Aku sering terlupa,
Siapa aku?
Namun Tuhan sering mengingatkan aku,
Bahawa aku adalah hamba-Nya,
Melalui seruannya setiap hari,
tapi aku tetap alpa.
Aku sering terlupa,
Siapa aku?
Aku adalah khalifah di dunia,
Yang zalim kepada rakyatnya,
Yang mementingkan dirinya.
Aku sering terlupa,
Siapa aku?
Aku adalah seorang anak,
Yang derhaka kepada orang tuanya.
Sebenarnya..
Aku bukan pelupa,
tapi aku degil,
aku sengaja melupakannya,
Kerana aku hanya
seorang manusia yang tidak tahu bersyukur
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan