Rabu, Ogos 11, 2010

Realiti 2 cerita

Bandingkan 2 cerita ini..

No 1 aku anggap sebagai manipulasi berita.
No 2 aku anggap sebagai realiti yang telah lama kita alami..tapi tidak sedari atau..tidak diendahkan oleh kita..


PENIAGA NEKAD TERUSKAN OPERASI

PULAU PINANG 9 Ogos - Meskipun dihalang beroperasi, para peniaga Bazar Ramadan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini nekad meneruskan perniagaan di lokasi itu kerana percaya mereka mempunyai hak berbuat demikian.

Tanpa mengendahkan petugas keselamatan yang mengawal tapak berkenaan hari ini, mereka membawa masuk segala barangan jualan ke dalam gerai masing-masing walaupun ia masih belum siap sepenuhnya.

Dalam keadaan cahaya samar-samar kerana ketiadaan lampu, ia langsung tidak menjejaskan semangat para peniaga terbabit yang hanya mahu mencari peluang menambah pendapatan di bazar yang telah 20 tahun beroperasi setiap kali tibanya Ramadan itu.

Peniaga kain, Saira Banu Abdul Latiff, 48, berkata, dia telah membayar sewa gerai sebanyak RM1,800 kepada Dewan Perniagaan Komtar selaku penganjur Bazar Ramadan untuk tempoh sebulan selepas permohonannya diluluskan.

Justeru, jelasnya, beliau berhak menjalankan perniagaan di situ kerana telah memenuhi semua syarat yang ditetapkan.

"Ini hak kami (peniaga), kami bukan beri rasuah untuk berniaga di sini, kami guna saluran yang betul. Kenapa pula kami tidak dibenarkan berniaga?

PENIAGA ALAMANDA DAKWA DITEKAN AKHIRNYA DITENDANG

NAMA saya Fahmi Fabilah, saya adalah salah seorang peniaga yang tidak disambung kontrak perniagaan di Suria KLCC di Alamanda, Putrajaya. Saya berniaga kemeja T buatan tempatan bernama Malaya Distro.

Alasan 'bijak' yang pertama mereka kepada saya ialah: Saya tidak dibenarkan lagi menjual kemeja T atas alasan penyewa kedai mengadu perniagaan mereka turun.

Ingin memberitahu bahawa ada yang saya lakukan ialah persaingan yang sihat.

Alasan kedua ialah kerana memiliki tiga push cart (kereta tolak). Tapi bagaimana pula dengan Pizzahut, KFC dan RASAMAS yang bernaung di bawah syarikat yang sama?
Sangat tidak munasabah jika ia dijadikan sebab untuk 'menendang' saya keluar. Apakah wujud diskriminasi di sini?

Saya boleh buktikan bagaimana terdapat diskriminasi dalam pengurusannya. Disebabkan rasa tidak puas hati, saya menceritakan perihal mereka ini difacebook saya. Gempar seketika apabila tulisan saya sampai ke KLCC. Dan seingat saya, ada sokongan dari individu yang mahukan perkara itu ditujukan kepada Tun Mahathir. Mungkin 'goyang' dengan sokongan itu, mereka telah membuat temujanji dengan saya di sebuah kafe di Alamanda untuk menyelesaikan perkara ini.

Untuk pengetahuan semua, deposit saya RM3,800 masih belum dipulangkan sedangkan saya telah satu bulan keluar dari Alamanda.

Sedangkan surat kontrak tidak disambung saya terima tiga bulan yang lepas. Pihak pegurusan memberi alasan sedang proses. Logikkah tiga bulan proses? Kenapa sewa mahu advance tetapi deposit sampai lambat sebegini rupa?

Bagaimana jika dulu kami bayar sewa lewat satu bulan? Dah pasti saya diperintah keluar. Anda fikirkan bertapa teruknya kelemahan sistem yang mereka jalankan.

Kenapa kita ditindas di tempat sendiri? Di sini suka sangat ingin saya beritahu, anda pergilah ke kompleks beli-belah ternama, anda kiralah berapa peratus peniaga 'Melayu' menyewa di situ?

Tidak sampai 10 peratus. Bukan kerana peniaga Melayu tidak mampu, tetapi kita tidak diberi tempat di situ.

Saya pernah pergi ke kompleks 'baru' di Wangsa Maju. Ruang niaga masih kosong, dan saya memohon ruang niaga. Anda tahu saya dilayan begitu teruk.

Sebulan selepas itu, ruang niaga penuh dengan kaum bukan Melayu. Di sini anda faham bukan, bukan kita tidak mampu, tapi kita ditolak mentah-mentah oleh kuasa mereka. Tetapi kenapa ia juga terjadi di Putrajaya?

Semenjak setahun lalu, Suria KLCC banyak membuat perubahan drastik. Mungkin ini juga strategi halus orang atas untuk menjatuhkan kita? Mari saya rungkaikan satu persatu.
Enam bulan lepas, kami diberi notis untuk membayar sewa pendahuluan (advance rental). Sedangkan kami telah membayar 'deposit' 1+1. Ia adalah notis mengejut ketika itu, kami terpaksa mencari wang sewa untuk dua bulan dalam masa sebulan.

Anda bayangkan betapa kami terpaksa bertungkus lumus mencari RM3,800 minggu ini, dan RM3,800 untuk lagi dua minggu. Dengan gaji pekerja, jumlah sebanyak RM9,000 sebulan, sedangkan perniagaan tidak begitu bagus ketika itu.

Taktik halus yang kedua: Mereka melagakan peniaga tanpa sedar. Ia berlaku sekarang. Caranya begini, dahulu peniaga mainan A di Utara, dan peniaga mainan B di Selatan. Perniagaan mereka sangat bagus. Cara untuk menjatuhkan salah seorang adalah meletakkan lokasi peniaga mainan A hampir dengan peniaga mainan B.

Secara psikologinya, mereka akan bersaing dan salah seorang akan jatuh. Yang jatuh itulah yang akan terkeluar. Sekarang anda nampak? Ketika itu, salah seorang dari mereka membuat rayuan untuk pindah tapak. Taktik berjaya bukan.

Taktik ketiga: Mereka mengeluarkan peniaga atas alasan produk tidak boleh dijual lagi. Ini terjadi ke atas saya sendiri.

FAHMI FABILAH
Dengkil

Nota: aku sendiri telah ke Alamanda dan mencari maklumat mengenai ini..Allah maha besar!! Kebetulan aku dan tunangku membeli-belah di kedai The Lingerie Shop. Kedai itu sedang mengadakan jualan murah. Tunang aku tanya kenapa? Tauke kedai tu cakap dia nak habiskan stok sebab management nak halau mereka dari Alamanda. Tiada alasan yang kukuh. Tauke itu menerangkan ada beberapa kedai (penyewa lain) yang mengalami nasib yang sama (ditekan oleh pihak pengurusan). PUTRAJAYA...pusat pentadbiran kerajaan kita, tempat orang-orang kerajaan mundar-mandir, tempat orang2 kita menjalankan urusniaga..tempat orang-orang kita mengambil duit dibawah meja...dan juga tempat MELAYU-MELAYU (majoriti) menghabiskan duit berbelanja di kedai HIGH CLASS (menurut mereka).Butik2 jenama antarabangsa semakin ganas memamah kedai2 orang kita. Sebut sahaja, jenama-jenama terkemuka..pasti ada di Alamanda.. transformasi sedang dilakukan untuk menggantikan kedai2 orang kita kepada kedai2 orang asing. Aku sendiri masih belum mengerti..sedangkan rata2 yang berbelanja di situ adalah kakitangan kerajaan.

MEWAHKAH MEREKA?

Alamanda sekarang:
1.Carefour
2.Cold Storage
3.Parkson
4.Guess
5.Billabong
6.Giordano
7.Big Apple
8.Starbuck
9.Sushi King
10.Nandos
11.Sahara Tent (arabian)
12.pergi sana tengok sendiri.

Jenama2 di atas sudah pastilah overprice!!

Tiada ulasan: