Khamis, November 09, 2006

Bijak budak ni...anak sape ye?

Dipetik dari internet

Soalan

Seorang remaja yang menamakan dirinya Yang Ikhlas
telah menghantar satu surat kepada Dr Danial Zainal
Abidin baru-baru ini. Antara isi surat itu ialah: Dr.
Danial yang dihormati. Saya telah bercinta dengan
seorang wanita. Demi cinta kami telah berzina. Tetapi
saya tidak rasa bersalah sebab saya ikhlas dengannya.
Saya hendak mengambilnya sebagai isteri saya. Saya
tidak bertujuan untuk mempermainkannya. Rakan-rakan
saya mengatakan tindakan saya adalah gentleman. Tetapi
saya telah dimarahi oleh orang-orang tua saya. Saya
rasa mereka berotak kolot. Apakah pandangan dan
nasihat tuan.

Jawapan Dr. Danial Zainal Abidin:

Yang Ikhlas yang dihormati. Saya bersyukur tentang
keikhlasan saudara dan saya berharap itulah asas
perbincangan kita. Dengan keikhlasan itu jugalah saya
menulis jawapan ini kepada saudara.

Dunia pada hari ini sedang dilanda krisis. Satu di
antaranya ialah krisis nilai. Krisis nilai inilah yang
menjadi sebab keruntuhan Empayar Rom. Edward Gibbon
dalam bukunya The History of Decline and Fall of the
Roman Empire telah menulis bahawa: Segala dasar-dasar
akhlak dan moral di Rom telah runtuh sehingga ramai
orang memilih jalan untuk hidup bebas... ..Di akhir
abad keenam, Kerajaan Romawi Timur sedang berada di
ambang keruntuhan yang paling dahsyat sekali!

Nabi datang untuk selamatkan kita dari kehancuran yang
seperti itu. Nabi bersabda, Sesungguhnya aku diutuskan
untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. (Hadis riwayat
Ahmad & Baihaqi)

Nilai akhlak inilah yang merupakan landasan dan kayu
pengukur yang penting bagi kita. Akhlak tidak
menghalang kehendak-kehendak fitrah. Ia
mencantikkannya. Sebagai contoh, Islam tidak pernah
menyuruh kita menutup nafsu seks, sebaliknya
menyalurkannya kepada suatu yang murni, selamat dan
mendamaikan. Perkahwinan adalah salurannya.

Alangkah indahnya firman Allah yang bermaksud:
Isterimu adalah ladang bagimu maka datangilah isterimu
dengan cara mana yang kamu mahu! (Surah Al-Baqarah
ayat 223) Dalam bahasa mudah, selepas berkahwin,
puaskanlah nafsumu dengan isterimu sesuka hatimu,
melainkan dengan cara yang jelas telah diharamkan
kerana kemudaratannya.

Saya harus mengatakan bahawa nilai pada hari ini
banyak diasaskan kepada konsep Machiavellianisme yang
dipopularkan oleh seorang pemikir dari Florence, Italy
yang bernama Niccolo Machiavelli. Machiavelli, dalam
bukunya The Prince telah menekankan konsep the end
justifies the means ataupun niat membersihkan cara.
Asalkan niat kita baik, berzinalah, menipulah,
khianatilah, menyamunlah dan begitulah seterusnya.
Semua adalah halal bagi Machiavelli.

Laporan akhbar 6 Ogos 1999 juga ada perkaitan dengan
krisis nilai ini apabila seorang tokoh koporat
berpangkat Datuk, telah menceritakan di mahkamah
tentang hubungan seksnya dengan seorang pembaca berita
RTM. Beliau mengatakan bahawa niatnya adalah suci
kerana bertujuan untuk mengahwininya. Itulah nilai
yang sedang melanda dunia sekarang: Seks adalah suci
walaupun tanpa perkahwinan!

Memang ada yang mengatakan bahawa pergaulan dan seks
bebas ini adalah lambang kemajuan dan kemodenan. Nilai
agama dan akhlak adalah kolot. Jika demikian, mari
kita perhatikan hasil dan sumbangan seks bebas kepada
dunia.

Seks bebas telah berjaya merebakkan penyakit AIDS,
contohnya di Thailand, sehinggakan akhbar Der Spiegel
pernah menjadikan tajuk AIDS in Asia - Killer Epidemic
in Sex Paradise (AIDS di Asia - Wabak Pembunuh di
Syurga Seks), sebagai tajuk muka depannya.

Di California, hampir 61,000 bayi luar nikah
dilahirkan pada tahun 1997. Kajian oleh Jabatan
Perkhidmatan Kesihatan dan Kemanusiaan Amerika
mendapati bahawa anak-anak luar nikah ini mempunyai
lebih daripada dua kali ganda kemungkinan diserangi
masalah emosi di dalam hidup mereka, berbanding dengan
anak-anak lain (Rujukan: California Teenage Pregnancy
Statistics).

Kita di Malaysia juga telah dimalukan dengan
penonjolan kes pembuangan bayi luar nikah di kalangan
remaja-remaja kita. Semua ini bukanlah sumbangan yang
membanggakan bagi dunia moden.

Islam menekankan bahawa niat dan cara perlu betul.
Niat kena ikhlas, cara kena mengikut syariat. Syariat
mengharamkan zina. Nabi kita bersabda, Selepas dosa
syirik kepada Allah, tidak ada dosa yang lebih besar
daripada seseorang meletakkan air maninya ke faraj
yang tidak halal baginya! (Hadis riwayat Ahmad &
Thabrani)

Saya berharap saudara Yang Ikhlas akan kembali ke
jalan yang murni berdasarkan agama. Seks bebas dan
keruntuhan moral bukannya lambang kemajuan sebaliknya
lambang kemunduran dan kehancuran.

Kaum Lut hancur kerananya.
Kota Pompei hancur kerananya.
Empayar Rom juga hancur keranannya.
Justeru, kembalilah ke pangkal jalan.

3 ulasan:

kaki bangku berkata...

setuju!

Izwan Zakaria berkata...

pasal tu la boring kalo panggil counsellor bagi kaunseling.. merepek2 je.. apsal susah sangat ke nak bagi solution. kenapa nak cerita yg ni tu la sejarah Parsi, Rom, Jerman.

Tanpa Nama berkata...

awat bingung sangat kalo dah bagi contoh kota dan empayar boleh runtuh inikan lagi manusia yang seorang nih.