Ahad, November 14, 2010

Renungan: AYAH,TARIK TANGAN SAYA NI,KAKI SAYA TERLEKAT..

Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengah hari itu.

I September 1994.

Serius mereka berbual hingga dahi berkerut-kerut.
Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng - gelengkan kepala.
Pasti ada sesuatu yang ‘besar’ sedang mereka bincangkan,
kata saya di dalam hati.
Setelah injin motosikal di matikan, saya berjalan ke arah mereka.

” Bincang apa tu ?
Serius aku tengok,” saya menyapa.

” Haaa… Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak dia ?”
kata Jaimi, kawan saya.

” Budak perempuan ?
Tak boleh keluar dari kubur ?
Aku tak fahamlah,” jawab saya.


Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan itu.

” Macam ni,” kata Jaimi, lalu menyambung, ”
di kubur kat kampung Batu 10 tu,
ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia,
tapi lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu.
Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia… tapi belum boleh lagi “.

” Kenapa jadi macam tu ? ”
saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih mendalam.
Patutlah serius sangat mereka berbual..
Jaimi memulakan ceritanya...

Kata beliau, memandangkan semalam adalah hari kelepasan semperna Hari Kebangsaan,
budak perempuan berumur belasan tahun itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan.
Bagaimana pun,
ibunya yang sudah berusia dan sakit pula enggan memberikannya wang.

” Bukannya banyak, RM 20 aja mak !” gadis itu membentak.

” Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu,” jawab ibunya, perlahan.

Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal.
Sudah bertahun-tahun dia mengidap darah tinggi,
lemah jantung dan kencing manis.

” Maaak… kawan-kawan semuanya keluar.
Saya pun nak jalan jugak,” kata gadis itu.

” Yalah, mak tau… tapi mak tak ada duit,” balas ibunya.

” RM 20 aja !” si gadis berkata.

” Tak ada ,” jawab ibunya.

” Emak memang kedekut !” si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras.

” Bukan macam tu ta…” belum pun habis ibunya menerangkan,
gadis tersebut menyanggah, katanya,

” Ahhh… sudahlah emak ! Saya tak mau dengar ! ”

” Kalau emak ada du… ” ibunya menyambung ,
tapi belum pun habis kata-katanya,
si gadis memintas lagi,

katanya ; ” kalau abang, boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada !”

Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke pintu.
Si ibu jatuh ke lantai .

” Saida.. Sai.. dddaaa..” katanya perlahan sambil mengurut dada.
Wajahnya berkerut menahan sakit.
Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai.
Dia sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes.
Di dalam bilik, di balingnya bantal dan selimut ke dinding.

Dan Sementara diluar, suasana sunyi sepi.
Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar.
Alangkah terkejutnya dia kerana ibunya tidak bergerak lagi.
Bila di pegang ke pergelangan tangan dan bawah leher , tidak ada lagi nadi berdenyut.

Si gadis panik.
Dia meraung dan menangis memanggil ibunya, tapi tidak bersahut.
Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu.
Melaui jiran-jiran, kematian wanita itu di beritahu kepada bapa gadis yang bekerja di luar.

Jaimi menyambung ceritanya ;
” Mak cik tu di bawa ke kubur pukul 12.30 tadi.

Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik,
tapi bila mayatnya nak di masukkan ke dalam kubur,
ia jadi berat sampai dekat 10 orang pun tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur.
Suaminya sendiri pun tak dapat Bantu.

” Tapi bila budak perempuan tu tolong,
mayat ibunya serta-merta jadi ringan.
Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi kubur.”

Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah ibunya.
Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat tersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan.

Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad.
Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut,
tiba-tiba kakinya tidak boleh di angkat .
Ia seperti di paku ke tanah.
Si gadis mula cemas.

” Kenapa ni ayah ?” kata si gadis.

Wajahnya serta-merta pucat lesi.

” Apa pasal,” Si ayah bertanya.

” Kaki Saida ni.. tak boleh angkat !” balas si gadis yang kian cemas.
Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh.
Seorang demi seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku.


” Ayah, tarik tangan saya ni.
Kaki saya terlekat… tak boleh nak naik,” gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya.

Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal.
Kaki gadis tersebut melekat kuat ke tanah.
Beberapa orang lagi di panggil untuk menariknya keluar, juga tidak berhasil.

” Ayah… kenapa ni ?? !!

Tolonglah Saida , ayah..” si gadis memandang ayah dan
adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur.
Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur.
Mereka cuba menariknya beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah,
kaki si gadis tetap terpasak di tanah.
Tangisannya bertambah kuat.

” Tolong saya ayah, tolong saya…
kenapa jadi macam ni ayah?”
kata si gadis sambil meratap.

” Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal .
Sekarang ayah pun tak tau nak buat macam mana,”
jawab si ayah selepas gagal mengeluarkan anaknya itu.

Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah.

” Emak… ampunkan Saida emak, ampunkan Saida…” gadis itu menangis .
Sambil itu di peluk dan di cium jenazah.
Air matanya sudah tidak boleh di empang lagi.

” Maafkan Saida emak,
maafkan , Saida bersalah, Saida menyesal…
Saida menyesal..
Ampunkan Saida emak,” dia menangis lagi sambil memeluk jenazah ibunya yang telah kaku.

Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh ditarik keluar.
Beramai-ramai tangannya supaya boleh di tarik keluar.
Beramai-ramai orang cuba mengeluarkannya namun kecewa.

Apabila terlalu lama mencuba tetapi gagal,
imam membuat keputusan bahawa kubur tersebut perlu dikambus.


” Kita kambus sedikit saja,
sampai mayat ibunya tak dapat di lihat lagi.
Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja…
kalau hujan macam mana ? ” kata imam kepada bapa gadis berkenaan.

” Habis anak saya ?” tanya si bapa.

” Kita akan terus cuba tarik dia keluar.
Kita buat dua-dua sekali,
mayat isteri awak di sempurnakan,
anak awak kita selamatkan,” balas imam.

Lelaki berkenaan bersetuju.
Lalu seperti yang di putuskan,
upacara pengebumian terpaksa di teruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya.
Bagaimana pun kubur di kambus separas lutut gadis saja,
cukup untuk menimbus keseluruhan jenazah ibunya.
Yang menyedihkan , ketika itu si gadis masih di dalam kubur.
Bila talking di baca, dia menangis dan meraung kesedihan.
Sambil itu dia meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata.
Selesai upacara itu, orang ramai berusaha lagi menariknya keluar.
Tapi tidak berhasil.

” Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan.
Dah lapar sangat.
Lepas itulah aku singgah ke kedai ni.
Lepas ni aku nak ke kubur lagi.
Nak tengok apa yang terjadi,” kata Jaimi.

” Aku pun nak pergilah,” kata saya.
Lalu kami semua menunggang motosikal masing-masing menuju ke kubur.
Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana.
Beberapa buah kereta polis juga kelihatan di situ.
Saya terus berjalan pantas menuju kubur yang di maksudkan dan
berusaha menyusup ke celah-celah orang ramai yang sedang bersesak-sesak.

Setelah penat berusaha,
akhirnya saya berjaya sampai ke barisan paling hadapan.
Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di depan kami telah di buat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh meter daripada kami dan
terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun.
Di dalam kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata masing-masing.

Nasib saya memang baik hari itu.
Dua tiga orang daripada polis berkenaan adalah kenalan saya.

” Pssstt… Raie… Raie.. Psstt,” saya memanggil ,
Raie yang perasan saya memanggilnya mengangkat tangan.

” Boleh aku tengok budak tu ?” saya bertanya sebaik saja dia datang ke arah saya.

” Mana boleh .
Keluarga dia aja yang boleh,” jawabnya perlahan-lahan seperti berbisik.

Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan khuatir ada orang yang tahu.

” Sekejap aja.
Bolehlah…”saya memujuk.

Alhamdulillah, setelah puas di pujuk dia mengalah.
Tanpa berlengah, saya mengusup perlahan-lahan dan
berjalan beriringan dengan Raie seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan.
Namun demikian dada saya berdebar kencang.
Pertama ,risau, takut di halau keluar.
Kedua ; tidak sabar hendak melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan.

Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran,
akhirnya saya sampai ke pusara yang di maksudkan.
Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang polis memerhatikan kedatangan saya.

Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik.
Mungkin dia merayu supaya saya tidak di halau.
Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang berpangkat mengangguk-angguk.
Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnya ke arah sebuah kubur.

Bila di jenguk kedalam , dada saya serta-merta terasa sebak.
Saya lihat gadis berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis teresak-esak. Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan merintih ;
“Emak… ampunkanlah Saida, Saida sedar,
saida derhaka pada emak, Saida menyesal, Saida menyesal..”


Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata yang bengkak,
gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada arwah ibunya.
” Emak… lepaskanlah kaki saya ni.
Ampunkan saya, lepaskan saya,”
Di tarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga.

Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur.
Nyata mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak di buat untuk menyelamatkan gadis berkenaan.

” Sudahlah tu Saida… makanlah sikit nak ,”
rayu bapanya sambil menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air.

Si gadis tersebut langsung tidak mengendahkan.
Malah memandang ke atas pun tidak.
Dia sebaliknya terus meratap meminta ampun daripada arwah ibunya.

Hampir menitis air mata saya melihat Saida .
Tidak saya sangka, cerita datuk dan nenek tentang anak derhaka kini berlaku di depan mata.

Begitu besar kekuasaan Allah.
Memang betullah kata para alim ulama, dosa menderhakai ibi bapa akan di balas ‘tunai’.

Malangnya saya tidak dapat lama di sana.
Cuma 10 - 15 minit saja kerana Raie memberitahu,
pegawainya mahu saya berbuat demikian.
Mahu tidak mahu , terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut.
Sambil berjalan kedengaran lagi Saida menangis dan meratap
” Ampunkan saya emak,
ampunkan saya saya, Ya Allah,
lepaskanlah kaki ku ini, aku bertaubat, aku insaf…”

Lantas saya menoleh buat kali terakhir.
Saya lihat bapa Saida dan adik beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk di bawa keluar,
tapi seperti tadi, tidak berhasil.
Seorang polis saya lihat mengesatkan air matanya.

Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu.
Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam
kepungan lengkap dengan senjata masing-masing.
Wartawan dan jurugambar berkerumun datang untuk
membuat liputan tetapi tidak di benarkan .
Mereka merayu bermacam-macam cara,
namun demi kebaikan keluarga gadis , permintaan itu terpaksa di tolak.

Matahari kian terbenam,
akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba.
Saida masih begitu.
Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak henti-henti meratap meminta keampunan. Saya pulang ke rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan mata.
Suara tangisannya yang saya terngiang-ngiang di telinga.


Saya di beritahu ,sejak siang, tidak ada secebis makanan
mahupun minuman masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati.
Bapa dan adik beradiknya masih tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin dan berdoa.
Namun telah di sebutkan Allah,
menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa yang sangat besar.
Saida tetap tidak dapat di keluarkan.

Embun mula menitis.
Saida kesejukan pula.
Dengan selimut yang di beri oleh bapanya dia berkelubung.
Namun dia tidak dapat tidur.
Saida menangis dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.
Begitulah yang berlaku keesokannya.
Orang ramai pula tidak susut mengerumuni perkuburan itu.
Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan tapi mereka
puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orang bercerita.


Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal dunia.
Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar
kepanasan matahari pada waktu siang dan kesejukan di malam hari.
Mungkin juga kerana tidak makan dan minum.
Atau mungkin juga kerana terlalu sedih sangat dengan apa yang di lakukannya.

Allah Maha Agung…
sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir,
barulah tubuhnya dapat di keluarkan.
Mayat gadis itu kemudian di sempurnakan seperti mayat-mayat lain.

Kuburnya kini di penuhi lalang.
Di bawah redup daun kelapa yang melambai-lambai,
tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang derhaka. 


http://www.haticlassic.blogspot.com/ ~~~

Sabtu, November 13, 2010

Artikel Pilihan

Kalau dikaji secara mendalam, sistem beraja adalah sebuah sistem pentadbiran masyarakat berasaskan wahyu yang menjemput naungan kerajaan langit, sistem yang diturunkan dari Nabi Syith bin Nabi Adam sebagai pecahan sistem kekhalifahan dan keNabian yang diwarisi keturunan-keturunan tertentu yang dipelihara Ilahi. Maka itu, sistem pemerintahan beraja yang sebenar akan benar-benar memartabatkan rakyat, menjaga kebajikan dan kemaslahatan mereka seperti yang pernah dilakukan raja-raja berdaulat yang memerintah Perlak, Samudera-Pasai, Melaka dan Aceh dahulu.

Malangnya, para raja dan kerabat diraja yang ada sekarang rata-rata bersifat seperti orang kebanyakan, terlalu sukakan hiburan, berniaga berjual-beli seperti orang kebanyakan mencari keuntungan materialistik dan keduniaan dengan menggunakan kedudukan sebagai orang istana atau orang yang rapat dengan istana untuk mendapatkan cable-cable perniagaan dan pengaruh politik yang tidak boleh dicapai orang lain. Masyarakat juga sudah terbiasa melihat gaya kehidupan sesetengah ahli keluraga mereka yang mengarut, suka minum arak, main betina, keBaratan lebih Mat Saleh daripada Mat Saleh.

Maka bagaimana orang Melayu sekarang mahu betul-betul menghormati raja dan kaum kerabat mereka sedangkan kehidupan mereka telah jauh menyimpang daripada peranan sebagai ketua adat orang Melayu dan ketua Islam? Lalu hormat yang ada sekarang ini tinggal hormat luaran sahaja, itupun kerana manusia-manusia ini masih berpangkat raja ataupun kerabat diraja, ada gelaran Tengku, Tunku atau Raja, menetap pula di istana ataupun rumah-rumah besar lagi mewah bagaikan istana, kaya-raya, ada kekuasaan, ada panggilan Yang Mulia walaupun perangai mereka kadang-kadang lebih teruk dari binatang.

Bagaimana pula mereka yang bergekar Yang Teramat Mulia dan Duli Yang Maha Mulia sedangkan gelaran-gelaran ini cuma layak diberikan kepada Allah Subhanahuwata’ala sahaja? Bagaimana raja-raja tidak besar kepala sedangkan mengikut kitab-kitab lama seorang raja sepatutnya adalah orang yang paling merendah diri di kalangan rakyatnya. Itulah salah satu amalan sebenar raja-raja dahulu. Kalaulah harta kekayaan, istana dan kekuasaan serta gelaran dijadikan kayu pengukur untuk menentukan kemuliaan seorang raja atau kerabatnya, maka mana-mana orang buruk akhlakpun boleh menjadi raja. Malah ramaipun yang sudah berani berkata terang-terangan: “Akupun boleh jadi raja, kalau aku dilahirkan di kalangan istana dengan segala nikmat dunia menunggu. Seseorang itu menjadi raja cuma kerana nasib sahaja, lahir di istana, anak kepada raja. Itu sahaja. Apa bendanya yang mulia?” Maka itu masyarakat sekarang tidak ada pilihan tetapi menerima sahaja sistem demokrasi berParlimen ciptaan Yahudi yang diterapkan penjajah Inggeris dahulu, sistem yang membenarkan orang-orang buruk akhlak bermahajalela mendabik dada mengaku raja kerana boleh mendapatkan harta kekayaan, istana dan kekuasaan, malah gelaran-gelaran yang muluk-muluk melalui dunia politik dan perniagaan. Kerana sistem beraja yang ada tidak cukup berwibawa untuk menangani masalah rakyat dan keperluan semasa.

Malah pada suatu masa dahulu, Raja-raja Melayu nyaris-nyaris mengorbankan martabat mereka, kedaulatan negeri-negeri Melayu juga martabat orang Melayu sendiri apabila bersetuju menerima gagasan Malayan Union yang akan menarik segala hak istimewa orang Melayu. Nasib baiklah ada Datuk Onn Jaafar dan orang-orang sepertinya yang menubuhkan UMNO untuk membela nasib orang Melayu dan menyelamatkan institusi beraja dari dijahanamkan para penjajah biadab. Maka itu orang-orang sekarang lebih menghormati pemimpin-pemimpin politik daripada menghormati raja. Kerana para pemimpin ini telah membuktikan kekuasaan rakyat, bahawa rakyatlah sebenarnya berkuasa di kala raja-raja terdiam membisu, tidak lagi berani dan berwibawa, sifat-sifat yang sepatutnya ada pada seorang raja. Maka itu juga tidak hairanlah jika ramai orang kebanyakan sekarang beranggapan merekapun boleh menjadi raja, menjadi kepala tertinggi rakyat jika diberi peluang. Seolah-olah raja ini cuma satu jawatan yang boleh dipikul sesiapapun jika ditawarkan.

Cuba kalau rakyat tahu hakikat raja yang sebenar, sifat-sifat yang perlu dimiliki, amalan-amalan yang perlu ditekuni untuk menimbulkan sifat-sifat yang melayakkan raja-raja memimpin rakyat, maka mereka tidak akan berani berkata begitu lagi. Cuba-cubalah baca adab-adab dan amalan seorang raja yang sebenar seperti yang telah dinukilkan di dalam kitab Tajus Salatin atau Mahkota Raja-raja karangan seorang penulis yang cuma dikenali sebagai Bukhari Al-Jauhari, karangan yang mengikut pendapat para pengkaji sejarah adalah saduran dari kitab-kitab ketatanegaraan Parsi, yang dibuat di Aceh pada tahun 1603.

Cuba amati bagaimana beratnya amalan sebenar seorang raja… Selain selalu mendirikan Syariat Rasulullah SAW yang diwajibkan seperti solat dan puasa, seorang raja juga perlu selalu mengamalkan puasa sunat, contohnya seperti Nabi Daud, Raja Bani Israel yang mengamalkan puasa selang sehari sepanjang tahun. Kalau makanpun tidak boleh banyak, cukup sekadar boleh berdiri tegak. Paling kurangpun harus mengikut anjuran Nabi yang paling lemah dalam bab makan - makan bila lapar, berhenti sebelum kenyang. Isi perut dengan nisbah satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman, satu pertiga untuk angin atau ruangan kosong.
Cuba pula baca cerita-cerita Melayu lama seperti Hikayat Malim Deman… Baginda bersantap beradat dengan memakan tiga suap sahaja sekali santap, barulah boleh dinamakan bersantap. Kerana memang ada perbezaan yang nyata dengan cara makan orang lain ataupun rakyat biasa, cara orang-orang kebanyakan.

Itu belum dikira amalan-amalan lain, amalan-amalan yang sebenarnya bertunjangkan amalan-amalan Tasawuf dari para wali dan Nabi serta Rasul… Seorang raja atau kerabat diraja yang memiliki darah dan zat mulia mesti telah berjaya mengikis sifat-sifat mazmumah seperti hasad dengki dan iri hati, tidak lagi mempunyai perasaan dendam-berdendam seperti orang kebanyakan, lalu menggantikan semua ini dengan sifat-sifat mahmudah seperti berbesar hati, zuhud, pemaaf dan lain-lain lagi sifat mulia yang sepatutnya ada pada diri seorang berdarah raja ataupun bangsawan. Maka setiap perbuatan seorang raja menjadi ibadat yang mendapat pahala dan mengundang daulat kerana ada niat dan garis tujuan yang nyata seperti digariskan melalui wahyu dan sumber Ilahi. Makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan. Hidup semata-mata untuk mendapatkan keredahaan Allah.

Kalau begini, barulah mandinya layak dikatakan bersiram, perjalanannya dikatakan berangkat dan pergaulannya dengan masyarakat biasa dikatakan mencemar duli. Kerana baginda terpaksa keluar dari lingkungan hidupnya yang mulia, yang penuh sifat-sifat mahmudah untuk memasuki gelanggang kehidupan rakyat biasa yang masih lagi bergelumang dengan sifat-sifat mazmumah. Itu sahaja.

Masalahnya, rata-rata orang sekarang termasuk mereka yang berdarah raja sendiri tidak faham hakikat hidup yang bertunjangkan pengamalan ilmu Tasawuf ini. Lalu untuk menyatakan “ketinggian” dan “perbezaan” mereka dengan masyarakat kebanyakan, mereka setakat mengamalkan penggunaan bahasa-bahasa istana yang berbunga-bunga sedangkan ia bukanlah sesuatu yang patut dibangga-banggakan sebagai simbol status, lambang yang menunjukkan penggunanya adalah berdarah raja.

Mereka lupa, seseorang itu perlu beramal dengan amalan sebenar seorang raja atau kerabat diraja sebelum betul-betul layak menggunakan bahasa istana. Perlu menghidupkan serba-serbi adab terpuji yang merangkumi adab makan, perawakan tubuh-badan dan cara berjalan sampailah ke cara dan posisi tidur malah cara mandi… Kalau tidak santapnya sama sahaja seperti orang lain makan, “melantak”. Kalau beradabpun cara makannya, kuantitinya pula tidak layak bagi seorang raja yang sebenar, perut naik buncit sedangkan seorang raja mestilah sempurna sifatnya zahir dan batin sehingga melebihi orang kebanyakan, mesti lebih fit, segak, dirinya tegak.

Dada seorang berdarah raja mestilah sentiasa terbuka tetapi bukanlah dalam keadaan membanggakan diri. Sebaliknya dia sentiasa berlapang dada zahir dan batin, sentiasa tenang, bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan hidup kerana sudah mencapai tahap Tawakal yang tinggi dan kepercayaan yang utuh terhadap Qada’ dan Qadar. Maka itu seorang raja yang sebenar tidak perlu melibatkan diri ke dalam dunia perniagaan yang boleh merosak dan mencalarkan prinsip hidup seseorang pemimpin kerana sebagai orang yang sepatutnya lebih memahami rahsia-rahsia amalan agama yang luhur, dia patut tahu rezekinya sentiasa terjamin. Malah seseorang berdarah raja langsung dilarang berniaga jika memegang tampuk pemerintahan.

Prinsip hidup ini ada disebutkan dalam apa yang dikenali ramai sebagai Ayat Seribu Dinar yang selalu digantung di kedai-kedai dan gedung perniagaan milik orang Islam.

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya akan diadakan baginya jalan keluar, dan diberikanNya rezeki tanpa diduganya lagi. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Dan akan memberinya rezeki dengan tidak terkira. Barangsiapa yang menyerahkan diri kepada Allah, maka Allah akan mencukupkannya. Sungguh Allah menyampaikan urusanNya. Sungguh Allah mengadakan kadar bagi tia-tiap sesuatu.

– Penghujung Ayat 2 sehingga Ayat 3, Surah At-Thalaq.

Nah. Bukankah maknanya cukup terang? Bahawa Tuhan akan sentiasa menjaga keperluan mereka yang bertakwa dan bertawakal? Bahawa rezeki tidak perlu dikira kerana sudah ditentukan kadarnya, apabila sampai masanya tetap akan menjadi milik kita tanpa perlu difikirkan datang dari mana? Bukannya menggandakan wang anda... Tetapi ramai yang menggantungkan ayat ini atau mengamalkannya untuk melariskan perniagaan atau mendapat keuntungan lebih, kelebihan material dan keduniaan semata. Bukankah ini sudah lari daripada prinsip sebenar yang digariskan di dalam Al-Quran?

Perkara ini boleh dimaafkan jika yang berbuat demikian adalah orang kebanyakan. Tetapi seorang raja, kerabat diraja dan mereka yang mempunyai darah raja, manusia yang sepatutnya memiliki sifat-sifat mulia tidak patut terjebak sama kerana mereka sepatutnya mempunyai kelebihan akal fikiran untuk memahami prinsip sebenar di sebalik ayat ini.

Mereka patut faham, segala keperluan hidup hatta rezeki makan-minumnya dan keluarga akan disediakan Allah SWT samada secara nyata melalui institusi istana yang segala belanjanya ditanggung perbendaharaan negara atau cara-cara ghaib yang difahami mereka yang pernah mengalaminya, jika sahaja seseorang raja bertawakal kepadaNya dengan sepenuh hati, tanpa ragu-ragu lagi. Tugasnya cuma menumpukan perhatian kepada pemerintahan negara demi mensejahterakan rakyat dan meningkatkan syiar Islam. Syariat Islam pula perlu dijaga sentiasa tanpa tolak-ansur dan soal banyak kecuali dalam perkara-perkara furuk, selain beramal dengan kaedah Tariqat untuk memahami Hakikat lalu mengalami Makrifat untuk mengenal Allah. Lalu barulah zat mulia yang dimiliki dalam darah daging boleh terserlah. Barulah timbul kewibawaan semulajadi juga karisma dan aura yang menarik perhatian orang-ramai untuk tunduk hormat kepadanya tanpa perlu dipaksa atau dipinta. Lalu timbullah juga bakat-bakat semulajadi lain yang telah diturunkan secara genetik dari nenek-moyang yang terdahulu sampailah sekarang.

Apabila ini berlaku, barulah seseorang raja itu boleh dikatakan berdaulat… Maka penjajah Barat tidak boleh senang-senang mengugut, walaupun mereka datang dengan sejuta mesingan dan bom atom sekalipun. Baru terpandang wajah raja yang cemerlang, mereka sudah tertunduk bisu, hilang segala kata-kata dan tipu helah.

Jangan jadi seperti sesetengah raja yang sebenarnya tidak layak menaiki takhta kerana kalau dikaji susur-galur keturunan mereka dari raja-raja yang terdahulu, mereka bukanlah waris yang sebenar. Lalu menggunakan jin, membuat perjanjian dengan makhluk halus untuk melindunginya, untuk menghebatkan penampilannya juga untuk menundukkan orang lain supaya dianggap sebagai seorang yang berdaulat, mempunyai kekuatan sakti yang tidak ada pada orang lain, kononnya inilah tanda dia memang seorang raja. Kalau begini, orang kebanyakanpun boleh belajar. Ilmu penunduk, penggerun, seri muka dan segala ilmu yang sewaktunya, yang banyak menggunakan khidmat golongan jin memang sudah menjadi pakaian orang kebanyakan sekarang terutama ahli-ahli politik dan perniagaan yang ingin mendapatkan kelebihan untuk berjaya dalam jidup.

Bezanya, golongan jin-jin yang kuat lagi perkasa dan bertaraf tinggi mungkin tidak mahu mendampingi mereka yang tidak berdarah raja… Maka orang kebanyakan yang sibuk ke sana-ke mari menuntut pelbagai jenis ilmu batin untuk meningkatkan keupayaan diri masih lagi kurang power, masih tidak dapat menandingi seorang berdarah raja yang mempunyai sedikit kesedaran batin.

Apapun, daulat yang sebenar tidak perlu malah tidak dapat dipelajari. Apa yang dikehendaki adalah pengamalan mendalam Islam berdasarkan Tasawuf yang sampai ke lubuk hati malah lebih dalam lagi ke suatu tempat yang dipanggil sir, rahsia hati sebelum mencapai peringkat sir dalam sir, rahsia dalam rahsia hati. Kemudian serahkan segala urusan kepada Allah, bertawakallah sepenuhnya, tawakal yang disebut Sultanul Auliya Sheikh Abdul Qadir al Jilani juga Imam Ghazali sebagai tawakal khusus wal khusus, tawakal orang khusus dari yang khusus. Maka jadilah mereka seperti seorang mayat di tangan pembasuh mayat, tidak boleh membantah apa-apa yang dibuat oleh tukang basuh mayat, apalagi hendak melawan. Biarlah pembasuh mayat yang hakiki menggerakan segala tubuh badan…

Peringkat tawakal sebegini bukan lagi tawakal orang awam, tawakal yang diibaratkan Rasulullah SAW seperti mengikat tali unta ke sebatang pohon sebelum masuk bersolat di masjid supaya unta tidak lari ketika tuannya bersolat. Bukan jenis tawakal yang memerlukan seseorang itu menyediakan payung sebelum hujan, kalau sakit cari ubat, paling kurangpun, berdoa meminta supaya cepat disembuhkan.

Mereka yang ingin memasuki tawakal peringkat tertinggi ini mesti sanggup menerima segala dugaan Allah SWT dengan sabar dan redha termasuk penyakit yang memeritkan dan malapetaka yang tidak kunjung putus. Biar Dia sahaja yang menentukan bila semua ini selesai, bila akan datang hari-hari bahagia seperti yang pernah dialami Nabi Ayub AS. Lalu orang yang mengamalkan tawakal khusus wal khusus, peringkat tawakal yang menjadi pakaian raja-raja yang sebenar akan berani menyeberangi padang pasir yang luas tanpa membawa sedikitpun bekalan makanan dan minuman.

Jika perlu berlapar, dia akan menahan perut sehingga pengsan kerana telah mempunyai keyakinan yang kental bahawa jika Tuhan mahukannya makan, tiba-tiba sahaja burung dari atas awanpun boleh datang menyuapkan. Kalau ada orang berniat jahat pula misalnya hendak menetaknya dengan parang, silap-silap orang itu boleh beku di tempatnya berdiri. Itupun kira baik. Kalau tidak mungkin orang itu mati langsung disambar petir atau apa-apa sebab lain yang mencarik adat sedangkan sang raja mungkin terus berjalan sahaja seperti biasa tanpa menyedaripun ada percubaan orang untuk membunuhnya.

Lalu raja sebegini tidak gentar menghadapi segala mara bahaya. Dan dia tidak hairan dengan perkara-perkara karamah yang berlaku di hadapan matanya kerana amalan Tasawufnya mengajar supaya tidak terpesona dengan ini semua. Malah dia sebenarnya tidak sedarpun kerana seluruh hati dan jiwanya sentiasa tenggelam mengingati Allah.

Maka pada mereka yang faham, inilah yang dikatakan daulat yang sebenar, daulat orang yang sebenar-benarnya bertawakal, menyerahkan seluruh jiwa-raganya kepada Yang Maha Memelihara dan Wakil Terbaik setiap urusan. Lalu barulah seseorang itu layak memakai gelaran Al-Mutawakil - Yang bertawakal kepada Allah. Dalam keadaan ini juga, dalam keadaan segala bentuk nafsu rendah seperti keinginan ingin dipuja dan dipuji telah disapu-bersih, maka segala perbuatan, gerak-geri dan kata-kata yang keluar daripadanya adalah dari kudrat dan iradat Allah semata-mata. Maka itu dia marah kerana melihat sesuatu perkara yang Allah marah, dan dia memaafkan, sayang, dan kesihan dan kerana Allah itu Maha Pemaaf, Penyayang dan Mengasihani. Pendekkata, segala apa yang muncul dari dalam dirinya adalah perbuatan Allah semata-mata, bukan perbuatan seorang manusia biasa lagi.

Apabila ini terjadi, barullah seseorang raja itu boleh dikatakan Dzilullahi fil alam, bayangan Allah di alam ini. Ataupun Dzilullahi fil ard, bayangan Allah di muka bumi. Maka barulah dia boleh menjadi raja dalam erti katanya yang sejati. Seorang raja sejati adalah seorang manusia yang telah mencapai taraf insan-al kamil, insan yang sempurna yang merupakan seorang wali Allah kemudian diberi pula kerajaan untuk melaksanakan urusan memakmurkan rakyat di bawah naungannya. Maka itu dia menepati ciri-ciri yang menepati sebuah Hadis Qudsi:

Bila Aku mencintai seorang hamba,
maka Aku akan menjadi pendengarannya,
penglihatannya, lidahnya, tangannya dan kakinya.
oleh Ku dia marah dan oleh Ku dia berjalan.

Inilah dia daulat sebenar raja-raja yang tidak boleh disanggah, daulat yang muncul kerana dia telah menjadi “perkakas” Allah untuk menyatakan wujudNya di alam ini. Sebab itu kitab-kitab lama tafsir mimpi ada menyebut, bermimpi berjumpa seorang raja adalah sama dengan bertemu Allah! Maka fahamilah hakikat ini…

Walaupun bakat semulajadi yang boleh menimbulkan daulat sebegini wujud di kalangan mereka yang terpilih dari keturunan yang mulia, besar kemungkinan ia akan terpendam jika tidak digilap dengan amalan-amalan tertentu. Sebab itu amalan-amalan khusus seperti adab makan, berpuasa, bercampur-gaul dan sebagainya seperti dihuraikan dalam kitab Tajus Salatin atau Mahkota Raja-raja yang menjadi pegangan istana diajarkan kepada setiap putera yang layak suatu masa dahulu.

Cara terbaik untuk mendapatkan manafaat sepenuhnya adalah dengan mendapatkan tunjuk ajar seorang guru mursyid yang diakui pencapaian kerohaniannya, yang wasilah kerohaniannya bersambung terus-menerus dari seorang guru mursyid kepada seorang guru mursyid yang terdahulu sampailah kepada guru segala guru, Rasulullah SAW. Bukankah baginda pernah bersabda: “Aku ini gedung ilmu, dan Ali itu pintunya. Maka jika engkau hendak masuk ke gedung ilmu, masuklah ikut pintunya.”

Lagipun, pada mereka yang faham, Nabi Muhammad SAW adalah raja segala raja. Maka itu setiap bakal raja mesti mendapatkan didikan khusus baginda yang diturunkan kepada guru-guru yang mempunyai pertalian dengannya. Lalu di sinilah terserlahnya peranan golongan Sufi dan para wali dalam mendaulatkan bumi Aceh dan menimbulkan kebesaran raja-raja…

SUMBER: http://merahsilu.blogspot.com/2006/12/membela-raja-raja-sambungan-daripada.html

Jumaat, November 12, 2010

Benar atau salah artikel ini? Sains dalam Al-Quran

"EM Boleh Merosak Otak dan Minda Manusia" Al-Quran
Oleh: Khalid Yong, khalidyong@gmail.com

nota: EM = Electromagnetic

Sebelum ini kita mengkaji ayat 51:1 iaitu Allah SWT bersumpah dengan "Az-Zaariyat" (elektron yg melompat keluar dan menghasilkan foton) dan ayat 51:2 Allah SWT bersumpah dengan "Al-Hamilat" (pembawa data/informasi). Insyallah pada Jumaat 20/11 kita akan mengkaji Ayat 51:3 Allah bersumpah dengan "Al-Jariyat" (gelombang elektromagnetik yang meluncur dgn teramat mudah). Dan minggu berikutnya 51:4 Demi "Al-Muqassimat" (penyebaran/pembahgian data dan maklumat).

Kita juga akan mengkaji "subliminal influence dan subconscious mind", dan yang lagi teknikal ialah cara-cara berfikir "Deductive Method" vs "Inductive Method", dan kenapa Allah mengharamkan umat Islam berfikir secara induktif (untuk membuat keputusan/bertindak). Kita juga akan mengkaji serba rengkas bagaimana otak bekerja, kita akan melihat neuron berkomunikasi dengan menggunakan gelombang rendah EM ini.

Kemudian kita akan mengkaji Teori CEMI field yg dikeluarkan oleh Johnjoe McFadden, apa yg silap dan betulnya pada teori tersebut, dan kita akan sama-sama menilai dimana salah silapnya sistem pendidikkan kita, dan bagaimana hendak membetulkannya.

Insyaallah kita sendiri akan membuat rumusan kenapa fikiran umat Islam bercelaru, apa pertalian antara EM, consciousness, dan deduktif/induktif thinking. Semuanya dijelaskan di dalam Al-Quran.

Kita juga akan membincangkan bagaimana cara-cara mengkaji ayat-ayat Al-Quran mengikut perspektif ICT/Sistem. Bagi orang-orang sufi (tasawuf) mereka melihat ayat-ayat mutashabihat sebagai ayat2 yg meragukan, tetapi orang2 ICT melihat ayat2 mutashabihat sebagai ayat2 berbentuk "konsep" iaitu yg nampak serupa-rupa, seakan-akan sama. Orang2 tasawuf membenarkan tafsir secara ta'wil, tetapi orang2 ICT sama sekali ditegah melakukan ta'wil tetapi mestilah berdasarkan ilmu yang kukuh. Ini hanyalah sebagai perbandingan, kita tidak mengatakan siapa benar dan siapa yang salah.

Soalan: Ada beberapa sahabat yg mengatakan kajian-kajian yg dibuat ini adalah di ambil dari kerja-kerja "Harun Yahya".

Jawapan: Zaman sekarang semuanya kajian/penemuan terkini ada dalam internet, kalau mahu tahu samada kajian-kajian saya ini ditiru dari internet, tuan-tuan/puan-puan boleh 'surf' sendiri dari internet. Saya mengakui kehebatan Sdra Harun Yahya tetapi dia tidak mengkaji apa yang saya kaji, dan saya tidak mengkaji apa yg dia kaji. Harun Yahya bukannya orang "ICT atau komputer".

Lagi pun Al-Quran ini teramatlah luas dan terlalu byk ilmu yg terkandung di dalamnya. Maseh terlalu byk ilmu yg belum dikaji dan dikeluarkan dari Al-Quran.

Kajian-kajian saya ini adalah asli dan sah, dan tidak ada yg ditiru dari mana-mana sumber baik dari internet, buku2, dan sebagainya. Ianya dari Al-Quranul Karim kitab yang penuh mukjizat.

Untuk memberi masa kepada rakan-rakan yg sama-sama mengikuti kajian ini, mungkin ada baiknya kita membuat sedikit ulangkaji.

Very Low-Level EM Merbahaya kepada ManusiaPenyakit Mental, penyakit moral (lemah daya-fikir), pelbagai penyakit barah (leukemia, tumor, payu-dara, usus, dsb) semakin menjadi-jadi sejak 15 tahun kebelakang ini (atau lebih tepat lagi di zaman ICT). Ahli sains dan pakar-pakar perubatan mendapati ada perkaitan jelas antara perkembangan ICT terutama penggunaan telefon tanpa wayar, WiFi, Wimax, cordless phone, dan penggunaan pelbagai peralatan elektrik yang mengakibatkan berlakunya pencemaran tenaga/daya elektromagnetik . Pencemaran ini adalah lebih bahaya dari segala jenis pencemaran yang ada sekarang.

Al-Quran juga telah menjelaskan dengan terperinci bahaya daripada pencemaran tenaga/medan elektromagnetik ini. Misalnya, dalam surah Az-Zaariyat 51:1-11 Al-Quran menjelaskan tentang komunikasi tanpa wayar (yang menggunakan tenaga/medan elektromagnetik) dan pada ayat 51:8-11 Allah SWT menjelaskan kesan buruk kepada otak dan pemikiran manusia. Begitu juga dalam Teori Al-Quran tentang matahari terbit dari barat (Al-Qamar 54:1, Al-Hijr 15:72-77), juga menjelaskan tenaga/medan elektromagnetik yang membuatkan otak dan pemikiran manusia menjadi bingung dan keliru (15:72).

Pada surah An-Nahl 16:67-69 Al-Quran menjelaskan lebah-madu (honey-bee) menggunakan tenaga/medan elektromagnetik (frekuensi 05-250Hz) sebagai jalan-jalan yang telah ditetapkan, dan Al-Quran juga telah mengajar manusia supaya berfikir kenapa lebah-madu diperintahkan membuat sarang pada pokok-pokok dan atap rumah manusia. Ayat-ayat ini juga telah memberi satu formula ubat/makanan kepada manusia iaitu kurma, anggur, dan madu sebagai satu penawar. Penawar untuk apa? Apa kaitan dengan barah dan penyakit otak?

Kaum Yang BerfikirAllah SWT menyatakan dengan jelas semua ini mempunyai tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. Maka sudah tentu menjadi kewajipan kepada umat Islam untuk mengkaji ayat-ayat (tanda-tanda) ini dengan lebih mendalam misalnya:

1) Mengkaji formula Kurma/Anggur/Madu sebagai ubat penyakit otak, minda, dan barah.2) Mengkaji kenapa sejak akhir-akhir ini berlaku kehilangan lebah-madu secara tiba-tiba dan secara besar-besaran. Adakah menjadi satu kewajipan bagi umat Islam (terutama AJK Masjid) untuk memastikan kawasan/qariyah mereka adala lebah-madu “friendly”, sekurang-kurang terdapat 1 sarang dalam kawasan masing-masing.3) Mengkaji apakah ‘jalan-jalan’ lebah-madu yang telah ditetapkan oleh Allah. Adakah ianya menggunakan gelombang 6-260 Hz?4) Mengkaji kenapa Al-Quran menyuruh lebah-madu membuat sarang di atas pokok dan di rumah-rumah manusia (atap)? Adakah ini bermakna gelombang rendah ini merbahaya kepada manusia?5) Mengkaji kesan dan bahaya pencemaran dari tenaga/medan elektromagnetik.6) Dan sebagainya.

Al-Quran menjelaskan segala-galanya, baik yang sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW maupun selepas Baginda, selepas zaman para sahabat, dan sehinggalah ke akhir zaman. Bahkan Al-Quran menjelaskan fenomena-fenomena yang berlaku sekarang seperti kesan dan bahaya ICT terutama komunikasi tanpa wayar yang menggunakan gelombang rendah. Ilmu-ilmu terkini dan canggih ini sudah tentu tidak tercapai dan difahami oleh para ulama terdahulu tetapi ianya amat jelas di dalam Al-Quran.

Ulama “Sunat” vs Ulama “Tajdid” Tidak salah bagi para ulama menulis pelbagai buku-buku doa, zikir, dan pelbagai amalan sunat yang akan memberi ganjaran pahala berlipat-kali ganda dan akan masuk syurga tanpa dihisab (sesiapa yang mengamalkannya), tetapi Al-Quran juga ada mengatakan ulama yang menyembunyikan (tidak mengkaji) Al-Quran setelah lengkapnya keseluruhan Al-Quran (sesudah wafatnya Nabi SAW) akan dilaknati Allah (2:159), dan mereka yang menjual dengan harga yang murah maka perut mereka akan dipenuhi dengan api neraka dan untuk mereka seksaan yang amat pedih (2:174).

Maka marilah kita semua bersatu hati dan tenaga, dan hentikan segala pertelingkahan sesama kita. Kita (orang ramai yang tidak arif tentang Al-Quran) berharap bagi kedua-dua jenis ulama ini samada yang suka melakukan yang sunat-sunat maupun yang mahu melahirkan pembaharuan minda akan berdamai dan dapat membantu kita mengkaji dan mengeluarkan ilmu-ilmu yang maha hebat dari Al-Quran (dan diharap mereka tidak menghalang kita mengkaji ayat-ayat Allah ini).

KesimpulanPada siri ini kita melihat/mengkaji sepintas lalu bagaimana Al-Quran menjelaskan tentang “kuasa” elektromagnetik untuk mempengaruhi dan memesong otak dan minda manusia. Al-Quran memberi penjelasan “Lebah-Madu” (16:67-69), “Matahari Terbit dari Barat” (54:1, 15:72-77), dan “Al-Quran & ICT” (51:1-11) yang kesemuanya ada kaitan dengan “kuasa ghaib” elektromagnetik, iaitu teknologi terkini yang dikaji dan dieksploitasi oleh Barat.

"Tidakkah ada umat Islam yang mahu mengkaji Al-Quran?", menjana ilmu-ilmu yang hebat dari Al-Quran, membina tamadun yang dihormati dan digeruni? dan yang paling penting menyelamatkan umat dan agama Islam yang suci murni ini?

"Otak Berkomunikasi Guna Medan Magnet"

Pada siri ke-6 ini kita akan mengkaji ayat 51:3 “Dan Demi Peluncur yang meluncur dengan semudah-mudahnya”. Kita akan melihat kehebatan Al-Quran menerangkan komunikasi tanpa wayar yang digunakan oleh otak manusia untuk membolehkan sel-sel neuron menghantar dan mengumpul maklumat untuk membolehkan manusia sedar (conscious), berfikir, memahami, dan berkomunikasi. Konsep komunikasi tanpa wayar yang digunakan oleh otak manusia adalah sama dengan konsep komunikasi tanpa wayar yang digunakan dalam ICT seperti WiFi, WiMax, GSM, PCN, satelit komunikasi, RFID, dan sebagainya.

Kita akan mengkaji samada Al-Quran maksudkan “arus elektrik” atau “medan magnet” yang digunakan, kenapa “low level EM” merbahaya kepada sel-sel otak, lapisan membran, dan DNA.

Sejak 1,400 lagi Al-Quran telah mengajar ilmu dan teknologi yang hebat yang akan meletakkan umat Islam sebagai “Khaira Ummatun” atau umat terbaik d dunia. Al-Quran mengajar membina prasarana pentadbiran, mengajara KPI ‘Amalan Solehan” (continous Improvement atau Kaizen), teknologi ICT, komunikasi tanpa wayar-wayar cara-cara berfikir (penggunaan minda), dan bagaimana otak berkerja.

Kali ini kita akan meneruskan Siri Kajian “Al-Quran dan ICT” yang ke-5 iaitu ayat ke-3 dari surah Az-Zaariyat. Kita sekarang sedang mengkaji 11 ayat iaitu ayat 1-11 dari surah Az-Zaariyat yang menjelaskan tentang “bagaimana otak manusia bekerja dengan menggunakan Elektromagnetik (EM) dan bagaimana EM boleh merosakkan minda manusia”. Al-Quran menjelaskan otak manusia “mengakses, mengumpul, dan menganalisa maklumat dengan menggunakan EM yang dipancar secara serentak (syncronize)” (lebih kurang seperti teori CEMI field). Berlainan dari cara komputer berkerja iaitu secara turutan (sequential) dan elektrikal/mekanikal (CPU, RAM, pusingan hardisk), otak bekerja secara “synchronize” dan menggunakan medan “electromagnetic” iaitu berjuta kali lebih cepat/laju dari komputer-super yang ada sekarang.

Kebanyak para penafsir memberi tafsiran 51:3 “Dan demi kapal yang belayar dengan mudah”, atau “Dan demi yang berlari dengan mudah”, atau “Dan demi yang meluncur dengan mudah”. Apa yang hendak digambarkan pada ayat ini ialah sesuatu yang membawa muatan (data) yang meluncur dengan mudah.

Bagaimana Mengkaji Ayat Quran (Perspektif ICT)Saya telah bentangkan metod mengkaji ayat-ayat Al-Quran pada International Conference on Research in Law (Icril’09) anjuran Universiti Malaya baru-baru ini yang bertajuk “To Think Outside The Box, Think Inside Al-Quran”. Secara ringkasnya ia berasaskan ayat 16:89 “Al-Quran menjelaskan segalanya”, 11:1 “Semua ayat Al-Quran adalah ayat Muhkamat (ayat yang menjelaskan tentang hukum/peraturan setiap kejadian)”, 39:23 “Semua ayat Al-Quran adalah ayat Mutashabihat (ayat yang berbentuk konsep untuk manusia menjana “derived knowledge”), dan (2:2, 26:2, 27:1) “Semua ayat-ayat Al-Quran adalah terang, jelas dan tidak ada yang meragukan”.

Maf’ulul Mutlaq & Maf’ulumbihPada ayat 51:1 “zarwa” adalah maf’ulul mutlaq untuk menjelaskan sifat atau nature yang melampau iaitu penaburan foton yang teramat banyak sehingga 10^15 foton/saat dan terbang teramat laju iaitu 300,000 km/saat. Namun pada ayat 51:2 “wiqra” adalah maf’ulumbih untuk menggambarkan sifat “Al-Hamilat” yang membawa muatan yang banyak tetapi tidak melampau. Allah memberitahu manusia bahawa setiap sel otak (neuron) hanya menyimpan data-data tertentu sahaja, dan data-data ini di “upload” kepada Al-Hamilat apabila “Az-Zaariyat” terbang. Memandangkan bilangan foton hampir sama dengan bilangan neuron (kira-kira 100 bilion), kemungkinan besar setiap foton membawa data untuk setiap neuron.

Pada ayat 51:3 “Yusra” adalah Maf’ulul Mutlaq untuk menggambarkan keadaan melampau/bersungguh-sungguh. Apa yang sebenarnya yang meluncur dengan semudah-mudahnya?

Al-Maf’ulul Mutlaq Memperincikan Zat “Al-Jariyat”Pada ayat 51:3 Allah SWT menggunakan nahu “Al-mafulul Mutlaq” untuk “Yusra”. Kenapa Allah menggambarkan “Al-Jariyat” itu meluncur dengan semudah-mudahnya? Adakah ianya merujuk kepada arus elektrik atau medan magnet? Tenaga yang mana satu meluncur dengan tersangat mudah? Kita tahu bahwa bumi ini adalah satu magnet gergasi, bagaimana medan magnet ini boleh terhasil? Bagaimana ia boleh melepasi beribu-ribu kilometer lapisan batu-batan, lapisan air laut, kayu-kayan, dan angkasa raya? Kenapa arus elektrik tidak mengalir sampai ke permukaan bumi?

Arus Elektrik vs Medan MagnetKita tahu sifat “Elektromagnetik” (seperti “radiowave”, “microwave”, cahaya yang dapat dilihat, lazer, dan sebagainya) adalah tenaga foton yang meluncur (pada kelajuan cahaya). Iannya mengandungi dua unsur iaitu 1) medan elektrik dan 2) medan magnet. Kita juga tahu arus elektrik hanya boleh mengalir melalui pengalir elektrik (“conductor”) sahaja seperti besi, tembaga, dan emas dan tidak boleh mengalir melalui penebat seperti plastik, getah, pasu, kayu, dan sebagainya. Namun medan magnet boleh melalui dan melepasi apa sahaja dan semua benda tak kira samada ianya “pengalir” maupun “penebat” seperti baik kayu, plastik, logam, dan sebagainya. Jadi yang mana satu lebih mudah (teramat mudah)? Tidakkah ini membuktikan ayat-ayat Al-Quran itu amat jelas?

Kalau mahu mencuba bolehlah buat satu ujikaji mudah; ambil sebuah magnet dan lalukan dibawah papan-meja, maka kita akan dapati klip kertas atau taburan besi (yang berada di atas meja) akan bergerak dan bertindak-balas terhadap medan magnet. Cuba pula buat ujikaji lain untuk melihat samada arus elektrik boleh mengalir melalui kayu atau plastik? Kedua-dua cara “ilmu ghaib” ini adalah penting dan perlu difahami dengan baik kerana banyak lagi ilmu-ilmu yang hebat yang akan kita temui nanti (di dalam kitab Al-Quran).

Peralatan Moden Guna Medan MagnetDengan mengetahui otak manusia menggunakan elektromagnetik untuk bekerja, maka ahli perubatan/sains telah mereka cipta pelbagai peralatan untuk menimbas dan mengesan EM di dalam otak seperti ECG (electro-cardiogram), EEG (electro-encyphalogram), TMS (Transcranial Magnetic Stimulation), dan sebagainya. Semua peralatan yang canggih-canggih ini direka oleh Barat sedangkan Al-Quran telah menjelaskannya 1400 tahun yang lampau. Kenapa ianya tidak dibuat oleh umat Islam yang segala-galanya telah diterangkan dalam Al-Quran?

Ada pakar tafsir Al-Quran (bukan dari Malaysia) yang mengeluarkan “fatwa” (dari ayat 51:17, 22, 32 & 40) katanya “Allah suruh mempermudah-mudahkan Al-Quran, kenapa maseh ada manusia yang bersusah-payah nak kaji Al-Quran, buat apa nak kaji-kaji, semuanya sudah dikaji, baca sudahlah, itupun sudah mendapat pahala bertimbun-timbun, baca zikir-zikir, dan doa-doa insyaallah dapat pahala berkali-ganda dan shafaat masuk syurga tanpa dihisab”. Beliau menambah “Al-Quran tidak boleh dikaji (oleh orang awam) sebab ada ayat-ayat yang meragukan (mutashabihat)” (merujuk kepada ayat 3:7) kerana ianya boleh menyesatkan.

Kenapa EM Bahaya Kepada Manusia?Ayat 51:1 – 3 menjelaskan betapa pentingnya “Az-Zaariyat”, “Al-Hamilat”, dan “Al-Jariat” kepada manusia; ianya merujuk kepada tenaga elektromagnetik (EM) iaitu tenaga foton. Al-Quran telah menjelaskan otak mengguna EM dan baru-baru ini saintis barat mengeluarkan satu teori yang selari dengan teori Al-Quran iaitu teori CEMI field oleh Johnjoe McFadden.Pada tahun 2002, Johnjoe McFadden menemui "Otak berkomunikasi menggunakan EM" dan hanya mampu menjelaskan 20% dari apa yang telah dijelaskan oleh Al-Quran sejak 1400 tahun yang lampau. Tetapi kenapa teori ini tidak dikeluarkan oleh umat Islam?Sesungguhnya teori ini amat hebat, merbahaya, dan amat besar kegunaannya. Apabila kita mengkaji ayat-ayat 1-11 dari surah Az-Zaariyat ini, kita akan faham ayat (39:23) “kenapa kulit kita akan menggeletar dan kemudian kembali tenang” apabila mengkaji ayat-ayat mutashabihat? Kenapa apabila mengetahui kemampuan dan kebolehan makhluk Allah boleh membuatkan kita takut, gementar, dan gembira?

Kenapa apabila kita sebut “pisau boleh membunuh” tidak menaikkan bulu roma kita, tetapi apabila perompak meletakkan pisau dileher kita boleh menggigil sehingga ada yang terkencing dalam seluar?

Tidakkah ini menunjukkan Al-Quran itu perlu dikaji (agar kita dapat merasakan kehebatan dan keesaan Allah SWT)? Allah SWT telah berjanji sesiapa yang mengkaji dan mendalami ayat-ayat Al-Quran adalah dari golongan hamba-hamba Allah yang terpilih (35:32) sekalipun mereka menzalimi diri sendiri!

Begitu juga dalam kajian kita ini, sekiranya manusia tahu kemampuan dan kebolehan makhluk Allah “Az-Zaariyat”, “Al-Hamilat”, “Al-Jariyat”, dan “Al-Muqassimat” mungkin manusia tidak boleh tidur lena sebab terlalu bimbang tentang kemampuan, kebolehan, dan kehebatan makhluk-makhluk Allah ini (hukum kejadian Allah).

Al-Quran menjelaskan EM sangat “berguna” dan “berkuasa” dan boleh digunakan untuk pelbagai tujuan kebaikan dan keburukan seperti “memesongkan”, “mengawal” otak dan pemikiran manusia, dan juga membunuh sel-sel tubuh.

Manusia Adalah “Antena” Penyerap EMAnggota badan manusia seperti saluran darah (blood vessels) adalah “penyerap” radiasi EM yang baik sama seperti antena radio pada kereta-kereta. Radiasi (moving EM) ini akan menyebabkan arus elektrik dikeluarkan (induced) oleh sel-sel badan kerana sel-sel badan seperti neuron adalah berfungsi dengan menggunakan perbezaan potensi elektrik. Ianya juga akan menyebabkan besi-besi (iron) dalam darah dan sel-sel merubah polar (seperti serbut besi yang ditabur ke atas medan magnet). High frequency EM juga merbahaya kerana ia boleh meyerap ke lapisan sel (cell membrane).

Gerakkan medan magnet akan menyebabkan aliran arus elektrik (induced current) yang akan mengocak (shakes) lapisan sel yang dibuat dari pospolipid (bercaj negative) dan akan membebaskan kalsium di mana akan terjadi arus ulang-alik (alternating current – AC) yang akan menolak positive ion ke arah yang bertentangan. Ion-ion yang mempunyai caj yang kuat (divalent) seperti ion kalsium akan tertendang jauh dan terkeluar dari membran. Kehilangan ion kalsium ini akan diganti dengan ion Potassium yang banyak terdapat di dalam badan manusia. Tetapi caj ion potasium (monovalent) tidaklah sekuat caj ion kalsium (divalent) menyebabkan lapisan (membrane) pospolipid ini menjadi lemah dan mudah terkoyak.

Sebagai contoh perbandingan dinding rumah yang diikat dengan batu-bata (rumah batu) sudah tentu lebih kuat dari dinding buluh yang diikat dengan tali rapia. Dinding buluh ini sudah tentu mudah pecah dan terkoyak hanya dengan satu sepakkan sahaja berbanding dengan dinding batu tidak akan mudah pecah sekalipun dilanggar dengan kereta.

Nadi (pulsed) EM Bahaya Kepada Sel-SelFrekuensi tinggi radio dan mobil-fon tidak merbahaya kepada manusia tetapi sekiranya ianya diubah menjadi dalam bentuk Nadi EM (pulsed atau amplitude modulated) terutama pada frequency rendah 16-250Hz adalah sangat “berkesan” dan merbahaya kepada sel-sel badan manusia. Frekuensi ini juga adalah “jalan-jalan” yang digunakan oleh lebah madu sebagai pandu-arah (navigation) untuk kembali ke sarang masing-masing.

Sebagai contoh, GSM fon yang menggunakan frekuensi di sekitar 900 MHz tidak merbahaya kepada sel-sel manusia. Tetapi apabila ianya dipadatkan (compressed) untuk menghantar data suara digital dan dinadikan (pulsed) pada frekuensi rendah 200Hz adalah merbahaya. Ini dibuktikan pada satu eksperimen DNA yang dikultur pendedahan 24 jam kepada EM menyebabkan EM menusuk (pulsating) dan memecahkan molekul DNA.

Walaupun ianya belum diuji pada sel-sel DNA manusia (yang lebih stabil dan kuat), namun kemungkinan besar EM boleh membocorkan enzim perkumuhan (digestive enzymes) melalui membran lysosome yang rosak.

KesimpulanPada ayat 51:3 ini kita mengkaji “Al-Jariyat” yang meluncur dengan semudah-mudahnya iaitu merujuk kepada medan magnet. Kajian kita mendapati Al-Quran menjelaskan otak manusia bekerja dengan menggunakan elektromagnetik (EM), dan ketika membawa data ianya meluncur dan menyerap dengan menggunakan medan magnet.

EM pada kadar rendah (low-level EM) adalah merbahaya kepada sel-sel badan sebab ianya boleh menyebabkan terjana tenaga elektrik (induced current) dan menyebabkan caj-caj kuat (divalent) tertendang keluar dan caj-caj lemah (monovalent) menggantikan lapisan sel.

EM juga bahaya sebab ianya boleh mengganggu dengan komunikasi data sel-sel otak (neuron) sepertimana ianya mengganggu perjalanan (navigation) lebah-madu.



  Quran Menjelaskan Fenomena Terkini!

