Rabu, Disember 09, 2009

Sejarah

Hari ni hari terakhir cuti 5 hari aku yang dihabiskan dirumah sahaja.
Memang membosankan hidup aku bulan ni, tp aku kena laluinya.. sape suruh cari pasal?

Sejarah sangat penting dalam hidup kita, kalau kita tak tahu sejarah, kita pasti akan melakukan kesilapan dan perkara yang bodoh dalam hidup kita..sebab tu orang cakap
BELAJARLAH DARI SEJARAH!

Artikel ini ditulis berdasarkan data,fakta, dan pengalaman hidup.

3 Watak dicipta untuk menerangkan teori ini secara detail.

Watak pertama = A
Watak kedua = B
Watak ketiga = C

A bersama dengan B, tapi mereka semakin jauh..lebih elok jika diungkapkan "tidak diselamatkan lagi". C muncul dengan tiba-tiba dalam hidup A, C akhirnya membuat keputusan untuk bersama dgn A. Pada awalnya semua berjalan lancar, A dan C bahagia pada luarnya. Tetapi, pada masa yang sama A tidak berputus asa dengan B, A terus berusaha untuk menyelamatkan keadaan.

B memiliki auranya sendiri, setelah A melepaskan B pergi..B mampu melakukan magisnye sendiri.B mampu memanggil A kembali kepangkuannya. Dalam masa yang sama C tahu keadaan ini dan bersabar dan sedia menunggu. Penarikan dan penolakkan di antara A dan B ini berulang beberapa kali.

C membuat anggapan bahawa C hanyalah "alat" untuk menghilangkan kesunyian A. Jika A berjaya kembali dengan B, maka C perlulah menggigit jari. Jika A tidak berjaya, A masih ada C.

Segitiga ini berterusan untuk sekian lama sehingga C bosan dan ingin keluar dari LOOP yang tercipta. Tapi takdir tuhan, B dan C menarik diri dalam masa yang sama. Tinggallah A keseorangan dalam keadaan confuse. A membuat keputusan untuk mengejar C.

Proses mengejar ini berlangsung dalam jangka masa yang agak lama. C telah nekad, tiada lagi ruang untuk ia terjadi. Namun A dan C tetap berhubung walaupun tiada pertalian dan penuh dengan pancaroba.

Cereka ini tamat dengan tiada penamat.

Dalam cerita ini tiada yang patut dipersalahkan, cuma kemunculan C bukan di waktu dan ketika yang betul..maka ia terjadi. Takdir tuhan kita tak boleh nafikan..

Masa terus berlalu, C telah kembali ke dunia lamanya...bersama teman-teman dan keluarga. Sejarah membuktikan ia akan kembali.

C sekarang seakan-akan dinobatkan di tempat B, muncul watak baru D. D seakan sama dengan C dulu..berusaha sekeras hati menyatakan perasaan kepada A. A tetap menepis pernyataam D itu. Jika dulu B cemburu kepada C, sekarang tiba masanya D cemburu kepada C.

A menafikan teriakkan cinta D itu, dikutuk ditomah dicaci segala kekurangan dan keburukkan D didepan C. Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Kenapa D berani menempik dia ingin dan telah bersama dengan A? Adakah dia seorang yang self proclaim dan saiko? Hanya Tuhan,A,dan D sahaja yang tahu.

C tidak secergas B dahulu, kalau B diintipnya,digalinya segala maklumat sehingga kelubang cacing. Tapi C tidak sesaiko itu, C tidak pernah mengganggu gugat privasi orang lain. C hanya meneruskan kehidupan lama yang diperbaharuinya.

Sekali lagi ditekankan..tiada siapa yang salah didalam cerita ini. C tidak lagi bersama A, A sangat sunyi dan A bencikan kesunyiaan. C tidak pernah menyalahkan A walau sedikit pun. Itu hak A itu bersama seseorang yang lainnya.

Jika sejarah mahu mengulanginya.. maka D akan melalui apa yang C lalui dahulu.Jika dulu C sakit bila A berhubung dan berbalas teks dengan B, kini mungkin D merasa benda yang sama bila A berhubung dengan C. Sangat pedih...sangat perit..gelap...D mungkin akan menjadi alat penghilang sunyi atau seseorang yang betul2 di ingini oleh A. itu adalah pertaruhan terbesar D!

Jika A membulatkan tekad dan tahu apa yang dia mahu..maka A tetap dengan keputusannya dan jangan lah buat D berharap dan berteriak membuktikan apa yang dia inginkan.
A patut terangkan dengan sebaik-baiknya agak D tidak menjadi C.

C menerima apa jua keputusan A dengan hati terbuka dengan harapan A maju kedepan dengan lancar tanpa sekat. A tidak perlulah berselindung jika ianya benar. Kerana C sentiasa menyokong A tanpa prejudis. Tetapi C sudah bosan dipergunakan dan didusta.

Sekarang.. tiada siapa yang salah... C tidak menganggap A sebagai pendusta. A bukan pendusta...tetapi dia tidak gagah menyatakan pendiriannya terhadap C dan D. A berusaha menjalani jalan gelap dan rasa keliru dalam dirinya.

Berusahalah A untuk membulatkan tekad anda dan keluar dari denai yang gelap itu.. C sentiasa menyokong.. Don't give up..ok?
C dan A's family always be with U!!!

p/s: Adaptasi dari drama tv3 diadun dgn data dan kesedapan otak sendiri..whahahahah..nak buat filem? bayar royalti laaaaa

Tiada ulasan: