Khamis, Mac 05, 2009

Berapa lama dahhhh!

Tadi aku ke TMpoint nak bayar bil streamyx since akaun tmonline aku tak boleh di access. Setibanya aku dkt sana, aku lihat tak ramai orang. Ada 2 kaunter yang beroperasi dan ada 2 orang pelanggan. Aku tekan butang A utk bayar bil dan menunggu giliran.

Hanya ada seorang sahaja pelanggan iaitu seorang makcik yang berada di kaunter membayar bil dan seorang lagi lelaki di kaunter pendaftaran streamyx. Aku pun mula menunggu dan menunggu.Ok, aku bagi detail bagaimana seorang perempuan itu membayar bil.

1. Duduk dan letak handbag kat bawah
2. Borak2 dgn staf TM
3. Keluarkan bil
4. Borak lagi
5. Panggil kawan dia
6. Borak dengan kawan dia
7. Angkat handbag letak atas meja
8. Keluarkan wallet
9. Tengok duit
10.Kira duit
11.Bagi duit satu satu
12.Simpan wallet dalam handbag
13.Borak dgn staff TM
14.Bukak handbag skali lg
15.Ambik wallet
16.Cari syiling
17.Bagi syiling
18.Borang dgn kawan dia
19.Ambik bil
20.Kemas handbang
21.siap

Urusan membayar bil beliau dalam purata 15 minit. Hangin aku menunggu!
Selepas tu aku giliran aku membayar bil dan ia mengambil masa tak sampai 5 minit.

p/s: Adakah perempuan begitu kompleks dan detail?

5 ulasan:

the noise thereafter berkata...

mungkin dia makcik tua yang peramah.

Miss Reen berkata...

aku sentiasa membayo bil ngan pantas...
aku dah asingkan bil.. letak dlm envelope bersama duit nya sekali..
sampai kat konter je..aku teros bg bil & duit.. tgu resit dicetak..
aku pun blah..
rimas nak duk kat konter lelama...
tp kalo kat konter pertanyaan.. aku akan duk lama lar..tanya memacam..

13may berkata...

15min dah kira cukup pantas tau...hehhe hehhe

z a t i berkata...

tgk la org kt kaunter tu cmne. kalau hensem lame2 skit. buat2 ilang ketas ke ape ke.

bukan skang sumer online ke?
mcm dh lame je aku tk beratur bayar ape2.
hari gaji masuk ialah hari separuh gaji abis depan laptop dengan beberape petikan maouse.

Penulis berkata...

semua online.. tp ni special case