  • Sekiranya kita betul-betul mengkaji ayat-ayat Al-Quran memang tidak syak dan ragu-ragu lagi bahawa “Al-Quran menjelaskan segala-galanya” (An-Nahla 16:89), bahkan “tidak ada apa-apa yang tertinggal (semuanya terkandung) di dalam Al-Quran” (Al-An’am 6:38). Al-Quran adalah super komputer!
    Al-Quran menjelaskan tentang ilmu ICT, sistem pentadbiran, pembinaan prasarana, cara mendidik dan berfikir, dan segala fenomena yang berlaku seperti bagaimana matahari naik dari barat, dan kenapa berlaku kehilang lebah madu.
    Al-Quran Menjelaskan Technology ICTAl-Quran telah menjelaskan ilmu ICT sejak 1400 lagi. Misalnya pada surah Az-Zaariyat (51:1-11) terdapat sebelas ayat berturut-turut yang tersusun rapi yang menjelaskan dengan terperinci teknologi komunikasi tanpa wayar termasuklah menjelaskan kesan kepada otak dan pemikiran manusia. Adakah ini satu kebetulan? Atau adakah Nabi Muhammad SAW pernah belajar ICT?
    Fenomena Kehilangan Koloni Lebah-madu MenakutkanSekarang para saintis barat kebingungan kenapa secara tiba-tiba boleh berlaku ‘kehilangan’ koloni lebah-madu (honey bee) di 4 buah benua dan mengesyakki pencemaran elektromagnetik dari penggunaan mobil-fon sebagai penyebab utama? Kenapa frekuensi rendah seperti 60Hz dan 250Hz mengganggu perjalanan lebah-madu sehingga tersesat dan tidak dapat kembali ke sarang masing-masing? Kenapa Al-Quran jelaskan lebah-madu telah dikhaskan “jalan-jalan”nya (16:69), dan sarang-sarangnya mesti di tempat tinggi (16:68)?
    Quran Jelaskan Penyakit KanserSelain dari kehilangan koloni lebah-madu, para saintis juga risau terhadap kesan pencemaran radiasi elektro-magnetik seperti dari penggunaan mobil-fon, Wi-Fi, Wi-Max, lampu penjimatan tenaga, dan perkakasan elektrik kerana telah menyebabkan sel-sel DNA rosak, berlaku ketidakseimbangan iron (besi), ion, dan kalsium dalam sel-sel badan. Kenapa Al-Quran menyuruh manusia memakan kurma bersama anggur? Kajian mendapati kurma banyak mengandungi zat besi, dan zat besi dalam buah hanya dapat diserap apabila dimakan dengan vitamin C. Begitu juga kalenjar pinil yang merembes hormon melatonin mengandungi banyak galian besi, dan hormon melatonin ini adalah juga antioxidan yang boleh mencegah kanser. Adakah Nabi Muhammad SAW seorang pakar pemakanan dan pakar perubatan?
    Allah Melarang Berfikir Cara InduktifAllah memperli manusia yang menukar cara berfikir dari deduktif kepada induktif, kononnya idea dan pemerhatian mereka lebih hebat dari Al-Quran (10:35-37). Kemudian pada ayat 8:53, Allah melaknati umat Islam sebab mereka telah mengubah apa yang ada dalam diri mereka (cara berfikir). Adakah ini bermakna umat Islam terhina sebab dilaknati Allah kerana mereka telah mengubah apa yang ada dalam diri mereka?
    Kenapa manusia sekarang tidak lagi pandai “berfikir dua kali”? Misalnya bila kita melarang merokok ada yang menjawab “semua kawan-kawan saya merokok, tak ada pun yang kena barah?” Bila ditanya kenapa perlu berbelanja besar untuk mencantikkan kubur, dia jawab “Hai, orang kristian boleh ada kubur cantik, orang cina ada kubur cantik, orang india ada kubur cantik, malulah kita orang Islam tidak ada kubur cantik!”. Ini adalah contoh-contoh berfikir cara induktif yang dilarang dalam Al-Quran (6:115-116).
    Otak dan Komputer “berfikir” secara DeduktifTahukah anda perisian komputer tidak akan berjaya jika dibina dengan metod induktif? Hanya deduktif metod sahaja yang berjaya bangunkan sistem berkomputer. Kenapa teori-teori sains tidak akan diterima selagi tidak dibuktikan secara deduktif? Kenapa para pemikir pada zaman kegemilangan Islam berfikir secara deduktif (ahli astronomi, matematik, dsb)?
    Kenapa Al-Quran menyuruh khusyuk dalam solat (4:43)? Apa kaitan khusyuk dengan “consciousness” (tahap sedar), tenaga elektromagnetik, sel-sel otak, dan cara berfikir?
    Otak “berfikir” Menggunakan ElektromagnetikPada 2002, Johnjoe McFadden mengemukakan teori “CEMI field” yang mengatakan otak manusia “berfikir” dengan cara menggunakan elektromagnetik field. Kenapa teori ini hampir sama dengan teori Al-Quran . Adakah ini satu kebetulan, atau McFadden pernah mengkaji Al-Quran?
    Matahari Terbit Dari Barat Sebab Bulan Merekah?Saintis barat telah membuat beberapa teori tentang “Matahari Terbit dari Barat” dan Al-Quran juga ada teorinya. Al-Quran mengatakan ianya berpunca dari bulan merekah (55:1), kemudian bumi jadi tertonggeng iaitu kutub utara jadi selatan, dan selatan jadi utara (15:74). Apabila dikaji secara saintifik ianya amat logik sebab bumi adalah satu magnet besar, dan bulan pula apabila merekah akan memancar tenaga elektrik ke arah bumi!
    Sistem Pentadbiran Islam Al-Quran juga memberi panduan yang jelas bagaimana hendak mentadbir negara. Misalnya, perkara pertama yang perlu dibuat ialah membina prasarana (22:41) dan mengadakan potfolio seperti Khalifah, mufti, imam, ulul-albab, saabiqun bil-khairat, al-mutawassimin, dan para amil (pengurus zakat). Kemudian mewajibkan KPI “Amalan Pembaikkan” (41:33). Tahukah anda siapa dan apa tugas Saabiqun Bil-Khairat, dan siapa dia Al-Mutawassimin?
    Siapa Yang Sebenarnya "AMIL"?Siapa sepatutnya yang menjadi Amil, orang yang mengutip wang zakat atau orang yang membahagi wang zakat? Kenapa “Amil” dimasukkan ke dalam 8 asnaf? Kenapa para amil dikira orang yang susah? Adakah sebab dia duduk di masjid mengutip wang zakat atau sebab terpaksa turun padang mencari 7 asnaf yang lain? Kenapa para amil mesti tahu dan mengenali mereka? Mesti tahu masalah dan keperluan orang-orang susah seperti membaiki atap bocor, meyediakan air bersih, memastikan kesihatan terjaga, memastikan ada makanan untuk anak-anak, dan sebagainya? Kenapa Amil mesti mengkaji dan menganalisa trend 7 asnaf; adakah tahap kesusahan menaik atau menurun, jika menaik kenapa? adakah sebab gaji kecil dan anak ramai, atau harga barang melambung naik. Tidakkah ini satu pekerjaan yang tersangat susah dan rumit (tetapi amat strategik)? Tidakkah ini satu sistem pentadbiran yang sangat baik, adil, cekap dan sistematik?
    Amalan SolehanDi Amerika Syarikat konsep “amalan solehan” dikenali sebagai “continous improvement” dan di Jepun di kenali sebagai “Kaizen”. Amerika mengamalkan “Continous Improvement” boleh menjadi negara termaju dan kuasa ekonomi terbesar dunia. Jepun mengamalkan “Kaizen” menjadikan negara ke dua termaju! Kenapa umat Islam yang memperkenalkan konsep ini menjadi antara negara yang termundur?
    Al-Quran mendefinasikan “pekerjaan pembaikkan” sebagai sebarang pekerjaan yang boleh menambah-baik sesuatu keadaan seperti bergaul dan mengembirakan anak-anak yatim (2:220), atau mereka-cipta sesuatu peralatan atau perubatan yang canggih lagi hebat seperti memulihkan wanita mandul supaya dapat hamil (21:90).
    Al-Quran juga menjelaskan setiap orang yang mengaku Islam mestilah menjadikan “pekerjaan pembaikkan” sebagai KPI (key performance indicator) dalam hidup mereka (41:33). Malah Al-Quran meletakkan syarat kepada setiap pemimpin Islam supaya menjadi “pekerjaan pembaikkan” sebagai KPI sekiranya untuk terus diangkat jadi pemimpin (24:55).
    Al-Quran Menerangkan Komunikasi Tanpa WayarKita selalu mendengar tentang “Al-Quran dan Sains”, tapi pernahkah anda dengar tentang “Al-Quran dan ICT”? ICT atau Information Technology Technology memang dijelaskan dengan mendalam di dalam Al-Quran. Banyak sekali ayat-ayat Al-Quran yang menjelaskan tentang teknologi ICT atau konsep ICT seperti dalam surah Az-Zaariyat 51:1-11. Sebanyak 11 ayat diturunkan sekali gus dan berturut-turut yang menjelaskan tentang komunikasi tanpa wayar (wireless communication). Tentu anda kehairanan!
    Malah yang paling hebat yang akan menjadi “breakthrought” dan merubah sistem komunikasi dan “pergerakkan” manusia ialah apabila Al-Quran menjelaskan otak manusia (mungkin juga segala benda yang hidup) dan sel-sel badan berkomunikasi secara “ghaib” dengan menggunakan kuasa tenaga elektro-magnetik! Penemuan terbaru ini adalah amat penting dan seharusnya difahami dan diambil berat oleh semua umat Islam terutama alim-ulama, para pengamal perubatan, pakar saikologi, para pendidik, Saintis dan ICTis. Ianya penting sebab ini adalah hukum Allah dan mempunyai kesan yang amat besar.Sekarang mari kita melihat secara ringkas bagaimana Al-Quran menjelaskan komunikasi tanpa wayar dengan menggunakan elektro-magnet ini.Al-Quran mengajar manusia bagaimana komunikasi tanpa wayar dengan memberi tahu manusia bahawa elektron boleh digerakan untuk menghasilkan tenaga elektrik dan juga medan magnet (51:1). Tenaga ini boleh dimuatkan atau dikodkan untuk membawa data (51:2). Kemudian tenaga yang berisi data ini boleh luncurkan (dipancarkan) ke angkasa (51:3). Akhir sekali tenaga ini boleh dikumpulkan dan bahagi-bahagikan dengan menggunakan program (51:4).Az-Zaariyat 51:1-4 Menejelaskan Komunikasi Tanpa Wayar
    Marilah kita kaji dengan lebih terperinci. Di bawah ini adalah terjemahan di ambil dari kitab Fi-Zilalil Quran karangan Syed Qutb sebagai rujukan dan renungan.
    Penjelasan ayat 51:1Untuk peringkat permulaan ini saya akan menggunakan perkataan “gelombang mikro” dan “kuasa atau tenaga elektro magnet” secara bebas (quite loosely). Tidak dinafikan memang ada perbezaan di antara keduanya. Kita akan menyentuh perbezaan dan persamaannya nanti.
    Hari ini kita akan mengkaji ayat 1 yang bermakna “Demi Az-Zaariyat yang terbang selaju-lajunya”. Ayat ini bermula dengan ‘Wa’ apa yang dinamakan ‘wau sumpah’ yang bermakna ‘Demi’. Apabila Allah bersumpah dengan sesuatu benda, ini bermakna benda itu (iaitu ‘Az-Zaariyat’) adalah satu ciptaanNya yang penting dan hebat, dan sangat berguna kepada manusia, dan amat merbahaya sekiranya disalah-guna.
    Perkataan Az-Zaariyat berasal dari perkataan ‘Zara’ yang bermakna tabur atau terbang. Dari segi nahu ‘Az-Zaariyat’ adalah pembuat/pelaku (ismul faa’il) yang membawa makna Penerbang atau Penabur.
    Sementara Perkataan ‘Zarwa’ juga berasal dari perkataan yang sama iaitu ‘Zara’ tetapi dari segi nahu dipanggil ‘infinitif’ atau ‘masdar’ yang bermakna ‘Penerbangan’ atau ‘Penaburan’ tetapi apabila di ‘mansubkan’ ayat ‘Az-Zaariyati Zarwa’ ianya dipanggil (dari segi nahu) ‘al-maf-ul al-mutlaq’ atau absolute/cognate accusative yang membawa makna keadaan semula-jadi atau ‘nature’ yang menaburkan dengan sebanyak-banyaknya dan terbang selaju-lajunya.Maka ayat 51:1 membawa makna “Demi Penerbang/Penabur yang Menabur sebanyak-banyak taburan yang terbang selaju-lajunya
    Elektron dan FotonPerhatikan baik-baik. Ada “dua benda” yang hendak dijelaskan pada ayat ini. Satunya “Az-Zaariyat” kita labelkan dia sebagai “E dan kita namakan Elekron”, dan benda yang ke-dua ialah “Zarwa” kita labelkan sebagai “F dan kita namakan foton”. Dengan kata lain, pada ayat 51:1 ini Al-Quran menjelaskan satu hukum atau teori di mana apabila “E” terbang ianya akan menaburkan (mengeluarkan) “F”. Dan sifat “F” ialah satu taburan yang amat banyak dan “F” juga terbang pada kelajuan yang tersangat laju.
    Cuba lihat betapa pentingnya peranan nahu dan bahasa arab, dan betapa pentingnya kita mengkaji dari sumber asal Al-Quran (orignal source) iaitu mengkaji ayat-ayat dalam bahasa arab (bukannya dari sumber terjemahan). Sekiranya kita hanya mengkaji dari sumber terjemahan yang ada sekarang kita tidak akan nampak makna (bahasa) yang sebenarnya. Sebab “Demi Penerbang yang terbang selaju-lajunya” akan difahami haya satu perkara sahaja iaitu “Penerbang” atau “E” (dalam contoh kita tadi). Sedangkan yang lagi penting ialah “F” yang terselindung di sebalik nahu/grammer (dan memang susah untuk diterjemah secara bahasa atau literal atau lafziyah).
    Apabila saya katakan “terselindung” di sini bukannya bermakna saya membuat “takwil” atau agak-agak sahaja. Allah SWT melarang sama sekali manusia mengkaji dan menafsir ayat Al-Quran (yang mutashabihat) secara “Takwil” seperti kita takwil mimpi tanpa asas ilmu pengetahuan yang kukuh dan mendalam. Apa yang saya maksudkan “terselindung” di sini ialah maknanya memang wujud, ada dan jelas pada ayat tersebut tetapi kita tidak nampak sebab ianya terselindung disebalik nahu bahasa arab. Sesiapa yang faham nahu maka dia akan nampak, dan sesiapa yang tidak faham nahu dia tidak akan nampak makna sebenar.
    Mari kita kaji dari segi Sains dan ICT. Benda yang bergerak paling laju (yang diketahui manusia) ialah cahaya iaitu pada kelajuan kira-kira 300,000km/saat (dalam vokum). Secara rengkasnya, cahaya adalah merupakan tenaga foton. Tenaga foton ini pula terhasil apabila elektron terbang ‘melompat keluar’ dari orbit tenaganya. Apabila elektron melompat keluar ianya akan melapaskan tenaga dan menaburkan berbilion-bilion tenaga foton yang terbang pada kelajuan yang teramat sangat.
    Sekarang mungkin kita sudah mula ada sedikit gambaran dalam kepala akan makna atau tafsir ayat 51:1 ini. Kita mungkin boleh bayangkan sebiji bola apabila ditendang bola itu akan terbang ke udara, dan sambil terbang akan tersembur keluar bola-bola halus dari badan bola itu.
    Yang perlu kita fahami pada ayat ini ialah ada DUA benda penting iaitu “E” (bola) dan “F” (bebola halus). Dua benda ini ialah “E” (elektron) tenaga elektrik, dan “F” (foton) iaitu yang akan menghasilkan tenaga magnet dan cahaya. Tenaga elektrik boleh mengalir pada logam seperti besi, dan tidak boleh mengalir pada penebat seperti plastik dan kayu. Tetapi daya magnet boleh mengalir di mana sahaja. Cuba gerakkan magnet di bawah meja dan lihat pin-klip di atas meja bergerak mengikut magnet.
    Apabila ditafsir secara Sains dan ICT, ayat 51:1 ini bermakna Allah SWT bersumpah dengan “Az-Zaariyat” iaitu satu benda ghaib (yang memang wujud dan boleh dikesan kewujudannya dengan pelbagai peralatan) tetapi tidak dapat dilihat oleh mata manusia dan tidak boleh dikesan oleh deria “manusia biasa”. Benda “Az-Zaariyat” ini apabila terbang akan menghasil atau mengeluarkan satu tenaga lain yang tidak dapat dikesan oleh deria manusia biasa. Kedua-dua benda ini (dari segi sains) merujuk kepada tenaga elektro-magnet atau gelombang mikro yang terhasil apabila elektron melompat keluar orbitnya.
    Untuk memahami ilmu abstrak atau ghaib ini memang agak sukar sebab kita tidak dapat gambarkan dalam kepala kita. Terdapat beberapa website di internet yang agak menarik yang munfkin dapat membantu anda memahami tentang elektron, foton, dan gelombang mikro seperti www.howstuffworks.com, www.colorado.edu/physics, dan sebagaimya.
    KesimpulanAl-Quran menjelaskan beberapa hukum dan teori yang hebat pada surah Az-Zaariyat ayat 1-11. Allah SWT menjelaskan beberapa hukum dan teori yang amat penting, amat berguna dan juga amat besar kesannya kepada manusia.
    Pada ayat pertama (51:1), Allah menjelaskan tentang satu kuasa ghaib yang terbang dan menaburkan satu kuasa atau tenaga ghaib yang lain. Apabila dikaji dari segi ICT dan Sains, ianya mungkin merujuk kepada pergerakkan elektron yang melompat keluar dari orbit tenaganya dan melepas satu tenaga iaitu tenaga foton yang bertabur sebanyak-banyaknya dan yang terbang selaju-lajunya.Insyaallah pada siri berikutnya kita akan melihat bagaimana Al-Quran menjelaskan tenaga ini boleh dimuatkan dengan data (51:2), dan seterusnya ianya boleh dipancarkan dengan mudah (51:3), dan kemudian data-data boleh dikumpul dan disebar dengan menggunakan program (51:4).Wallahu A'lam...
    Di petik dari:-Mengkaji Al-Quran Dari Perspektif ICT/Sistem untuk Menjana llmu, Teknologi dan Ekonomi Baru
    about 4 months ago · Report


  • Awie Kala Kerana itulah Terapi Magnet merupakan satu terapi yang penting kerana Kuasa Medan Magnet yang dihasil oleh Gelang Biomagnetik ACK adalah "Negatif" yang mana dapat menyeimbangkan paras radiasi medan magnet secara semulajadi tanpa kesan sampingan.

    Kajian yang dijalankan di Battle Pacific Northwest Labs mendapati pendedahan yang berterusan kepada EMFs boleh mengurangkan rembesan melatonin (hormon yang mengawal ritma biologi mamalia). Kekurangan ini pula menimbulkan masalah kejiwaan seperti murung, kurang tumpuan dan sukar tidur.
    Ia merupakan cara yang paling mudah, selamat, berkesan dan tiada kesan sampingan. Terapi Bio Magnet merangsang medan magnet manusia melalui titik-titik saraf. Ia meningkatkan sistem peredaran darah serta meningkatkan metabolisme dan kesihatan badan tanpa kesan sampingan. Pertubuhan Badan Kesihatan Dunia (WHO) telah mengeluarkan kenyataan secara formal bahawa terapi magnetik ini tidak mempunyai sebarang risiko terhadap sistem badan manusia.
    Dengan menggunakan ACK Bracelet (Terapi Bio-Magnet) dapat membantu :
    Membuang Angin/Kembung PerutMeningkatkan sistem peredaran darahMeningkatkan Metabolisme TubuhTenaga /Stamina MeningkatMeningkatkanTenaga BatinMeningkatkan kandungan Oksigen Dalam DarahMengurangkan sakit GoutMengawal Kesakitan & PenyakitMengurangkan KebengkakkanMelegakan AsthmaMerawat Insomia/Sukar TidurTidur Lebih LenaMengawal Kencing ManisMengawal Darah TinggiMengurangkan Kandungan Kolesterol & LemakMelegakan SenggugutMengurangkan Sakit Otot/Belakang/Bahu dan Sakit LeherMelegakan MigrainMelegakan StressMeningkatkan Daya Ingatan Daya Penglihatan Lebih TajamPenghadaman Lebih BaikMencegah SembelitMenyahkan ToksinSel manusia mempunyai caj positif di bahagian tengah dan caj negatif di bahagian luar sel, dan ia mendapat caj semulajadi dari medan kuasa magnet bumi. Semasa sel melakukan tugasan harian, ia kehilangan caj menyebabkan sel menjadi reput. ACK Bracelet yang mengalirkan kuasa tenaga-bio berupaya menembusi semua peringkat dan bahagian badan melalui aliran meridian, lantas dapat sampai pada setiap sel untuk mencaj dan membaiki semula paksi semulajadi sel.
    Berdasarkan kajian yang dibuat di USA pada tahun 1997 oleh Dr. Carlos Valbona Baylor dari College Of Medicine, 76% pesakit-pesakit yang dirawat menggunakan magnet-magnet tetap telah sembuh atau kurang sakit sendi dan otot berbanding dengan 19% lagi menggunakan kaedah biasa / tradisional pesakit-pesakit.
    MENINGKATKAN PEREDARAN DARAH
    Setiap hari jantung kita mengepam darah yang mengalir sejauh 12,000 batu dalam badan kita. ACK Bracelet membantu saluran darah menjadi kembang, lantas meningkatkan peredaran darah yang membawa kepada peningkatan bekalan oxygen dan khasiat penting dan memacu rembesan semulajadi Hormon Tumbesaran Manusia yang diperlukan untuk pembaharuan sel.
    FAKTA MAGNET
    Biomagnetik boleh juga digambarkan sebagai Kutub Utara Kutub Selatan atau juga yin - yang bagi masyarakat Cina. Persamaan dari segi konsep iaitu tarikan ion negatif dan positif.
    Keseimbangan tarikan-tarikan tersebut menunjukkan kadar pH adalah neutral manakala perubahan cas-cas tersebut membolehkan tahap keasidan dan kealkalian ditentukan. Medan magnet menarik kutub-kutub yang berlainan. Apabila kita meletakkan medan positif magnet dengan medan negatif magnet maka ia akan menarik di antara satu sama lain. Secara amnya, medan magnet berkuasa positif iaitu (P) akan menarik medan negatif bumi iaitu kutub utara dan medan magnet berkuasa negatif (N) akan menarik medan positif bumi iaitu kutub selatan. Dalam kenyataan ini, penggunaan negatif adalah untuk kutub utara bumi dan positif adalah untuk kutub selatan bumi.
    Sebagai maklumat, sepatutnya yang digunakan dalam tubuh badan kita adalah medan magnet negatif. Apabila magnet (N) ini menyentuh kulit manusia ia dipercayai mengembangkan pembuluh darah, dengan ini darah dan oksigen akan bertambah di kawasan aplikasi magnet. Medan positif magnet pula apabila disentuh ke kulit manusia ianya akan menjadi merbahaya dalam jangka masa panjang. Hanya doktor-doktor pakar yang boleh menggunakan magnet positif untuk rawatan penyakit tertentu.
    SEJARAH TERAPI MAGNET
    Sejarah pernah merekodkan ahli falsafah Yunani Aristotle pernah memperkatakan mengenai faedah terapeutik yang terdapat pada magnet semulajadi untuk mengurangkan kesakitan dan merawat pelbagai kesakitan. Ahli fizik Parsi juga pernah menggunakan magnet untuk melegakan "Gout" dan kekejangan otot. Teori di sebalik terapi magnet yang dikatakan adalah ruang magnetik atau bahan yang boleh menghasilkan aliran elektromagnet boleh menembusi tubuh manusia dan memberi kesan kepada fungsi sel-sel serta memperbaikkan kelancaran sistem saraf dan organ tertentu. Pun begitu, bagaimana kuasa magnetik bertindak terhadap semua ini tidak dapat dijelaskan secara terang dan masih misteri.
    Namun, ada beberapa hipotesis dibuat mengatakan arus elektrikal yang dijana magnet "mengganggu" transmisi isyarat sakit ke sistem saraf tunjang. Tanggapan lain pula mengatakan magnet meningkatkan pengaliran darah ke sesuatu bahagian tubuh lalu menggalakkan peredaran oksigen dan nutrien seterus mengurangkan kesakitan dan bengkak. Terapi magnetik biasanya digunakan untuk sakit bahagian sendi dan otot selain digunakan untuk mengurangkan sakit selepas pembedahan. Ada yang mengatakan ia dapat mengurangkan tekanan, insomnia dan migrain disamping melawan jangkitan dan memperbaiki ketidakseimbangan sistem saraf.
    Kebaikan Gelang AC:-
    a) MAGNET SINAR INFRA JAUH (FIR): FIR berfungsi mengembangkan pembuluh kapilari bagi memudahkan pengaliran darah dan penyebaran oksigen yang memudahkan penyingkiran sisa toksin daripada darah.Melalui proses ini, ia dapat menstabilkan tekanan darah, mengurangkan sakit sendi dan menyelaraskan saraf agar meningkatkan imuniti, mengurangkan keletihan dan insomnia. FIR juga menolong menguatkan fungsi hati, meningkatkan tahap metabolisasi dan penyahan sisa daripada badan yang boleh membawa pada kehilangan berat badan. Ia juga mengatasi masalah kulit dengan membaiki keseimbangan PH badan.
    b) NEODYMIUM: Magnet neodymium adalah magnet kekal yang paling ringan, tetapi mempunyai kekuatan dan tenaga paling tinggi di dunia. Gegelang neodymium amat sesuai untuk individu yang menderita sakit pada beberapa bahagian badan.Ia terkenal untuk melegakan sakit dengan serta-merta, membaiki pengaliran darah, menambah tenaga, mengawal tekanan darah, meningkatkan kadar metabolisasi serta mengurangkan sakit sendi dan tekanan. Ia juga dapat melaraskan kapilari darah yang tersimpul akibat pendarahan pada pelbagai ancaman penyakit sejak lahir termasuk radiasi, toksin, pencemaran dan sebagainya. Ini dapat membaiki kesihatan secara menyeluruh dan menghalang penyakit kronik.
    c) GERMANIUM: Germanium dapat membaiki sistem imunisasi, menaikkan bekalan oksigen dalam badan, menambah tenaga dan membunuh radikal pemusnah serta melindungi badan daripada radiasi. Germanium organik adalah bahan pengubah gerak balas biologikal.Ini bermakna ia membolehkan badan merubah gerak balasnya pada tumor daripada dalam badan. Namun, germanium tidak menyerang sel kanser secara langsung tetapi ia merangsang sistem imunisasi badan secara menyeluruh. Ini menjadikannya sangat berkesan dalam merawat penyakit kanser dan penyakit regeneratif lain.
    d) ION NEGATIF: Secara amnya, ion negatif mengasing, menapis dan membaiki pengaliran sel darah. Ia meningkatkan kadar metabolisasi sel yang memberi kesan positif kepada darah, saraf dan selera makan.Ia juga mampu menggalakkan aktiviti saraf otak, memulihkan sel, meningkatkan antibodi melawan penyakit dan mengurangkan kesakitan. Ion negatif memulihkan sistem utama untuk menguatkan fungsi yang lemah dan meningkatkan kesejahteraan badan. Selain membantu meningkatkan tenaga serta kekuatan badan melalui pengeluaran endorphin.

Isnin, Oktober 18, 2010

Jawapan Aku Kepada Mereka Yang Bongkak

Seperti yang aku pos di discussion board, ada ayat2 ulangan dari entry aku yang sebelumnya.

http://www.facebook.com/topic.php?topic=30&post=1854&uid=10038121336302#post1854

Penulis entry ini adalah dari keturunan syed, dan dia telah dituduh membawa fahaman songsang oleh kerana dia mengkritik kahwin sesama sendiri golongan syed dan sharifah. Sejarah telah membuktikan, perkahwinan dengan ajam telah membenamkan prediket nama, catatan sejarah keturunan-keturunan syed yang berkahwin dengan ajam seperti yang berlaku di Kelantan,Terengganu,Perak,dan Kedah (pada zaman dahulu). Dimana keturunan ini sama sekali tidak di iktiraf ketulenannya oleh Persatuan Asyraaf Malaysia dan Naqabtul Asyraaf Indenesia. Sebenarnya, kita dituntut mencari asal-usul diri kita, darah siapakah yang mengalir dalam diri kita, biarpun ia datang dari ibu atau bapa kita. Kod genetik DNA sendiri masih asli dan ia tetap menjadi rahsia Allah mengenai keturunan kita (di luar pengetahuan Persatuan Asyraaf). Tahukah anda bahawa beratus-ratus atau beribu-ribu manuskrip dan catatan sejarah telah musnah di zaman penjajahan asing di Nusantara?Ada kemungkinan catatan sejarah mengenai keturunan syed di Nusantara telah hilang dan terpadam dan tidak terdapat dalam simpanan ulama nasab (persatuan Asyraaf)? wajarkah kita beritikad hanya kepada catatan yang masih wujud itu (catatan dikalangan mereka sahaja) tanpa mengambil kira catatan sejarah dari orang lain (Raja-raja melayu itu adalah dari leluhur syed)? Kalau anda tak tahu adat dan cara hidup orang kelantan, jangan la bising dan berkokok atas nama persatuan asyraaf. Tahu kah anda datuk nenek moyang kami suka mengugurkan/mengubah prediket (syed/tengku/nik/wan) atas alasannya yg tersendiri? mereka juga tidak suka meletakkan nama kabilah dibelakang nama mereka.. jangan main masuk tempat orang tanpa tahu asal usul cerita dan sejarah? kelantan tak sama dengan negeri lain.. kalau anda selidiki anda boleh berjumpa dengan manusia yang bernama si polan bin tuan polan bin tengku polan bin syed polan bin syed polan al-yahya.Selidik dulu baru hantam...Selamat membaca...
 Sambungannya:
sedikit penambahan,terlupa tadi.. Allah itu Maha mengetahui... lagi Maha Bijaksana..Dia tahu apa yang kita tidak tahu..rancanganNya.. Janganlah kamu terlalu taksub dan menolak hak orang lain oleh kerana mereka ini tidak sama dengan kamu (tiada prediket syed/sharifah). Dalam hadis sahih ada menyebutkan, Imam Mahdi untuk akan muncul dari Bani Hashim, tapi tidak dinyatakan dengan jelas siapa bapanya dan ibunya (syed atau sharifah?). Di saat kemunculan beliau, ditakdirkan beliau tidak membawa bersama beliau kertas berupa "genealogy tree" yang menerangkan dengan jelas nasab seperti yang dibangga-banggakan oleh golongan syed/sharifah (nasab yang di iktiraf oleh persatuan Asyraaf)..adakah maku akan menafikan dia bukan dari keturunan Rasulullah SAW? kenyataan kamu ini seolah-olah menafikan kebesaran Allah yang Maha berkuasa merancang perjalanan manusia dari zaman ke zaman sehingga ke akhir zaman. Rancangan "rahsia" Allah mungkin hanya diketahui oleh segenlintir manusia yang mendapat rahmat dariNya seperti Wali-WaliNya. Semua yang berlaku ada sebabnya, dan bukan semua perkara persatuan asyraaf tahu mengenainya.Mungkinkah ada hikmah tiada buku/kitab/catatan mengenai perkahwinan Saiyid Hussein Jamadil Kubra dengan puteri-puteri dari empayar chermin? Ini adalah rahsia Allah yang maha besar dan pasti ada sebabnya nasab ini tidak terdapat dalam kitab2 nasab rujukan para ulama nasab alawiyin (mungkin catatan itu benar2 dimusnahkan oleh penjajah? atau disimpan oleh cucu cicit terdekat sahaja?)

Tahukah kamu kita memiliki DNA profil dimana datanya menyimpan rahsia keturunan yang mana tidak tertulis dalam buku? Dan kamu patut tahu juga seluruh dunia mengetahui, malah mengakui bahawa Syed dan Sharifah adalah keturunan Rasulullah yang sah? Kamu mesti bangga kan? adakah kamu yakin bahawa kamu semua terselamat dan tidak tersesat? Dan ingatlah di kala ini musuh-musuh Allah sedang meraikan kejayaan mereka menyebarkan dakyah-dakyah istimewa kepada golongan syed/sharifah (tak kira dalam bentuk hiburan atau maklumat atau sebagainya). Oleh kerana kamu semua telah berdaftar dan di iktiraf oleh persatuan Asyraaf, maka ada kebarangkalian mereka sebenarnya telah memiliki semua biodata ahlulbait berdaftar dan mereka ini telah merancang sesuatu untuk merosakkan kamu. sesungguhnya mereka ini takkan senang selagi kamu tidak tunduk kepada mereka.

Heboh kerajaan nak buat bank DNA kononnya untuk memudahkan penyelesaian jenayah.tahukah kamu ada udang disebalik batu? Bank DNA juga digunakan untuk menjejak keturunan ahlulbait yang tiada dalam rekod dan memusnahkan mereka. senang sahaja..kumpul data DNA dari syed/sharifah yang "terbukti" ketulenan mereka, dan mereka akan jumpa 1 DNA profil yang sama untuk semua ahlulbait. Nahh.. mana mahu sembunyi? tapi Allah Maha mengetahui dan Maha berkuasa..rahsia ini tersimpan rapi dan tiada sesiapa pun mengetahuinya melainkan dengan izinNya.

Jika saudara-saudaraku (MQTK) berhujah dengan Al-Quran dan kamu membalasnya dengan akal, aku pula berhujah dengan ilmu sejarah dan sains, kerana itu juga salah satu dari cabang ilmu yang Allah kurniakan.

Janganlah terlalu bongkak dan menuduh orang lain palsu, penipu..banyak lagi rahsia-rahsia Allah yang kamu tidak mampu rungkaikan dengan akal dan logika. Ilmu Allah tiada batasnya, dan aku sendiri hanya ada sekecil-kecil ilmu kalau dibandingkan denganNya. renung-renungkan dan selamat beramal.

Artikel Pilihan: Kisah Syed Dan Sharifah

Di ambil dari: http://syfadh.blogspot.com/2009/04/ahlul-bait-syed-dan-sharifah.html

Nota: Penulis entry ini adalah dari keturunan syed, dan dia telah dituduh membawa fahaman songsang oleh kerana dia mengkritik kahwin sesama sendiri golongan syed dan sharifah. Sejarah telah membuktikan, perkahwinan dengan ajam telah membenamkan prediket nama, catatan sejarah keturunan-keturunan syed yang berkahwin dengan ajam seperti yang berlaku di Kelantan,Terengganu,Perak,dan Kedah (pada zaman dahulu). Dimana keturunan ini sama sekali tidak di iktiraf ketulenannya oleh Persatuan Asyraaf Malaysia dan Naqabtul Asyraaf Indenesia. Sebenarnya, kita dituntut mencari asal-usul diri kita, darah siapakah yang mengalir dalam diri kita, biarpun ia datang dari ibu atau bapa kita. Kod genetik DNA sendiri masih asli dan ia tetap menjadi rahsia Allah mengenai keturunan kita (di luar pengetahuan Persatuan Asyraaf). Tahukah anda bahawa beratus-ratus atau beribu-ribu manuskrip dan catatan sejarah telah musnah di zaman penjajahan asing di Nusantara?Ada kemungkinan catatan sejarah mengenai keturunan syed di Nusantara telah hilang dan terpadam dan tidak terdapat dalam simpanan ulama nasab (persatuan Asyraaf)? wajarkah kita beritikad hanya kepada catatan yang masih wujud itu (catatan dikalangan mereka sahaja) tanpa mengambil kira catatan sejarah dari orang lain (Raja-raja melayu itu adalah dari leluhur syed)? Jangan terlalu bongkak!! Ilmu dan rahsia Allah itu sangat lah luas dan banyak.Selamat membaca...


Ahlul Bait adalah suatu istilah Arab yang jika diterjemahkan secara terus ke Bahasa Melayu bermaksud Ahli Rumah, namun bukan itu maksud yang ingin saya ertikan di sini. Ahlul Bait adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada gelaran yang diberikan kepada kaum kerabat atau ahli keluarga Rasulullah.

Untuk pengetahuan umum, Bangsa Arab merupakan suatu bangsa yang sangat mementingkan susur galur keturunan. Bukanlah sesuatu yang menghairankan jika mereka tahu siapakah nenek moyang mereka kalaupun generasi terdahulu yang kesepuluh. Malah ketika memperkenalkan diri, mereka biasa menyebut nama mereka berserta nama bapa dan datuk mereka secara bersambung.

Bukan itu sahaja, mereka juga berupaya mengenalpasti sambungan susur galur keluarga secara terperinci sebagai contoh Imam Syafie dikatakan bertemu susur galur keluarganya dengan keluarga Rasulullah pada moyang Rasulullah, Abdul Manaf (Muhammad bin Abdullah bin Abdul mutalib bin Hashim bin Abdul Manaf). Bayangkan berapa ratus tahun jarak antara keduanya begitulah keutamaan yang diberikan Bangsa arab terhadap susur galur keturunan.

Sekarang kita masuk kepada isu yang sebenar setelah saya memberi sedikit sebanyak pengenalan tentang Ahlul Bait. Banyak cakap-cakap yang mengatakan mereka yang bernama Syed @ Sayyid (dan seumpamanya) serta Sharifah merupakan golongan Ahli Bait. Melihat kepada apa yang telah saya terangkan tadi, kenyataan ini berkemungkinan besar adalah benar. Tambahan pula, kebanyakan mereka mempunyai salasilah keluarga sebagai bukti untuk menghubungkan keluarga mereka dengan cucunda Rasulullah sekaligus dengan Rasulullah sendiri.

Malangnya kepentingan yang diletakkan oleh Bangsa Arab itu bertukar kepada perasaan taksub bagi segolongan manusia yang cetek pemikirannya sehingga melarang keras mereka yang berketurunan Syed dan Sharifah daripada berkahwin dengan mereka yang bukan Syed dan Sharifah lebih lebih lagi kaum Sharifah kerana sekiranya mereka berkahwin dengan golongan yang bukan Syed, mereka tidak boleh mewariskan nama Syed atau Sharifah kepada anak mereka dan susur-galur keturunan itu akan terhenti di situ.

Lebih malang apabila ada segelintir manusia yang begitu taksub kepada golongan Syed dan Sharifah ini sehingga percaya yang mereka adalah golongan syurga dan sesiapa yang berkahwin dengan mereka juga akan turut tergolong dalan ahli syurga. Maka berebut-rebutlah orang yang cetek fahaman agamanya ingin berkahwin dengan Syed terutamanya supaya mereka dapat masuk syurga dengan mudah.

Lebih menjijikkan lagi bagi mereka yang bernama Syed atau Sharifah tetapi tidak berkelakuan sepertimana yang selayaknya bagi seorang yang mempunyai talian darah dengan Rasulullah. Ini ternyata memberi cemar kepada nama Ahlul Bait dan sesungguhnya mereka tidak layak mendapat gelaran Ahlul Bait. Jika anda mahukan buktinya, lihat sahaja di televisyen. Berapa banyak artis yang bernama Syed atau Sharifah terutama yang Sharifah tidak menutup aurat, tergedik-gedik dan terkinja-kinja macam beruk. Cukup memalukan dan cukup menghinakan.

Ketahuilah Ahlul Bait itu adalah golongan yang dicintai, disanjungi, dimuliakan dan dihormati para sahabat Rasulullah, para ilmuan Islam juga segenap umat Islam dan mereka turut mendoakan kesejahteraan Ahlul Bait ketika berselawat kepada Rasulullah sebagaimana yang sering kita amalkan:

اللهم صلى على محمد وعلى ال محمد
"Ya Allah berilah kesejahteraan kepada Nabi Muhammad dan keluarga baginda"

Ketahuilah juga sesungguhnya tiada beza antara orang Arab dan bukan Arab itu melainkan taqwa sebagaimana firman Allah:

إن أكرمكم عند الله أتقاكم
"Sesungguhnya yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yag paling bertaqwa"

Sabda Rasulullah:

لا فضل لعربي على اعجمي إلا بالتقوى
"Tidaklah mulia seorang Arab itu daripada seorang yang bukan Arab melainkan dengan taqwa"

Jadi sedarlah wahai kaum Syed dan Sharifah yang sebenarnya kamu tiadalah beza dengan mereka yang bukan Syed dan Sharifah melainkan jika kamu bertaqwa (takut) kepada Allah. Jadi tidak perlu dibezakan antara mereka yang Syed atau Sharifah dengan mereka yang bukan. Jangan dilarang perkahwinan antara keduanya dan jangan taksub kepada mereka kerana semua ini bertentangan dengan ajaran Islam.

Tetapi mereka yang berketurunan Syed dan Sharifah harus ingat yang mereka mesti berkelakuan sebagaimana yang selayaknya diperlakukan oleh seorang Muslim supaya kamu tidak memberi cemar kepada nama Ahlul Bait yang selama ini disanjung tinggi oleh seluruh umat Islam. Kalau masih juga ingin melakukan perbuatan-perbuatan terkutuk, maka jangan dedahkan kepada orang lain yang anda merupakan Ahlul Bait bukan kerana apa sekurang-kurangnya anda tidak mencemarkan nama Rasulullah dan Ahlul Bait yang lain.
Komen-komen yang diterima:

1 comments:

Raafiq said...
er..awek aku name syaripah gak..tak bole kawen ke syed? ko je la kawin ngan die..haha
serunai malam said...
salam ukhwah :) btul la kan, walau disegani shebat mane pun, xbmkna kite x perlu mjganye kan. smua manusia ttp same disisiNya. hebat mereka bkan mkna hebat kite. suci mereka bkn mkne suci kte. mulia mreka bkn jaminan kemuliaan kite. juz curios, em,ade x manusia yg dbwh kturunan rasul khatimun anbiya'? sbb pnh la dgr yg kate anak2 rasul meniggal dunia tnpa ade waris. so cmne? juz dgr je. x bmkne authentic._zam
syazmeen said...
salam err, rase2 saya ejaan salah-silah tu bukan begitu, tapi salasilah.. rase2nye la
Anonymous said...
haha.orang melayu sedang meragui kemelauannya
syfadh said...
terima kasih saudari syazmeen di atas pembetulan tersebut, anda benar. Kepada serunai malam, saya tidak mempunyai pengetahuan berkaitan soalan anda itu.
sharifah mastura said...
wish i'd never got this name...
syfadh said...
Sayang sekali ada manusia yang tidak tahu bersyukur dilahirkan dalam kalangan keluarga yang terhormat. Kalau begitu hendaknya kami seribu kali tidak berkehendakkan kehadiran anda dalam kalangan kami.
Anonymous said...
Perkahwinan antara sorang wanita yang tidak sekufu dgn sorang laki adalah tidak sah... Jgn memandai nak nak buat hukum kat sini tanpa rujuk mane2 kitab...anda bukan mujtahid untuk berijtihad...
syfadh said...
saudara anonymous, sebelum anda mengkritik orang, saya nasihatkan anda supaya menyemak dulu kebenarannya. sekufu yang diletakkan syara' itu bukan merujuk kepada syed atau syarifah, keturunan nabi atau bukan. jika benar pentafsiran agama yang anda buat tersebut, maka tiada seorang manusia pun di atas muka bumi ini layak berkahwin dengan para nabi. kerana yang sekufu dengan para nabi itu hanyalah para nabi jua. jadi jika dilihat daripada pentafsiran agama maha sesat yang dibuat oleh saudara tersebut, maka perkahwinan para nabi tidak sah.dan zuriat yang dilahirkan oleh para nabi itu anak haram. lihat pula anakanda kepada Nabi Muhammad, kebanyakannya tidak pun berkahwin dengan kalangan ahli keluarga nabi kecuali Ali. maka kenapa sah pula perkahwinan mereka di mata nabi tetapi tidak sah di mata anda? jangan jadikan Islam seperti agama hindu yang mempunyai sistem kasta, orang yang berada di kedudukan yang tinggi dalam kasta tidak selayaknya dikahwinkan dengan yang berkasta rendah. memang benar terdapat hadith yang mengatakan jika seseorang mahu berkahwin lihatlah kepada keturunan calon pilihannya itu. tetapi ini bertujuan supaya seseorang berkahwin dengan orang yang berketurunan baik-baik supaya melahirkan zuriat yang baik-baik juga. Islam itu adalah agama yang mudah. menyusahkan dan menyempitkan agama itu adalah perbuatan yang menjahanamkan agama. akhir kata semoga kita semua termasuk saudara anonymous terpelihara daripada menjadi penjahanam agama.
syfadh said...
Berikut saya salin kembali respon daripada pembaca yang memperkenalkan dirinya sebagai 'nama': budk ne dr skola dulu mslh...smpi berdebat dgn ustat ustzh kat smakl dulu...wahai syed fadhil hanafi, xperlu la bw fhmn songsang anda kepada umum...kami di smakl kenal sgt anda siapa... pasal ahlul bait tu memang merapu habih...dik, kenape ye rasulullah tolak pinangan abu bkr, umar dan shbt2 lain utk fatimah...sebaliknya ali yang diterima...cb cr hikmah ye.. n then tolong cek blk hadis2 sahih berkaitqan ahlul bait ne...br bc 2 3 kitab da pandai buat fatwa sndr... ana bg 1 mslh mudah. ahlul bait diharamkan menerima zakat mahupun sedekah...mcm mane ye dgn kedudukan anak kepada seorang syrfh dlm kes ni?/ bukan xbule kahwin dgn orang awam...tp, perlu dpt izin dr weali... kali tidak haram sbb x sekufu.. komen2 di ats dihantar pada 5 jun 09
syfadh said...
Ini adlh respon penulis terhadap komen 'nama' yg bertarikh 5 jun 09: Saudara/i yg tidak dikenali, saya sgt berdukacita apabila masih ada umat Islam yg berfikiran sempit, kolot, jumud dan taksub. Perdebatan dgn ustaz dan ustazah tersebut bukanlah bermakna penulis berada di pihak yg sesat. Ustaz atau ustazah itu bukannya para nabi yang maksum. Adalah menjadi kebiasaan org yang mencari ilmu itu membuat perdebatan dan anda boleh bertanya sendiri dengan ustaz dan ustazah yg anda sgt kenal tersebut adakah penulis berdebat dengan hujah-hujah sesat ataupun dengan hujah-hujah yang boleh diterima syara'. Anda sebenarnya sekadar memalukan diri sendiri dengan cuba mencemar kredibiliti penulis. Ternyata hujahan anda bukanlah berasaskan keilmuan tetapi semata-mata berniat buruk. Berhubung dengan soal Rasulullah menolak pinangan sahabatnya utk anaknya, Fatimah, sila bawakan hadith drpd Rasulullah yg menyatakan sebabnya adalah kerana mereka itu tidak layak berkahwin dengan Fatimah semata-mata kerana Fatimah itu adalah ahli bait. Dan dalam kes sahabat Rasulullah Uthman bin Affan mengapa pula dia dibenarkan berkahwin dengan dua org anak nabi sedangkan Uthman bukan daripada kalangan ahli bait. Malang sekali anda cuba menegakkan benang yg basah dengan hujah yg lemah. Ahlul bait memang diharamkan menerima zakat dan sedekah tetapi adakah ini berkaitan dengan masalah perkahwinan? Kemudian timbul pula soal bukan tidak boleh berkahwin dgn org awam cuma perlu keizinan wali. adakah penulis ada menyebut apa-apa tentang soal wali dalam post tersebut? Sememangnya hal perkahwinan seorang wanita itu di bwh kekuasaan wali. bukan wanita ahli bait semata-mata. Anda juga masih gagal menjawab persoalan perkahwinan para nabi dengan bukan keturunan para nabi? Adakah perkahwinan para nabi adalah perkahwinan yang tidak sah di sisi anda? adakah perkahwinan Uthman dengan dua orang anak nabi Muhammad tidak sah di sisi anda? Kenyataan yg menyatakan seorg ahli bait tidak boleh berkahwin dengan org biasa itu adlah suatu kenyataan yg membawa implikasi besar terhadap masyarakat. Ini bermakna ternafinya keesahan perkahwinan Nabi sendiri, anak-anak nabi dan keturunannya. Seorang syed atau sharifah itu tiadalah apa-apa di sisi Allah melainkan jika dia beriman dan bertaqwa kepada Allah. Nabi juga tidak pernah membeza-bezakan dirinya dan keturunannya dengan org lain melainkan atas dasar iman dan taqwa kepada Allah. Semoga kita semua dirahmati Allah.