Aku dilahirkan Islam secara keturunan.
Kalau orang tanya aku puas hati ke dilahirkan Islam dan tidak memilih agama lain?
Aku tentu akan jawab "Aku puas hati dan bersyukur".
Kenapa ada orang yang tidak berpuas hati kerana mewarisi agama dari ibu dan bapanya?
Mungkin kerana mereka ia tidak mendapat hidayah?
Peristiwa yang aku alami pada hari raya qurban kedua tahun ini benar-benar meningkatkan lagi keimanan aku kepada Allah s.w.t.
Pada hari raya qurban kedua, keluarga aku di kampung mengadakan solat hajat kerana "naik rumah" dan aqiqah anak saudara aku. Selepas semuanya selesai, tiba-tiba kawan kepada adik aku terjatuh, aku ingatkan kenapa.. rupa-rupanya kawan adik aku dirasuk jin yang dipercayai hasil dari perbuatan sihir dari manusia yang dengki dengan keluarga kami. Adik aku sendiri pun telah beberapa kali dirasuk, kali ini kawan dia pula yang kena.
Dengan ilmu yang tak seberapa, aku cuba untuk membantu. Tetapi aku tidak berjaya menghalaunya.Sekadar mampu untuk melumpuhkan ia dari mengamuk dan berlari-lari didalam rumah. Dengan izin Allah, aku boleh berdialog dengan jin yang masih lagi berada dalam badan kawan adik aku itu.
Bismillahirahmanirahim...aku memulakan bicara. Mula-mula aku ingin mengesahkan agama yang dianuti jin itu. Maka aku bertanya "Wahai jin, kamu kenal Azazil"? Kemudian Jin itu menjawab "Ya manusia, Azazil itu adalah tuhan ku". Maka aku bertanya lagi "tidak takutkah kau terhadap Allah"? Ia menjawab " Allah itu bukan tuhan ku, tapi Dia adalah tuhan bagi kamu"!. Jelas sekali si Jin yang kafir itu turut mengakui kewujudan Allah tuhan sekalian alam.
Aku menyuruhnya keluar dari badan budak itu, tetapi dia engkar dan mengatakan budak itu mahu menghalau dia. Oleh kerana ilmu aku yang cetek ini, aku tak mampu menghalaunya, namun aku berjaya melengahkan masa sehingga Ustaz yang betul2 berpengalaman tiba.
Dari peristiwa ini, aku mendapat manafaat yang besar dimana ia telah meningkatkan lagi keyakinan dan keimanan aku kepada Allah. Allah dengan bermurah hati telah menunjukkan kepadaku bukti kewujudan alam ghaib,makhluk halus dan rahsia-rahsia alam yang lain. Yang paling penting, Jin itu sendiri telah mengakui bahawa Allah itu wujud dan Allah adalah tuhan kepada umat manusia dan sekalian alam. Namun Jin yang kafir itu derhaka dan memaling mukanya dari perintah Allah.
Sesungguhnya aku amat bersyukur kerana dilahirkan sebagai Islam.
Alhamdulillah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
alhamdulillah... bagi aku yang convert ni... kalau ada orang tanya macam tu... sudah tentu jawapan aku sama. ermmm... alam ghaib adalah salah satu dari rukun iman... saudara bertuah kerana dipilih Allah.
Catat Ulasan