Selasa, Mac 29, 2005

Arghh..gelap...bergegar lagi...

hari ni aku cuti, so bleh la lepak2 jap. tapi memang bosan coz takder aper nak buat. cuti hari ni terbuang begitu saja. jam 9 malam aku bertolak ke seri kembangan (balikk umah), aku tiba kat situ dalam kul 10 tetapi memang sakit hati...satu seri kembangan blackout... aku lepak dalam gelap kerana aku lupa nak beli lilin..cahaya nokia aku tak mampu menerangi seisi rumah bujangku..hahha..so aku tido jer.. sambil layan cd yg aku play kat ibook (nasib baik ada battery lg).

Bateri tu hanya bertahan lebih kurang 2 jam jer... skang jam menunjukkan pukul 12 tgh malam... aku bertambah bosan.... gelappp...pc takleh on... damn.... lebih kurang kul 12.20 mlm, aku terasa pening, macam ada tak kena... aku layan jer pening tuh..cam best lak... pas tu.. aku dengar bunyi bising kat luar rumah aku..cam ramai org berkumpul...aku pun menjenguk ke luar pintu...masing2 mengendong anak2 kecil bersama mereka dengan slamber mereka berteriak..gempa bumi!!! tapi aku still rilek coz umah aku kat bawah skali.. tak terasa sangat... ciss...patut la aku rasa pening..rupanya rumah aku bergegar... haha.. lepas tu aku pun terus join jiran2 aku tu... pastu aku terima maklumat melalui sms, member aku yg keje kat rtm bgtau ada gempa bumi kat sumatra.. then 30 minit lepas tu, elektrik pun pulih..aku check kat tv...then baru la konfem..gempa bumi sekuat 8.2 skala ritcher berlaku di sumatra.. ok..aku dah ada experience mengenail gegaran ni... mmg cuwak..
esoknya, telefon telekom kat area ni semuanya x berfungsi... hmmmm

p/s: adakah kita menghampiri penghujungnya? maybe...bersedialah

Isnin, Mac 28, 2005

How US Citizen Make A joke?

Pada 18 Mac 2005, seorang badut wanita dari AS
telah muncul
dengan lawak yang jauh lebih lucu dan
menggelikan hati dan isi perut
dengan mengadakan bid'ah terbesar yang muncul
buat pertama sekali dalam
sejarah umat Islam semenjak Rasulullah S.A.W.
menerima wahyu di gua Hira.
Badutwanita tersebut telah mendirikan solat
Jumaat dengan beliau sendiri
menjadi imam dan khatib, ditambah lagi lucunya,
para jamaahnya bercampur di
antara lelaki dengan wanita, dengan kaum wanita
yang pelbagai ragam (ada yang
tidak menutup aurat pun) memenuhi saf hadapan.
Alasannya mudah, demi
memuaskan nafsunya yang tidak boleh dibendung
untuk menyama tarafkan
lelaki dan wanita dalam persoalan ibadah yang
selama ini dirosakkan oleh
doktrin kejantanan Rasulullah S.A.W. sebagai
seorang lelaki, para sahabat yang
kebanyakannya lelaki yang anti wanita dan juga
para ulama silam dan
kontemporari yang kebanyakannya gila seks dan
anti wanita! (menurut
dakwaan mereka). Mudah sahaja...

Sabtu, Mac 26, 2005

haram...bengong..arghhhh...kancip....emo

akuuuu takkk tahuuuuu... rafiq yang cerita kat aku...

FIY: bad word = babi

Sosej yang fames

Lawak yang kedua pula ialah isu sosej keluaran
syarikat yang
dimajhulkan identitinya di media demi
keselamatan negara. Syarikat X tersebut
telah mengeluarkan sosej bersalutkan usus bad
word dengan cop halal JAKIM.
Maknanya, JAKIM telah memberikan pengiktirafan
HALAL pada usus babi yang
menyaluti sosej tersebut, bukankah itu lawak yang
paling lucu di abad ini?

Namun itu tidak cukup lawak, yang lucu lagi ialah
tindakan kaum
Muslimin di Malaysia terhadap isu tersebut. Bukan
sekadar tiada tindakan
undang-undang dari pihak rakyat Malaysia
beragama Islam yang ditipu bulat-bulat dan
dibodohkan sebodoh-bodohnya oleh pihak-pihak
Kapitalis yang tidak
bertanggung jawab, mereka sibuk dengan satu
ritual yang tidak pernah
diajaroleh Rasulullah S.A.W. , malah tidak pernah
dilakukan oleh umat Islam
semenjak Rasulullah S.A.W. menerima wahyu di
gua Hira sehinggalah apa
yang berlaku di Malaysia ini. Sudahlah hak
mereka di sisi undang-undang
tidak mereka perjuangkan, mereka muncul di kaca
televisyen dengan aktiviti
yang hanya akan menjauhkan bukan Islam dari
agama Islam yang mulia!


Bersertu itu lebih utama


Beberapa tokoh agama (seperti yang didakwa oleh
TV3) telah muncul di
kaca televisyen, diwawancara oleh Buletin Utama
telah mengatakan: "Umat
Islam yang telah termakan sosej berkenaan wajib
bersertu!, iaitu dengan
membasuh tangan, bibir dan lidah mereka dengan
air tanah sekali dan dibilas
dengan air biasa sebanyak enam kali untuk
memastikan mereka benar-benar suci,
jika tidak ibadat mereka tidak diterima!". Lucu ?,
itu tidak cukup lagi,
sebuah restoran di kompleks perniagaan IKEA di
Petaling Jaya telah melakukan
ritual "sertu" tersebut ke atas peralatan dan
kedainya kerana pernah
menjual sosej berkenaan kepada para pelanggan.
Gantirugi kepada para
pelanggan umat Islam yang pernah makan ?, nil!,
tindakan ke atas tuan
punya restoran kerana mempermainkan umat
Islam ?, juga nil!, tindakan
daripada umat Islam ke atas restoran tersebut ?
NIL!, kalaulah di negara-negara
maju, sudah lama pemilik restoran ini telah
dipenjarakan. JAKIM pula
bagaimana?, ada sesiapa yang meletakkan
jawatan kerana kecuaian mereka
dan kerana pengkhianatan mereka ke atas umat
Islam ?, juga NIL!,
mengapalah rakyat Malaysia ini buta undang-
undang dan begitu naif tentang hak-hak
mereka??? Sayangnya umat Islam di Malaysia
lebih sibuk dengan air
tanah dan lebih gembira untuk bermain air tanah
daripada memperjuangkan hak
mereka. Lebih melucukan para "tokoh-tokoh"
agama juga lebih suka untuk
membebankan umat Islam buat kali keduanya dan
menjadikan mereka para pesalah yang
terpaksa bersertu pula, tanpa mengemukakan apa-
apa kritikan terhadap
pihak yang terlibat... patutlah Islam di Malaysia ini
masih tidak lagi
hadhari lagi!


Wajibkah bersertu ?


Adakah benar umat Islam wajib bersertu jika telah
tersilap "memakan
bad word"? Ini satu persoalan yang memerlukan
jawapan yang ilmiah dan terperinci
dan jauh dari taklid buta dan taksub mazhab.
Umat islam melalui para mujtahidinnya telah
berijmak bahawa daging
bad word adalah haram untuk dimakan seperti
yang telah dikatakan oleh Ibn
Mundhir dalam bukunya "Kitab al-Ijma'" (Lihat : al-
Husni, Kifayatul Ahyar,
Beirut : Dar al-Khayr, m.s. 70). Ini berdasarkan
firman Allah S.W.T dalam
al-Quran, (surah al-An'am : ayat 145) . Ayat
tersebut dengan jelas
menunjukkan bahawa daging bad word adalah
haram untuk dimakan. Para ulama
juga telah bersepakat bahawa anggota lain dari
bad word seperti tulang, kulit,
lemak dan juga darahnya adalah haram untuk
dimakan. Hanya Ibn Hazm al-Zahiri
sahaja yang mengatakan anggota selain daging
bad word adalah halal
dimakan. Pendapat ini walaubagaimanapun adalah
pendapat yang syadh (ganjil) dan
tidak diterima oleh jumhur (majoriti) umat islam.
Para ulama islam juga bersepakat tentang
kenajisan daging
bad word dan juga segala yang bersumberkan bad
word. Walaubagaimanapun mereka
berselisih pendapat dalam tiga perkara, yang
pertama dalam kategori najis apakah
ia najis mughallazah ataupun mutawasitah. Yang
keduanya, cara
bagaimanakah untuk menyucikannya, dan ini
bergantung kepada kategori manakah ianya
dianggap sebagai najis. Yang ketiga , mereka juga
berkhilaf samada
kulit bad word, rambutnya dan juga tulangnya dan
mana - mana bahagiannya adakah
boleh digunakan setelah disucikan melalui proses
dibagh (samak dengan air
kapur).

Jumhur ulama berpendapat ianya tegolong dalam
najis
mutawasitah yang hanya memerlukan basuhan
sekali sahaja jika tersentuh
dengannya. Ianya sama seperti kenajisan darah,
luka, nanah, tahi dan
juga kencing. Bagi Imam al-Syafie pula, beliau
berpendapat bahawa ianya
adalah najis mughallazah yang sama sifat
kenajisannya dengan anjing yang
memerlukan tujuh kali basuhan, dan sekali
basuhan dengan air tanah
(al-Sya'rani, al-Mizan al-Kubra, Beirut : Dar al-
Kutub al-'Ilmiah,
Cetakan Pertama, 1998M, jil. 1, m.s.
138).Pendapat inilah yang menjadi
pegangan majoriti pengikut mazhab Syafie, kecuali
Imam al-Nawawi dan juga yang
bersependapat dengan al-Nawawi (al-Nawawi, al-
Majmu', Beirut : Dar
Ihya al-Turath al-Arabi, jil. 4, m.s. 604).

Mengenai isu pengunaannya pula, jumhur ulama
melarang
pengunaannya samada sebagai perhiasan, beg,
kasut, pakaian dan
sebagainya kerana ianya adalah najis (walaupun
mutawasitah). Bagi sebilangan
ulama Malikiyyah, Abu Daud al-Zahiri dan juga al-
Syawkani, mereka melihat
tidak ada kesalahannya untuk menggunakannya
jika ianya telah melalui proses
dibagh (ibid).


Dalil bersertu


Yang menjadi pokok perbincangan di sini ialah
mengenai
kenajisannya dan juga cara menyucikannya yang
menjadi satu bebanan
kepada umat islam di Malaysia dan juga dalam
sesetengah keadaan menjadi
benteng pemisah selamanya antara kaum di
Malaysia.
Doktrin yang membebankan ini sebenarnya
hanyalah ijtihad
Imam Syafie yang mengqiyaskan kenajisan bad
word dengan kenajisan anjing dengan
kaedah "qiyas awla"nya (al-Syafie, Kitab al-Umm,
Beirut : Dar
Marifah, 1393H, jil. 1, m.s. 9). Logiknya menurut
beliau, jika anjing yang
tidak disebut pengharamannya secara jelas di
dalam al-Quran wajib disucikan
kenajisannya dengan cara samak (tujuh kali
basuhan dengan basuhan
pertamanya menggunakan tanah berdasarkan
hadith riwayat Abu Hurairah
yang direkodkan sahih oleh Muslim di dalam
kitabnya al-Jami' al-Sahih atau
sahih Muslim, Beirut : Dar Ihya al-Turath al-Arabi,
jil. 1 m.s. 161), maka
bad word yang telah diharamkan secara jelas di
dalam al-Quran lebih utama untuk
disucikan kenajisannya dengan cara tersebut.

Atas dasar inilah majoriti pengikut mazhab Syafie
sehingga ke hari ini menganggap kenajisan bad
word adalah sama atau lebih berat dari
kenajisan anjing. Bagi jumhur (majoriti) umat islam
pula hadith Abu
Hurairah yang berkaitan dengan cara menyucikan
kenajisan anjing jika anjing
adalah semata - mata untuk anjing dan bukan
untuk selainnya. Menurut mereka
pengharaman daging bad word (surah al-Maidah
(5): 5) adalah berkaitan
dengan persoalan makan dan tiada kena mengena
dengan cara menyucikannya.
Tambahan pula dalam ayat tersebut bukan hanya
daging bad word yang diharamkan,
bangkai dan juga darah disebutkan bersama
dengannya. Mengapa qiyas yang sama
tidak digunakan untuk menggolongkan darah dan
bangkai bersama anjing dan
bad word sebagai najis mughallazah ?

Yang lebih menarik lagi Abu Hurairah juga telah
meriwayatkan hadith yang menunjukkan cara
menyucikan bijana yang dijilat kucing
dengan 3 kali basuhan. Mengapa tidak kucing pun
digolongkan dalam najis
mughallazah juga?

Kesimpulannya ijtihad ataupun pendapat Imam
Syafie dalam
persoalan cara menyucikan najis bad word adalah
tidak kuat dan tidak
konsisten. Terdapat juga di kalangan imam
mujtahid dalam mazhab Syafie yang
menyangkal pendapat beliau dan bertegas
menyatakan bahawa cara penyucian
kenajisan bad word adalah cukup sekadar
basuhan sahaja sepeti najis - najis
mutawasitah yang lain (kencing, tahi, darah dan
bangkai). Antara yang terkenal
dengan pendapat sedemikian ialah Imam al-
Nawawi (lihat : al-Nawawi,opcit,
jil. 4, m.s. 604 ). Pendapat beliau ini adalah sama
seperti pendapat majoriti
umat islam dan amat bertepatan dengan dalil.

Sayangnya sebilangan besar pengikut mazhab
Syafie
termasuklah majoriti umat islam di Malaysia amat
berpegang kuat dengan pendapat
Imam Syafie yang amat ganjil ini. Dalam keadaan
kehidupan bersama rakyat
berbilang bangsa dan juga dalam keadaan musafir
ke negara di mana umat
islam adalah minoriti doktrin ini amat
membebankan umat islam. Tidak
keterlaluan jika dikatakan bahawa ianya akan
semakin menjauhkan bukan
islam dari islam, malah di kalangan umat islam
sendiri pun akan jauh dari
islam kerana doktrin ini.


Penyelesaiannya


Bagi mereka yang tidak taksub dengan pendapat
al-Syafi'i dan
menjadikan al-Quran dan Sunnah Nabi S.A.W.
sebagai panduan yang lebih patut
diutamakan daripada pendapat seorang mujtahid,
maka mereka tidak perlulah
menyusahkan diri mereka untuk berkumur atau
meminum dan juga bermandi air tanah
jika telah termakan sosej yang telah dikeluarkan
oleh syarikat X tersebut.
Bagi mereka yang masih lagi sayang dengan
pendapat tersebut dan beriman
dengan sepenuh jiwanya, mungkin mereka perlu
mengambil pendapat Imam
al-Nawawi berkaitan bersertu menggunakan sabun
sebagai ganti kepada tanah jika
mereka ingin bersertu. Ini lebih bersih dan lebih
bertamadun berbanding
membasuh keseluruhan kedai dengan air tanah.

Persoalannya, adakah cukup dengan bersertu dan
bersuci sahaja?,
bagaimana dengan JAKIM ?, bagaimana dengan
syarikat X?, bagaimana dengan
restoran IKEA?, bagaimana dengan 1001 syarikat-
syarikat milik non-muslim lain
yang menghasilkan makanan HALAL JAKIM untuk
diseumbatkan ke dalam perut
umat Islam di Malysia ini? Adakah kita hanya
menantikan PPIM untuk
mengeluarkan hasil kajian dan siasatan
selanjutnya, dan kemudian setiap kali
mendengar kajian mereka setiap kali itulah umat
Islam seMalaysia sibuk
bersertu???

Jika pemikiran umat Islam masih di takuk lama,
dan masih redha menjadi
hamba Kapitalis dan juga mangsa kejahilan
tentang akta konsumer,
selama itulah mereka akan terus seronok
memakan makanan yang tidak halal dan
bersertu selepas mengetahuinya. SELAMAT
BERSERTU....

p/s: arghhhhhh..... aku tak tahu apa2....

Khamis, Mac 24, 2005

Kisah Komuniti dalam keretapi

Minggu lepas aku outstation ke kelantan dan pakej skali ngan balik kampung. Aku tak standby tiket utk balik kl cause aku ingat tiada saper yg nak ke kl ahad lepas (20/3). tapi aku lupa yang hari tu adalah hari terakhir cuti sekolah dan secara automatiknya tiket bas telah sold out!!damn... isnin (21/2) aku kena ada kat KL coz ada meeting ngan MIMOS. Arghh.. camner aku nak gi kl ni? Airasia sold out gak...MAS pun habiss.. then satu2 cara yg tinggal ialah KTMB, naik train laaa.. aku pun try gi cari tiket, semua kelas sold out kecuali kelas 3 ada 15 seat lagi. apa lagi aku rembat la cepat2. aku naik kat tanah merah pada pukul 6.55pm.ini second time aku naik train, ini pun kerana terpaksa.actually aku keseorangan jer... argh memang bosan siottt..

aku lepak kat last gerabak.. ramai orang yang senasib ngan aku, kebanyakan penumpangan hari tu akan start kerja hari isnin keesokkan harinya. aku dok sekor2 kat seat tu. takder orang kat tepi... kira ok la.. member kepada member aku dok kat gerabak f4 dan aku f6. memang aku x berapa kenal mamat tu.

bagi aku, train ni just sbg transport utk sampai ke destinasi, aku x tahu yg train ni ada life flownya yg tersendiri. walaupun mereka (penumpang ) tidak saling kenal mengenal, tapi mereka saling tegur menegur antara satu sana lain. nampak begitu mesra. aku rasa yg aku berada di zaman yg manusia tidak mempedulikan manusia lain. kat dalam train, semua bangsa pun sama. aku juga ternampak, budak2 yg melepak kat tengah2 gerabak menolong seorang makcik menurunkan barang2 ke stesen. hmm.. kenapa aku jarang nampak remaja begitu kat luar sana? kenapa dalam train ada lagi nilai2 murni begini? masa aku lepak kat tengah gerabak pun ada pakcik dan budak2 yg tegur aku dan berbual-bual dengan aku. hilang sikit boring aku. memang berbeza keadaan dalam sana. semua nampak mesra,meriah,ceria...tapi mengapa ini tidak ada kat luar sana?

then aku pergi kat member kepada member aku tu, ajak dia gi kantin. jauh giler kantin tu kat f1. sampai jer kat kantin tu, meja dah full. then ada satu brader ajak join meja dia, ngam2 ada 2 kosong. aku pun buat bodoh jer lepak kat tepi dia. aku pun order makanan dan terus melahap. suasana sama macam tadi, brader tu bertegursapa ngan aku. sorang tu airforce, sorang lagi arkitek. padahal kitaorang tak saling mengenal pun, tetapi kami berbual seperti dah lama kenal. macam2 isu yg keluar. rupanya brader tu kerja ngan company yg buat flyover MRR2 yg retak tu.hmm...dia pun citer pasal tu. memang banyak yg kami bualkan..aku cam bual tetap ngan bual kosong. kat dalam train memang sesuai kalau sesaper yg nak cari customer atau contact utk business. kat dalam ni pelbagai jenis manusia boleh ditemui. tetapi yg pentingnya, komuniti kat dalam train memang chill!! salute to KTM kerana menyediakan platform untuk manusia berinteraksi. memang sangat berbeza jika kita travel ngan bas atau flight dimana passenger nye buat hal masing and tidoooo..

p/s:uwaaa.. aku patut turun kat kajang sb nak gi MIMOS, tapi aku tertido then terus ke KL Sentral... nasib baik tak lewat!!!

Ahad, Mac 20, 2005

kepentingan C dlm kehidupan lelaki..

susah gak jadi lelaki ni.. hmm terutamanya pada zaman ni... nak dpt pasangan pun susah..kalau takder beberapa C ni, jangan haraplahhh..

ada beberapa kategori lelaki yg menjadi buruan wanita:

1 C = CASH (Ramai)

Bg wanita yg mementingkan kekayaan, dia akan memburu lelaki yg mempunyai element 1 C ini. lagi tebal wallet anda, lagi ramai la ahli 'fanclub' anda. Biasanya golongan 1 C kurang terlibat dlm aktiviti sosial.

2 C = CASH,CAR (Sedikit)

Golongan ini adalah golongan kebayakan yg menjadi buruan wanita. jika dilihat pada 1 C, golongan tersebut kurang terlibat dlm aktiviti luar. tetapi golongan 2 C ini gemar berpeleseran utk mencari hiburan dan memenuhi masa terluang. dgn ada nya CAR, gaya hidup ini dapat dipenuhi.

3 C = CASH,CAR,CAREER. (Kadang-kadang)

Golongan ini boleh dianggap perfect dr segi pencapain tetapi bukan dari segi natural. Lelaki seperti boleh dianggap 'somebody' kerana berada dlm kemuncak CAREER. Tak kira golongan businessman atau politik, mereka tetap menjadi buruan wanita.

4 C = CASH,CAR,CAREER,CHARM (Jarang-jarang)

Golongan ini amat jarang didapati dan semestinya wanita akan bersaing utk dapatkannya. Memiliki segalanya termasuk aset diri yg natural. CHARM mewakili lelaki kaya yg memiliki rupa paras yg tampan. memang perfect.

5 C = CASH,CAR,CAREER,CHARM,CHAMPION (Sangat Susahhhhhhh)

Golongan yg hampir pupus ini memang susah dijejaki sekarang. kalau ada pun mereka ini telah berumur dan element CHAMPION telah pudar ditelan zaman. Mereka yg veteran ini bergantung penuh kpd VIAGRA utk mengembalikan element CHAMPION. Yg wujud sekarang (yg bukan veteran) memang sangat susah utk dijejaki... mungkin golongan ini memiliki koleksi wanita yg ramai ataupun tidak berminat dgn wanita.

p/s: kalau setakat ada 1 C (CHARM) sahaja, mmg tidak berguna pada masa sekarang. paham je la.......

Khamis, Mac 17, 2005

ramai kena tipu dowhhhh!!!

sekali lagi aku menjejakkan kaki ke hulu banat (gua musang), aku ader keje sikit nak buat kat sini. setelah dilanda kebosanan, hatiku tergerak utk pergi ke pasar malam (diorang claim as biggest in kelantan). aku gi ngan sorang kawan aku (local person), then dia bawak aku jejalan kat situ. aku dah lama x rasa suasana pasar malam. mmg lain sikit, aku leh jumpa original human yg pandai berniaga. tp ni bukan intipati utama kebolokan aku pada kali ini.

aku x puas ati lg, then meneruskan penerokaanku. aku tgk ada satu pakcik yg sdg berniaga kat atas tanah jer (cam jual ubat,mmg pun). aku tgk ada bermacam-macam jenis brg dia offer dr minyak sampai ke kayu-kayuan yg pelik. then makin ramai yg mendekati beliau, rupa-rupanya beliau meng"offer"kan produk yg serasi dgn jiwa manusia yg gilakan seks.dr ubat membesarkan,tahan lama,menyempitkan dan macam2 lg. tu aku kira biasa. tp yg bestnya, dlm satu botol yg biasa org letak minyak atar, ada 2 biji benda yg seakan-akan makanan ikan. dia claim benda tu boleh memberi rezeki,mengembalikan brg yg hilang,melangsaikan hutang, dan boleh juga meneka nombor ekor. bila aku amati benda tu, mmg sama ngan makanan ikan yg macam2 kaler tu. yg bestnya ada org beli....ada gak dia letak macam2 brg dlm satu longgok dgn harga rm10. dia claim kat KL lg mahal dia jual. tp yg paling bestnya pakcik tu cakap "cepat beli-beli, masa pakcik niaga ni...lain kali pakcik tak datang dah". di situ aku leh tangkap satu maksud tersirat. "cepat beli-beli, besok pakcik tak datang dah, sebab pakcik dah tipu kamu semua". fikirkanlahh..bodohnya org kita.

lepas bosan kat spot tu, aku pergi kat satu spot lg. aku nampak ada keris kecil yg brader tu siap bakar setanggi (i think brader tu muslim dr segi nama). produk yg brader tu tawarkan ialah azimat ngan kayu yg boleh buat kita hindar dr malapetaka. syirik beb... dia siap igtkan, kita kena yakin dan semuanya dtg dr tuhan, tp dia still promosikan produk dia tu berkesan. (memang sesat).then siap ada demo, sorang brother tu cuba pakai produk tu. then dia celup tangan dia dlm asid.(padahal brader tu yg tarik tangan org tu dan masukkan dlm asid tu). tp memang takder aper berlaku.lepas tu dia masukkan satu objek kedalam asid tu, objek tu cair lepas tu terbakar. superb... tetapi setelah aku buat penelitian rapi, aku dpt sense yg asid tu hanya air biasa dan objek tu adalah antara logam yg paling aktif didunia sama ada kalium,natrium,atau element lain. unsur2 berikut mmg akan bertindak balas dgn air... ini adalah common senses!!! kepada sesiapa yg tertipu tu, balikla ke pangkal jalan...

p/s: wei..sesaper ada botol kosong (kecik dan menarik), sila bg kat aku.. aku nak isi minyak masak dan jual kat pasar malam sebagai minyak loser (khas utk loser mencari jodoh)

Isnin, Mac 14, 2005

Saper nak jadi posmen? saper nak jadi kerani? siapa?????

siapa nak jadi posmen? siapa nak jadi kerani? siapa nak jual ikan? persoalan ini bermain-main dibenakku setelah melihat kegilaan terbaru rakyat malaysia.aku pun tak tahu kenapa, rakyat malaysia sangat sukakan glamour walaupun takde income. aku lihat bermacam-macam spesis reality tv show yg muncul sejak akhir2 ni. masalahnya, makin ramai peserta yg mencuba nasib utk menjadi artis atau org glamour ni. kalau semua nak jadi artis, habis saper nak jadi tukang masak? tukang cuci kereta? siapa yg nak beli album? pelikla aku... yg penontonya pula, x kisah ditipu oleh 5 ke 6 angka yg muncul dikaca tv. sekali vote 50 sen. 16 kali vote dah sama ngan harga value meal mc donalds. kata2 pengacara "hanya anda yg mampu mengubah keputusan ini, undilah sekarang". yg tersirat, "bagilah duit anda kepada kami, anda memang bodoh"!. dgn pengacara yg tua mengaku muda, dan tergedik2 kat stage, beliau berjaya menyuruh anda membuang duit dgn mudah. hohoh... saper yg bijak? saper yg cerdik? tauke dia la yg cerdik...pengacara dia dpt gaji jer...fikirkanlah..

p/s: kepada artis2 sekalian, producekan muzik yg berkualiti sikit, bukan produce sampahhhhh.... kepada bekas balak misha omar masa sekolah kubang kerian dulu, sabarlah... anda bukan kena dump... hahhahaha ..kepada misha omar, cantik sungguh baju hadiah hari jadi yg diberi kpd bekas balak tu..siap belang2 lg.... hohoohoh

Jumaat, Mac 11, 2005

Cinta Sejati Memang Tak Ada

hmmm.. cinta, aku x boleh nak describe sangat pasal ni. aku pun loser, takde awek.tp biler aku tgk citer melayu (drama atau filem), yg bertemakan cinta, dan aku rasa macam tgk cerita dongeng.memang x kena ngan zaman sekarang. dalam cerita2 tersebut, hero dan heroin jatuh cinta dgn cara yg amat mudah, macam x logik. then mereka menjalinkan hubungan dgn intim sekali tetapi hubungan ini seakan-akan hubungan kambing dgn biri-biri, dimana si kambing tidak akan mengawan dengan si biri2.begitulah yg digambarkan kat tv dan movie scene kita.berdua-duaan dlm gelap, lepak kat umah. tp takder apa2 berlaku... magik tu beb..cinta sejati tu...hahha...kalau kita baca paper then tgk penangkapan couple, kebanyakannya kalau kita tgk adalah pasangan cinta sejati, bila kedua-duanya mengungkap kata-kata "Kaulah Segalanya". maka berlaku la proses yg takder dlm scene citer melayu.tetapi yg aku peliknya, bila dilihat raut wajahnya, memang mulia..wajah2 mereka ni boleh diibaratkan mulia sehingga syaitan tak boleh nak tiru muka dia.kalau dilihat dr aspek ini, tak kira mereka ni geng al-qaeda yg berjanggut ke, kak us ke,artis ke,perompak ke, objektif percintaan mereka hanyalah nafsu. kalau tak, tak kan la ader yg sanggup jemput pasangan masing2 setiap malam walaupun jarak di dunia realiti 50km! jadi kalau mereka kahwin pun mungkin kerana nafsu dan ingin menyambung zuriat...... marilah kita bersama memikirkannya, dan berharap kita bukan dari golongan yg demikian....whatever..

Perang dah start wei...indon vs malaysia

ilek..bukan perang keta kebal, ni perang cyber... 2 hari lepas.. site www.usm.my kena deface@hack... hahha cilaka tuhhh.. then geng2 malaysia balas balik... then aku letakkan plot2 perang tu kat bawah...
tp perang ni x der coverage kat tv dan media pasal malu la beb..negara MSC....


serangan pertama: indon attack my
http://www.jeffooi.com/archives/usm_01_bigweb.jpg

then kita balas...

http://www.jeffooi.com/archives/Cracker_Malaysian02.jpg

http://www.jeffooi.com/archives/Cracker_Malaysian01.jpg

tp yg kita balas tu website biasa jer.. tp yg kita kena high profile mer... usm yg budget ict nya juta2 bebbbbb...

ni site yg lain

http://www.jeffooi.com/archives/Cracks_translation.jpg

http://www.jeffooi.com/archives/Cracked_MuseumPerak.JPG

http://www.jeffooi.com/archives/Cracked_PerakSultan.JPG

check at http://www.jeffooi.com

From the Zone-H database, there are more intruded sites which went unreported to Screenshots thus far:

www.sgdc.sabah.gov.my (running on Win NT9x/IIS4.0)


www.mmu.edu.my (running on FreeBSD/Apache)


www.undp.org.my (running on Win2K/IIS5.0)


www.bintangsmart.com.my (running on W9in2K3/IIS6.0)

Khamis, Mac 10, 2005

when the sky is high,u high as sky, u have the power

high.... walaupun aku x high, tp aku seakan-akan high setelah aku x tido beberapa hari.aku pelik gak naper mat rempit sangat berani mengambil lap dan bawak moto cam sial. aku pun cuba menyiasat, dan apa yg aku dapati MAT REMPIT SAMPAI MATI (MRSM) ni ambil dadah sblm diorang enter the game. patut la mereka berani. menurut x-rempit yg bertindak sbg informer, masa mereka high, mereka nampak jalan cam lurus jer.no wonder la slamber je diorang ambik lap, dan berjihad.menurut informer lg, kebanyakkan mereka jarang terbunuh semasa di lokasi perempitan. majoriti MRSM mati semasa mereka diluar dr tugas mereka.sbg contoh, mati eksiden masa nak gi ke kedai, mati eksiden masa hantar adik ke sekolah. dan mati pucuk? maybe... terutama rempit tzm yg pecah telur akibat terhentak pada tangki tzm. hmm.. whatever...

p/s: orked, aku rindu pada mu by jason

Rabu, Mac 09, 2005

Cara2 menjadi kacak..khas utk orang yg ada misai

hohoho..ini berita mesti baik punya... kalau engko lelaki yg bermisai dan lebat, ko mesti jadikan fazdley sebagai idola. kalau dia x potong misai dan x bela rambut, sure dia tak boleh bawak siti ke royal albert hall london. kalau dia dpt siti, engko mesti leh dpt chickass2 yg kat luar sana tu.. artis lelaki terbaik pun bela rambut, abang anuar,hohoho...aku pun nak bela rambut..nanti boleh gi royal albert hall...yeyeyeyye... hari ni aku nak gi beli ubat pelebat rambut, tp...aku ni botak... cisss

Selasa, Mac 08, 2005

Big Car Small Brain

Big Car Small Brain
Majoriti pemilik kereta2 over biasanya akan memakai spek hitam, bertie, berkemeja dan kemas,smart dan samun.Tetapi mereka tetap dilanda kebengongan diatas keegoaan mereka. Memang bengong la.. main parking jer. ikut suka hati diorang jer. nak tukar lane pun cam sial, semua sial.kalau jalan 2 lane tu, diorang dah blok 1 lane, semata-mata diorang nak senang and terus boleh terus masuk ke bank.mentang2 bapak dia yg buat jalan (kalau bapak dia dulu pekerja kontrak JKR). memang fuck la.. arghhh... big car small brain. memang sesuai..........!!!!

Isnin, Mac 07, 2005

ahad yg babi.....

aku baru pulang dari kampung, sedap nak mampus nasik jaemah.. aku malas nak berak rasanya agar nasi kukus jaemah tidak terkeluar dr duburku... soul menjadi driver spenuh masa dan aku hanya meniduri diri sendiri di atas proton jerung soul. aku mendapat panggilan yg maraahhh..boss aku inform kereta adik aku kena pow... tp aku dan soul buat bodoh saja. soul sempat membeli sebungkus nasik lemak subuh dan aku hanya memikirkan peniduran sahaja. aku abaikan isu kehilangan itu sehingga aku puas tido. setelah beberapa jam kereta itu menghilangkan diri, baru aku pergi berjumpa uncle aku yg x pernah aku kenal di balai polis pandan indah yg berjaya ku temui setelah sesat beberapa kali.aku pun buat report cakap kereta hilang. siap la report.. tp aku dah buat appointment dgn naim palancut utk men-ajidikan diri masing2.akhirnya kami sepakat utk ajidi di nz atas.chill jugak... banyak element2 yg membuat "my younger brother angry". setelah itu membuat backup plan utk tgk citer sepet. citer start kul 910pm. best gak citer tuh.. orked ngan mak bapak dia sumer berkemban... keras pelam jugak... yasmin ahmad, give orked to me please.... tapi ending dia hantu yg jawab call.. ahaaa..letih giler ari ni..last skali aku bilas kekemarauan di nz bawah sambil memerhatikan chickass yg beterbangan (milik org lain). maka teserlah ke loser an aku.

Sabtu, Mac 05, 2005

Aku terpengaruh dengan rock*

ku lihat kiri kanan,tupuk2 blog2 org2 yg koya ader life. aku pun nak koya ada life jugak. dan sesungguhnya aku nak berbolok. dgn berbekal iltizam dan azam yg jitu. aku pun memulakan perbolokan yg mapan. kpd rock* diluar sana. anda adalah idolaku... anda setaraf dgn idola no 1 ku, jehan miskin.sekian pembuka bolok ku...