Jumaat, Februari 13, 2009

Kerana Satu Persepsi,Semua Dihukum

Aku ada seorang kenalan yang sangat membenci orang kelantan. Katanya orang Kelantan itu jahat,low class,lembab,tidak berdaya saing,tidak ada inisiatif utk maju dan sebagainya. Aku tanya dia kenapa dia kenapa benci sangat? Orang kelantan juga adalah manusia yg mempunyai hak sbg seorang makhluk tuhan. Dari bangku sekolah lagi dia tidak sukakan orang kelantan, dia memulaukan siapa saja yang berasal dari sana.

Rempit

Menurut beliau rempit adalah budak kelantan, dan mereka ini dikatakan lebih mementingkan rakan-rakan daripada teman wanita sendiri. Malahan menurut beliau, mereka sanggup berkongsi teman wanita dgn rakan-rakan demi sebuah persahabatan. Bagi aku, ini bukan disebabkan mereka ini orang kelantan atau rempit...tapi ia kesan daripada keruntuhan akhlak yang kronik dalam masyarakat kita.

Filem Budak Kelantan

Sinopsis Filem Budak Kelantan

Dua orang sahabat, Buchek dan Jaha bertemu kembali di Kuala Lumpur setelah terpisah sekian lama. Kini mereka sudah dewasa. Namun akibat menjalani hidup, sikap dan pandangan yang berbeza, dunia mereka tidak lagi sama.

Buchek baru sahaja menamatkan pengajian di UM manakala Jaha, yang pernah menjalani kehidupan di sekolah Henry Gurney, kini bergelumang di celah kesibukan Kotaraya Kuala Lumpur.

Di saat mereka bertemu, Jaha ingin berkongsi perjalanan kehidupannya dengan Buchek yang ternyata sangat berbeza dengan cara hidupnya. Buchek melihat cara kehidupan kawannya yang terlalu liar, lalu tercetus hasrat dihatinya untuk membantu Jaha ke jalan yang lurus.

Apabila Buchek mendapat tahu Jaha telah jatuh cinta pada Che Nor, teman wanitanya, Buchek rela melepaskan Che Nor, dengan harapan Jaha akan berubah. Buchek percaya cinta boleh mengubah kehidupan manusia.

Namun, Che Nor enggan memenuhi permintaan Buchek kerana hatinya hanya untuk Buchek. Dia kesal dengan tindakan Che Nor yang difikirkannya terlalu mementingkan diri sendiri lebih dari perintah Tuhan. Malangnya, Jaha maut dalam kemalangan sebelum sempat kembali ke pangkal jalan dan Buchek menyalahkan Che Nor kerana menolak cinta Jaha yang penuh keikhlasan. Dia mengambil keputusan meninggalkan Che Nor dan menyambut cinta Lee Chen Chen, gadis cina yang telah diselamatkan daripada menjadi mangsa nafsu Jaha dahulu.


Selepas menonton filem ini, kebencian kenalan aku tadi terhadap orang kelantan semakin meluap-luap. Aku menegaskan kepada dia, itu hanya sebuah filem,sebuah rekaan sebuah ceritera.. Namun tetap tidak dpt mengubah tanggapan negatif dia. Kepada pengarah Wan Azli, tahniah...anda telah memberi gambaran buruk mengenai orang kelantan secara langsung.

Adakah persepsi ini wujud oleh pengalaman peribadi beliau dan beliau terus menerus menghukum semua orang kelantan jahat? Ini bermakna, rakyat malaysia dari negeri lain adalah bagus dan baik? Bagi aku, semua itu bermula dari persekitaran waktu membesar seseorang.Benar, beliau dibesarkan dalam suasana high class, well educated dan tersusun. Sedarkah beliau berapa ramai manusia di Malaysia ini dibesarkan dalam persekitaran sederhana dan low class?

Bangsa Melayu

Tahukah anda bahawa orang melayu di malaysia ini bukan penduduk asal? Kehadiran orang melayu ke tanah melayu bermula sejak kewujudan pentas sunda lagi. Di mana orang2 dari seluruh kepulauan nusantara mengembara dari satu tempat ke satu tempat yg lain. Pada waktu itu selat melaka sgt centek dan sgt senang utk diharungi. Mereka-mereka inilah yg menjadi penduduk awal di tanah melayu dan merekalah nenek moyang kita semua. Penduduk yg menduduki tanah melayu pada masa itu hanyalah orang asli. Maka tidak hairanlah kita boleh lihat pelbagai etnik yg menetap di sini seperti Jawa,bugis,minang,boyan,siam,melayu champa dan sebagainya.. Mereka di disatukan dan dipanggil bangsa melayu di negara kita.

Namun demikian, ada lagi di kalangan "melayu" ini masih mengaku etnik asal mereka masing2, jawa bangga dgn keturunan jawanya, bugis pun masih lagi mengaku mereka ini bugis.Siam pun masih lg mengaku mereka ini siam.Tetapi bila mengisi borang yg melibatkan subsidi dan berkenaan bumiputra..mereka menulis bangsa sebagai melayu bukan siam,bugis,jawa,sunda atau sebagainya. Dalam erti kata lain, kita ini datang dari rumpun yg sama, kenapa harus membenci?

Sedarkah anda, jika anda suka mengembara di seantrto nusantara..anda akan berjumpa etnik2 yg bukan dari malaysia yg menggunakan dialek yg hampir sama dgn dialek2 negeri yg ada di Malaysia. Tidak mustahil anda terjumpa dgn suku kaum yg menuturkan dialek ala-kelantan,kedah,perak. Ini kerana kita berasal dari rumpun yg sama.

Keunggulan bangsa

Oleh kerana kenalan aku tadi dibesarkan dalam persekitaran yg berdaya maju dan high class, maka dia menganggap orang dari pantai timur ini adalah ketinggalan/tak up-to-date dan low class. Mereka ini berpendapat hanya orang2 dari bandar2 besar saja yg baik,hebat dan layak utk menghukum org lain. Sedarkah mereka ini sikap ini tiada bezanya dgn orang2 yahudi yg menganggap bangsa mereka sahaja di iktiraf dan dipilih oleh tuhan. Bangsa2 lain hanyalah seperti binatang yg melata di muka bumi dan tiada nilai utk mereka selain dipergunakan.

Kita tidak layak menghukum dan menyimpulkan sesuatu berdasarkan hanya dari pengalaman peribadi. Sentiasalah gunakan pendekatan ilmiah bukannya emosi utk memutuskan sesuati. Jika anda masih benci, itu kebencian peribadi anda. Tapi jgn menghukum keseluruhan.

Sekian...chowwwwww

p/s: aku benci orang-orang (scarecrow)

5 ulasan:

z a t i berkata...

mungkin org kelantan yang tanak kwn dengan org lain kot. :D sbb tu aku ade seketul je kwn kelantan *merujuk naim* .... itu pun dh mcm kelantan murtad2 skit. *tuduh*

nape low class? bukan byk org kelantan bisnes minded ke? ni yg aku tgk la.

Tauke berkata...

low class = kekampungan ? maybe

Unknown berkata...

bukan ke bro org kelate?

bizkut berkata...

Aku dilahirkan di Kelantan, tapi menetap di Terengganu. Aku tetap orang Kelantan. Korang rasa ramai orang yang berjaya di Kuala Lumpur tu asal dari mana? Sama seperti yang zati cakap, 80% jutawan di Kuala Lumpur yang aku tahu berasal dari Kelantan....

bizkutrai berkata...

Sokong www.kelate.com.my