Jumaat, Februari 20, 2009

Bangsa Ikutan?

Mengikut sejarah, penempatan awal di Tanah Melayu telah wujud 3000 sebelum masihi. Dalam jangka masa tersebut, wujudnya beberapa kerajaan-kerajaan tersohor yang berasaskan ajaran hindu. Sebelum itu bangsa Melayu mengamalkan fahaman animisme yang diturunkan dari nenek moyang mereka.

Peralihan Kepercayaan

Selaras dgn kewujudan kerajaan-kerajaan berasaskan hindu si setiap pelusuk Tanah Melayu, di mana rajanya mengamalkan ajaran hindu, rakyatnya yang dahulunya mengamalkan animisme telah bertukar arah dan mengamalkan kepercayaan yang sama dgn rajanya. Bagi mereka, raja berkuasa mutlak,raja ibarat tuhan dan siapa yg tidak mengikut raja adalah derhaka. Tanpa mengikut keinginan yang diputuskan dengan akal fikiran sendiri, mereka ini bertaklid buta terhadap raja mereka dan memutuskan utk mengikut apa saja yg dianuti oleh raja.Maka seluruh hamba melayu ini menganut agama raja mereka dan mungkin ada lagi segelintir yang masih mengamalkan animisme. Dalam proses transformasi ini, masyarakat melayu telah menyerapkan elemen-elemen animisme kedalam kepercayaan baru mereka.

Gambaran mengenai kehidupan melayu hindu animisme pernah diceritakan dalam filem melayu bertajuk Nur Islam, lakonan Nordin Ahmad. Terdapat aksi terang-terangan si mahmud June menyembah patung "Maha Dewari". Upacara sembah berhala tu diketuai oleh 'tok sami' lakonan Dollah Sarawak. Dalam filem itu, sesiapa yang ingkar perintah raja akan dihumbankan kedalam api yang menyala didepan patung Maha Dewari. Jika anda ingin melihat "duplicate" kepada nenek moyang kita, silalah ke pulau Bali Indonesia. Di sana anda boleh lihat Hindu yang dianuti oleh mereka tidak sama dgn Hindu di negara India dari segi budaya dan cara sembahyang.

Kedatangan Seorang Pelarian

Seorang pelarian dari Palembang bernama Parameswara yang beragama Hindu tiba di Tanah Melayu dan mengisytiharkan dirinya sebagai raja.Hamba melayu di masa itu dengan tangan terbuka menerima perlantikan tersebut tanpa banyak soal. Kenapa dikalangan melayu dizaman itu tidak ada seorang yang terfikir utk menjadi raja? Kenapa sekarang baru ramai yang berusaha utk mengisytiharkan diri sebagai raja? Nama Raja Noor Jan Shah tiba-tiba mengemparkan negara kita dgn tuntutan beliau itu.

Kesultanan Melayu Melaka

Parameswara mula memerintah melaka setelah lari dari Temasek dan menukar agamanya kepada Islam setelah Islam disebarkan oleh pedagang-pedagang arab pada masa itu. Beliau menukar namanya kepada Sultan Iskandar Shah. Di Temasek, beliau membunuh wakil Kerajaan Siam bernama Temagi agar beliau boleh memerintah Temasek. Beliau sampai ke Melaka setelah diusir oleh Siam. Nama Islam Parameswara masih lagi belum dipastikan kerana ada yang mengatakan Parameswara dan Sultan Megat Iskandar Shah adalah orang yang berlainan.

Transformasi Kedua

Setelah pengislaman raja melaka, maka seluruh hamba rakyat sekali lagi mengikut jejak langkah raja (kemudian digelar sultan), memeluk agama Islam. Jelas sekali bangsa melayu memang tiada pendirian dan suka mengikut-ikut. Namun begitu, elemen-elemen dari era Hindu Animisme masih lg dicampur gaul dlm ajaran Islam pada masa itu. Oleh kerana tiada badan khas yang memantau kesucian agama Islam, maka tiada pengasingan di antara yang haq dan yang batil dilakukan oleh kerajaan Melaka.

Transformasi Pasca Kesultanan Melayu

Di era globalisasi ini, bermacam bentuk ideologi dan fahaman telah tiba di "Tanah Melayu" kemudian di panggil Malaysia tanpa kawalan. Elemen-elemen dari barat terus menerjah bangsa melayu dan seperti yang dibuktikan oleh sejarah, orang kita pasti akan terikut-ikut dgn ajaran baru ini. Maka tidak hairanlah wujudnya golongan Melayu Kristian,melayu atheist, melayu freethinker, melayu liberal dan sebagainya. Bezanya sekarang bangsa melayu tidak lagi mengikut apa yang raja mereka buat, tapi mereka mempunyai "imam" yg baru terdiri dari ahli politik,ahli falsafah,artis dan sebagainya.

Jelas sejelasnya orang melayu mudah terikut dgn elemen-elemen yang baru. Lihatlah sendiri pengikut punk,metal,hip hop,gothic dan yang terbaru tarian shuffle dan tektonik. Mereka sekali lagi bertaklid buta dgn mengikut apa saja budaya yang terhidang didepan mereka.Buktinya bila ditanya kenapa terlibat? Saya hanya ikut kawan saya.

Tamat

p/s: Aku tulis, aku terasa.....aku pun ikut gak

Tiada ulasan: