Memaparkan catatan dengan label isu semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label isu semasa. Papar semua catatan

Selasa, Februari 01, 2011

Krisis Mesir: Revolusi atau agenda tersembunyi?

Sebelum memulakan penulisan ini, marilah kita mendoakan keselematan kepada rakyat Mesir.

Link-link berguna yang menerangkan keadaan semasa di Mesir

http://bincang.net/forum/showthread.php?110830-[terbaru!]-Hosni-Mobarrak-Presiden-Mesir-resign-bersama-seluruh-kabinet!/page2

http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com

Soalan saya:

1. Adakah protes ini dimulakan oleh rakyat Mesir sendiri?
2. Siapakah dalang disebalik protes ini?
3. Adakah Mesir akan menjadi negara demokrasi sepenuhnya?
4. Adakah Mesir akan bangkit dengan sistem Khalifah Islam?
5. Adakah protes ini ada kena mengena dengan projek menaikkan harga minyak mentah dunia?
6. Apakah respons US dan Israel terhadap perkembangan ini? Mereka risau atau tersenyum?

Mari kita lihat apa yang berlaku di dunia Islam , Arab khususnya.. >> terhadap apa yg berlaku di negara kita..!

Rata-rata.. kalau kita tanya orang di jalanan.., boleh kata hampir 90% pendapat.. pasti akan menyatakan.. mereka sangat sakit hati dgn apa berlaku di negara kita sekarang.!

Dalam diam kita sangat geram. dan bengang dgn apa yang berlaku..! jurang perbezaan di antara - yang ada dgn yang tak ada.. semakin melebar.! (disparity between the have's vs the have not is widen), namun tiada apa yg di lakukan oleh pihak berwajib untuk menolong golongan2 ni.

Adakah kita perlu menunggu sehingga seperti Tunisia dan Egypt baru nak bangkit seperti di sana? Di tunisia - kebangkitan berlaku selepas Mohamed Bouazizi membakar dirinya selepas segala barang jualannya di rampas.. dan dia tiada wang utk membayar wang rasuah utk melepas diri dari tindakan penguatkuasa.. . Yang lagi menghinakan - penguatkuasa wanita itu menampar Mohamed di khalayak ramai dan meludahnya.. serta memukul nya dgn di bantu 2 orang bawahan nya.. ! tak cukup dgn itu - penguasa itu memaki dan menghina arwah ayah mohamed yg telah mati ketika mohamed berusia 3 tahun..!

baca kisah penuh di wiki mohamed bouazizi ni >> http://en.wikipedia.org/wiki/Mohamed_Bouazizi

Kejadian di Mesir juga bermula dgn insiden yang lebih kurang serupa.! 2 orang membakar diri di depan bangunan parlimen mesir di sebabkan tekanan kehidupan di mesir dgn kadar pengangguran dan pendapatan rakyat miskin yg sangat rendah.. berbeza dgn golongan2 kaya yg makin meningkat pendapatan mereka.

Fakta menarik tentang Egypt juga - >> GDP nya meninkat saban tahun.. malah 2-3 tahun ni mendapat banyak anugerah ekonomi antarabangsa yg memuji kerajaan mereka dalam menguruskan ekonomi negara.. ! (sounds familiar eh?) Kerajaan mereka juga memainkan unsur2 feel-good factor ni.. dalam akhbar2 mainstream mereka..!

Hakikatnya - rakyat marhaen makin tertekan.. kemampuan utk membeli barangan keperluan dan makanan makin mengecil.! bukan saja kadar pengangguran makin naik.. malah harga rumah di sana di paras mmg takkan termampu oleh orang2 miskin dan golongan pertengahan..

Di malaysia - adakah kita menghadapi situasi hampir sama? - ada banyak juga kan? antaranya - harga rumah mampu milik.. kini berada jauh di jangkauan kemampuan kita. Dgn harga starting pada RM400 hingga 500ribu ke ataas.. berapa kerat melayu yg mampu nak beli rumah pada harga ni? kerajaan 'buta' ke hakikat ni? tinggal bangsa lain dan orang luar saja lah yang mampu nak beli..! tiap taman baru launch.. berebut spekulator yg beli rumah2 tu.(mreka ni bukan rakyat tempatan pun.. rata2 proksi utk singaporean , hongkees dan luar negara)


start drpd tunisia > lubnan > egypt > yaman > smlm jordan pun dah wat demo suh PM dorg step down..

tgk rakyat dorg dh lama besabar dh.. blaja tinggi2 abeh U pun takleh nak keja jugak.. harga smua makin naik..
kesan drpd tunisia dlu.. smngt dorg membakar terus..



-Jan25 aritu mula protes.. sampai hari ke tiga smlm .. at least dah 35 org mati .. baru mubarak muncul.. tu pun dgn obama skali..
itu pun mula2 taknak step down.. nk baharui krajaan je. tp dia nk stay gak. pfftt..
klo dia step down pon, anak dia ganti pon org tanak..

yg penting skrg ni israel dh tak senang duduk.. negara2 arab keliling dia tgh unrest.. ben ali dah kena.. skrg mubarak plak..

hari ke2 tgk dorg duk pass kan msg kat twitter nak kumpul 1 miliun rakyat utk protes .. nak start lepas smyg jumaat (ni pun cam familiar jek) ..

pastu lepas jumaat, sampai ke mlm.. protes tak abeh2.. tgk kjadian kat sane cam sayu gak ar.. abeh cedera.. luka2.. kne teargas teruk2.. (ni pon familiar. hehe) .. dasat gk arr pulis dorg buat nk leraikan demo.. sampai ke asar.. pause jap jemaah ramai2.. mase ni mmg tesentuh gk r.. wuu..



sampai ke mlm.. truck polis pon dorg bakar.. building NDP HQ pon abeh kne bakar..



-------------


Jordanians march against inflation

Thousands of Jordanians have taken to the streets of the capital Amman and other cities to protest against rising commodity prices, unemployment and poverty.

The protesters are calling on the government headed by Samir Rifai, the prime minister, to step down.

Demonstrators, including trade unionists and leftist party members, carried national flags and chanted anti-government slogans in downtown Amman.

They called Rifai a "coward" and demanded his resignation.

"Prices, particularly gasoline and food, are getting out of hand,'' Buthaina Iftial, a 24-year-old civil servant, said.

"We're becoming poorer every day,'' she said, holding a poster with a piece of Arabic flatbread attached.

Police and plainclothes officers formed rings around the demonstrators to contain the protests. There were no reports of arrests or violence.

Rabu, Ogos 11, 2010

Realiti 2 cerita

Bandingkan 2 cerita ini..

No 1 aku anggap sebagai manipulasi berita.
No 2 aku anggap sebagai realiti yang telah lama kita alami..tapi tidak sedari atau..tidak diendahkan oleh kita..


PENIAGA NEKAD TERUSKAN OPERASI

PULAU PINANG 9 Ogos - Meskipun dihalang beroperasi, para peniaga Bazar Ramadan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini nekad meneruskan perniagaan di lokasi itu kerana percaya mereka mempunyai hak berbuat demikian.

Tanpa mengendahkan petugas keselamatan yang mengawal tapak berkenaan hari ini, mereka membawa masuk segala barangan jualan ke dalam gerai masing-masing walaupun ia masih belum siap sepenuhnya.

Dalam keadaan cahaya samar-samar kerana ketiadaan lampu, ia langsung tidak menjejaskan semangat para peniaga terbabit yang hanya mahu mencari peluang menambah pendapatan di bazar yang telah 20 tahun beroperasi setiap kali tibanya Ramadan itu.

Peniaga kain, Saira Banu Abdul Latiff, 48, berkata, dia telah membayar sewa gerai sebanyak RM1,800 kepada Dewan Perniagaan Komtar selaku penganjur Bazar Ramadan untuk tempoh sebulan selepas permohonannya diluluskan.

Justeru, jelasnya, beliau berhak menjalankan perniagaan di situ kerana telah memenuhi semua syarat yang ditetapkan.

"Ini hak kami (peniaga), kami bukan beri rasuah untuk berniaga di sini, kami guna saluran yang betul. Kenapa pula kami tidak dibenarkan berniaga?

PENIAGA ALAMANDA DAKWA DITEKAN AKHIRNYA DITENDANG

NAMA saya Fahmi Fabilah, saya adalah salah seorang peniaga yang tidak disambung kontrak perniagaan di Suria KLCC di Alamanda, Putrajaya. Saya berniaga kemeja T buatan tempatan bernama Malaya Distro.

Alasan 'bijak' yang pertama mereka kepada saya ialah: Saya tidak dibenarkan lagi menjual kemeja T atas alasan penyewa kedai mengadu perniagaan mereka turun.

Ingin memberitahu bahawa ada yang saya lakukan ialah persaingan yang sihat.

Alasan kedua ialah kerana memiliki tiga push cart (kereta tolak). Tapi bagaimana pula dengan Pizzahut, KFC dan RASAMAS yang bernaung di bawah syarikat yang sama?
Sangat tidak munasabah jika ia dijadikan sebab untuk 'menendang' saya keluar. Apakah wujud diskriminasi di sini?

Saya boleh buktikan bagaimana terdapat diskriminasi dalam pengurusannya. Disebabkan rasa tidak puas hati, saya menceritakan perihal mereka ini difacebook saya. Gempar seketika apabila tulisan saya sampai ke KLCC. Dan seingat saya, ada sokongan dari individu yang mahukan perkara itu ditujukan kepada Tun Mahathir. Mungkin 'goyang' dengan sokongan itu, mereka telah membuat temujanji dengan saya di sebuah kafe di Alamanda untuk menyelesaikan perkara ini.

Untuk pengetahuan semua, deposit saya RM3,800 masih belum dipulangkan sedangkan saya telah satu bulan keluar dari Alamanda.

Sedangkan surat kontrak tidak disambung saya terima tiga bulan yang lepas. Pihak pegurusan memberi alasan sedang proses. Logikkah tiga bulan proses? Kenapa sewa mahu advance tetapi deposit sampai lambat sebegini rupa?

Bagaimana jika dulu kami bayar sewa lewat satu bulan? Dah pasti saya diperintah keluar. Anda fikirkan bertapa teruknya kelemahan sistem yang mereka jalankan.

Kenapa kita ditindas di tempat sendiri? Di sini suka sangat ingin saya beritahu, anda pergilah ke kompleks beli-belah ternama, anda kiralah berapa peratus peniaga 'Melayu' menyewa di situ?

Tidak sampai 10 peratus. Bukan kerana peniaga Melayu tidak mampu, tetapi kita tidak diberi tempat di situ.

Saya pernah pergi ke kompleks 'baru' di Wangsa Maju. Ruang niaga masih kosong, dan saya memohon ruang niaga. Anda tahu saya dilayan begitu teruk.

Sebulan selepas itu, ruang niaga penuh dengan kaum bukan Melayu. Di sini anda faham bukan, bukan kita tidak mampu, tapi kita ditolak mentah-mentah oleh kuasa mereka. Tetapi kenapa ia juga terjadi di Putrajaya?

Semenjak setahun lalu, Suria KLCC banyak membuat perubahan drastik. Mungkin ini juga strategi halus orang atas untuk menjatuhkan kita? Mari saya rungkaikan satu persatu.
Enam bulan lepas, kami diberi notis untuk membayar sewa pendahuluan (advance rental). Sedangkan kami telah membayar 'deposit' 1+1. Ia adalah notis mengejut ketika itu, kami terpaksa mencari wang sewa untuk dua bulan dalam masa sebulan.

Anda bayangkan betapa kami terpaksa bertungkus lumus mencari RM3,800 minggu ini, dan RM3,800 untuk lagi dua minggu. Dengan gaji pekerja, jumlah sebanyak RM9,000 sebulan, sedangkan perniagaan tidak begitu bagus ketika itu.

Taktik halus yang kedua: Mereka melagakan peniaga tanpa sedar. Ia berlaku sekarang. Caranya begini, dahulu peniaga mainan A di Utara, dan peniaga mainan B di Selatan. Perniagaan mereka sangat bagus. Cara untuk menjatuhkan salah seorang adalah meletakkan lokasi peniaga mainan A hampir dengan peniaga mainan B.

Secara psikologinya, mereka akan bersaing dan salah seorang akan jatuh. Yang jatuh itulah yang akan terkeluar. Sekarang anda nampak? Ketika itu, salah seorang dari mereka membuat rayuan untuk pindah tapak. Taktik berjaya bukan.

Taktik ketiga: Mereka mengeluarkan peniaga atas alasan produk tidak boleh dijual lagi. Ini terjadi ke atas saya sendiri.

FAHMI FABILAH
Dengkil

Nota: aku sendiri telah ke Alamanda dan mencari maklumat mengenai ini..Allah maha besar!! Kebetulan aku dan tunangku membeli-belah di kedai The Lingerie Shop. Kedai itu sedang mengadakan jualan murah. Tunang aku tanya kenapa? Tauke kedai tu cakap dia nak habiskan stok sebab management nak halau mereka dari Alamanda. Tiada alasan yang kukuh. Tauke itu menerangkan ada beberapa kedai (penyewa lain) yang mengalami nasib yang sama (ditekan oleh pihak pengurusan). PUTRAJAYA...pusat pentadbiran kerajaan kita, tempat orang-orang kerajaan mundar-mandir, tempat orang2 kita menjalankan urusniaga..tempat orang-orang kita mengambil duit dibawah meja...dan juga tempat MELAYU-MELAYU (majoriti) menghabiskan duit berbelanja di kedai HIGH CLASS (menurut mereka).Butik2 jenama antarabangsa semakin ganas memamah kedai2 orang kita. Sebut sahaja, jenama-jenama terkemuka..pasti ada di Alamanda.. transformasi sedang dilakukan untuk menggantikan kedai2 orang kita kepada kedai2 orang asing. Aku sendiri masih belum mengerti..sedangkan rata2 yang berbelanja di situ adalah kakitangan kerajaan.

MEWAHKAH MEREKA?

Alamanda sekarang:
1.Carefour
2.Cold Storage
3.Parkson
4.Guess
5.Billabong
6.Giordano
7.Big Apple
8.Starbuck
9.Sushi King
10.Nandos
11.Sahara Tent (arabian)
12.pergi sana tengok sendiri.

Jenama2 di atas sudah pastilah overprice!!

Sabtu, Julai 17, 2010

Biasalah tuuu

bila harga minyak dan gula naik, semua jadikan alasan nak naikkan harga barang.wait n see...dulu petrol naik RM2.70, tambang bas,harga makanan dan harga nak guna toilet pun melambung..bila harga petrol turun..diorang stick pada harga tu (kecuali kaum kapitalis yg turunkan harga atau tambah kuantiti produk dgn harga yg sama - contoh MC D lunch dgn Nestle). Tapi kita ni still lagi support kedai yang mahal2 tu such ah kopitiam or restoran nasi kandar. kalau orang kita jual mahal sikit,boikot MAHAL katanya,,tapi kalo restoran nasi kandar or kopitiam jual mahal..kita cakap BIASALAH tu..mamakkk..lepas tu kerajaan tersayang kita ambik la kesempatan ke atas sikap BIASALAHH kita tu.. naikkan harga..panggil prof kang kung cakap kat tv harga minyak naik bagus utk ekonomi, harga dulu naik bagus utk kesihatan.. MANA KUASA KITA SEBAGAI PENGGUNA? TARAKKKKK!!! dekat negara maju peniaga takut dekat pengguna..kat sini? kita takut dekat tauke..apa lagi BOIKOT!!!

p/s: dari dulu sampai sekarang kita asyik kena je dengan diorang ni sb kita tak melawan..orang naikkan harga,bising sekejap lepas tu buat macam terima je..lagi naik lemak mereka ni..harga mahal macam mana pun kita masih support mamak dan kopitiam...bak kata mereka "LIFESTYLE SEKARANG".