Rabu, September 07, 2005

Idea Sengal: Turunkan Harga Minyak


Idea yang sangat menarik? Adakah ianya berkesan?
Nampaknya menjelang tahun depan harga petrol akan menghampiri RM2.00>
Mahu supaya harga petrol turun?
Kita perlukan satu tindakan bijak dan bersepadu. Philip Hollsworth
menawarkan idea bagus ini. Ianya LEBIH BERKESAN berbanding kempen "Jangan
beli petrol pada hari tertentu" yang dilakukan pada April atau Mei lalu.
Syarikat minyak hanya akan mentertawakan sebab mereka tahu dengan tidak
membeli petrol, kita akan menyusahkan diri sendiri. Ia lebih menyusahkan
pengguna sendiri berbanding penjual.
Tapi, tak kiralah dari siapa idea ini yang mencadangkan pelan yang
benar-benar berkesan. Sila teruskan baca dan ambillah bahagian dalam
rancangan ini.
Sekarang syarikat minyak dan negara OPEC memberitahu harga seliter petrol
adalah semurah 89 hingga 95 sen sahaja, kita perlukan tindakan agresif
untuk 'mengajar' mereka bahawa PEMBELI yang mengawal harga, bukan penjual.
Dengan harga petrol yang begitu kerap naik, kita pengguna perlu bertindak.
Satu cara untuk menurunkan harga petrol ialah dengan memberikan tamparan
kepada seseorang dalam industri tersebut iaitu dengan tidak membeli petrol
darinya, dan ini dapat kita lakukan tanpa menyusahkan diri kita sendiri.
Ideanya begini
Untuk sepanjang tahun ini, JANGAN beli sebarang petrol dari TIGA SYARIKAT
MINYAK BESAR (iaitu ESSO / MOBIL, SHELL dan PROJET). Jika mereka tidak dapat
menjual petrol, mereka akan mula menurunkan harga.
Jika mereka berbuat demikian yang lain akan turut serta. Tetapi, untuk
kaedah ini memberi kesan, kita kena memberitahu berjuta pembeli ESSO/MOBIL,
SHELL dan PROJET.
Ia sangat mudah dilakukan. Saya akan terangkan bagaimana. Saya menghantar
mesej ini kepada ramai orang.
Jika setiap kita menghantar kepada sekurang2nya 10 orang atau lebih (30 x10 = 300)
Dan 300 orang ini hantar kepada sekurang2nya 10 orang atau lebih (300 x 10= 3,000) dan seterusnya.
Sebaik mesej ini sampai kepada generasi penerima yang ke 6, ia sebenarnya
telah disebarkan kepada lebih TIGA JUTA pengguna petrol.
Sekali lagi, apa yang perlu anda lakukan ialah : 1) Menghantar mesej ini
kepada 10 orang atau lebih, itu saja. 2) Jangan beli petrol dari
ESSO/MOBIL, SHELL dan PROJET. Berapa lama ia akan berlaku? Jika setiap kita
menghantar email kepada 10 orang dalam satu hari, semua 3 JUTA orang akan
dapat dihubungi dalam masa 8 hari sahaja. Saya cabar anda, jangan sangka
anda tiada kuasa, bertindak secara bersama, ia akan membuahkan hasil.
Jika anda terima saranan ini, sila sebarkan email ini. TOLONG KEKALKAN
KOMITMEN ANDA SEHINGGA MEREKA TURUNKAN HARGA DALAM LINGKUNGAN 80 SEN SELITER.
Mudah saja, sebarkan email ini, kemudian
beli saja petrol dari Petronas, Caltex, BP sahaja, jauhi anda dari stesen
petrol ESSO/MOBIL, SHELL dan PROJET.

p/s: aku tak tahu

2 ulasan:

enam jahanam berkata...

nih aku yakin... mesti oghe petronah punyo cadenge nih!

SuEChiEeee berkata...

minyak petronas lagi mahal la...
silap lagi cepat abes...