apa yang tak mampu difikirkan oleh akal manusia seharusnya dirujuk kepada manual yang diberi oleh Tuhan.
Rukun Negara
Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
* Kepercayaan kepada Tuhan
* Kesetiaan kepada Raja dan Negara
* Keluhuran Perlembagaan
* Kedaulatan Undang-undang
* Kesopanan dan Kesusilaan
Jika kita melanggar rukun negara, adakah kerakyatan kita akan dilucutkan?
p/s: Ilmu itu milik tuhan, aku meminjamnya dan jika ada salah silap..itu adalah kesalahan aku
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan