Sabtu, Mac 26, 2005

haram...bengong..arghhhh...kancip....emo

akuuuu takkk tahuuuuu... rafiq yang cerita kat aku...

FIY: bad word = babi

Sosej yang fames

Lawak yang kedua pula ialah isu sosej keluaran
syarikat yang
dimajhulkan identitinya di media demi
keselamatan negara. Syarikat X tersebut
telah mengeluarkan sosej bersalutkan usus bad
word dengan cop halal JAKIM.
Maknanya, JAKIM telah memberikan pengiktirafan
HALAL pada usus babi yang
menyaluti sosej tersebut, bukankah itu lawak yang
paling lucu di abad ini?

Namun itu tidak cukup lawak, yang lucu lagi ialah
tindakan kaum
Muslimin di Malaysia terhadap isu tersebut. Bukan
sekadar tiada tindakan
undang-undang dari pihak rakyat Malaysia
beragama Islam yang ditipu bulat-bulat dan
dibodohkan sebodoh-bodohnya oleh pihak-pihak
Kapitalis yang tidak
bertanggung jawab, mereka sibuk dengan satu
ritual yang tidak pernah
diajaroleh Rasulullah S.A.W. , malah tidak pernah
dilakukan oleh umat Islam
semenjak Rasulullah S.A.W. menerima wahyu di
gua Hira sehinggalah apa
yang berlaku di Malaysia ini. Sudahlah hak
mereka di sisi undang-undang
tidak mereka perjuangkan, mereka muncul di kaca
televisyen dengan aktiviti
yang hanya akan menjauhkan bukan Islam dari
agama Islam yang mulia!


Bersertu itu lebih utama


Beberapa tokoh agama (seperti yang didakwa oleh
TV3) telah muncul di
kaca televisyen, diwawancara oleh Buletin Utama
telah mengatakan: "Umat
Islam yang telah termakan sosej berkenaan wajib
bersertu!, iaitu dengan
membasuh tangan, bibir dan lidah mereka dengan
air tanah sekali dan dibilas
dengan air biasa sebanyak enam kali untuk
memastikan mereka benar-benar suci,
jika tidak ibadat mereka tidak diterima!". Lucu ?,
itu tidak cukup lagi,
sebuah restoran di kompleks perniagaan IKEA di
Petaling Jaya telah melakukan
ritual "sertu" tersebut ke atas peralatan dan
kedainya kerana pernah
menjual sosej berkenaan kepada para pelanggan.
Gantirugi kepada para
pelanggan umat Islam yang pernah makan ?, nil!,
tindakan ke atas tuan
punya restoran kerana mempermainkan umat
Islam ?, juga nil!, tindakan
daripada umat Islam ke atas restoran tersebut ?
NIL!, kalaulah di negara-negara
maju, sudah lama pemilik restoran ini telah
dipenjarakan. JAKIM pula
bagaimana?, ada sesiapa yang meletakkan
jawatan kerana kecuaian mereka
dan kerana pengkhianatan mereka ke atas umat
Islam ?, juga NIL!,
mengapalah rakyat Malaysia ini buta undang-
undang dan begitu naif tentang hak-hak
mereka??? Sayangnya umat Islam di Malaysia
lebih sibuk dengan air
tanah dan lebih gembira untuk bermain air tanah
daripada memperjuangkan hak
mereka. Lebih melucukan para "tokoh-tokoh"
agama juga lebih suka untuk
membebankan umat Islam buat kali keduanya dan
menjadikan mereka para pesalah yang
terpaksa bersertu pula, tanpa mengemukakan apa-
apa kritikan terhadap
pihak yang terlibat... patutlah Islam di Malaysia ini
masih tidak lagi
hadhari lagi!


Wajibkah bersertu ?


Adakah benar umat Islam wajib bersertu jika telah
tersilap "memakan
bad word"? Ini satu persoalan yang memerlukan
jawapan yang ilmiah dan terperinci
dan jauh dari taklid buta dan taksub mazhab.
Umat islam melalui para mujtahidinnya telah
berijmak bahawa daging
bad word adalah haram untuk dimakan seperti
yang telah dikatakan oleh Ibn
Mundhir dalam bukunya "Kitab al-Ijma'" (Lihat : al-
Husni, Kifayatul Ahyar,
Beirut : Dar al-Khayr, m.s. 70). Ini berdasarkan
firman Allah S.W.T dalam
al-Quran, (surah al-An'am : ayat 145) . Ayat
tersebut dengan jelas
menunjukkan bahawa daging bad word adalah
haram untuk dimakan. Para ulama
juga telah bersepakat bahawa anggota lain dari
bad word seperti tulang, kulit,
lemak dan juga darahnya adalah haram untuk
dimakan. Hanya Ibn Hazm al-Zahiri
sahaja yang mengatakan anggota selain daging
bad word adalah halal
dimakan. Pendapat ini walaubagaimanapun adalah
pendapat yang syadh (ganjil) dan
tidak diterima oleh jumhur (majoriti) umat islam.
Para ulama islam juga bersepakat tentang
kenajisan daging
bad word dan juga segala yang bersumberkan bad
word. Walaubagaimanapun mereka
berselisih pendapat dalam tiga perkara, yang
pertama dalam kategori najis apakah
ia najis mughallazah ataupun mutawasitah. Yang
keduanya, cara
bagaimanakah untuk menyucikannya, dan ini
bergantung kepada kategori manakah ianya
dianggap sebagai najis. Yang ketiga , mereka juga
berkhilaf samada
kulit bad word, rambutnya dan juga tulangnya dan
mana - mana bahagiannya adakah
boleh digunakan setelah disucikan melalui proses
dibagh (samak dengan air
kapur).

Jumhur ulama berpendapat ianya tegolong dalam
najis
mutawasitah yang hanya memerlukan basuhan
sekali sahaja jika tersentuh
dengannya. Ianya sama seperti kenajisan darah,
luka, nanah, tahi dan
juga kencing. Bagi Imam al-Syafie pula, beliau
berpendapat bahawa ianya
adalah najis mughallazah yang sama sifat
kenajisannya dengan anjing yang
memerlukan tujuh kali basuhan, dan sekali
basuhan dengan air tanah
(al-Sya'rani, al-Mizan al-Kubra, Beirut : Dar al-
Kutub al-'Ilmiah,
Cetakan Pertama, 1998M, jil. 1, m.s.
138).Pendapat inilah yang menjadi
pegangan majoriti pengikut mazhab Syafie, kecuali
Imam al-Nawawi dan juga yang
bersependapat dengan al-Nawawi (al-Nawawi, al-
Majmu', Beirut : Dar
Ihya al-Turath al-Arabi, jil. 4, m.s. 604).

Mengenai isu pengunaannya pula, jumhur ulama
melarang
pengunaannya samada sebagai perhiasan, beg,
kasut, pakaian dan
sebagainya kerana ianya adalah najis (walaupun
mutawasitah). Bagi sebilangan
ulama Malikiyyah, Abu Daud al-Zahiri dan juga al-
Syawkani, mereka melihat
tidak ada kesalahannya untuk menggunakannya
jika ianya telah melalui proses
dibagh (ibid).


Dalil bersertu


Yang menjadi pokok perbincangan di sini ialah
mengenai
kenajisannya dan juga cara menyucikannya yang
menjadi satu bebanan
kepada umat islam di Malaysia dan juga dalam
sesetengah keadaan menjadi
benteng pemisah selamanya antara kaum di
Malaysia.
Doktrin yang membebankan ini sebenarnya
hanyalah ijtihad
Imam Syafie yang mengqiyaskan kenajisan bad
word dengan kenajisan anjing dengan
kaedah "qiyas awla"nya (al-Syafie, Kitab al-Umm,
Beirut : Dar
Marifah, 1393H, jil. 1, m.s. 9). Logiknya menurut
beliau, jika anjing yang
tidak disebut pengharamannya secara jelas di
dalam al-Quran wajib disucikan
kenajisannya dengan cara samak (tujuh kali
basuhan dengan basuhan
pertamanya menggunakan tanah berdasarkan
hadith riwayat Abu Hurairah
yang direkodkan sahih oleh Muslim di dalam
kitabnya al-Jami' al-Sahih atau
sahih Muslim, Beirut : Dar Ihya al-Turath al-Arabi,
jil. 1 m.s. 161), maka
bad word yang telah diharamkan secara jelas di
dalam al-Quran lebih utama untuk
disucikan kenajisannya dengan cara tersebut.

Atas dasar inilah majoriti pengikut mazhab Syafie
sehingga ke hari ini menganggap kenajisan bad
word adalah sama atau lebih berat dari
kenajisan anjing. Bagi jumhur (majoriti) umat islam
pula hadith Abu
Hurairah yang berkaitan dengan cara menyucikan
kenajisan anjing jika anjing
adalah semata - mata untuk anjing dan bukan
untuk selainnya. Menurut mereka
pengharaman daging bad word (surah al-Maidah
(5): 5) adalah berkaitan
dengan persoalan makan dan tiada kena mengena
dengan cara menyucikannya.
Tambahan pula dalam ayat tersebut bukan hanya
daging bad word yang diharamkan,
bangkai dan juga darah disebutkan bersama
dengannya. Mengapa qiyas yang sama
tidak digunakan untuk menggolongkan darah dan
bangkai bersama anjing dan
bad word sebagai najis mughallazah ?

Yang lebih menarik lagi Abu Hurairah juga telah
meriwayatkan hadith yang menunjukkan cara
menyucikan bijana yang dijilat kucing
dengan 3 kali basuhan. Mengapa tidak kucing pun
digolongkan dalam najis
mughallazah juga?

Kesimpulannya ijtihad ataupun pendapat Imam
Syafie dalam
persoalan cara menyucikan najis bad word adalah
tidak kuat dan tidak
konsisten. Terdapat juga di kalangan imam
mujtahid dalam mazhab Syafie yang
menyangkal pendapat beliau dan bertegas
menyatakan bahawa cara penyucian
kenajisan bad word adalah cukup sekadar
basuhan sahaja sepeti najis - najis
mutawasitah yang lain (kencing, tahi, darah dan
bangkai). Antara yang terkenal
dengan pendapat sedemikian ialah Imam al-
Nawawi (lihat : al-Nawawi,opcit,
jil. 4, m.s. 604 ). Pendapat beliau ini adalah sama
seperti pendapat majoriti
umat islam dan amat bertepatan dengan dalil.

Sayangnya sebilangan besar pengikut mazhab
Syafie
termasuklah majoriti umat islam di Malaysia amat
berpegang kuat dengan pendapat
Imam Syafie yang amat ganjil ini. Dalam keadaan
kehidupan bersama rakyat
berbilang bangsa dan juga dalam keadaan musafir
ke negara di mana umat
islam adalah minoriti doktrin ini amat
membebankan umat islam. Tidak
keterlaluan jika dikatakan bahawa ianya akan
semakin menjauhkan bukan
islam dari islam, malah di kalangan umat islam
sendiri pun akan jauh dari
islam kerana doktrin ini.


Penyelesaiannya


Bagi mereka yang tidak taksub dengan pendapat
al-Syafi'i dan
menjadikan al-Quran dan Sunnah Nabi S.A.W.
sebagai panduan yang lebih patut
diutamakan daripada pendapat seorang mujtahid,
maka mereka tidak perlulah
menyusahkan diri mereka untuk berkumur atau
meminum dan juga bermandi air tanah
jika telah termakan sosej yang telah dikeluarkan
oleh syarikat X tersebut.
Bagi mereka yang masih lagi sayang dengan
pendapat tersebut dan beriman
dengan sepenuh jiwanya, mungkin mereka perlu
mengambil pendapat Imam
al-Nawawi berkaitan bersertu menggunakan sabun
sebagai ganti kepada tanah jika
mereka ingin bersertu. Ini lebih bersih dan lebih
bertamadun berbanding
membasuh keseluruhan kedai dengan air tanah.

Persoalannya, adakah cukup dengan bersertu dan
bersuci sahaja?,
bagaimana dengan JAKIM ?, bagaimana dengan
syarikat X?, bagaimana dengan
restoran IKEA?, bagaimana dengan 1001 syarikat-
syarikat milik non-muslim lain
yang menghasilkan makanan HALAL JAKIM untuk
diseumbatkan ke dalam perut
umat Islam di Malysia ini? Adakah kita hanya
menantikan PPIM untuk
mengeluarkan hasil kajian dan siasatan
selanjutnya, dan kemudian setiap kali
mendengar kajian mereka setiap kali itulah umat
Islam seMalaysia sibuk
bersertu???

Jika pemikiran umat Islam masih di takuk lama,
dan masih redha menjadi
hamba Kapitalis dan juga mangsa kejahilan
tentang akta konsumer,
selama itulah mereka akan terus seronok
memakan makanan yang tidak halal dan
bersertu selepas mengetahuinya. SELAMAT
BERSERTU....

p/s: arghhhhhh..... aku tak tahu apa2....

Tiada ulasan: