Rabu, Mac 04, 2009

Ilusi

Jika engkau kata mata itu bisa melihat,
fikirkan sekali lagi,
kerana engkau hanya memandang,
untuk jalan ke hadapan.

Jika engkau percaya apa yang engkau nampak,
halusinya sekali lagi,
kerana bila dilihat kesekian kalinya,
ia mungkin berubah.

Engkau tidak bermimpi,
Engkau juga bukan dalam khayalan,
Engkau cuma tidak percaya itu adalah ILUSI,
ILUSI yang engkau anggap sebagai kenyataan.

Ayuh, sedarlah...
Ayuh bangunlah...
Wahai mata hati,
Tembusilah ILUSI

Tiada ulasan: