Khamis, Disember 10, 2009

Syahadah Gadis Ateis... Bakal Terbit...

Sekadar mempromosi sebuah novel dari rakan blogger.

versi asal di:
http://satuhala.blogspot.com/2009/12/syahadah-gadis-ateis-bakal-terbit.html

Credit kepada Muhammad Ibnu 'Az

Assalamu'alaikum warahmatullah buat semua sahabat pengunjung... Alhamdulillah setelah lebih dua tahun novel ini berlegar-legar di alam cyber dalam bentuk eBook dengan tajuk 'Syahadah Dialog Dengan Gadis Melayu Atheist', ebook tersebut bakal dijadikan novel dan akan diterbitkan di dalam waktu yang terdekat ini.



Segala puji bagi Allah yang mengaturkan segalanya, akhirnya setelah bertukar penerbit atas alasan peribadi, buku ini akhirnya akan diterbitkan oleh pihak PTS Islamika. Serentak dengan pengumuman ini, mengikut terma dan syarat perjanjian penerbitan dengan pihak PTS, penjualan eBook dalam versi asal 2007 akan dihentikan penjualannya di blog satuhala ini. Kepada semua yang menyokong dengan membeli eBook tersebut sebelum ini, saya mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan, maklumbalas ke arah pembaikan, komen dan kerana membantu mempromosikan eBook asal ini kepada saudara mara, rakan taulan dan pihak-pihak lain. Begitu juga dengan beberapa individu, forumer dan blogger yang mempromosikan eBook dan isikandungannya di blog, fb, forum dan laman masing-masing tersebut selepas membacanya. Antaranya blog ini , blog ini,. blog ini, forum ini, forum ini, blog ini, fb ini dan banyak lagi. Terima kasih tuan-tuan, Allah sahaja yang membalasnya dengan kebaikan nanti.

Untuk makluman, versi buku yang bakal diterbitkan nanti, telah saya lakukan suntingan penuh dan membuat revisi baru dengan membuat penambahan maklumat dan pembaikan fakta berdasarkan maklumbalas pembaca dan perkara-perkara yang saya rasakan amat perlu untuk diperjelaskan lagi. Akhirnya ia siap disunting pada pertengahan Oktober lalu dan pihak PTS telah memasukkannya ke dalam jadual penerbitan mereka. Buat masa ini, lakaran grafik di sebelah kiri berkemungkinan besar akan dijadikan cover muka depan buku tersebut bagi menggantikan cover asal lakaran grafik yang dibuat saya seperti yang sahabat semua dapat lihat pada sebelah kanan skrin.

Tidak lupa juga saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada penerbit lama dan penerbit baru ini atas kerjasama yang pernah dan sedang dijalinkan. Tidak lupa juga kepada editor-editor lama buku ini dan pihak editorial terbaru termasuk Ustaz Imran dan Puan Firdaus dari PTS Islamika atas kerjasama untuk memastikan novel ini berjaya diterbitkan. Buat Puan Firdaus, selamat pengantin baru, semoga ikatan perkahwinan yang baru dipaterikan itu kekal bahagia membawa ke syurga. Semoga semua zuriat dan keturunan yang lahir dari perkahwinan suci itu menjadi insan-insan penghuni taman-taman syurga nanti. Amin..
Ucapan ribuan terima kasih juga saya ucapkan kepada dua orang penulis tersohor dan yang mempunyai nama besar di bidang penulisan, Tuan Zaid Akhtar (penulis novel Salju Sakinah) dan Tuan A. Ubaidillah Alias (penulis Novel warkah Cinta Berbau Syurga) kerana sudi memberikan review dengan ulasan yang baik dan positif kepada novel Syahadah Gadis Ateis ini. Semoga Allah membalas mereka dengan kebaikan dan rahmat yang berlipat ganda. Amin.

Untuk maklumat lanjut mengenai tarikh terbitnya novel tersebut dan perkara yang berkaitan dengannya, sahabat-sahabat semua boleh melawat laman web PTS dengan klik link di bawah ini. Bagi yang pernah membaca versi eBook tersebut dan ingin memberikan rating, boleh berbuat demikian sebagai langkah sokongan di pautan laman web yang sama. Jangan lupa dapatkan novel Syahadah Gadis Ateis apabila diterbitkan nanti. Semoga semua urusan dan hasil kerja ini diberkati Allah dan membawa kebaikan kepada semua pihak. InsyaAllah jika berkesempatan, saya akan menceritakan sedikit sebanyak kronologi terhasilnya buku ini yang sangat berkait rapat dengan kewujudan blog satuhala ini.

Untuk maklumat lanjut klik laman web ini PTS Publications

Terima kasih atas sokongan semua.. Saya mengalukan apa jua bentuk maklumbalas dan kritikan daripada sahabat-sahabat yang memiliki dan sudah habis membaca versi ebook ini untuk memberikan komen di blog ini. Entry blog ini akan saya sambung seperti biasa dalam waktu terdekat nanti.. InsyaAllah..

2 ulasan:

Muhammad Ibnu 'Az berkata...

Salam saudara.. seorang sahabat memberitahu saudara mempromosikan buku ini di blog saudara ini.. ribuan terima kasih buat saudara.. Allah jua membalas kebaikan ini dengan rahmat berlipat ganda.. TQ n wassalam..

Penulis berkata...

wsalam...sama2 saya ucapkan.. asalkan benda yg dipromosikan tidak mendatang mudarat kepada kita..saya mmg berbesar hati utk mempromosikannya.teruskan usaha murni saudara..berjuang dgn pena. ilmu saya tak cukup lg utk menulis seperti saudara.. sy bkn ahli Fiqh,bukan ahli Tassawuf mahupun ahli Usuludin. tp logik akal penulisan saya tetap berpandu kepada Al-Quran dan As-Sunnah.. minta dijauhilah saya dari terpesong dari jalan yang benar