Ahad, Mac 29, 2009

Pentingkan diri dan tergesa-gesa?

Percaya atau tidak manusia memang dilahirkan dgn sifat pentingkan diri dan tergesa-gesa? Terpulang kepada individu untuk mengawalnya atau menghapuskannya terus dlm diri masing-masing.

Situasi:
Aku sedang menunggu lif, pintu lif telah terbuka. Aku tekan butang level yang aku nak. Kemudian aku dengar seseorang sedang berjalan ke arah lif. Aku cepat-cepat menekan butang tutup. Pintu lif pun tertutup dgn segera. Selfish kan? atau aku yang tergesa-gesa? Nahhh..aku taknak membazirkan 10 saat aku untuk menunggu orang itu. Biar dia tunggu giliran sebagaimana aku telah tunggu sblm itu.

Adakah aku seorang saja yang selfish?

Tidak!!

Situasi tadi berulang, tp bukan aku yg menutup pintu lif itu. Tetapi orang lain yg ada bersama aku dalam lif. Lihat!! Dia melakukan perkara yang sama dengan menekan butang tutup selepas mendengar bunyi tapak kaki orang menuju ke arah lif.

Anda percaya kepada karma?

Aku terpaksa mempercayainya. Hehehe.. pada waktu yang lainnya..aku menjadi orang yang menuju ke arah lif itu. Damn.. tak sempat..pintu dah tutup..terpaksa tunggu giliran berikutnya.

p/s: err..sabar kejap boleh tak?

Tiada ulasan: