Isnin, Januari 04, 2010

Hadiah 2010

Aku pernah mendengar orang kata, jika negara itu tiada lagi alim ulama dan ahli sufi yang mendoakan kesejahteraan negara, maka negara itu pasti akan dilanda musibah.

Mungkinkah kita akan menerima nasib yang sama seperti negara "moden" Turki hasil dari koyakkan akal Mustafa Kamal Attarturk yang dianggap wira dalam buku teks sejarah Malaysia? Sedarlah..ini adalah salah satu dari dakyah dari gerakan Freemanson!

Dipetik dari dari satuhala.blogspot.com
Minta perkenan saudara untuk menerbitkan kembali artikel ini.
Versi asal, http://satuhala.blogspot.com/2010/01/gerhana-awal-2010.html#more

Bismillahir Rahmaanir Raheem… Sebelum 31 Disember 2009, terdapat 3 buah tempat di dalam dunia diberikan keistimewaan oleh Allah s.w.t. untuk mengagungkan namaNya yang Maha Suci tanpa dibenarkan sebarang bentuk pencemaran ke atas nama tersebut dengan apa jua sabitan bersifat makhluk dan penghinaan.

Sebelum 31 Disember 2009, 2 buah kota dan sebuah negara diberikan Allah satu kelebihan melebihi semua tanah-tanah yang dipijak manusia dengan satu bentuk nikmat. Ianya tidak diberikanNya kepada mana-mana tempat kecuali kepada dua buah kota dan sebuah negara di atas muka bumi ini. Makkah dan Madinah menjadi dua buah kota di mana nama Allah tidak disabitkan dengan segala bentuk penghinaan dan sabitan-sabitan bersifat makhluk yang lemah. Satu-satunya negara yang dimaksudkan ialah Malaysia. Di Malaysia sebelum 31 Disember 2009, Allah merujuk kepada Tuhan yang Maha Esa, Tidak beranak dan diperanakkan, Tidak bergantung kepada segala suatu dantiada yang setara dengan-Nya.

Terima kasih kepada pelacur-pelacur politik muslim yang dijangkiti kurap wahan dan blogger-blogger sondol yang terus mengotorkan jongor dengan menyondol tanpa usul periksa. Malang benar, belum disogok dengan perempuan dan harta, sudah terkangkang terlondeh iman mereka disapa lembut seorang dua raheeb bermuka dua.

Terima kasih kepada mereka ini kerana menyokong supaya Allah kini boleh disabitkan dengan Tuhan Tiga dalam satu, Tuhan yang beranak dan diperanakkan, Tuhan yang bergantung kepada segala suatu untuk survival dirinya dan Tuhan yang menghalalkan ba alif ba ya untuk dimakan.
Sejarah penggunaan nama Allah sejak dari zaman sebelum Islam dilengkapkan Muhammad s.a.w., belum pernah dihinakan nama tersebut sebagaimana nama itu dihinakan di Nusantara ini kini. Sebelum Muhammad s.a.w. membawa Islam untuk dilengkapkan, bangsa Arab menggunakan nama Allah sebagai merujuk kepada Tuhan yang paling berkuasa dan tidak pernah disabitkan mereka dengan segala sesuatu bentuk, rupa, perkara atau pun objek. Tiada satu pun bentuk berhala dikhususkan mereka sebagai merujuk kepada Allah. Ini kerana mereka sendiri tahu bahawa Allah itu tidak boleh digambarkan dan tidak boleh dibayangkan pancaindera manusia.

Tanyakan kepada orang-orang Nasrani, apa dia nama sebenar Tuhan mereka sebagaimana yang dicatatkan di dalam kitab yang diimani mereka? Nescaya mereka akan menjawab, nama sebenarnya kami tidak tahu. Jika ditanyakan kepada mereka kenapa mereka tidak tahu, mereka akan menjawab bahawa nama itu sudah pun dilupai oleh orang-orang Yahudi. Jika ditanyakan kepada orang-orang Yahudi kenapa nama Tuhan itu boleh dilupakan? Maka jawab orang-orang Yahudi, bahawa nama tersebut diharamkan pendeta-pendeta kami untuk menyebutnya satu ketika dulu supaya tidak mencemarkan kesuciannya. Jika ditanyakan lagi kepada mereka, bukankah di dalam Tanakh, Tuhan telah beberapa kali mengumumkan nama-Nya, apakah kamu sengaja melupakan? Lalu mereka akan menjawab, itu adalah nama yang ditulis di dalam kitab, tetapi tiada pengetahuan bagi kami bagaimana cara sebutannya yang sebenar.

Lalu tanyakan lagi kepada mereka, bukankah Moses pernah bertanyakan Tuhan apa nama sebenarNya ketika dia bertemu Tuhan dicelah semak berduri sebagaimana yang dicatatkan di dalam Exodus (kitab keluaran) 3: 13 – 14, lalu Tuhan menjawab di dalam bahasa pertuturan Moses dengan nama berikut Ehyeh asher ehyeh (Aku adalah Aku). Bukankah di dalam Exodus fasal 3 ayat 15 Tuhan kamu menyatakan bahawa inilah nama-Nya yang kekal untuk selama-lamanya? Kenapa tidak mahu sebut nama itu? Lalu mereka menjawab, bahawa kami tidak tahu cara bagaimana untuk menyebutnya dengan betul dan kami tidak mahu mencemarkan nama itu dengan kesilapan lisan kami. Lalu tanyakan lagi kepada mereka, bukankah Tuhan kamu sekali lagi berjanji kepada Moses untuk mengajarkan 13 nama-nama-NYa untuk diserukan oleh kaumnya bilamana mereka mahu berdoa dan memanggil Tuhan dan Tuhan kemudian mengumumkan nama-Nya semasa Moses dipanggil naik ke Gunung Sinai untuk tablet Decalogue kedua? Bukankah Dia menyatatakan dengan jelas nama-Nya di dalam Exodus (kitab keluaran) fasal 34 ayat 5 sekali lagi? Kenapa kamu semua tidak mahu menggunakan nama itu? Kenapa? Apakah kerana YHWH@ IOUO sukar disebut atau benar kamu tidak tahu bentuk sebutannya yang sebenar? Bukankah Tuhan kamu juga di dalam Bible memperkenalkan diri-Nya dengan beberapa nama lagi bagi kamu memilih untuk menyebutnya di masa-masa yang sesuai? Kenapa tidak sahaja gunakan salah satu dari kesemua 17 nama itu? Bukankah kesemua nama di bawah ini nama yang disebut sebagai nama-nama yang dimiliki Tuhan kamu di dalam Bible? Cuba kamu perhatikan:

1. Elohim (Yang Maha Berkuasa) di dalam Genesis 1:1
2. Adonai di dalam lebih kurang 300 tempat dalam Old Testament & Despot (alih bahasa ke Greek) di dalam New Testament.
3. El (Yang Maha Kuat) di dalam Exodus 6:3
4. El-Elyon (Tuhan Yang Maha Tinggi) di dalam Genesis 14:18-22.
5. El-Shaddai (Tuhan Yang Mencukupkan DiriNya sendiri) di dalam Genesis 17:1
6. El-Olam (Tuhan Kekal Abadi) di dalam Genesis 21:33
7. YHWH@Yahweh@Yahuwah@Jehovah (Maha Hidup Dengan SendiriNya) di dalam Exodus 3:14.
8. YHWH-Elohim (Tuhan Maha Pencipta) di dalam Genesis 1:26.
9. YHWH-Jireh (Tuhan Yang Mencukupkan) Genesis 22:13-14.
10. YHWH-Rapha@Rophe (Tuhan Yang Menyembuhkan) di dalamExodus 15:25.
11. YHWH-Nissi (Tuhan Panji Kami) di dalam Exodus 17:15.
12. YHWH-Shalom (Tuhan Yang Mengamankan) di dalam Judges 6:24.
13. YHWH-Shammah (Tuhan Yang Ada) di dalam Ezekiel 48:35.
14. YHWH-Tsidkenu (Tuhan Yang Maha Benar) di dalam Jeremiah 33:16.
15. YHWH-Raah@Rohi (Tuhan Pembimbing Kami) di dalam Psalm 23:1.
16. YHWH-Sabaoth (Tuhan Maha Pelindung) di dalam Psalm 46:7.
17. YHWH-M’Kaddesh (Tuhan Yang Mengkuduskan) di dalam Leviticus 20: 7-8.


Dengan sedemikian banyak pilihan untuk nama Tuhan sebagaimana yang disebut di dalam kitab yang diimani kamu, kenapa masih lagi kamu mahu menggunakan nama yang lain untuk merujuk kepada-Nya? Jika itu pertanyaan yang diajukan kepada mereka, berikut ini jawapan yang bakal diterima. ‘Bahawa kami tahu akan nama-nama Tuhan yang disebutkan di atas, tetapi kami takut akan laknat-Nya jika kami tersilap sebut akan nama-Nya yang suci. Jadi untuk mengelakkan kami mencemarkan nama-Nya yang suci itu, kami tukarkan nama-Nya kepada nama yang lain, supaya apa saja bentuk pencemaran dan noda yang terhasil atas lisan kami yang salah, maka nama sebenar Tuhan kami tidak akan dicemari kesilapan kami. Yang tercemar nanti cuma nama tumpangan yang kami gunakan. Atas sebab itu, kami menggunakan Allah sebagai nama yang kami tukarkan.

Mereka takut untuk mencemarkan nama sebenar Tuhan sepertimana yang yang dicatatkan di dalam kitab yang diimani mereka kerana disebutkan di dalam Leviticus fasal 24 ayat 16 seperti berikut :

And he that blasphemeth the name of the LORD, he shall surely be put to death, and all the congregation shall certainly stone him: as well the stranger, as he that is born in the land, when he blasphemeth the name of the Lord, shall be put to death. (Dan dia yang mencemarkan nama Tuhan, akan dihukum mati, dan semua di dalam jemaah hendaklah merejamnya dengan batu: begitu juga bagi orang asing, sepertimana orang yang dilahirkan dinegeri ini, bilamana dia mencemari nama Tuhan, dia akan dihukum bunuh.)

Satu peristiwa dicatatkan di dalam Bible sebagai merujuk kepada pelaksanaan hukum tersebut. Di dalam Leviticus fasal 24 ayat 10 hingga 16 dikisahkan mengenai seorang lelaki bernama Shelomith. Shelomith berbapakan seorang lelaki Mesir yang mengahwini ibunya seorang Bani Israel dari keturunan Dan. Disebutkan bahawa Shelomith telah terlibat di dalam satu pergaduhan dengan seorang lelaki Bani Israel. Dalam panas pergaduhan tersebut, Shelomith telah dengan sengaja menyebut dan bersumpah dengan nama Tuhan (YHWH). Lalu dia ditangkap dan dihadapkan mereka kepada Moses. Dia diikat sambil menunggu apa bentuk hukuman yang akan Tuhan turunkan terhadapnya. Leviticus fasal 24 ayat 16 di atas merupakan putusan Tuhan di dalam Bible ke atasnya kerana mencemar nama Tuhan dengan menyebutnya. Hanya mereka dari keturunan Levi dibenarkan menyebut nama Tuhan pada setiap Yom Kippur.

Jadi, menyebut nama sebenar Tuhan bagi mereka, perbuatan itu sebenarnya bakal mengundang hukuman mati sebagai ultimatum mencemarkan kesucian nama-Nya yang suci. Tetapi perlukah hak mereka untuk beragama sehingga ke tahap demi untuk menjaga kesucian nama Tuhan mereka, nama Allah digunakan pula untuk diperkotak-katikkan?

Kenapa ia dikatakan diperkotak-katikkan? Salah satu daripada sebabbya sudah saya jelaskan di atas tadi. Tetapi pencemaran terhadap nama Allah tidak berhenti setakat itu. Jika di dalam Bible terjemahan Arab, berhala-berhala akan dirujuk sebagai Aliha (plural kepada Ilah), tetapi di dalam Bible terjemahan Indonesia, berhala-berhala ini dinamakan sebagai allah juga dengan a huruf kecil. Sebagai contoh saya muatkan perbandingan ini. Perhatikan versi bahasa Arab Bible di dalam grafik yang disediakan bersama terjemahan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu/Indonesia yang digunakan di Malaysia :


Exodus 12 : 12
12:12 Sebab pada malam ini Aku akan menjalani tanah Mesir, dan semua anak sulung, dari anak manusia sampai anak binatang, akan Kubunuh, dan kepada semua allah di Mesir akan Kujatuhkan hukuman, Akulah, TUHAN.


1 Kings 12:28.
Sesudah menimbang-nimbang, maka raja membuat dua anak lembu jantan dari emas dan ia berkata kepada mereka: "Sudah cukup lamanya kamu pergi ke Yerusalem. Hai Israel, lihatlah sekarang allah-allahmu, yang telah menuntun engkau keluar dari tanah Mesir."


Galatians 4:8
Dahulu, ketika kamu tidak mengenal Allah, kamu memperhambakan diri kepada allah-allah yang pada hakekatnya bukan Allah.


Jelas nama Allah telah dihinakan dan diberikan pula nama itu kepada segala bentuk berhala yang ada. Jika menulis nama Allah dengan huruf 'a' kecil di hadapan sudah dikira sebagai menghina, apatah lagi menggunakannya sebagai nama kepada berhala-berhala, firaun dan tuhan-tuhan buatan manusia! Semua ini bermula dengan kesilapan, tetapi malangnya kesilapan ini masih mahu mereka pertahankan. Maka jelas di sini, para penterjemah Bible dalam bahasa Melayu dan Indonesia masih lagi mengulangi kesilapan penterjemah-penterjemah awal mereka, dengan menterjemahkan kata nama Khas YHWH kepada Allah. Ini merupakan satu bentuk kesilapan yang seharusnya diperbetulkan dan bukannya diperjuangkan bermati-matian untuk mengekalkan terus kesilapan lampau dalam gerakan penterjemahan mereka satu ketika dulu. Kata Nama Khas di dalam apa jua bentuk gerakan penterjemahan tidak boleh digantikan dengan apa jua perkataan yang dirasakan mempunyai maksud yang dirasakan sinonim dengan nama tersebut.

Sebagai contoh, jika diberikan kepada anda untuk menterjemahkan frasa ayat berikut, Michael J. Fox catches a fox behind George Bush’s backyard. Lalu diterjemahkan anda menjadi sebegini Mikail Jin Musang menangkap musang di belakang halaman rumah George Semak Samun. hanya tauke Cina tahun panggung wayang tahun 80 an sanggup melakukan terjemahan sedemikian rupa. Jadi itu masalahnya jika nama khas turut diterjemahkan. Kesalahan yang tidak mahu diperakui ini menimbulkan masalah kepada mereka yang sudah biasa dengan teks terjemahan yang mengandungi kesilapan tersebut untuk mengadaptasikan diri dan kepercayaan mereka dengan merujuk nama Tuhan kepada nama yang selain dari apa yang biasa mereka imani. Kita bersimpati tetapi bertegas bahawa kesilapan itu tetap satu bentuk kesilapan dan harus ia diperbaiki. Jika mereka merupakan individu berhemah dan bermaruah tinggi, tentu sahaja untuk mengakui bahawa kesilapan telah dilakukan sejak lama dulu harus diperbaiki merupakan satu perkara yang mudah untuk dilakukan. Tetapi jika mereka mempunyai agenda tertentu dengan bermain seputar isu ini, maka janganlah diharap bahawa majoriti orang-orang Islam akan berkompromi dengan beralah. Allah s.w.t. menegaskan di dalam surah al Maidah dan ditegaskan-Nya sebanyak 3 kali seperti ayat-ayuat yang saya petik berikut :

Demi sesungguhnya, kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam) katakanlah (wahai Muhammad): "(Dakwaan itu tidak benar) kerana siapakah yang dapat menahan (seksa) dari Allah sedikit jua pun kalau Ia mahu membinasakan Al-Masih Ibni Maryam beserta ibunya dan orang-orang yang ada di muka bumi semuanya?" Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya. Ia menciptakan apa jua yang dikehendakiNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Al Maidah ayat 17.

Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam". Padahal Al-Masih sendiri berkata:" Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim". Al Maidah ayat 72.

Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan". Padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan yang Maha Esa. Dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. Al Maidah ayat 73.

Menyokong tindakan mereka ini tanpa usul periksa mengundang masalah akidah yang besar buat umat Islam. Dengan menyokong tindakan mereka, ia bemakna kita bersetuju untuk membenarkan kata mereka bahawa Allah itu beranak pinak dan merupakan Tuhan satu dalam Tiga dan menjelma dalam rupa bentuk manusia. Na’uzubillah. Rasulullah s.a.w. tidak pernah sekali pun berkompromi dalam hal ini. Baginda sentiasa menegaskan bahawa Allah itu tiada sekutu bagi-Nya dan tidak layak untuk disabitkan dengan mana-mana sifat makhluk yang lemah lagi bergantung kepada segala sesuatu untuk survival diri-Nya.
Mungkin tidak ramai yang tahu bahawa apa yang berlaku semalam merupakan salah satu dari beberapa objektif halatuju gerakan Kristian di Malaysia bagi menjayakan projek D.A.W.N. (Discipling A Whole Nation – Mengkristiankan Seluruh Negara). Objektif utama yang diletakkan keutamaanya ialah dengan menjadikan PAS sebuah parti yang kuat memperjuangkan Islam, menjadi sebuah parti yang lembut dan lebih dormant. Lembutkan PAS dan lemahkan UMNO. Priority ini sudah pun dicapai mereka sejak dua tahun kebelakangan ini. Saya beberapa kali menulis bahawa PAS sudah ditembusi kolum kelima untuk melembutkannya dan menukar sifat perjuangannya. Begitu juga UMNO yang sudah lama berulat dengan kumpulan kolum kelima di dalam parti mereka. Remedi bagi masalah ini ialah dengan mereka kembali ke meja rundingan untuk bersatu demi Allah dan kemaslahatan Islam. Persetankan semua suara yang dirasuk dan berkurap dengan penyakit wahan. Apa yang berlaku semalam merupakan jatuhan domino pertama kepada serangkaian isu yang bakal dibangkitkan bermula tahun 2010 ini. Percayalah, jika kita tidak mengumpulkan kekuatan, kita akan melihat satu demi satu ‘pakaian’ Islam dan umatnya ditanggalkan dan akhirnya Islam di Malaysia akan menjadi Islam Ayam Togel. Beberapa objektif yang mereka gariskan di dalam projek D.A.W.N. pernah saya sentuh di dalam posting sebelum ini (klik) http://satuhala.blogspot.com/2008/04/bila-belanda-berherokan-si-bebal.html

Untuk ke imbasan imej sebahagian dari perkara yang mereka rencanakan, para sahabat satuhala boleh klik terus ke imej ini. https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgBzAl0gSMS6vOdiwjZAgDTTQdfLRV_8lj4DjR4Q5BJaLesuUDh-NTkEy2lxlnTZWS3QGEt1nG2UcIcDQHvz7H6AeQyetYGD8V2olF2RKVdpVUdSFX6yrf2LfwL2ukAv7nf2blH/s1600-h/Malaysia.jpg

Jika sebelum 31 Disember 2009, Allah di Malaysia merujuk kepada Tuhan Yang Maha Esa, Tidak beranak dan diperanakkan, Tidak bergantung kepada segala sesuatu dan tiada yang setara dengan-Nya. Maka kini, 1 January 2010, semua itu berubah. Allah di Malaysia bakal merujuk kepada Tuhan Tiga Dalam Satu, Tuhan Yang beranak dan diperanakkan, Tuhan yang bergantung kepada segala sesuatu, Tuhan yang ada makhluk lain yang serupa denganNya dan lebih malang lagi, namaNya yang suci disabitkan dengan berhala-berhala buatan manusia. Ini merupakan satu perkara yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana orang Arab sebelum zaman Rasulullah, semasa zaman Rasulullah dan selepas zaman Rasulullah. Mereka tidak pernah sekalipun menyabitkan Allah dengan berhala-berhala kaku.

Artikel 3 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan seperti berikut:
Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama -ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

Persoalannya di sini, penggunaan kalimah Allah di dalam mana-mana terjemahan Bible Kristian dan penerbitan mereka di dalam bahasa Melayu bukanlah sesuatu yang mempunyai asas yang kukuh di dalam agama mereka dan bukan sebahagian dari agama. Dan ia tidak boleh disabitkan sebagai sebahagian dari agama mereka. Tiada wujud di dalam Bible di dalam bahasanya yang asal Hebrew-Aramaic dan NT (Greek) ayat-ayat yang merujuk nama Tuhan di dalam Bible sebagai Allah. Tidak wujud ayat-ayat di dalam Bible ayat-ayat yang membentuk pernyataan dari Tuhan itu sendiri bahawa namaNya ialah Allah. Yang ada cuma ayat-ayat dan nama-nama yang sudah saya nyatakan di atas. Berbeza dengan al Qur'an, di dalam surah Taha ayat 14, dinyatakan dengan jelas di dalam al Qur'an seperti berikut :

"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.

Al Qasas ayat 30:
Maka ketika ia sampai ke tempat api itu, (kedengaran) ia diseru dari tepi lembah yang di sebelah kanan, di tempat yang dilimpahi berkat, dari arah pohon kayu (yang ada di situ): "Wahai Musa, sesungguhnya Akulah Allah Tuhan sekalian alam.

Jadi tiada asas bagi mereka untuk mendakwa menggunakan nama Allah itu merupakan sebahagian dari hak mereka untuk beragama secara bebas dengan menggunakan nama Tuhan yang merujuk kepada Tuhan yang disembah agama lain. Ia boleh mengundang masalah.
Sebagai contoh, apabila seorang Muslim terbeli sebuah buku yang disasarkan kepada Kristian berkenaan soal jawab di dalam amalan agama mereka, apabila memasuki satu bab berkenaan makanan yang dibenarkan, terdapat kenyataan berikut. "Khinzir dihalalkan bagi kamu oleh Allah setelah Perjanjian Lama dilupuskan." Bukankah ia bakal menimbulkan kekeliruan dan masalah bagi muslim yang tidak mengetahui dan memahami bahawa Allah di dalam buku itu tidak merujuk kepada Allah Tuhan di dalam agama Islam. Bukankah ia mengundang satu bentuk masalah kepadanya nanti dengan jabatan-jabatan agama Islam yang melaksanakan enakmen syariah di dalam mana-mana negeri apabila tindakan dikenakan ke atasnya atas sebab kekeliruan ini. Lupakah kita dengan polemik kes Kartika yang menimbulkan masalah besar kepada negara kerana masyarakat umum diluar tidak faham akan cara pelaksanaan undang-undang syariah di Malaysia? kes tersebut menyebabkan Malaysia seketika berada di dalam keadaan 'panas'. Ini adalah fakta dan bukan khayalan. Semua ini mengundang rasa tidak aman kepada penganut Islam dan menimbulkan satu bentuk sentimen penolakan dan prejudis kepada umat-umat agama lain.

Kita menghormati hak agama lain jika mereka mahu beramal di dalam lingkungan sebenar agama mereka. Tetapi jika kesilapan penterjemahan kitab mereka mahu dipaksakan untuk orang-orang Islam menelannya, di bawah Artikel 3 (1), ianya sangat tidak masuk akal. Kita tidak mempersoalkan kebijaksanaan hakim yang membuat keputusan, tetapi kita mahu pihak jabatan-jabatan agama Islam dan Menteri Dalam Negeri membuat rayuan mengikut saluran undang-undang yang ada supaya keputusan ini dapat disemak semula.

Ini kerana beberapa isu yang bakal menimbulkan keadaan kucar kacir kepada sistem beragama seterusnya mengancam kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan kedudukan sistem undang-undang syariah dinegara kita. Artikel 10 (1) a Perlembagaan Persekutuan adalah tertakluk kepada fasal (2), (3) dan (4) sebagai sekatan. Tetapi ia masih berlegar seputar isu hak-hak mereka untuk beramal dalam apa bentuk agama mereka yang asal. Tetapi apa yang berlaku ini menimbulkan satu lagi masalah iaitu bagaimana ajaran sesuatu agama itu akan didefinasikan. Jika sesuatu yang tidak langsung mempunyai asas di dalam agama dan kekhilafan penterjemahan kitab-kitab agama boleh diberikan hak untuk menikmati status sebagai agama sah , yang diiktiraf di dalam Artikel 3 (1), ia akan membuka ruang pula kepada kumpulan-kumpulan ajaran sesat seperti Ayah Pin, Ajaran Rasul Kahar, Kumpulan-kumpulan Liberal, Plural, Gerakan Feminisme Songsang, kumpulan anti-hadis dan sebagainya untuk membuat tafsiran sesuka hati mereka terhadap kitab al Qur'an dan mendakwa bahawa itu merupakan sebahagian dari agama yang mereka imani (biarpun tersasar dan tersesat jauh tafsiran mereka). Kes ini merupakan satu bentuk precedent yang boleh dianggap sebagai Kuda Trojan, yang bakal membuka pintu seluas-luasnya kepada segala bentuk ajaran yang mengancam kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan jika diberikan hak-hak mereka untuk menafsirkan Islam sesuka hati mereka. Ia juga bakal menjadi antara paku-paku kepada keranda yang dipersiapkan kepada sistem Syariah negara ini, kerana selepas ini pihak berkuasa agama Islam akan terikat tangan mereka daripada dapat mengambil tindakan kepada semua bentuk kesesatan yang dirancang ke atas umat Islam atas nama kebebasan beragama. Di dalam banyak forum dan media anti Islam, sudah lama dibincangkan dan disuarakan supaya kes-kes seperti ajaran sesat ayah Pin, Rasul Kahar dan sebagainya dihalalkan atas nama kebebasan beragama. Persoalannya ialah, sampai bila orang-orang Islam mahu berdiam diri berpeluk tubuh dan bergaduh sesama sendiri pada ketika ancaman demi ancaman kepada survival kedudukan agama mereka diratah anai-anai dari hari ke hari?

Apa yang berlaku ini amatlah menyedihkan. Jika masih ada ruang bagi memperbetulkan segalanya, jika masih ada peluang mengikut saluran undang-undang yang betul, saya berdoa dan berharap bahawa apa yang diperjuangkan ini, akan disambung dan diberikan semangat perjuangan yang baru. Yang penting, saya berdoa dan berharap agar pihak-pihak berkuasa agama Islam, Jabatan Perdana Menteri tidak terus berputus asa dengan ‘kaki yang tersadung sekali’. Jika jatuh pada halangan pertama sudah pun mengangis terisak-isak, jangan gelarkan diri pejuang di jalan Allah. Ayuh bangun.. kita terus mara kerana hanya masa yang memisahkan kita dari bertemu Allah untuk dipertanggungjawabkan di atas segala perbuatan kita. Saya akhiri dengan 2 ayat dari surah al A’raf ;

Mereka berkata: "Adakah engkau datang kepada kami supaya kami hanya menyembah Allah semata-mata, dan meninggalkan apa yang pernah disembah oleh datuk nenek kami? (Kami tidak akan menurut) maka datangkanlah azab yang engkau janjikan kepada kami, jika betul engkau dari orang-orang yang benar". Nabi Hud menjawab: "Sesungguhnya telah tetaplah kamu akan ditimpa azab dan kemurkaan dari Tuhan kamu. Adakah kamu hendak berbahas denganku mengenai nama-nama yang hanya kamu dan nenek moyang kamu menamakannya, sedang Allah tidak sekali-kali menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya? Maka tunggulah (kedatangan azab itu), sesungguhnya aku juga dari orang-orang yang turut menunggu bersama-sama kamu". (Al A’raf 70-71)


Tuan-tuan… apa lagi yang ditunggu kala semboyan sudah berbunyi?

Rujukan :

1) Edward McNall Burns, Western Civilizations (Fourth Edition) Their History & Their Culture; Rutgers University.
2) Karen Armstrong, A History of God (The 4000 Years Quest of Judaism, Christianity and Islam), Ballantine Books, New York.
3) Tafsir Jalallain berikut Asbaabun Nuzul Ayat, Jilid 2, Sinar Baru Algensindo.
4) Tafsir al Azhar, Prof. Dr. Hamka, Juzu’ 4-5-6, Pustaka Panjimas, Jakarta.
5) Peter Lemesurier, The Armageddon Script (The Power of Prophecy and The Secret Life of Jesus), Element.
6) King James Version, Barbour.
7) Nathan Stone, Names of God, Moody Press, Chicago.
8) Mark Water, Bible Study Made Easy, John Hunt Publishing Limited.
9) Albert Hourani, A History of the Arab Peoples, Faber and Faber Limited.
10) Van Dyke Arabic Bible, Softcopy.
11) Robert Wright, The Evolution of God, Litle, Brown and Company.
12) Patrick Johnstone, Operation World,
13) Maureen K.C. Chew I.J., The Journey of The Catholic Church in Malaysia : 1511 – 1996, Catholic Research Centre, Kuala Lumpur
14) Perlembagaan Persekutuan, International Law Book Services.



© 2007 - 2009 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara.

Sabtu, Januari 02, 2010

Selamat Tahun Baru Masihi 2010

Selamat tahun baru masihi 2010
Semoga kita dapat memperbaiki segala kelemahan yang ada pada tahun 2009.
Selamat Maju Jaya

Khamis, Disember 31, 2009

Sufisme Dalam Lagu III

Bismillahirahmanirahim..

Dengan izin Allah S.W.T aku diilhamkan maksud sebenar lirik lagu dewa19, Kosong.
Menurut lirik, jika ditafsir secara biasa.. ia menceritakan kisah seorang lelaki yang amat merindui dan menyayangi kekasihnya.Kehadiran kekasihnya dapat dirasai tak kira dimana saja termasuk didalam hatinya.



Kamu seperti hantu
Terus menghantuiku
Ke mana pun tubuhku pergi
Kau terus membayangi aku
Salahku biarkan kamu
Bermain dengan hatiku
Aku tak bisa memusnahkan
Kau dari pikiranku ini
Di dalam keramaian aku masih merasa sepi
Sendiri memikirkan kamu
Kau genggam hatiku
Dan kau tuliskan namamu

Kau tulis namamu
Tubuhku ada di sini
Tetapi tidak jiwaku
Kosong yang hanya kurasakan
Kau telah tinggal di hatiku

Namun jika ditafsir dari sudut sufisme, ia adalah cerita seorang hamba Allah yang merasai kehadiran Allah dalam apa jua yang dia lakukan. Walau apa pun yang terjadi dia tetap mengingati Allah tak kira masa atau tempat. Sebenarnya ini adalah huraian dari salah satu prinsip dalam Tariqat Naqsyabandiyah iaitu KHALWAT DAR ANJUMAN.

Di dalam keramaian aku masih merasa sepi
Sendiri memikirkan kamu
Kau genggam hatiku
Dan kau tuliskan namamu


Sedutan ulasan mengenai KHALWAT DAR ANJUMAN

Khalwat bererti bersendirian dan Anjuman bererti khalayak ramai, maka pengertiannya ialah bersendirian dalam keramaian. Maksudnya pada zahir, Salik bergaul dengan manusia dan pada batinnya dia kekal bersama Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Terdapat dua jenis khalwat iaitu Khalwat Luaran atau disebut sebagai Khalwat Saghir yakni khalwat kecil dan Khalwat Dalaman atau disebut sebagai Khalwat Kabir yang bermaksud khalwat besar atau disebut sebagai Jalwat. Khalwat Luaran menghendaki Salik agar mengasingkan dirinya di tempat yang sunyi dan jauh dari kesibukan manusia. Secara bersendirian Salik menumpukan kepada Zikirullah dan Muraqabah untuk mencapai penyaksian Kebesaran dan Keagungan Kerajaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Apabila sudah mencapai fana menerusi zikir pikir dan semua deria luaran difanakan, pada waktu itu deria dalaman bebas meneroka ke Alam Kebesaran dan Keagungan Kerajaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Ini seterusnya akan membawa kepada Khalwat Dalaman.

Khalwat Dalaman bermaksud berkhalwat dalam kesibukan manusia. Hati Salik hendaklah sentiasa hadir ke Hadhrat Tuhan dan hilang dari makhluk sedang jasmaninya sedang hadir bersama mereka. Dikatakan bahawa seseorang Salik yang Haq sentiasa sibuk dengan zikir khafi di dalam hatinya sehinggakan jika dia masuk ke dalam majlis keramaian manusia, dia tidak mendengar suara mereka. Kerana itu ianya dinamakan Khalwat Kabir dan Jalwat yakni berzikir dalam kesibukan manusia. Keadaan berzikir itu mengatasi dirinya dan penzahiran Hadhrat Suci Tuhan sedang menariknya membuatkannya tidak menghiraukan segala sesuatu yang lain kecuali Tuhannya. Ini merupakan tingkat khalwat yang tertinggi dan dianggap sebagai khalwat yang sebenar seperti yang dinyatakan dalam ayat Al-Quran Surah An-Nur ayat 37:

Para lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak pula oleh jual beli dari mengingati Allah, dan dari mendirikan sembahyang, dan dari membayarkan zakat, mereka takut kepada suatu hari yang hati dan penglihatan menjadi goncang.

Ahmad Dhani merupakan pengikut tariqat ini, tidak mustahillah lagu2 Dewa mengandungi unsur2 tasawwuf dan sufism.

Wallah'huallam

Rabu, Disember 30, 2009

Now And Forever

Sometimes at night
When I look up to the sky
I start to think of you
And then ask myself why
Why do I love you?
I think and smile
Because I know the list could run on for miles

The whisper of your voice
The warmth of your touch
My feelings are so strong
And I love you so much
Why do I love you?
I think and smile
Because I know the list could run on for miles

Always and forever

Sabtu, Disember 26, 2009

Soal Jawab

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
"… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12

Khamis, Disember 24, 2009

Bahaya Hutang

Dipetik dari http://politikbanjar.blogspot.com/2009/12/ya-allahsusu-anakku-habis.html

Zaman Gembira :
“Kamarul, esok result keluar.” Suara Imran kedengaran di hujung corong telefon. “Kalau ada yang sangkut, habislah aku, extend 6 bulan lagilah.” Nafas Kamarul seakan tersekat-tersekat apabila mendengar kata-kata Imran tadi. Kamarul berdebar-debar, dia sudah tidak sanggup lagi burning the midnight oil. Apabila keputusan keluar pada keesokan harinya, ia benar-benar bermakna bagi Kamarul.
“Alhamdulillah, aku lulus.” Bagaikan arus sejuk singgah di kepalanya, dengan kelulusan itu Kamarul dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian. Sejak hari itu, berpuluh-puluh permohonan kerja resume dihantar ke syarikat-syarikat besar. Akhirnya dia mendapat kerja di syarikat di Petaling Jaya, sebagai eksekutif dengan gaji RM1,500. Disebabkan tiada pengangkutan awam ke tempat kerja dari rumahnya, Kamarul membuat keputusan membeli sebuah motosikal yang berharga RM 3,500. Dia kekurangan wang lalu ingin meminjam daripada ibunya sebagai wang pendahuluan dan membayar bakinya dengan ansuran bulanan sebanyak RM200 selama 3 tahun. Ibunya memberikan RM3,500 kepadanya supaya membeli motor itu secara tunai. Apabila ada masa terluang pada hujung minggu, Kamarul pergi ke pusat membeli-belah bagi bermain boling dan menonton filem.

Pada suatu hari dia diperkenalkan dengan kad kredit, selepas diberitahu dia tidak perlu membayar satu sen pun bagi memilikinya. Tanpa berlengah-lengah lagi, Kamarul pun bersetuju. “Encik boleh faks satu salinan borang EA (borang pendapatan). ” Lebih kurang dua minggu kemudian, kad kredit itu sampai dan dia pergi ke bank bagi mendapatkan nombor PIN kad itu. Sejak hari itu, kad itu tersimpan kemas tidak terusik di dalam dompetnya. Kini hampir setahun ia tersimpan di dalam dompet tanpa menggunakannya.

Genap setahun bekerja di Syarikat ABC, Kamarul membeli sebuah kereta. Dia sudah tidak tahan dengan kepanasan cuaca dan terpaksa berteduh di bawah jambatan setiap kali hujan lebat. Harga kereta : RM 53,000 Wang Pendahuluan: RM 1,500 Tempoh : 9 Tahun (108 bulan) Ansuran : RM 624 Sejak memandu kereta, Kamarul mula menggunakan kad kredit bagi mengisi minyak keretanya. Sekiranya dahulu, dia membayar tunai kerana RM5 cukup bagi satu tangki minyak motornya, tetapi sekarang RM50 pun belum penuh satu tangki keretanya. Kamarul membayar minyak petrol keretanya menggunakan kad kredit dan menjelaskan bilnya apabila mendapat gaji pada hujung bulan. Pernah sekali kad kreditnya tidak dapat digunakan. Selepas kejadian itu, dia memohon satu lagi kad kredit dari bank yang lain. Sekiranya salah satu kad kreditnya rosak ataupun tidak diterima, dia masih ada satu lagi kad kredit yang dapat digunakan.

Zaman Bangga Gila :
Seperti biasa, setiap tahun, gajinya akan naik di antara 5 – 9%. Kini gajinya RM 2,750. “Alhamdulillah dengan umur 26 tahun, aku sudah mendapat gaji sebesar ini.” Hatinya benar-benar puas. Jodoh, rezeki, ajal dan maut di tangan Tuhan. Apabila sampai waktunya, semua remaja akan bersatu termasuklah Kamarul. Dia bertunang dengan Balqis dengan menetapkan hantaran kahwin sebanyak RM6,666.

Semasa dalam pertunangan, Kamarul membuat satu pinjaman peribadi bagi urusan perkahwinannya. “Alhamdulillah, pinjaman aku lulus.” Kamarul merasa gembira pinjaman peribadi sebanyak RM 15,000 dari sebuah bank tempatan diluluskan. Dia memerlukan duit yang banyak bagi menampung kos hantaran dan majlis perkahwinannya yang akan diadakan secara sederhana. Selepas berkahwin dengan Balqis, Kamarul membawa isterinya ke Kuala Lumpur dan mereka menyewa rumah teres setingkat dengan kadar sewa sebanyak RM 600 sebulan.

Seperti kebiasaan pada setiap pasangan baru berkahwin, terdapat banyak kekurangan yang perlu disediakan bagi keselesaan hidup berdua. Semasa bujang dia banyak menggunakan televisyen, mesin basuh dan peralatan lain yang dimiliki oleh rakan-rakan serumah. Selain daripada keretanya, harta bujangnya adalah sebuah radio. Rumah Kamarul sunyi sepi, sekiranya dahulu balik dari tempat kerja, dia dapat menonton televisyen. Tetapi kini, selepas sembahyang Isyak, mereka terus masuk tidur. Tidak sampai seminggu, dia pulang dengan sebuah TV berjenama 29 inci. Hatinya puas apabila melihat senyuman Balqis yang sedang menonton drama kegemarannya itu. Setiap hari dia terpaksa membeli lauk dan sayur-sayur kerana dia tidak mempunyai peti sejuk bagi menyimpannya.

Akhirnya dia membeli sebuah peti sejuk yang besar dan selesailah sudah satu lagi masalahnya. Semasa bujang, dia menghantar pakaiannya ke kedai dobi, kini pakaiannya dibasuh di lantai bilik air yang sempit. Tidak tahan dengan keadaan itu, dia membawa pulang sebuah mesin basuh automatik yang dapat memuat muatan sehingga 7 kilogram. “Sayang, comforter pun kita boleh basuh dengan mesin ini, tidak payah lagi hendak hantar kedai dobi.” Kamarul memberitahu isteri kesayangannya. “Mana abang dapat duit beli semua ini? Abang dapat bonus, ya?” tanya si isteri. Kamarul menjawab sambil tersenyum, “Alah, abang ambil di Court, bayar ansur-ansur. ” “Kalau macam itu, boleh tak abang ambil microwave satu, senang lauk sejuk boleh kita panas, tahan lama sikit, tak payah buang.” Balqis meminta. “Yelah sayang, nanti hujung minggu ini kita pergi ambil.” Setiap kali ada jualan murah, Kamarul mengambil kesempatan membeli barangan dengan harga yang murah.

Kamarul sudah tidak lagi membayar semua perbelanjaannya melalui hutang kad kredit. Dia hanya membuat bayaran minimum kad kredit setiap kali menerima gaji. Pada masa ini dia sudah mulai mempunyai hutang kad kredit. Semasa di tempat kerja, seorang rakan menegur, “Kamarul, engkau sudah buka e-mel?”, tanya si Man. “Kenapa Man? Boss declare bonus ke ?”. Biji mata Kamarul hampir terkeluar apabila membaca e-mel daripada pihak pengurusan yang tertera 2.5. Dalam hatinya. “Ni bukan 1 bulan tapi 2.5 bulan.” Muka Kamarul berubah berseri-seri . “Wow, banyak ni, orang kaya barulah kita.” Sejak duit bonus sudah masuk ke dalam akaun semalam, Kamarul tidak dapat duduk diam. Dia asyik terkenangkan duit bonus itu.

Akhirnya dia menjual keretanya dan membeli kereta 1.6 Automatik. Seperti biasa, bayar duit pendahuluan serendah yang mungkin dan memanjangkan tempoh pembayaran sehingga maksimum. Enam bulan selepas berkahwin, Kamarul membawa isterinya ke klinik pakar. Betapa gembiranya apabila doktor memberitahu isterinya mengandung. Setiap bulan Kamarul membawanya ke klinik pakar bagi memastikan kesihatan kandungan isterinya. Klinik ini menerima pembayaran melalui kad kredit.

Apabila sampai waktu bersalin, Kamarul memilih hospital swasta demi keselesaan isteri tercinta melahirkan zuriatnya yang pertama. Dia mengambil pakej tiga hari dua malam yang berharga RM 2,500 bagi bersalin secara normal. Akhirnya isterinya melahirkan anak lelaki yang comel seberat 3.2 kilogram melalui pembedahan Caesaran. Kamarul menggunakan salah satu kad kreditnya bagi membayar kos hospital yang berjumlah RM4,863.50. Daripada lampin sehinggalah ke susu, semuanya berjenama dan berkualiti demi puteranya pewaris keturunan. Kamarul berjaya mendapat kerja sebagai penolong pengurus di sebuah syarikat gergasi dengan gaji permulaan RM3,900.

Bagi meraikannya, dia membawa isteri dan anaknya makan besar di sebuah restoran makanan Jepun. Pembayaran dibuat dengan menggunakan kad kredit berjumlah RM 258.70. Sudah tujuh tahun dia tinggal di rumah sewa dengan isteri dan anaknya. Sudah tiga kali dia berpindah, dari rumah teres setingkat tiga bilik sehinggalah rumah teres dua tingkat empat bilik. Daripada sewa RM 600 sehinggalah kini dia membayar RM1,000 sebulan. Terdetik juga di hatinya, “Sampai bila aku nak hidup dengan menyewa?” Dia pergi ke bank menanyakan jumlah pembiayaan bagi sebuah rumah teres satu tingkat yang berharga RM 130,000. Alangkah terkejutnya apabila mendapati dia layak membuat pinjaman membeli rumah yang cantik, besar dan mahal. Apa lagi, dia pun membeli sebuah rumah teres dua tingkat berharga RM 176,000 dengan ansuran sebanyak RM1,233 selama 30 tahun. Semasa rumah sedang dalam pembinaan, dia membayar RM 700 sebulan bagi faedah selama dua tahun.

Akhirnya seperti yang dipersetujui dalam perjanjian, pihak pemaju perumahan menyerahkan anak kunci rumah idamannya tiga bulan lebih awal daripada yang termaktub dalam perjanjian jual beli. Banyak juga barang yang tidak dibawa bersama ke rumah baru ini. Peti sejuk, mesin basuh dam sofa yang sudah usang tidak terkecuali disenaraikan dalam barangan yang akan dibuang. Kamarul dan Balqis ingin memastikan mereka sekeluarga berpindah ke rumah baru dengan gembira dan selesa. Apa tidaknya, daripada sofa sehinggalah katil anak-anaknya, semuanya baru. Dengan ‘Skim Bayaran Mudah’, Kamarul dapat mengambil barangan bernilai hampir RM 15,000 dan hanya perlu membayar RM 419 setiap bulan secara ansuran selama 5 tahun. Harga barang asyik meningkat, belum cukup bulan duit sudah habis.

Bermula pada saat itu, Kamarul mula berjinak-jinak dengan kad kredit. Sekiranya dahulu kad kredit digunakan bagi membayar petrol kereta, kini bayaran servis kereta, bil telefon, bil elektrik sehinggalah barangan dapur semuanya dibayar dengan kad kredit. Setiap kali mendapat gaji, Kamarul memastikan pembayaran minimum dibuat bagi setiap kad kredit yang dimilikinya. Kamarul dan Balqis sangat gembira semasa menyambut kelahiran anaknya yang keempat. Akhirnya Kamarul menukar lagi keretanya dengan membeli sebuah MPV yang berharga RM 100,000 lebih. Memang cantik, besar, selesa, dan kuasa enjinnya pula adalah 2.5cc. Dia menggunakan duit lebihan dari kereta 1.6 Automatiknya yang dijual. Ansuran bulanan hanyalah RM1,271 bagi tempoh 9 tahun. Lagipun dia baru menerima kenaikan gaji sebanyak 5% (gaji baru RM4090).

Pada suatu hari, berita memaparkan kenaikan minyak sebanyak 30 sen seliter bagi petrol. Perbelanjaan petrolnya sudah meningkat tetapi tidak dirasainya kerana pembayaran dibuat menggunakan kad kredit. Sehingga kini, dia masih tidak tahu berapa jumlah yang dibelanjakannya bagi minyak keretanya setiap sebulan. Dari hari ke hari, hutang Kamarul semakin meningkat disebabkan semua perbelanjaan dicajkan kepada kad kredit. Dia pula hanya membayar dengan bayaran minimum dan juga dikenakan dengan kadar faedah yang tinggi. Hutang semakin bertambah dan kini sudah setinggi gunung. Dia sudah tidak mampu mengira jumlah hutang sekarang. Lalu datanglah idea memotong separuh daripada hutangnya. Pinjaman perumahan yang sudah tinggal RM 90,000 dibiayai semula.

Harga pasaran rumah itu pada masa ini adalah RM 280,0000. Dia mengambil pinjaman sebanyak RM 240,000 dan menyelesaikan pinjaman perumahan di bank lama sebanyak RM 90,000. Baki RM130,000 digunakan membayar hutang kad kredit, skim bayaran mudah, pinjaman peribadi dan kereta. Duit selebihnya digunakan bagi mengubahsuai rumahnya. Dia menyangkakan membuat keputusan yang bijak. “Aku sudah membuat keputusan yang bijak, semua hutang aku bayar. Cuma hutang rumah bertambah sikit, ansuran tinggi sikit, tempoh ansuran bertambah sikit dan kadar faedah (keuntungan) yang dikenakan sikit sekiranya dibandingkan dengan dahulu, semuanya sikit-sikit sahaja.” Kamarul mengelamun seketika sambil menghirup kopi panas di kawasan beranda rumah yang sudah diubahsuai. Jangan lupa sikit-sikit lama-lama jadi bukit… . Kamarul terjebak semula dengan hutang kad kredit. Dahulu dia merasakan dialah pengguna yang bijak, rupa-rupanya pengguna yang sudah dipijak.

Kini hampir setiap hari dia diganggu oleh panggilan daripada bank yang memintanya membayar ansuran yang tertunggak. Bagaimana dia hendak bayar, sekiranya hutang bagi satu kad kredit sudah mencapai beribu-ribu ringgit. Dia pula memiliki enam kad kredit. Belum lagi dicampur dengan hutang sofa, katil dan lain-lain yang diambil dengan skim bayaran mudah. Ia sudah pun tertunggak selama dua bulan. Pulang dari kerja, dia dikejutkan lagi dengan surat-surat hutang. Kandungan surat itu memintanya menjelaskan hutang dalam masa 14 hari ataupun mereka akan mengambil tindakan saman.

Zaman Gabra :
Segala simpanannya dikeluarkan bagi mengelakkannya menerima surat saman. Ada kalanya dia terpaksa menangguhkan bayaran ansuran rumah supaya dapat menjelaskan ansuran kad kredit yang sudah tiga bulan tertunggak. “Abang, susu Aiman sudah habis.” Balqis berkata pada suatu hari semasa Kamarul pulang dari pejabat. “Kenapa Balqis tidak beritahu awal bulan, sekarang mana abang ada duit!” Dalam poket seluarnya hanya ada RM3, dalam bank RM 16.42.

Dia terpaksa mendapatkan bekalan susu di pasar raya yang menerima pembayaran melalui kad kredit. “Ah, lega… kad kredit diterima” katanya sambil matanya tertumpu pada mesin pembaca kad kredit. Sampai sahaja di rumah telefon bimbitnya berbunyi. Balqis bingung mengapa Kamarul tidak menjawab panggilan itu. “Abang, telefon tu, kenapa tidak angkat?” tegur Balqis. “Biarlah, orang yang menguruskan kad kredit tu. Sudah pukul 7 malam pun masih nak bekerja, susahlah kalau macam ini.” “Sudahlah sehari suntuk bank menelefon bertanyakan ansuran kereta yang dua bulan tertunggak. Bukan aku tidak mahu bayar, tetapi duit bulan ini sudah habis, tunggulah bulan depan,” hatinya berbicara. “Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

” Begitulah nasib Kamarul. Sehingga kini, sudah tiga kali dia naik turun mahkamah. Hutang kad kreditnya sahaja sudah mencapai berpuluh-puluh ribu ringgit, tetapi gajinya masih di takuk lama. Kini hanya tinggal satu kad kredit sahaja yang dapat digunakan. Semua keperluannya terpaksa dibayar melalui kad kredit. Faedah yang perlu ditanggung lebih daripada RM500 sebulan itu belum dicampur pokok yang perlu dibayar. Dia merasa takut apabila dilanda musibah kerana tidak mempunyai duit simpanan. Apabila keretanya rosak, dia tidak dapat menggunakan kad kredit kerana semua kad kreditnya sudah hampir mencapai had maksimum.

Dia terpaksa menangguhkan pembayaran ansuran rumah dan kereta dan menggunakan duit gaji itu bagi membaiki keretanya. Kemalangan, kena saman, kereta rosak, anak masuk wad, ahli keluarga sakit dan insurans kereta tamat adalah perkara-perkara yang mampu membuatkan dirinya tertekan. Kini, satu-satunya kenderaannya baru sahaja ditarik. Bagi mengurangkan kos, dia menghantar anak dan isterinya balik ke kampung buat sementara waktu. Sebenarnya dia tidak sanggup berpisah dengan mereka tetapi dia terpaksa. Dia sudah mendapat notis dari bank bagi mengosongkan rumah kerana ia akan dilelong.

Zaman Derita :
Di kala Kamarul memerlukan sokongan daripada orang yang tersayang, dia diuji lagi dengan ujian yang besar. Isterinya memohon cerai kerana tidak tahan dengan keadaan hidup mereka yang semakin susah. Dia sudah tidak mampu memberi keperluan zahir kerana duit gajinya terpaksa digunakan membayar hutang-hutang itu. Dipendekkan cerita, pada 23 Ogos yang lepas, dia diisytiharkan muflis. Dia berasa sangat malu melihat namanya terpampang di dada akhbar-akbar tempatan. DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA DALAM KEBANKRAPAN NO X-XXXX-XXXX BER: SI POLAN BIN SI POLAN (NO. K/P XXXXX-XX- XXXX) … .Penghutang EX-PARTE: XYZ BANK BERHAD … … … ..

Habis semua harta Kamarul dilelong bagi membayar balik segala hutangnya. Selepas rumah dan keretanya dijual, dia masih berhutang sebanyak RM 45,000. Kamarul berasa sangat tertekan. Dia merintih, “Mana aku hendak letak lagi muka aku ini, nama aku sudah tidak ada nilai lagi. Sekiranya dahulu dunia ini satu pinjaman, maka aku pinjamlah. Tetapi, kini aku sudah tidak ada apa-apa lagi. Hidup aku porak-peranda kerana hutang. Oh, malangnya nasibku, seorang yang mempunyai ijazah tetapi akhirnya kecundang. Tetapi kenapa yang banyak kecundang adalah orang yang berpendidikan tinggi seperti aku ? Harga diri aku sudah tergadai.” “Wahai cucuku, setiap yang lahir ke dunia ini dimuliakan oleh Tuhan dengan maruah. Tetapi yang menjatuhkan dan menggadaikannya adalah kita. Tuhan tidak pernah ingin perkara yang tidak baik kepada kita, hanya kita yang menghancurkan diri kita. Bertaubatlah, sesungguhnya Tuhan itu maha pemurah dan pengampun.” Suara seorang tua berpakaian serba putih yang muncul dalam mimpi semalam masih terngiang-ngiang di corong telinga Kamarul. Ketika ini terdengar di corong telinga Kamarul. “Roh seorang Muslim… ” “Ya Allah, janganlah ambil nyawaku pada masa ini. Aku benar-benar takut sekiranya Tuhan mengambil nyawa aku pada masa ini kerana aku mungkin menjadi muflis di dunia dan akhirat.” Hidup aku Porak Peranda Keranamu Hutang !

Sinopsis Kewangan Kamarul ( Melalui 4 Fasa):
Fasa 1
Kais sebulan makan sebulan setengah. Sekiranya dahulu, pendapatan dan perbelanjaan Kamarul dapat diibaratkan ‘Kais bulan makan sebulan setengah’. Tetapi selepas setahun di alam pekerjaan, Kamarul mengorak langkah dengan meningkatkan satu demi satu perbelanjaan tetap seperti ansuran kereta. Pada masa ini, Kamarul dapat menyimpan sebahagian daripada duit gajinya setiap bulan. Dia tiada hutang lain kecuali keretanya.

Fasa 2
Kais bulan makan bulan. Selepas dua tahun, akhirnya Kamarul diibaratkan ‘kais bulan makan sebulan’. Gaji bulanannya hanya cukup membayar perbelanjaan bulanan dan perbelanjaan melalui kad kredit yang semakin bertambah. Pada masa ini Kamarul tidak mampu lagi menyimpan kerana duit gajinya yang diperuntukkan bagi menyimpan telah dikikis oleh hutang kad kredit. Dia membayar balik segala perbelanjaan yang dibeli melalui kad kredit pada setiap bulan. Hutangnya pada masa ini adalah kereta dan rumah.

Fasa 3
Kais bulan makan setengah bulan. Tanpa menyedari hakikat yang satu malapetaka yang teramat besar akan menimpanya tidak lama lagi, dia masih berbelanja tanpa membuat sebarang perancangan. Pada masa ini pendapatan bulanannya hanya mampu menanggung kos perbelanjaannya bagi setengah bulan manakala baki separuh lagi gajinya digunakan bagi membayar ansuran hutang. Dalam masa yang sama, dia terpaksa berhutang bagi separuh daripada keperluan yang tidak mampu dibayarnya dengan tunai. Akibatnya hutang kad kreditnya bertambah dari hari ke hari. Sekiranya dia memilih melambatkan pembayaran hutangnya, surat saman akan sampai kurang daripada tujuh hari. Ini kerana hampir semua ansuran hutangnya tertunggak 2 bulan.

Fasa 4
Kais bulan boleh makan seminggu. Sekarang Kamarul benar-benar di persimpangan, ¾ daripada gajinya digunakan bagi membayar ansuran minimum ataupun yang sudah tertunggak 3 bulan. Hanya tinggal suku daripada gajinya bagi makan, minum, pakai dan memenuhi keperluan asas yang lain. Gaji masuk setiap 28 haribulan. Pada 29 haribulan, duit dalam akaun sudah tinggal RM 78.42. Pada masa ini, Kamarul diwartakan sebagai muflis. Bukan kebaikannya yang dipamerkan di dada-dada akhbar tetapi hutang piutang yang tidak mampu dibayarnya.

Pilih yang paling cantik

Depetik dari isuhangat.net

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang
paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye…mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah…apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga.
Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang.
Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

日本語 私は逃す




To see you when I wake up
is a gift I didn't think could be real.
To know that you feel the same as I do
is a three-fold, utopian dream.
You do something to me that I can't explain.
So would I be out of line if I said,
I miss you.
I see your picture, I smell your skin on the empty pillow next to mine.
You have only been gone ten days, but already I'm wasting away.
I know I'll see you again
whether far or soon.
But I need you to know that I care
and I miss you.

Rabu, Disember 23, 2009

Bosannnnn

Tadi bapak ko call, dia ckp mmg aku takbleh jumpa ko dah.
Dia cakap atas arahan doktor. Aku paham tujuan dia nak protect ko.
Yela, aku pun bukan tahu nak jaga ko pun.. Lagi aku ignore ada laaa..
So aku tak salahkan dia..dia buat benda yg betul..

huh..dah 2 minggu lebih aku tak tengok dan jumpe ko..
macam mana ko skrg ye?

Kepercayaan,Keyakinan dan Keimanan

Aku dilahirkan Islam secara keturunan.
Kalau orang tanya aku puas hati ke dilahirkan Islam dan tidak memilih agama lain?
Aku tentu akan jawab "Aku puas hati dan bersyukur".
Kenapa ada orang yang tidak berpuas hati kerana mewarisi agama dari ibu dan bapanya?
Mungkin kerana mereka ia tidak mendapat hidayah?

Peristiwa yang aku alami pada hari raya qurban kedua tahun ini benar-benar meningkatkan lagi keimanan aku kepada Allah s.w.t.

Pada hari raya qurban kedua, keluarga aku di kampung mengadakan solat hajat kerana "naik rumah" dan aqiqah anak saudara aku. Selepas semuanya selesai, tiba-tiba kawan kepada adik aku terjatuh, aku ingatkan kenapa.. rupa-rupanya kawan adik aku dirasuk jin yang dipercayai hasil dari perbuatan sihir dari manusia yang dengki dengan keluarga kami. Adik aku sendiri pun telah beberapa kali dirasuk, kali ini kawan dia pula yang kena.

Dengan ilmu yang tak seberapa, aku cuba untuk membantu. Tetapi aku tidak berjaya menghalaunya.Sekadar mampu untuk melumpuhkan ia dari mengamuk dan berlari-lari didalam rumah. Dengan izin Allah, aku boleh berdialog dengan jin yang masih lagi berada dalam badan kawan adik aku itu.

Bismillahirahmanirahim...aku memulakan bicara. Mula-mula aku ingin mengesahkan agama yang dianuti jin itu. Maka aku bertanya "Wahai jin, kamu kenal Azazil"? Kemudian Jin itu menjawab "Ya manusia, Azazil itu adalah tuhan ku". Maka aku bertanya lagi "tidak takutkah kau terhadap Allah"? Ia menjawab " Allah itu bukan tuhan ku, tapi Dia adalah tuhan bagi kamu"!. Jelas sekali si Jin yang kafir itu turut mengakui kewujudan Allah tuhan sekalian alam.

Aku menyuruhnya keluar dari badan budak itu, tetapi dia engkar dan mengatakan budak itu mahu menghalau dia. Oleh kerana ilmu aku yang cetek ini, aku tak mampu menghalaunya, namun aku berjaya melengahkan masa sehingga Ustaz yang betul2 berpengalaman tiba.

Dari peristiwa ini, aku mendapat manafaat yang besar dimana ia telah meningkatkan lagi keyakinan dan keimanan aku kepada Allah. Allah dengan bermurah hati telah menunjukkan kepadaku bukti kewujudan alam ghaib,makhluk halus dan rahsia-rahsia alam yang lain. Yang paling penting, Jin itu sendiri telah mengakui bahawa Allah itu wujud dan Allah adalah tuhan kepada umat manusia dan sekalian alam. Namun Jin yang kafir itu derhaka dan memaling mukanya dari perintah Allah.

Sesungguhnya aku amat bersyukur kerana dilahirkan sebagai Islam.
Alhamdulillah

Isnin, Disember 21, 2009

Inginkan penjelasan

Bila dah tamat perintah berkurung nanti,
Sila terangkan apa yang berlaku,
Apa yang disorok,
Apa yang tak diberitahu,
Dan apa saja yang ko rasa aku tak tahu..
Sebab aku rasa tak best dgn apa yang aku tahu dari orang lain.
Byk benda kena bincang kalo ko still nak jumpa aku.

Sabtu, Disember 19, 2009

Aku bersyukur dan pasrah

Selepas aku balik dari surau untuk solat magrib,
Aku dikejutkan dengan ringtone ko,
Dengan penuh gembira,
Aku jawab phone dan aku menggigil,
Aku tak tahu nak ckp apa,
Ko ckp ko jadi begitu disebabkan aku,
Aku pasrah kerana ianya benar,
Aku tidak nafikannya,
Aku menyesal dengan memarahi mu hari tu,
Ko tanya kenapa semua orang sorokkan dia daripada ko,
Aku sendiri pun tak tahu,
Yang penting..
Aku boleh bersujud syukur setelah tahu ko selamat..

Aku gembira,
Ko nak jumpa aku di rumah,
Aku bersiap sedia utk berjumpa dgn ko,
Tanpa menghiraukan pesan dari papa dan family ko,
Seperti yang aku jangka,
Takkan semudah itu,
Papa call aku...
Dia ckp..zero contact dgn ko,
Katanya..itu arahan doktor..
Tapi aku tahu,,itu adalah keputusannya..
Dan aku faham dan pasrah..
Kerana dia ingin melindungi ko,
Dari rasa sedih dan perkara yg sama berulang.

Aku terima keputusan itu dgn penuh berat hati,
Tp aku gagahi demi ko,
Demi ko terus hidup dengan sokongan keluarga..
Aku beransur-ansur kena lupakan ko,
Kita tak mungkin akan bersama,
Walaupun aku sayang dan rindukan ko,
Tp aku terpaksa lepaskan ko,
Kerana itu yang terbaik..

Nodame, aku minta maaf..
Ini coretan terakhir ku buatmu..
Selamat tinggal...

Jumaat, Disember 18, 2009

Monolog Lagi

Wahai blog ku,

Semalam aku bawak adik-adikku pergi Desa Waterpark,
Plan asal aku nak pergi A Famosa dgn adik-adik dan dia,
Tp tak jadi. So pergi yang dekat sudah..

Selepas itu aku ke Bangsar,
Seakan-akan aku menonton wayang hidupku,
Kedai2 yang biasa kami pergi,
Blooks,BSC,La Bodega.

Dan tidak lupa...Restoren Berjaya..
Wantan Mee yang sedap.yummy..
Mana aku tahu kedai tu?
Dia yang bawa aku pergi situ dulu..
Thanks..memang sedap!

Aku pun balik tidur setelah seharian aku berjaga..

Khamis, Disember 17, 2009

Aku ingin kau tahu

Hari ni sudah hari ke-4,
Dan hari ni hari ke-2 aku cuti,
Ada 3 hari lagi untuk aku harungi cuti yang menyedihkan ini,
Aku deman sb tak cukup tidur,
Aku tak tahu berat badan ku susut berapa kilo,
Ini kah rasanya bila sedih dan down?
Inikah yang ko tanggung selama ini?
Perit..pedih..
Walaupun aku pernah laluinya dahulu..
Tapi ini yang paling pedih,
Kerana ko bertarung dengan nyawamu sendiri.

Aku ingin kau tahu,
Kenapa aku ingin jumpa ko selepas ko datang rumah ambik wii,
Kerana aku rasa tak sedap hati,
Aku ingin tgk ko dgn mata aku sendiri,
Sebelum ko pergi Bt Pahat,
Firasat aku betul,
Ko ditimpa sesuatu.

Semalam aku call abang,
Abang cakap ko dah sedar,
Tapi belum stabil,
Alhamdulillah..Doa aku dan family ko dimakbulkan tuhan.
Aku minta kebenaran untuk melawat ko,
Seperti yang aku jangka,
Aku tidak dibenarkan sama sekali.

Family masih lagi terkejut dan trauma,
Melihat ko begitu,
Mereka pernah menasihati aku,
Agar selepas ini kalau boleh jangan berhubung dgn ko,
Mereka akan menjaga ko sepenuh hati,
Mereka tidak benarkan orang-orang luar seperti aku mencampuri,
Aku cuba hubungi adik,
Sama saja..mereka mula memesongkan arah aku,
Aku tidak dibenarkan berada dalam lingkungan ko,
Aku faham kebimbangan dan tujuan mereka,
Agar ko tidak lagi sedih..
Maafkan aku kerana marahi ko,
Aku sebenarnya cemburu..
Cemburu buat aku marah..

Aku ingin kau tahu,
Kenapa aku cemburu?
Kerana perasaan yang hilang dulu telah kembali,
Di saat aku fetch ko dgn si biru ku,
Kita ronda2 sekitar ini,
Makan nasi kukus,
Aku nampak wajah ko yang hidup,
Setelah aku maafkan ko dan tak marah ko lagi.

Aku ingin kau tahu,
Aku mulai jauh dari mu,
Atas permintaan keluarga,
Dan untuk kebaikan ko,
Bukan keluarga ko benci aku,
Tapi mereka taknak susahkan aku,
Tapi aku tak kisah,
Asalkan ko sihat dan selamat,
Aku rela turuti mereka,
Aku tak kisah dah wii yang ko pinjam malam tu,
Aku lupa terus setelah mendengar keadaan ko,
Cepatlah sembuh wahai Nodame ku..

Aku ingin kau tahu,
Aku sebenarnya amat menyayangimu,
Aku amat merindui mu,
Setelah aku bertemu ko semasa menaiki si biru itu,
Perasaan itu telah kembali.
Tetapi aku takut untuk mencintaimu,


Maafkan aku..
Aku tak boleh hubungi ko lagi,
Tapi kalau Tuhan izinkan keajaiban,
Aku akan menerima ko dgn setulus hati.

Sekarang..
Aku berusaha pergi dari ko,
Berusaha melupakan ko,
Walaupun sgt susah,
Tp aku akan berusaha,
Seperti yg aku janji dgn family ko,
Agar ko tidak sedih lagi..
Aku akan pergi ke tempat yang boleh buat aku lupakan ko,
Tp aku takkan mungkiri janjiku,
Takkan menyentuhnya lagi,
Setelah aku lihat apa yang terjadi pada ko,
Selamat tahun baru Hijrah..
Sayonara Nodame..

Rabu, Disember 16, 2009

Aku ingin minta maaf

Aku ingin minta maaf,
Aku banyak kali memarahi ko,
Tanpa memberi peluang untuk ko explain,
Aku kesal.

Aku ingin minta maaf,
Sebenarnya aku sengaja cakap ko tak pergi engagement kawan ko,
Sebab aku nak ko marah aku dan give up kat aku,
Sebenarnya ko pergi majlis tu,
Aku marah sebab ko tipu nak tidur dkt sana,
Dan yang sedang marah ketika itu,
Membuat sesuatu yang tak patut aku buat.

Sebenarnya aku tersalah langkah,
Aku ingat dengan menyokong ko untuk move on,
Aku boleh selesaikan segala,
Aku cakap aku nak blah hari tu,
Sebab aku nak ko carry on dgn happiness yg ko sedang rasai,
Rupanya aku salah,
Aku tak patut marah ko dan bagitau nak blah macam tu,
Aku patut dengar apa yang ko cakap.
Aku tersalah langkah dengan teks engkau pasal tu.
Aku ingat ko membenci aku dan terus move on,
Tp ko makin down...
Maafkan aku..

Aku susuri balik teks2 lama dari ko,
Memang betul cakap ko dulu,
Aku tak pernah nampak,
Aku buat tak kisah..
Sebenarnya bukan aku tak nampak,
Tapi aku ego,
Aku sengaja butakan mata,
Kerana aku sedar aku tak mampu buat apa yang ko buat terhadap aku,
Ibarat langit dan bumi,
Ko sanggup bekorban untuk aku,
Aku? hmm...aku ingore ko kaw kaw.
Aku juga minta maaf untuk itu.

Aku juga ingin minta maaf,
Sebab aku tak pedulikan ko,
Bila ko sunyi,
Bila ko perlukan telinga untuk mendengar,
Bila ko perlukan aku,
Tp ko selalu cari jalan untuk menjadikan aku jadi lebih baik,
Itu tidak adil kepada ko,
Sb itu aku dingin terhadap ko,
Agar ko benci aku dan takkan pandang aku,
Sebab itu aku tak marah pada ko dan dia,
Dia ada bila ko memerlukan.
Aku menyesal..aku tersalah langkah.
Aku minta maaf.
Sebenarnya aku kagum dgn apa yang ko buat,
Tapi aku tidak berani menyatakan,
Kerana aku mengenang kembali apa yang aku buat.
IGNORE..
Aku minta maaf...

Aku minta maaf,
Ko cakap ko nak prove dkt aku,
Ko akan di rumah,
Aku yang ego ini memarahi ko,
Ko cuba untuk explain,
Tp aku cuba tutup peluang itu,
Sebenarnya aku rasa aku tak layak untuk ko,
Ko sanggup berkorban demi aku,
Tapi aku tidak..
Dan yang paling aku tidak sangka..
Ko sekarang tidak sedarkan diri..
INI ADALAH PENGORBANAN yang tak mampu aku lakukan,
Tapi ko dah lakukan..
Aku minta maaf..

Aku minta maaf,
Sebab aku tidak mengakui sesuatu yang penting,
Aku pendamkan perasaan aku,
Yup, perasaan yang hilang itu telah kembali,
Sejak aku fetch ko keluar makan dkt nasi kukus,
Aku ego dan cuba nafikan,
Sb aku takut peristiwa Seri Jati dan Momok berulang..
Aku sgt takut akan itu...
Sebab itu aku mula resah bila ko hilang,
Aku marah bila aku tahu ko tipu,
Pasal aku tak boleh tido hari tu,
Aku menafikan aku tak boleh tido sebab risaukan ko,
Lalu aku minta sleeping pill dari ko,
Padahal ia benar,
Aku memang risaukan ko,
Perasaan dari bagan lalang itu telah kembali,
Maaf, aku tak bgtau ko..
Kerana aku rasa aku tak layak lg untuk ko,
Yang telah byk melakukan sesuatu demi aku.

Aku minta maaf...
Bila ko dah sedar,
Ko pilihlah jalan ko sendiri,
Aku malu untuk berdepan dengan ko..
Malu kerana tunduk dgn ego aku sendiri,
walaupun sebenarnya..

Aku amat menyayangi ko..
Walaupun ia sudah terlambat...

Melutut sembah kepada Yang Maha Esa

Ya Allah,
Sebenarnya aku malu untuk berjumpa dengan mu,
Apatah lagi ingin meminta sesuatu dariNya,
Tapi aku gagahkan diri, tebalkan muka,
Meminta tanpa jemu,
Agar engkau sedar dan kembali ke duniaNya.

Dengan hati yang tidak suci ini,
Aku memakai kopiah yang ko beli dari tanah suci,
Aku menjejakkan kaki ke surau depan rumah ku,
Yang biasanya hanya aku jejaki untuk solat jumaat,
Tak henti-henti menadah meminta dariNya.
Kerana aku tak sanggup kehilangan,
Perasaan akan kehilangan lebih pedih dari..
Perasaan ditinggalkan ko bila ko pergi ke Seri Jati,
Lebih pedih dari apa yang aku alami sejak akhir-akhir ini.

Ya Allah,
Aku tak bedaya,
Tolonglah hambaMu ini,
Bangunkanlah dia,
Dari tidur yang dalam itu.

AMIN

Aku ingin kau terus hidup

Aku lupa nak bagitau.
Semalam,
aku balik rumah ambil kereta,
Aku kemas baju dan toiletries,
Ko tahu baju mana yang aku pilih?
T-shirt couple yang warna hijau muda tu,
Dulu ko beria-ria sangat nak aku pakai,
Aku pun bawa untuk pakai,
Aku ingat aku boleh teman ko dan berbisik kepada ko,
Dengan memakai t-shirt itu.

Aku belek satu persatu teks ko,
Aku kejam kan?
Semua aku ambil ringan,
Aku ingat ko cakap saja macam biasa,
Aku nak ko tahu,
Setiap kali ko kat sana,
Aku sakit,aku sedih...
Ingin ku redah je ICU tu,
Agar aku boleh melihat ko,

Adik baru habis exam,
Dia menuju ke hospital sekarang,
Aku masih tak tidur,
Akan ku cuba gagahi untuk ke hospital,
Ko juga patut gagah bertarung untuk terus hidup..
Kerana aku ingin engkau terus hidup..
Demi Allah..

Aku tidak mampu untuk lelapkan mata lagi,
Selagi ko tak membuka mata,
Aku gagahkan diri pergi kerja,
Hujan menangisi apa yang terjadi kepada ko,
Aku kuyup sedikit,
Air mata mengalir seakan ingin berlawan dgn hujan..
Aku menangis lagi..
Entah kotak keberapa rokok yang aku hisap skrg ni,
Aku ingin ko terus hidup..

Selasa, Disember 15, 2009

Aku ingin kau bangun

Malam tadi aku ambil cuti kecemasan,
Aku bergegas ke hospital,
Semasa drive ke sana...air mata ini terus mengalir deras,
Aku meraung tanda sedih dan kesal,
Si biru ini membawa aku kesana,
Tiada guna si biru yang gagah perkasa ini,
Jika co-pilot seat nya tiada engkau.

*Aku tergesel dinding semasa parking kereta, kerana sangat cemas*

Aku jumpa papa, aku tutupi muka sembat tangisku dengan cermin mata,
Papa nampak rileks tp aku nampak dari matanya dia sangat risau,
Kau ketika itu masih tidak sedarkan diri,
Mata mama bengkak kerana menangis dari petang semalam,
Raut wajahnya cukup kesal dan sedih,
Aku ingin disampingmu,
Berbual denganmu,
Menyuruh ko bangun dan move on seperti biasanya,
Doktor tak benarkan aku masuk,
Even papa dan mama pun duduk di tempat standby,
Aku susuri pagar hospital,
Tiada kelihatan kelibat katil ko,
Adik tak habis2 tanyakan update dari aku,
Dia ada exam hari ni.

Adik bagitau aku,
Ko bersungguh-sungguh nak sambut birthday dia,
Tapi dia tolak kerana ko nak sambut sekali dengan dia,
Adik masih lagi sedih,
Air mata dia tak henti mengalir,
Aku kononnya suruh dia behave,
Tp last sekali dia lak yang tenangkan aku.

Aku bagitau adik2 aku,
Mereka terkejut,
Katanya..saat ko sampai dirumah aku malam kelmarin,
Ko nampak lain,
Ko terjatuh,
Masa ko nak balik,
Pelut salam dan cium pipi adikku,
Mendengar cerita itu,
Aku terus menangis

Papa cakap padaku,
Bila ko dah bangun,
Kalau boleh, henti kejap contact ko,
Bagi ko betul2 sihat dulu,
Aku tahu..sbenarnya..
Dia taknak ko sedih bila tengok aku,
Sb akulah punca kesedihan ko,
Aku dah buat keputusan,
Aku akan ikut cakap papa,
He knows the best,
Ko buatlah keputusan hidup ko,
Aku takkan paksa dan marah ko lg,
Aku takkan paksa ko mengakuinya lg,
Aku takkan marah jika aku tahu ko berbohong,
Aku akan simpan semuanya didalam,
Biar ia lenyap begitu saja,

Aku sekarang berada dirumah,
Update blog ini,
Bukan untuk ko tahu,
Tetapi sebagai nota sejarah kepada aku,
Kerana kita mungkin tak akan jumpa lg,
Aku yakin bila ko sedar,
Ko tidak lagi mempedulikan internet,
Sebab tu aku berani meluahkannya disini,
Aku turuti kata papa dan keputusan ko sblm ko tak sedar,
Papa baru sms ckp ko still in observation,
Di sini aku tunaikan solat hajat,
Dan teruskan berdoa untuk ko bangun,
Nanti aku akan menulis lagi..
Semoga ko cepat sedar dan sembuh...
AMIN.

Aku perlukan pertolongan semua

Kepada semua pembaca blog ini, aku minta korang doakan agar kawan aku selamat.
Dia ditemui tidak sedarkan diri sejak tidur dari semalam. Ibubapanya baru menyedarinya petang tadi. Sekarang dia masih tidak sedar dan berada dihospital.

Kepada kawan aku yang sedang bertarung nyawa..

Aku minta maaf kerana tidak menyedarinya dari awal,
Aku minta maaf kerana marah dekat ko semalam,
Aku bukan sengaja, tp ko dah mencabar kesabaran aku,
Hari ini aku ingat kau ulangi silap yang sama,
Aku memang dah nekad untuk marah dan ignore engkau selamanya,
Tapi bila aku tahu ko sedang bertarung nyawa,
Aku menjadi sebak dan serta merta air mataku menitis,
Hilang segala amarah dalam diriku,
Aku sudah memaafkan mu,
Aku silap kerna tidak mengendahkan kata-katamu,
Aku mungkin tidak sanggup melawat mu,
Aku juga tidak sanggup melihatmu terbujur bertarung nyawa,
Padahal dlm hati kecil ku ingin ku berada disisi mu memberi sokongan,
Pabila kau sedar,
Aku sudah pergi jauh..agar kau tidak dimarahi lagi.
Sorry, aku kawan yg suka marah, sb aku concern pasal ko.

Ya Allah,
Sudah lama aku tidak meminta sesuatu darimu dengan sepenuh hati,
Kabulkan permintaan hambamu ini,
Selamat kan nyawa si kerdil itu,
Dia jahil, dia alpa,
Bukan salahnya,
Tapi salah aku yang tidak menariknya keluar dari kegelapan,
Dengan izinmu Ya Allah, sembuhkanlah dia..
Amin...

Ahad, Disember 13, 2009

Suara Hati Berbicara

Aku bukannya cemburu dengan kembiraan orang lain,
Aku juga bukannya cemburu bila seseorang tu dah bangun,
Tetapi aku marah kepada diriku yang tahu apa sepatutnya kamu sembunyikan,
Itu adalah petunjuk dari Tuhan yang maha esa,
Aku hanyalah hambanNya yang lemah.

*terhenti sejenak*

Aku keliru,
Kita bukannya sesiapa,
Tetapi kenapa harus menafi?
Kenapa harus berbohong?
Ini membuatkan hatiku terdetik.
Inikah pembalasannya?

Katanya aku adalah..
Orang terakhir yang mampu membawamu bangun dan terus berlari,
Kawan yang sentiasa menyokong,
Sahabat yang selalu mengkritik baik buruk,
Adakah seorang sahabat layak dibohongi?

*muhasabah diri*

Namun,
Aku tidak pernah menyalahkan sesiapa,
Dikala kau sedih dan mengalirkan air mata..
Di mana aku ketika itu?
Seharusnya sahabat harus meminjamkan bahunya untuk ditangisi,
Dikala kau keseorangan..
Di mana aku ketika itu?
Seharusnya seorang kawan harus menemani sehingga rasa gusar kau hilang.

Oleh itu,
Kau berhak untuk menyimpan tanpa beritahu,
Kau juga berhak berada di mana saja yang kau suka,
Kau juga berhak berdamping dgn insan yang bersama kamu,
Ketika aku tidak mampu untuk menemani dan berbicara.

Aku ingin kau tahu,
Pembohongan dan penafian itu memberi kesan kepada aku,
Ia telah membunuh perasaan kecil yang beransur tumbuh berminggu-minggu dahulu,
Ia telah membunuh kepercayaan ku,
Ia telah membenamkan segalanya!
Tiada apa yang tinggal.

Akhirnya..
Aku pergi jua,
Aku dibunuh jua,
Sebagaimana aku membunuhmu suatu masa dahulu.

Ingatlah..
Ini bukan salahmu,
Ini juga bukan salah orang sekelilingmu,
Aku tidak akan pernah memarahimu lagi,
Walaupun aku tahu terlalu banyak,
Setiap kali rasa marahku bangun,
Aku bertanya kepada diri sendiri,
Di mana aku ketika itu?

Ya Tuhan aku bersyukur,
Keranamu menyatakan kebenarannya,
Aku menarik nafas lega,
Dan terus berlari ke depan.

Sabtu, Disember 12, 2009

I'm tone deft!!







I'm so blur..but i'm glad









p/s: Auf Wiedersehen. no more ziehendes. .it' s stark, zum der Wahrheit mit jemand zu kennen, das über sie verweigerte

Teruskanlah



Pernahkah kau bicara
Tapi tak di dengar
Tak di anggap
Sama sekali

Pernahkan kau tak salah
Tapi disalahkan
Tak di beri
Kesempatan

Reff :
Kuhidup dengan siapa
Ku tak tau kau siapa
Kau kekasihku tapi
Orang lain bagiku

Kau dengan dirimu saja
Kau dengan duniamu saja
Teruskan lah.. Teruskan lah
Kau begitu

Kau tak butuh diriku
Aku patung bagimu
Cinta bukan
Kebutuhan mu

Back to reff.

Hoo.. Hooo

Kau dengan dirimu saja
Kau dengan duniamu saja
Teruskan lah.. Teruskan lah
Kau.. kau begitu

Teruskan lah… teruskan lah..

p/s: my task almost over

Gulung,lipat kecil-kecil, gali dalam dalam, tanam..

Hanya aku dan Allah sahaja yang tahu kenapa sebabnya aku mula membuka mata, memasang telinga, dan meringankan mulut. It is a possible doubt!! Tapi aku decide utk menggulungnya, melipatnya kecil-kecil, gali lubang dalam-dalam..dan tanamnya agar tiada siapa yang tahu. Aku sendiri pun takkan ambil tahu selepas itu.

Yang penting sekali, aku ingin menjadi diriku..dengan cara ini, aku tidak menjadi orang itu.

Sihir

Entry kali ni agak mistik sikit, tapi sesuai untuk dikongsi bersama.


Mengenal Ciri Sihir

Tanda Yang Dengannya Penyihir Diketahui?

Syeikh Wahid Bali berkata:

Jika ditemui 1 tanda dari tanda-tanda berikut pada pengubat, maka ia adalah tukang sihir tidak diragukan lagi. Tanda tersabut adalah:

Ia akan menanyakan nama pesakit dan nama ibunya.

Ia akan mengambil salah satu barang si pesakit seperti baju, sapu tangan, baju kapas dan sebagainya.

Meminta seekor haiwan dengan sifat tertentu untuk disembelih dengan tidak disebut nama Allah. Kemungkinan melumur darah pada pesakit atau membuangnya di tempat yang jauh.

Menulis azimat.

Membaca jampi atau mentera yang tidak difahami.

Memberi penangkal kepada pesakit yang didalamnya terdapat huruf atau nombor.

Ia memerintahkan pesakit untuk mengasingkan diri dari manusia selama beberapa waktu dalam sebuah ruangan yang tidak dapat dimasuki matahari.

Ia memberi pesakit beberapa benda yang harus ditanam.

Ia memberi pesakit kertas-kertas yang harus dibakar dan diasapkan.

Ia membaca kumat-kamit ucapan yang tidak dimengertikan.

Terkadang penyihir memberitahu kepada pesakit namanya dan nama daerah asalnya serta masalah yang membuatkannya datang kepada penyihir tersebut.

Ia menuliskan kepada pesakit huruf-huruf Muqatha’ah di dalam suatu kertas (sebagai penangkal) atau di dalam sebuah piring yang dibuat dari porselin putih dan memerintahkan pesakit untuk mencairkannya dan meminumnya.

Jika kamu telah mengetahui bahawa seseorang tersebut adalah penyihir, maka janganlah kamu termasuk dalam ucapan Rasul SAW: Barangsiapa yang mendatangi tukang ramal lalu ia mempercayai apa yang di katakannya, maka ia telah kufur terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad.

(Sahahih al-Jami’ 5939)


9 JENIS SIHIR

AL MARAD

Sihir sakit, orang yang terkena akan sentiasa sakit anggota badan, tidak berfungsi tiba-tiba atau kaku tubuh badan.

AL HAWATIF

Sihir yang membuat seseorang bermimpi ngeri, berasa diseru dalam mimpi, mendengar suara orang bercakap dalam jaga. Banyak was-was dan kuat syak wasangka pada orang yang rapat atau disayangi.

TA”TIL TAWAJ

Sihir bagi merosakkan perkahwinan seseorang. Kesannya akan merasa takut untuk berkahwin, mudah marah dan lupa dan kurang syahwat.

TAFRIQ

Sihir yang memisahkan suami isteri. Kesan sihir ini timbul perasaan marah dan benci apabila memandang satu sama lain sehingga merosakkan hubungan rumahtangga.

AL MAHABBAH

Sihir yang dibuat oleh isteri ditujukan kepada suaminya agar taat dan patuhi arahannya.

TAKHAYYUL

Sihir yang menyebabkan orang yang terkena sentiasa berkhayal. Juga akan berimaginasi benda kecil tetapi pada pandangannya ia besar.

NAZIF

Sihir yang dikenakan pada wanita yang mengalami darah istihadah (haid yang melebihi tempohnya), Darah akan keluar berterusan berbulan-bulan.

AL JUNUN

Sihir yang menjadikan seseorang lupa dan tersasul. Apabila bercakap matanya terbeliak. Tidak akan tetap di suatu tempat dan sering bertukar kerja. Selalu dilihat keluar tanpa hala tuju dan tinggal dirumah kosong.

AL KHUMUL

Yang terkena sihir ini akan suka bersendiri untuk tempoh yang panjang. Benci pada perhimpunan. Sentiasa resah dan lambat melakukan kerja.


TANDA-TANDA KITA DISIHIR DAN CARA MENGATASI & CEGAH


Sihir ni perbuatan jin dan syaitan, dan daripada manusia yang mahu merosakkan orang lain sbb dengki, sakit hati, cemburu ect. Manusia ni pegi kat tukang sihir or what we know as bomoh or pawang. Tukang sihir ni guna khidmat jin dan syaitan provided that tukang sihir ni buat sesuatu balik untuk jin/syaitan ni. Contohnya, jin/syaitan ni suruh tukang sihir ni kencing pada Al_Quran, baru dia mahu berkhidmat dengan tukang sihir ni.

Bagaimana kita tahu orang yang kita 'minta tolong' tu adalah tukan g sihir?

1. Bomoh ni akan minta things like gambar, songkok, kain pelekat/kain batik, asam limau, telur, and also your birthdate.
2. Bomoh ni akan minta binatang 'pelik' like ayam hitam ke, kambing putih ke etc
3. They read Quran in a funny way, very fast and unclear. Sebenarnya mereka mencampuradukkan/menterbalikkan ayat-ayat Al-Quran dan masukkan nama jin/syaitan di antara ayat-ayat yang dibaca tu.
4. They are dirty, kuku kotor, pakaian bau busuk. Do not reflect as orang yang mengamalkan Islam.

Akibat orang cari tukang sihir - telah kufur kepada Rasulullah. Sbb cara ini menunjukkan you believe there are people who knows ghaib and that is HARAM! Even Rasulullah has said that cuma Allah saja yang tahu tentang ilmu ghaib, not even him yang ada ilmu tu.

Bagaimana kita tahu kena sihir?

1. Cannot sleep at night
2. Suka ketawa sendiri
3. Tak suka mandi
4. Suka makan banyak. Actually makan for two - sendiri + jin!!
5. Suka duduk dalam bilik air lama-lama.
6. Able to speak in different language secara tiba-tiba!

Bagaimana Hendak Mencegah Sihir?

1. Bacalah 3x selepas solat subuh dan 3x selepas maghrib - read loudly, not in heart!

"Maasyaa Allahukaana wamaalam yasyaklam yakun
Walaa haulawala quwata illabillahi 'aliiyil 'azhiim"
Maksudnya: Apa yang Tuhan kehendaki akan berlaku. Apa yang Tuhan tidak restui tidak akan berlaku. Tidak ada upaya melainkan kehendak Allah.

- Bacalah secara lafaz, jangan baca di hati
- Agar jin/syaitan lari dari rumah kita.&n bsp; Imagine rumah yang tiada syaitan dan jin, tiada perasaan marah, takdelah asyik nak gaduh sesama ahli keluarga betul tak?
- Sometimes when you have a bad fall, or when your kids suddenly fall, don't just laugh it off. Cepat-cepat baca 3 Qul dan ayat di atas dan gosok badan. Jin tak akan masuk dalam badan.

2. Turut perintah Allah.

- Antaranya: Mandi hadas besar as soon as haid kering. Do not wait after 1 day baru nak mandi hadas. Sometimes kita suka melengahkan mandi hadas ni. Same goes to junub. Kita dikelilingi syaitan! Don't prepare breakfast dalam keadaan junub! Bahaya!

3. Lebihkan zikir.

- Ayatul Kursi - mengiringi tiap waktu solat fardhu
- Surah Al Baqarah - baca di rumah 1 hari, 3 hari syaitan tak masuk rumah. Baca sebagai wirid harian ayat 285 yang berm ula dari "Aamanarasul.."
- Doa Rasulullah untuk tiap perbuatan seperti doa masuk tandas, keluar tandas, menghadap cermin, doa makan ect.
Note! "Arasy" atau tempat syaitan rehat is the lubang najis. Jangan duduk lama di situ. Dah habis 'bisnes' keluar la.. ubah tabiat suka baca suratkhabar or majalah dalam jamban! Also, do not sing in tandas! Jin can also attack thru mirror. Oleh itu protect yourself by reciting the doa menghadap cermin.

4. Jangan bagi anak-anak keluar waktu maghrib. Jin dan syaitan byk di taman-taman, halaman rumah, padang. So, always know where your kids are bila masuk waktu maghrib. Kita suka buang sampah waktu maghrib. Time to change!

5. Seelok-eloknya ada tamar di rumah, especially tamar dari Mekah or Madinah. Jin dan syaitan tak suka tamar dari Mekah dan Madinah.
- Makan 7 biji tamar Ajwa atau tamar dari Madinah tiap pagi.

6. Tiap malam sebelum tidur dan tiap pagi baca 3 Qul, tiup ke tangan dan sapu seluruh tubuh.
Boleh baca dan niatkan sebagai zikir bila datang haid.

7. Sebaik-baiknya usaha untuk mencari tempat sihir dan buangnya. Ayat khas untuk mencari tempat sihir - surah Al-Kauthar.

8. Muhasabah diri, bertaubat dan banyak beristighfar. Gangguan might be from your own doings.

Mencegah dan Berubat Orang kena Sihir.

Letakkan tangan di tempat yang sakit di tubuh dan baca:

Bismillaahi (3x)
A 'uudzu bi 'iizzatillaahi waqudrotihi min syarrimaa ajidu wa uhaadziru

Ertinya: Dengan menyebut nama Allah.
Saya berlindung dengan kekuasaan Allah dan ketentuanNya dari kejahatan sakit
yang saya rasakan dan saya khuatirkan.


Bacalah ayat di atas 7 kali.

Kemudian baca doa:

Allahumma robbannaasi adzhibil baksa. Isyfi antasysyaafii laasyaifaa-a illaa syifaa uka.
Syifaa-an laa yughaadiru saqomaa.

Ertinya:
Ya Allah, Tuhan manusia, lenyapkankanlah penyakit ini. Sembuhkanlah, Engkau jualah Tuhan yang menyembuhkan penyakit yang tiada kesembuhan melainkan kesembuhanMu.
Dengan kesembuhan yang tiada ditambah penyakit lagi.

Treating Orang ya ng Kena Sihir

1. Ambil 7 helai daun bidara (daun ini diguna buat mandi mayat- jin takut daun bidara!), dan ditumbuk atau digiling is most prefered. It is a symbolic action to hancurkan perbuatan jin. Sambil giling daun-daun bidara ini, baca:
- Ayatul Kursi
- Al-Kafirun ( Qulya ayyuhal kafiruun..)
- Qul ~ Ahad
- Qul ~ Falaq
- Qul ~ Naas
- Surah Yunus ayat 81
- Surah A'Raf ayat 120-121
- Surah Thaahaa ayat 69 mulai " Wala yuflinu..."

2. Campurkan daun yang telah digiling tadi dalam baldi yang dipenuhi air yang boleh diminum.

3. Ambil 3 sudu air tadi untuk beri pesakit minum.

4. Selebihnya dibuat mandi. Do it masa masuk waktu maghrib.

5. Ulangi s elama 41 hari. Buat 41 hari berturut-turut lagi bagus. Tapi kalau nak selang sehari dua baru ulang pun boleh gak tapi jangan sampai seminggu gap...tak menjadilah! Kalau tak sembuh juga, ulangi 41 hari lagi (could be a strong sihir).

Another method is the 'dry way'. That is, tak payah mandi, but baca terus pada pesakit sambil sapu kepala dia.

Sekian, Wallahu a'lam.

Yang ini depetik dari laman web Darul Syifa'

Ayatul Syifa' : Al-Quran Sebagai Rahmat dan Penyembuh

Sesungguhnya di dalam al-Quran banyak menyebut tentang ayat-ayat kesembuhan (Ayatul Syifa’) yang membentangkan pelbagai pengajaran penting berkaitan dengan kesihatan dan kesejahteraan diri. Ayat-ayat yang dimaksudkan ialah seperti berikut:

1. Surah at-Taubah: 14:



Perangilah mereka, nescaya Allah akan menghancurkan mereka dengan (perantaraan) tangan-tanganmu dan Allah akan menghinakan mereka dan menolong kamu terhadap mereka, serta melegakan hati orang-orang yang beriman.

2. Surah Yunus: 57:



Wahai manusia, Sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman

3. Surah an-Nahl: 69:




Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). dari perut lebah itu ke luar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan

4. Surah al-Isra’: 82:



Dan Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian

5. Surah asy-Syu’ara’: 80:



Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan Aku,

6. Surah Fussilat: 44:



Dan Jikalau Kami jadikan Al Quran itu suatu bacaan dalam bahasa selain Arab, tentulah mereka mengatakan: "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya?" Apakah (patut Al Quran) dalam bahasa asing sedang (Rasul adalah orang) Arab? Katakanlah: "Al Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang mukmin. dan orang-orang yang tidak beriman pada telinga mereka ada sumbatan, sedang Al Quran itu suatu kegelapan bagi mereka[*1]. mereka itu adalah (seperti) yang dipanggil dari tempat yang jauh".

[*1] Yang dimaksudkan suatu kegelapan bagi mereka ialah tidak memberi petunjuk bagi mereka.

DOA YANG SANGAT WAJAR DIAMALKAN DI ZAMAN INI (AYAT PENGERAK)

Oleh: Ismail bin Abu Bakar

Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut;



Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;



(Klik disini untuk mendengar bacaan doa ini)


Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;

1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah

Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;


1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.


Keberuntungan beramal dengan doa ini


Terhindar Daripada Bahaya

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;

• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.

• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.

Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.


Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan

Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.


Terhindar Daripada Sihir

Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.

Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.

Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.

Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.


Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus

Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.

Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.

Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.

Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya'Allah.

p/s: entry ini boleh dipublish utk kebaikan bersama. aku bukan penulis asal.aku cuma compile balik je. credit kepada penulis asal